Genap seminggu kelahiran anak kedua kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang dilahirkan pada 12 Februari 2021, mereka membuat keputusan untuk mendedahkan wajah bayi comel tersebut.
Menerusi sebuah program Scahawal Baby Room yang disiarkan secara eksklusif pada 18 Februari, mereka telah memaparkan perjalanan pasangan tersebut daripada sebelum menyambut kelahiran anak kedua itu sehinggalah selepas bayi tersebut dilahirkan.
azurasyafiqaYaa allah sy plak yg menangis sayu bila tgk baby keluar dengar suara baby menangis tgk awal tgk scha.. doakan utk sy ye semoga sy dpt merasa mengandung, melahirkan.. dah masuk tahun ke6 menanti belom ada lg rezeki kami suami isteri
maslinda295Watching now! Baby so cute…👼 Congratulations to the family #schawal 😍
Seribu satu kisah dikongsikan sejak negara dilanda Wabak Covid-19. Kebanyakannya di hospital yang membabitkan petugas barisan hadapan yang cukup menyentuh hati.
Dalam satu perkongsian oleh Doktor Redza Zainol bercerita pengalaman menguruskan kes yang membabitkan seorang wanita yang terpaksa berpisah dengan bayi yang baru dilahirkan bagi mengelakkan dijangkiti memandangkan ibunya merupakan PUI (Person Under Investigation) untuk Covid-19.
Sebak, sedih dan simpati. Itu yang boleh diungkapkan namun ia terpaksa dilakukan demi keselamatan kedua-duanya. Semoga ibu dan anak ini akan kembali bersatu segera.
“Anak saya macam mana doktor?”
”Saya nak tengok anak saya,” rayu ibu tu.
Kami tunjukkan bayi tu sekejap sebelum terus dimasukkan dalam inkubator dan ditolak pantas keluar dari bilik pembedahan.
Petang tu saya dihubungi oleh doktor pakar saya.
“Redza, kita ada seorang ibu 29 tahun mengandung bayi 40 minggu.
Pasukan O&G nak caesar petang ni juga sebab ibu ni ialah PUI (Person Under Investigation) untuk Covid-19.
Kes ni kes besar. Saya nak you standby dalam bilik pembedahan.”
Ibu muda ni dah 5 hari demam dan batuk. Jiran sebelah rumah dia pula positif Covid-19.
Jujurnya, saya tak rasa risau. Doktor pakar saya hari tu pun tenang saja.
Pusat saringan Covid-19 dan tempat pembedahan untuk ibu bersalin sengaja diletak jauh dari blok utama hospital. Biar jauh dari orang ramai dan staf kesihatan yang tak berkaitan.
Sambil saya berjalan kaki ke sana, saya ingat semula setiap langkah yang perlu dibuat. Dah berhari-hari kami berlatih untuk terima kes yang serius begini.
Dan sebenarnya, ini kali pertama pasukan doktor O&G akan buat pembedahan pada ibu yang berstatus PUI.
Saya sebagai doktor kanak-kanak pula bersedia untuk sebarang kemungkinan bila bayi tu keluar nanti. Dah rezeki saya.
Di bilik pembedahan, pasukan pakar bedah O&G, pasukan pakar bius dan pasukan pakar kanak-kanak sampai serentak.
Sampaikan ketua jabatan pun sama turun padang.
Saya saksikan sendiri hampir 20 orang staf masuk ke ruang pembedahan. Betapa teraturnya keadaan tu.
Masing-masing sibuk memakai pakaian penuh PPE. Staf semua saling membantu supaya proses berjalan pantas.
Bilik bedah tu sebenarnya bilik bedah untuk kes-kes kecil tapi dinaiktaraf supaya pembedahan untuk ibu PUI atau positif Covid-19 boleh dibuat.
Bila ibu tu sampai, sayu hati saya. Sudahlah tengah sakit, kena pakai mask N95 pula.
Dalam diam saya doakan moga ibu ni terus kuat.
Syukur Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan bayi yang keluar tu terus menangis elok.
“Puan, kami bawa anak ke wad bayi dulu.”
2 ambulans di luar dah bersedia. Satu untuk bayi. Satu lagi untuk ibu.
Transmisi jangkitan Covid-19 dari ibu yang mengandung pada bayi sangat rendah, tapi kami tak nak ambil risiko tu.
Berat juga hati nak pisahkan ibu dan anak tapi itulah yang terbaik buat masa tu.
Biarlah kami yang jaga bayi tu sementara ibunya dihantar semula ke bilik isolasi.
Deritanya menjadi ibu berstatus PUI ni, hanya Allah yang tahu. Sudah lah dibedah, kemudian masuk pula ke bilik isolasi seorang diri.
Tak ada tangan suami yang mengenggam tangan isteri. Yang ada hanyalah sebuah kesunyian.
Saya dan staf kesihatan lain hanya buat apa yang kami mampu. Yang lain, saya serahkan pada Allah.
Moga kalian sama-sama doakan kesihatan ibu dan anak ni.
Boleh follow saya Redza Zainol, dan set See First supaya tak tertinggal kisah lebih menarik yang saya kongsikan dan boleh dijadikan teladan bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi dilaksanakan. Jadinya, baiklah kita dengar nasihat dari Perdana Menteri untuk #stayathome. Sambil tu apa kata kita sediakan apa yang patut untuk keluarga.
Apa kata buat aktiviti menyeronokkan bersama anak-anak. Sambil tu mereka boleh belanjar benda baru. Jom sediakan hidangan buat anak-anak semudah ABC. Super Daddy saudara Khairul Abdullah kongsikan cara dia membuat penkek bersama anak-anaknya. Cukup comel dan unik dengan pelbagai jenis bentuk haiwan.
Elok jer hujan berhenti, anak-anak minta nak makan pancake.
Sebab dah boring pancake bulat, daddy buat pancake haiwan pulak. Walaupun huduh tapi ada bentuk dan ada rasa. Hahaha laju kemain depa makan. Elok aku siap depa pun dah siap makan.
Nah resepi Penkek Haiwan oleh SuperDaddy Khairul Abdullah
Bahan-bahan untuk projek ini:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/full cream/low fat whatever
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
2 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu butter atau marjerin atau minyak masak
1-2 jenis pewarna
Projek ini elok dilaksanakan bersama anak-anak:
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali pewarna dalam bekas dan kacau sebati. Atau masukkan dalam blender dan putarrrr.
2. Masukkan adunan dalam botol bermuncung. Guna 2 botol dan buat 2 bahagian. Salah satu botol masukkan pewarna. Tak kisah warna apa yang ada.
3. Panaskan non-stick pan dengan api paling slow.
4. Picit botol dan lukislah bentuk kesukaan korang. Buat outline dia dulu lepas tu baru fill dengan kaler.
5. Biar sampai keluar bubble dan berlubang-lubang kemudian balikkan.
Siap.
Dapatlah dalam 9-10 ekor haiwan.
Hidangkan dengan madu atau susu atau enak juga dimakan begitu saja, oohhhh gard… ehhh termenyanyi pulak.
Tadi anak-anak aku masing-masing dapat makan seekor dinasour, rimau dan itik.
Kenyang 3 hari 3 malam lah gamaknya.
#ResepiSuperDaddy
#ResepiPancake
#Pancake3D
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.