Jika ada cili yang dibeli rosak, ibu-ibu tak usah buang. Sebenarnya ada cara lain untuk gunakannya.
Apa kata jadikan ia chili flakes. Bagaimana cara nak buat? Jom baca perkongsian ini. Mudah dan jimat.
Ads
Assalam.. Kotlh kt umah korang ada cili padi yg dh nk hmpir rosak.. Stop!!.. Jangan buang.. Kita jadikn dia chili flakes..klau beli chili flakes jenama dlm pic tu 1btl belasan ringgit tau..
Boleh cuba step ni..
❤cuci cili, patah 2..bakar dlm oven sehingga kering.. Bukan hangus tau😁
❤blender cili yg sudah dibakar sedang2 halus kemudian bakar blik dlm oven selama 5 minit..untuk pastikn cili betul2 kering.
Ads
Hasilnya.. Xde beza dr segi tektur dan rasa.
Selamat mencuba👍
Ads
Sharing is caring😍
Kredit: Ita Arissa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercakap tentang bab packing barang untuk beraya di kampung, biasanya ibu-ibulah yang paling sibuk. Boleh kata bukan hanya perlu menguruskan pakaian raya yang perlu di bawa balik untuk seisi keluarga, malah keperluan-keperluan lain juga perlu diberi tumpuan.
Jika anak tak ramai, mungkin mudah sedikit kerjanya. Tapi cuba bayangkan jika ada 5 orang anak. Fuhhh! penuh bonet kereta dibuatnya. Dan bukan perkara yang pelik, pasti akan ada benda, barang hatta baju raya pun boleh tertinggal dek kerana terlalu sibuknya ibu-ibu ni.
Mengelakkan semua ini terjadi, sebenarnya ada cara genius yang boleh dipraktikkan. Jom semak!
1) Sediakan senarai untuk setiap ahli keluarga
Buat satu senarai untuk setiap ahli keluarga dalam satu kertas A4 untuk setiap ahli keluarga (longgok sekali pun boleh aje kalau muat dan tulis barang yang ingin dibawa ikut kategori (contohnya pakaian, alat2 mekap, dan makanan).
Contohnya seperti senarai yang biasa saya buat seperti dalam gambar ni. 3 beranak je kami, jadi cukup sekeping kertas aje.hehe..
Tip:simpan senarai ini sehingga sebelum pulang ke rumah untuk check kalau2 ada yang tertinggal (naya je kalau kampung nak balik tu jaraknya 50km++).
2) Lipat dan gulung baju dalam beg
Gulung baju yang ingin dibawa dan bukan sekadar lipat sahaja. Lagi mudah untuk tengok sekali imbas dan ambil dari menyelongkar sampai ke dasar beg, takut kacau baju lain yang dah dilipat cantik. Malah menggulung baju pun amat menjimatkan ruang.
Untuk baju yang mudah berkedut (biasanya baju raya perempuan), gosok dahulu baju cantik2 dan simpan dalam baju pelindung plastik sebelum dilipat kemas. Plastik itu akan melindungi baju dari sebarang kedutan yang menjengkelkan.
3) Barang kemas dan produk kecantikan disimpan dalam bekas kecil
Pengunaan bekas kecil memang menjimatkan ruang dengan banyak.
Bekas yang mempunyai banyak bahagian (contohnya bekas ubat) adalah yang terbaik untuk mengasingkan barang kemas dari tersimpul dan hilang dicelah2 beg.
Takdalah pin2 yang hilang bila nak bersiap untuk raya ni. hehe..
Gunakan juga bekas yang kecil (travel size orang kata) untuk simpan produk yang berbentuk cecair seperti syampu, pelembab, dan BB cream. Sebab ia dalam bentuk cecair, sebaiknya guna bekas yang pentupnya tutup rapat (lihat gambar).
Tip: kalau ada je bekas2 yang kecik terus bersihkan dan simpan. Boleh guna masa2 kritikal mcm ni kan?
4) Simpan pencukur dengan selamat
Gunakan klip fail seperti gambar untuk melindungi tangan ketika mengambil pencukur dalam beg. Tip ini amat penting lagi2 kalau ada anak yang kecil lagi. Anak saya dah terkena, tobat lah terus guna tip ini dalam rumah sekalipun.
5) Balut barangan berkaca dengan kain
Barangan berkaca seperti pewangi dan deodorant kalau berlaga kuat boleh pecah (lagi2 yang bentuk cecair, habis bercampur bau dan rosak fabrik baju). Sebaiknya balut barangan tersebut dengan kain dan diikat kemas dengan getah atau lagi mudah, guna aja stokin lama dan sumbat terus sebelum disimpan dalam beg (basuh stokin lama dulu ye)
6) Gunakan bekas yang lutsinar untuk mudah dilihat
Bekas lutsinar yang berzip seperti dalam gambar sangat mudahkan kerja kita dari membazir masa mengorek satu persatu kan?
Kotak keras atau plastik ziplock juga boleh dijadikan alternatif, janji dia lutsinar.
Labelkan juga bekas2 tersebut untuk memudahkan anda mencari barang.
7) Sediakan ruang penyangkut untuk barang keperluan dalam perjalanan
Simpan sahaja apa yang diperlukan oleh ahli keluarga dalam ruang penyangkut ini (biskut kudapan, botol air). Malah sedikit mainan anak juga boleh disimpan untuk membantu anak mengisi masa dan mengelakkannya dari bosan.
Tip: Ia sangat berguna lagi2 jika ruang dalam kereta adalah terhad kerana penyangkut ini boleh memaksimumkan ruang.
8) Simpan makanan dalam bekas KHAS sahaja
Makanan kalau dah dibawa masuk dalam kereta pasti akan bersepah. Elakkan dengan menyediakan bekas khas untuk makanan sahaja.
Dengan bekas ini lebih mudah, hanya perlu pass bekas sahaja tanpa risau tertumpah/meleleh keluar.
Tip : ini juga berguna dengan menyediakan bekas/plastik khas untuk sampah di dalam kereta.
Perampas suami orang dalam kehidupan kita memang wujud. Jangan kata dalam drama sahaja, realitinya banyak kes yang semacam ni bertebaran di sekeliling kita.
Suami atau perampas, sama-sama bersalah dalam hal ini. Drama Jangan Benci Cintaku yang bersiaran setiap petang ternyata amat menyentuh naluri seorang isteri.
Watak ‘ Husna’ dipersalahkan bulat-bulat. Tulisan wanita ni, Nieza Termizi, memang padu. Banyak benarnya. Bagi yang dah mula terjatuh hati pada suami orang sila baca ni. Cepat-cepat sedar diri.
Sejak tak ada TV hampir 4 tahun lepas, saya dah jarang layan drama. Kadang-kadang mengganggu emosi sampai boleh masuk ke dunia sebenar kita.
Minggu lepas bersepah cerita pasal ‘Husna’ si perampas suami orang di medsoc. Saya pun buat sedikit homework. Cerita apa ni? Haha..
Kawan-kawan,
Memang wujud ‘Husna’ di dunia sebenar.
Jangan terkejut kalau ada ‘Husna’ yang kata,
“Allah yang datangkan perasaan sayang aku ni pada suami orang. Perasaan ni wujud sebab Allah yang bagi”
Astaghfirullah..jika begini alasan, saya yang bukan ustazah ni menyangkal sungguh-sungguh. Mengapa sandarkan perasaan yang wujud untuk suami orang itu dari Allah SWT? Bukan dari hawa nafsu sendiri atau dari hasutan syaitan kah?
Ya..memang Allah yang wujudkan perasaan cinta. Tetapi bukan semua yang kita perlu ‘layan’ itu benar. Ada yang datang dalam bentuk ujian. Apabila rasa yg datang itu salah secara fitrah, maka ia pasti akan ditambh hasutan iblis. Kalau kita tahu mana yang betul mana yang salah, kita tak akan ikut sewenang-wenangnya “rasa hati” yg sudah ditambah rencah oleh iblis laknatullah.
Allah izinkan semua perkara yang berlaku atas muka bumi ini. Yang baik dan yang buruk. Tapi setiap satunya adalah pilihan kita. Nak ikut nafsu atau nak ikut iman.
Jika benar, semua perkara maksiat akan disandarkan pada takdir Allah. Sama seperti golongan LGBT atau suka kaum sejenis.
“Allah yang wujudkan perasaan ni pada kami. Semua berlaku sebab Allah yang bagi”
Begitukah?
Sedangkan Allah dah bagi garis panduan. Yang halal tu jelas. Yang haram itu juga jelas.
Saya pernah dengar ceramah ustaz ketika saya di zaman remaja dulu. Ketika itu kita semua dibayangi indahnya cinta monyet. Masih segar di ingatan saya sampai sekarang. Ustaz kata,
“Perasaan cinta dan sayang kamu pada girlfriend/boyfriend itu semua HARAM. Zina bukan hanya pada mata, tangan, mulut dan kaki. Tapi zina juga wujud dalam hati. Rasa cinta dan sayang yang halal hanya wujud selepas kamu sah menjadi pasangan suami isteri”
‘Husna’ tidak dapat lepaskan perasaan itu bukanlah kerana Allah yang bagi perasaan itu kekal dalam hatinya, tapi kerana tidak mahu mengakui perasaan yang wujud itu HARAM. Terus-menerus menurut hawa nafsu dan ikut perasaan.
Mintalah pertolongan Allah dalam urusan hati. Cepat-cepat istighfar dan taubat jika benar hati telah terpikat pada suami orang. Fitnahnya jauh lebih besar dan dasyat jika diteruskan. Lari jauh-jauh. Kalau boleh, sejauh kutub utara dan kutub selatan. Sejauh langit dan bumi.
Pesanan buat ‘suami orang’
Jangan mudah memaniskan bicara pada wanita bukan mahram mu. Kadangkala kita cuma mahu mengusik, mahu berbual, mahu kenal-kenal. Tak sedar, ada hati yang rasa diperlukan. Ada diri yang rasa diberi perhatian. Ada pula yang sedang memintal harapan dan menaruh impian.
Demi Allah, saya tidak menolak poligami.
Namun, periksa semula bagaimana cara yang sebetulnya mengikut sunnah nabi. Adakah dengan berhubungan di belakang isteri?Adakah betul dengan bermesej atau berdating secara sembunyi-sembunyi? Bila bertemu berdua maka adalah yang ‘ketiga’.
Berbincang dengan isteri. Adakah menjadi keperluan untuk berpoligami? Emosi isteri bagaimana? Kemampuan pula sudah diperiksa? Masa depan dan perasaan anak-anak sudah diambil kira?
Fuhh…membebel panjang pula saya pasal kisah ini. Harapnya tersampaikan apa yang terbuku di hati.
InshaAllah Husna Husna yang wujud dalam dunia saya semuanya baik-baik. Seperti maksud namanya juga
Menarik perkongsian ni. Kek coklat kukus bersaiz kecil. Bahan-bahan penyediaan pun mudah. Jika anak-anak nak bawa bekalan ke sekolah pun mudah. Ikuti resipi cara puan Na Wan Husian di Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) untuk membuat kek coklat acuan kecil.
Sejak sekolah duk jual macam-macam sampai makcik kantin meradang kikiki
Ni la dia kek cekelat duk buat jual dolu kala, masa ni bukan kek jer, macam-macam buat jual.
Resepi kami kukus, bleh guna steam it tupperware tu, mudah, cepat masak, comel, senang simpan, senang basuh, taguna letrik. Kek ni moisttttt tau adik kakak
BAHAN
2cwn gandum 1sk soda bikarbonat 1sk baking powder 1cwn serbuk koko 1cwn gula Ayak semua di atas ni kecuali gula dan letak 1 bekas
3 biji telur 1cwn susu cair 1cwn susu pekat 1cwn minyak masak Kacau guna spatula jer bahan basah ni.
CARA PENYEDIAAN:
Lepas sebati bahan basah, bleh masukkan bahan ayak tadi, gaul2 serata, Last sekali letak air panas 1 cwn, kacau lagi sampai tekstur dia cantik.
Bleh kukus cup kecik-kecik atau dlm loyang.
**Topping**
Panaskan 1cwn minyak api perlahan, jgn panas sgt mcm nak goreng donat, Lepastu masukkan 1 cwn susu pekat dan 1 cwn@stengah cawan serbuk koko. Kacau sampai pekat cantik sekata, tambah susu cair 4 ke 5 sudu, kacau2 dan sejukkan.
Kek cekelat is done
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di