Menjamu keluarga dengan hidangan kek sebagai pemenis mulut pasti lengkap rasanya jika dihidang Kek Pandan Karamel ini.
Rasanya yang lemak manis dan aroma pandan yang mengharum pasti sahaja membuatkan ramai menggemarinya.
Untuk anda yang ingin mencuba menyediakan menu ini, jom buat dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini.
Ini kali kedua buat kek pandan karamel.. Hari first buat tu keras sikit.. Sekarang elok lembut je.. Resipi mudah dan senang sangat cara buat nye.. Jom tengok resipi kat bawah ni
Kek:
*Tepung naik sendiri 2cawan(220g)
*Telur 5biji gred A
*Ovalete 1sudu besar
*Garam 1sudu kecil
*Minyak masak(apa2 brand pun boleh) 1/2 cawan
*Santan kotak 100ml
*Gula kastor 1/2 cawan
*Esen pandan 2sudu kecil
*Pewarna hijau 2sudu kecil
Kes bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang dilaporkan hilang akhirnya berakhir apabila mayatnya ditemukan di dalam tempat sejuk peti ais di rumah pengasuhnya telah meruntun hati masyarakat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Yang pastinya ibu bapa bayi malang itu, Farrah Madihah Othman, 28, dan suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, lebih sukar menerima hakikat mengenai kematian anak mereka.
Tidak terkecuali yang turut melahirkan rasa sedih dan pandangannya mengenai kes tersebut.
Sebagai ibu yang baru melahirkan anak, Datin Seri Shahida Mohd Rashid, isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff Syukri pasti hal tersebut sedikit sebanyak menyentuh emosinya.
Menurut Datin Seri Shahida, masyarakat kini semakin sakit mental dan sudah hilang hati dan perasaan.
Perkongsian Datin Seri Shahida turut mendapat persetujuan pengikutnya. Bahkan, ada yang mengaku dirinya pengasuh dan menasihati ibu bapa supaya memastikan taska pengasuh perlu memiliki sijil asuhan supaya keselamatan anak terpelihara.
Wandaluiz kejam sungguh dan tergamaknya hati..? sy dulu pengasuh dan owner di sebuah taska..apa yg sy belajar, menjaga baby dan membuka taska bukanlah untuk duit semata2 kerana ada tanggungjawab yang besar untuk menjaga dan mendidik insan2 kecil kasih sayang yg dicurahkan memang tidak boleh dibuat2 perlu ikhlas jujur dan amanah menjaga insan2 kecil, ramai sangat yg datang bekerja hanya untuk dapatkan duit tidak ikhlas jujur dan amanah..dan yang menjadi mangsanya anak2 kecil yang tak mengerti apa2..sy belum direzeki kan berkahwin dan mempunyai anak..Alhamdullilah Allah beri saya rezeki mengasuh satu ketika dulu.. kepada ibu bapa sebelum menghantar anak2 ke pusat2 asuhan pastikan pusat2 asuhan itu berdaftar dan guru2 taska dan pengasuh perlu ada sijil asuhan permata yg telah diwajibkan oleh pihak jkm…dan mintalah perlindungan dari Dia semoga anak2 kita selamat dijaga oleh pengasuh..
Sumber: shahidadherbs (Instagram)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan calang-calang orang mampu laksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah seperti apa yang keluarga ini lakukan. Dikurniakan lima orang anak lelaki, dan kelima-limanya kini berjaya menjawat jawatan profesional dan huffaz Al-Quran.
Umum mengetahui, cabaran membentuk keluarga masa kini tidak semudah yang dibayangkan. Namun pendekatan yang dibawa oleh Puan Hajah Siti Nadzrah dan pasangannya Dr Mohammad Salmi Mohd Sohod dalam melahirkan generasi huffaz Al-Quran, wajar dijadikan inspirasi buat keluarga lainnya.
Ternyata, berbekalkan didikan ibu bapa yang berterusan telah menjadi faktor utama membentuk peribadi dan sahsiah yang baik buat lima orang anaknya; anak sulong bernama Aiman Salmi merupakan seorang Peguam, anak kedua Syamil Salmi bergelar doktor, begitu juga anak ke tiga bernama Irfan Salmi juga seorang doktor, kemudian Farhan Salmi pula Pengurus di PROFAZZ Traning & Consaltancy dan yang paling bongsu Suhayl Salmi sebagai jurulatih motivasi.
Pastinya peranan ibu yang dimainkan oleh Puan Hajjah Siti Nadzrah atau lebih mesra disapa Ummi yang juga bertindak sebagai penyeri atau ‘nadi’ rumah tangga, punya rahsia disebalik semua kejayaan yang diraih oleh anak-anaknya itu.
Apatah lagi bila ditanya bagaimana seorang ibu yang mempunyai latar belakang pendidikan sekular, boleh terpanggil untuk membina keluarga hebat yang mencintai ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan harian anak-anaknya, nyata punya kisahnya yang tersendiri.
“Alhamdulillah, Ummi diberi hidayah dari Allah untuk membina keluarga yang setiap anak Ummi mempunyai ayat Al-Quran dalam jiwa dan diri mereka. Asalnya Ummi tidaklah reti sangat membaca al Quran. Yalah, Ummi dilahirkan bukan daripada keluarga bergelar ustaz ustazah. Ummi tiba-tiba tergerak hati dan teringin sangat nak ada anak yang hafal Al-Quran.
“Memang sejak berkahwin Ummi dan suami berjanji untuk membina keluarga dengan sebaiknya. Oleh itu kami buat pembahagian tugas, Ummi fokus dengan anak-anak dan suami lebih dalam bab mencari rezeki. Bila Ummi tidak bekerja dan sebab itu juga Ummi mempunyai banyak masa merencanakan jadual harian mereka lebih terperinci.
“Ummi dan suami mulai menanam bibit cintakan Al-Quran dalam kalangan anak-anak sejak daripada anak sulong lagi, dan dialah menjadi trendsetter dalam banyak hal membabitkan pendidikan, akhlak dan jatidiri adik-adiknya yang lain,” terang Ummi yang meletakkan dirinya sebagai mendidik anak-anak itu sebagai satu profesion utama dalam dirinya sambil tersenyum puas melihat pencapaian anak-anaknya kini.
Bahagianya Jadi Anak Emas
Mengajukan soalan pada anak bongsu, Suhayl sebagai anak bongsu di dalam keluarga tentang personaliti dan pandangannya tentang ibunya, nyata cukup istimewa jawapan yang diberikan olehnya.
“Kalau ditanya saya, antara adik beradik siapa menjadi anak emas Ummi. Saya akan kata sayalah anak emas Ummi, sebab layanan yang diberikan kepada saya memang teristimewa. Tapi kalau soalan yang sama juga ditanya pada abang-abang yang lain,semua juga mengaku merekalah anak emas Ummi. Ini membuktikan layanan sama rata Ummi pada kami anak-anaknya tidak dapat dibezakan. Hakikatnya itulah yang kami adik beradik dapat rasakan.
“Walaupun sebenarnya saya adalah anak yang nakal berbanding abang-abang yang lain. Saya jugalah yang selalu kena panggil pihak kaunseling ketika zaman persekolahan. Keputusan peperiksaan biasa-biasa sahaja dan hanya sekadar SPM jelah boleh tayang dekat orang. Tapi itu semua tidak membezakan layanan Ummi kepada saya berbanding anak-anaknya yang lain.
“Sampai satu tahap ketika hendak ambil SPM saya jadi calun OKU sebab urat lengan bahu saya putus akibat main badminton. Jadi pada waktu itu saya banyak tidak hadir ke sekolah dan masa percubaan SPM, saya gagal 5 subjek.
“Pun begitu, hari demi hari tiba-tiba hidayah itu datang untuk saya rasa ingin berubah hinggalah pada malam hari hendak menduduki peperiksaan SPM, saya tidak boleh tidur. Masa itu pukul 2 3 pagi saya tidak tidur lagi. Jadi saya keluar bilik dan nampak ada satu bilik bercahaya dan saya hampiri bilik tersebut, ingatkan siapa rupanya Ummi sedang mendoakan saya. Saya dengar sendirilah setiap doa Ummi untuk saya.
“Jadi barulah saya tahu inilah insan yang mendoakan saya daripada seorang pelajar yang nakal hingga boleh berubah. Jadi waktu tu saya berdoa betul-betullah, “Ya Allah apa-apa sahaja hasil esok ni adalah kerana asbab doa daripada mak aku”.
“Dan siapa sangka semasa keputusan SPM di umumkan saya menjadi calon SPM terbaik di sekolah tu dan semua orang terkejut dan tidak menyangka,” ulas Suhayl dengan nada sayu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
‘Wajik dan dodol, jangan lupa. Peninggalan nenek zaman berzaman.’
Pasti anda tahu lirik lagu raya evergreen yang sentiasa melekat di hati ini. Dendangan Anuar Zain dan Elina yang sentiasa bertahta di hati setiap kali tibanya waktu raya.
Tidak dinafikan, kemeriahan raya dulu-dulu dilihat lebih meriah berbanding sekarangyang tampak moden. Jika diamati lirik lagu tersebut, banyak dinyatakan juadah raya yang menjadi tradisi sejak bertahun-tahun lamanya yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita.
Namun ada diantaranya sudahpun pupus dek kerana ramai generasi sekarang lebih memilih hidangan moden.
Contohnya dodol. Jika dahulu, setiap kali bertandang ke rumah saudara mara ataupun rakan taulan, pasti dodol akan turut dihidangkan sebagai pemanis selain kuih muih. Namun sekarang ada yang mengatakan, proses pembuatan dodol tersebut yang membuatkan mereka malas untuk meneruskan tradisi ini.
Walaupun ianya boleh dibeli, tidak sama dengan acara gotong royong yang dianjurkan setiap keluarga untuk membuat makanan tradisional ini. Malah mungkin anak-anak muda dan generasi seterusnya akan kurang mengenalinya.
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi caramembuat dodol dengan menggunakan breadmaker. Paling menyeronokkan, ianya sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk siap.
Jadi malam raya pun anda boleh ‘mengacau’ dodol.
Resipi Dodol Tradisional Menggunakan Breadmaker
Sambil masak untuk berbuka petang tadi sempat la buat dodol sikit. Guna breadmaker je senang kerja. Saya guna santan fresh yang pekat. Alhamdulillah dodol jadi kilat berminyak hasil daripada santan asli.
Air gula:
-2 ketul gula melaka (anggaran 250g)
-500g gula merah (yang hancur)
-2 helai daun pandan
-500ml air
Bahan Lain:
-500ml santan segar yg pekat atau 1 kotak kecil santan kotak Kara + air utk cukupkan 500ml
-500g tepung pulut
-Sikit garam
-5 sudu besar gula pasir (kalau suka manis boleh tambah lg 2 sudu besar)
-1 sudu besar minyak masak kalau guna santan kotak
Cara-caranya:
1. Masakkan bahan untuk air gula sampai semua gula larut. Sejukkan dan tapis masuk dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan lain dalam mangkuk. Kacau-kacau semuanya supaya sebati. Kisar adunan kejap supaya tepung tak bergentel.
3. Tapiskan bahan yang dikisar masuk dalam breadmaker tin.
4. Tutup breadmaker dan tekan menu jem. Biarkan sampai selesai. Lepas tu tekan lagi sekali menu jem (3 round menu jem berjalan)
5. Sejukkan sekejap sebelum angkat tin daripada breadmaker. Hati-hati sebab tin akan jadi terlalu panas ye.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.