Sudah tentu ramai yang tertunggu-tunggu wajah anak kesayangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Muat naik terkini selebriti kesayangan ramai, Neelofa menarik perhatian ramai peminat di media sosialnya.
Neelofa memuatnaik sekeping foto yang memaparkan wajahnya ketika kecil berserta kapsyen ringkas penuh makna. Hanya menulis nama ‘Bilal’ serta emoji ‘love’.
“Ummi Bilal 🤍🤓”
Sebelum itu, dia memuat naik gambarnya semasa kecil bersama ibunya, Datin Noor Kartini di Instagram Story.
Tengok masa kecik (kecil) ni, rasa macam ‘copy-paste’ Bilal sangat,” tulisnya dengan disertakan emoji ketawa.
Neelofa seakan memberi ‘hint’ wajahnya anaknya seakan dirinya semasa kecil.
Bas ekspres bawa pelajar UMPSA rempuh belakang treler LPT 1. Sebuah bas ekspres yang membawa seramai 28 penumpang termasuk 20 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terlibat dalam satu insiden mencemaskan apabila kenderaan itu melanggar belakang sebuah lori treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) menghala ke Timur, awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu melibatkan sebuah bas milik LA Holidays Travel and Tours Sdn. Bhd. yang sedang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Terminal Sentral Kuantan.
Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, hasil siasatan awal mendapati bas yang dipandu oleh lelaki berumur 38 tahun itu telah melanggar bahagian belakang sebuah lori jenis Nissan MK262 yang sedang berada di lorong kiri lebuh raya berkenaan.
“Ketika insiden berlaku, lori berkenaan sedang bergerak lurus di lorong kiri sebelum dilanggar dari arah belakang oleh bas yang membawa penumpang termasuk pelajar universiti tersebut,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan melibatkan semua individu terlibat termasuk pemandu dan kelindan lori, serta pemandu bas itu sendiri. Kesemua penumpang telah dipindahkan ke bas gantian untuk meneruskan perjalanan ke destinasi mereka di Kuantan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu bas yang gagal mengawal kenderaan ketika berada di lorong yang sama dengan treler tersebut.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMPSA, Haykal, memaklumkan bahawa semua 20 pelajar UMPSA yang menaiki bas berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pelajar tiba di kawasan Masjid UMPSA, Kampus Gambang sekitar jam 3.56 pagi dan disambut oleh pasukan MPP yang turut membantu memastikan setiap pelajar dihantar pulang ke kolej kediaman masing-masing dengan selamat,” katanya.
Ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi, peribahasa ini begitu dekat jika dikaitkan dengan putera sulung Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr yang mengikut jejak langkah bapanya dengan menyertai kelab Al-Nassr.
Remaja berusia 13 tahun itu difahamkan telah menandatangani perjanjian dengan skuad bawah 13 tahun (B-13) Al-Nassr dan sebelum ini pernah bermain untuk pauskan akademi di Real Madrid, Juventus dan Manchester United.
Difahamkan Cristiano Jr akan memulakan latihan dengan kelab Arab Saudi itu dalam beberapa hari akan datang dan akan memakai jersi No.7, nombor yang begitu sinonim dengan bapanya.
Ronaldo sebelum ini pernah mendedahkan bahawa anaknya meminta dia untuk terus bermain dan menangguhkan persaraan supaya mereka berdua dapat bermain dalam satu perlawanan bersama.
“Anak saya memberitahu, ‘Ayah tunggu beberapa tahun lagi… saya mahu bermain dengan kamu.'” ujarnya.
Cristiano Jnr. merupakan anak sulung daripada lima beradik buat Ronaldo yang pertama kali menjadi bapa pada usia hanya 25 tahun ketika anaknya dilahirkan pada Jun 2010, namun identiti ibu anaknya itu tidak pernah didedahkan secara terbuka.
Kisah murid tahun satu yang hadir orentasi bersama ibu bapanya yang cacat penglihatan ternyata menjentik emosi netizen. Rata-rata melahirkan rasa sebak dan terharu dengan keprihatinan anak kecil itu. Dalam usianya yang baru memasuki 7 tahun, dia sudah matang dan mampu berdikari memandangkan ibu bapanya tidak boleh melihat.
Terbaru menerusi Harian Metro, kisah adik Nur Khairunnisa dimuat naik kembali. Dia yang sudah mengenal huruf ketika usia lima tahun membantu ibu bapanya menggunakan pengangkutan awam atau menempah perkhidmatan e-hailing.
“NUR Khairunnisa adalah mata dan tongkat kami,” kata Nur Suhaida Norwi, 30, ibu kepada murid Tahun Satu, Nur Khairunnisa Mohammad Haizir yang menjadi tular di laman sosial.
Gelagat anak kecil itu menunjukkan padang, kelas, kantin dan persekitaran sekolah ketika minggu orientasi kepada ibu bapanya yang cacat penglihatan menyentuh hati warganet yang beranggapan murid Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Batu, Kuala Lumpur, seolah-olah dewasa sebelum usia.
Nur Suhaida berkata, anak tunggalnya itu sangat memahami ‘kekurangan’ ibu dan bapanya terutama untuk bergerak ke mana-mana.
“Khairunnisa membaca papan tanda dan nombor kenderaan serta bertanya orang ramai dalam setiap urusan harian kami.
“Anak ini memang anugerah Allah, dia tahu dalam usia masih muda perlu berdikari dan berdiri sendiri untuk membantu kami yang buta,” katanya kepada Harian Metro.
Bagi Mohammad Haizir Zakaria, 36, Nur Khairunnisa yang sudah mengenal huruf ketika usia lima tahun antara yang diharapkan untuk menaiki pengangkutan awam dan menempah perkhidmatan e-hailing untuk bergerak.
“Anak ini tahu kami tidak nampak tetapi tetap juga mahu menjaga kami, paling meruntun jiwa cita-citanya untuk membeli kereta besar dan bawa kami berjalan-jalan.
“Saya faham kenapa anak bercita-cita mahu membeli kereta, mungkin dia nampak kepayahan untuk kami bergerak,” katanya yang cacat penglihatan sejak kecil.
sejak berusia empat tahun, dia dan isteri sudah mengajar Khairunnisa untuk rajin bertanya orang ramai sekiranya memerlukan bantuan ketika mencari jalan.
“Bulan lalu, kami sekeluarga ke Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga di sana.
“Ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khairunnisa tahu apa yang perlu dilakukan, dia segera ke kaunter tiket bertanyakan apa perlu dilakukan kerana kami buta. Dia memang peramah dan bertanggungjawab walaupun masih muda,” katanya.
Mohammad Haizir berkata, setiap hari dia dan isteri akan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Hang Tuah hingga Stesen Sultan Ismail untuk menghantar dan menjemput Khairunnisa daripada sekolah.
“Walaupun Khairunnisa nampak matang namun usianya tetap masih muda dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaganya,” katanya.
Sementara itu, guru kelas Nur Khairunnisa, Amira Nadwa Mohd Nasir, 28, berkata, dia tersentuh hati melihat anak muridnya yang begitu kuat dan bertanggungjawab walaupun baru berusia tujuh tahun.
“Jatuh air mata saya melihat seorang anak kecil, memimpin ibu bapanya yang tidak dapat melihat ke orientasi Tahun Satu pada 31 Disember lalu ketika hari pertama ke sekolah.
“Dia sendiri menulis nombor telefon ibu bapanya walaupun baru bertatih dan terbalik menulis, kuatnya dia walaupun terpaksa berdikari dalam usia terlalu muda,” katanya ketika dihubungi.
Amira Nadwa berkata, selesai orientasi, Khairunnisa memimpin ibu bapanya untuk menunjukkan kelas, padang dan kantin seolah-olah mereka dapat melihat.
“Masih terbayang di mata saya Khairunnisa menunjukkan ‘mak, sini kantin, ini padang sekolah’.
“Selepas orientasi, saya bersembang buat pertama kali dengan ibu bapanya ketika hari pendaftaran pertama sekolah.
“Masih terkesan ayat ibunya kepada saya apabila mengandaikan Khairunnisa adalah mata dan tongkat suami isteri berkenaan.
“Sememangnya murid ini boleh dijadikan inspirasi buat kita semua walaupun masih kecil tetapi mempunyai jiwa besar, mampu memimpin ibu bapanya ke mana saja mereka pergi,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.