“Comel Je Main Gelongsor. Ingatkan Keluar Tu Cucu.” Gelagat Tuanku Permaisuri Main Buai & Gelongsor Raih Tumpuan. So Humble!

Share

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  melawat Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Perkongsian ini dimuatnaik menerusi laman instagram Istana Negara.

Lawatan ini sungguh bermakna dan mengamit memori buat Baginda Sultan kerana kali terakhir baginda menjejakkan kaki ke sini adalah sekitar tahun 1970 ketika usianya 11 tahun. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah  cucundanya, YAM Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar Ahmad.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melawat Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada petang hari ini.

Dalam lawatan selama dua jam ini, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa beriadah bersama cucunda, YAM Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar Ahmad.


Lawatan ke Taman Tasik Perdana ini juga amat bermakna buat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana ianya mengimbau kembali detik nostalgia kepada Baginda.

Ini adalah kerana kali terakhir Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat melawat Taman Tasik Perdana ialah ketika Baginda berusia 11 tahun, iaitu pada tahun 1970.


Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua Taman Tasik Perdana pada jam 5 petang hari ini disambut Datuk Bandar Kuala Kumpur, Datuk Seri Haji Mahadi Bin Che Ngah.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama pengunjung-pengunjung di Taman Tasik Perdana.

Selain rakyat dapat beramah mesra dengan Tuanku berdua, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah gelagat  Tunku Azizah melayani cucundanya bermain permainan di taman.

Tuanku Permaisuri yang sememangnya dikenali rakyat seorang yang  humble orangnya dilihat cukup sporting apabila turut sama bermain buaian dan gelongsor.Gelagat spontan tuanku Permaisuri dirakan lensa kamera meraih tumpuan ramai. Rata-rata memuji sikap humble Tuanku  yang selamba bermain buaian dan gelongsor.

mr_admzz Hahaha comel jer tunku main buaian 😂😂
sofmylea Comeyyy nyer Tuanku Permaisuri main buaian 😍. Haha. Daulat Tuanku
hasniamat FOTO yg last tu kikikiki c Comel bb tu tgk Tuanku pun join dia main buai hehehehee😍😍
azairiszh 😍Ssmoga Tuanku Agong & Permaisuri sentiasa dibawah lindungan kasih sayang Allah SWT.
hafiz_iskandarz cute je Tuanku Permaisuri duk atas buaian😍..rakyat jelata terhibur aksi Tuanku sekeluarga
cikbunga_73 Sweetnya tuanku berdua,semoga Allah peliharakanlah kedua2 baginda suami dan isteri,baginda berdua payung negara,Daulat Tuanku.
fieq_muse tuanku prmaisuri main gelongsor..ingtkn yg kluar 2 cucu ny..hahaha..😂😂😂
khalisqushairi amboi sambil teman cucu leh sempat dating ye 😍
iamzade69 Tak pernah lagi dalam sejarah pasangan KDYMM Agong dan Permaisuri beriadah di tempat awam seperti ini. Saya rasa pasangan DiRaja berdua ini yang paling sporting buat masa ini. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati Ke Duli Tuanku berdua.

Sumber: istana_negara


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

IKLAN