Setiap anak memiliki cita-citanya sejak kecil, ada yang ingin menjadi doktor, guru, polis dan lain-lain. Berlainan pula dengan salah seorang murid seorang guru ini.

Terkejut guru berkenaan apabila mendapati murindnya itu bercita-cita bergelar suri rumah. Sedangkan ketika itu, rakan-rakannya mempunyai cita-cita yang biasa didengar.

Tular di media sosial di mana pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Fathanah Nasir memuatnaik ciapan yang menarik perhatian ramai, di mana ciapan tersebut mendapat 10.5K retweets, 836 Quote Tweets dan 17.5K  tanda suka.

Fathanah Nasir mendedahkan perbualannya dengan murinya di laman Twiitter nya di mana murid tersebut mempunyai cita-cita rare!

Saya tertarik dengan cita-cita salah seorang murid saya (Tahun 2). Sedang rakan yang lain mahu bergelar guru, polis, askar dia pula mahu bergelar seorang surirumah yang berpendidikan. Saya tanya kenapa? Lalu dia menjawab..

 

Cita-Cita Rare! Guru Terkejut Murid Darjah Dua Nak Bergelar Suri Rumah, Ini Sebabnya!

Rupanya ini sebabnya

Bila saya jadi suri rumah yang berpendidikan maka saya mampu jadi semua yg dicita-citakan rakan lain.

Saya boleh jadi guru, saya boleh jadi doktor, boleh jadi chef, saya boleh jadi security.

Terdetik dalam hati Ya Allah macam mana anak seusia ini mampu berfikir sedemikian?

 Bila saya tanya lagi, dari mana datangnya mimpi dan cita-cita itu? Dia jawab dari ibu dia. Dia puji kehebatan ibu dia yang mampu urus dia dan adik beradik termasuk ayahnya dengan bermacam pekerjaan dalam satu masa.

 Katanya Ibu yang gerak awal pagi ke sekolah, ibu yang gerak ayah kerja, ibu buatkan sahur, ibu periksa keadaan suhu badan kami, ibu semak kerja sekolah dll  ibu cakap kena belajar rajin² boleh jadi macam ayah tapi saya nak jadi macam ibu!

IKLAN

 Tambahnya lagi, saya percaya cita-cita ini cita-cita yang baik sebab ibu kata kalau buat perkara yang baik Allah sayang.

 Dari jawapan murid ini saya teringat dengan petikan buku Memori Bukan Memoir dari Dr. Maszlee Malik ( @maszlee )yang mengambil kata dari Eleanor Roosevelt:

 “Masa depan adalah milik mereka yang percaya kepada keindahan mimpi mereka”.

Cita-Cita Rare! Guru Terkejut Murid Darjah Dua Nak Bergelar Suri Rumah, Ini Sebabnya!

Cita-cita akan berubah 

Dalam pada itu, guru berkenaan tidak akan mendedahkan identiti  muridnya itu memandangkan seorang kanak-kanak itu akan berubah dari masa ke semasa.

Cita-Cita Rare! Guru Terkejut Murid Darjah Dua Nak Bergelar Suri Rumah, Ini Sebabnya!

IKLAN

Melihat muat naik tersebut dan mengetahui ia cita-cita yang rare, ada  pengguna media sosial berkongsi cerita yang sama mengenai kanak-kanak sekolah rendah.

“Ibu sy cerita budak tahun 1 beliau bila ditanya cita2, ad sorang tu jawab bahawasanya dy nak jd POKOK KAKTUS. Nk marah tp kena sabar jela…”

“Anak member umur 6 tahun, bila tanya dia cita2 nak jadi apa? dia jawab pengutip sampah. Ingatkan dia nak melawak macam fizi upin ipin rupanya dia plan nak conquer pengurusan sampah setempat. Power betul jawapan budak2 zaman sekarang ni.”

Cita-Cita Rare! Guru Terkejut Murid Darjah Dua Nak Bergelar Suri Rumah, Ini Sebabnya!

Cita-Cita Rare! Guru Terkejut Murid Darjah Dua Nak Bergelar Suri Rumah, Ini Sebabnya!

Sumber: @fathanahnasir

 

IKLAN

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz

Cita-Cita Rare! Guru Terkejut Murid Darjah Dua Nak Bergelar Suri Rumah, Ini Sebabnya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI