Setiap kali pasangan ini memuat naik momen bersama keluarga di media sosial, ada sahaja yang membuatkan netizen terhibur.

Tak kurang juga yang memuji akan cara pasangan ini mendidik dan membesarkan anak-anak mereka.

Terbaru, Ozlynn memuat naik foto anak bujangnya, Ariq Lim yang  sedang memangku adiknya sedang tidur memperlihatkan betapa akrabnya hubungan mereka.

Walaupun sedang mengikuti kelas online secara maya, namun dia masih sempat menidurkan adiknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ozlynn mengakui Ariq seorang anak dan abang yang bertanggung jawab. Memandangkan dia kini belajar menerusi online, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi.

“Dah cakap dah online class tak semudah yang kita jangka! Tengah online tetibe adik nangis.. nak kena pujuk.. tengah online maid dok pekik sape makan tak basuh pinggan.. tengah online class adik pulak tanya pasal sirah.. tengah online mama mintak tolong check buku adik.

“Tengah online adik dok menjerit bergasak rebut toys… cemane gaisss?! Sian kan? Tapi hal gambar di atas memang betul2 sweet.. mama tengah masak, kak dorthy tengah kutip baju kotor tetibe moleiq melalak. Baru kecik kan api lauk berlari ke depan.

IKLAN

Rupa-rupanya si adiknya menangis sebab mengingau. Melihatkan keprihatinan anaknya Ariq, membuatkan Ozlynn rasa tersentuh hati.

“tengok2 adik kat pangku abang.. rupanya abang dia tidur kan.. dia melalak tu sebab ngigau.. 😂😂 Allahu.. moga segala yang terbaik di dunia dan akhirat menjadi milikmu anakku Ariq Lim ❤️

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Perkongsian yang menyentuh hati itu mendapat reaksi ramai. Rata-rata memuji Ozlynn dan Johan kerana memiliki anak dan abang yang cukup prihatin dan penyayang kepada adik-adiknya.

Anak soleh, didikan terbaik

ashlluvy Abg thorbaik,👍🙌❤️,,Adik dah la berat😂,,,may Allah bless dis family
ieja.r Ariq Lim memang terbaik! Anak yang soleh. Tahniah mama papa, didikan terbaik 👍🏼👍🏼👍🏼
nadiyaraniSejuk perut kak olin..Alhamdulilah,dapat anak yang bertanggungjawab.
ff_faycollections💕alhamdulillah Allah permudahkn srmuanya. Sweet sgt💕
val.t.o.n.ypadu la kak.sambil kelas boleh pangku anak
Bahkan, ada yang berseloroh mahu menjadikan Ariq sebagai menantu mereka.
Borang menantu kosong lagi tak
iamarissalleh2711 Anak cakap tolong Kim salam kat kwn abg Ariq…😆
zettyhalim Mama, borang menantu ada kosong lagi tak?? 😂😂😂
lidyaismail Ariq Lim anak yg bijak, anak yg Soleh dan anak yg taat. Mamiya sayang abg Ariq tau😘
kl_personalshopper Alaaaaaa xde anak girl lg nk jdik birass
surinasalleh Bagusnya dpt abg mcm ni..dengan senyuman manis pulak tu.boleh buat menantu😆😄

Sumber: jozlynnhanania

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club