“Comelnya Fakhri. Reda Jadi Gitar Baba.” Dayah Bakar Kongsi Gelagat Anak & Suami Buat Ramai Terhibur!

Share

Setiap kali melihat perkongsian ibunga Dayah Bakar, baik video mahupun gambar,  pasti ada saja terselit gelagat lucu anak kecilnya, Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia 1 tahun lebih.  Membuatkan ramai terhibur.

Terbaru, Dayah berkongsi ucapan sempena hari lahir suaminya, Kapten Hanif. Menurut Dayah, video yang dikongsikan tersebut adalah video yang telah disimpan lama oleh dirinya dan ingin dikongsikan ketika hari lahir suaminya.

Dalam ucapan khasnya buat suami, Dayah menyatakan bahawa suaminya itu adalah seorang ayah dan suami yang sangat baik. Malah,  dia turut menitipkan doa agar suaminya sentiasa dalam lindungan Allah.

“Lama simpan video ni sebab memang nak save untuk post today , on your birthday ! 🥰


Happy Birthday syurgaku @hanif_hamidi 🤍
You are my absolute bestest in everything, and everyday I thank Allah for you 🤍

“To the man who makes me and Fahri always feel loved , protected and happiest, my extraordinary Tchanif , Happy Birthday baba🤍🥰
Semoga Allah melindungi , merahmati dan memberi kebaikan untuk Baba dunia dan akhirat . #syurgauntukBaba

Dalam perkongsian tersebut, Dayah memuatnaik video aksi suami Dan anaknya yang cukup mencuit hati. kelihatan Kapten Hanif sedang ‘bermain gitar’ dengan menjadikan Fahri sebagai gitar.

Gelagat dua beranak ini cukup menhiburkan dan ada yang menyatakan bahawa melihat wajah Fahri seakan redha menjadi gitar babanya.

Rata-rata yang menonton terhibur dengan gelagat lucu Kapten Hanif dan Fakhri. Nampak bersahaja tetapi muka Fakhri memang sangat Lucu. Sentiasa ketawa membuatkan warga maya geram dengan kaletahnya.

eitapieces Anak tu pon..redho jo lah..#coz besday dady nyer kan..😂😂❤️
zarinaibrahimzarinaibrahim Kenapa Baba jadi kn saya gitar😂😂😂😂😂😂😂❤️❤️❤️❤️❤️❤️😍😍
emilyhalim23 sooo cuteeeeeeee la fahri ni😍😍😍 mesti dia geli2 tu kena petik gitar tu😂🤣🤭
asrichzspa Awww fahri cute sgt kena goreng pun relax jeh!!!! Geram ciksue tgk😍😍… Happy birthday baby fahri
fazilla_zbayvion Sanah Helwa Tc Hanif. Seronok fahri jd guitar babanya… Ha3… 🤣🤣🤣
cheetahlya Jadi gitar pun bole, jadi senapang pun bole. Multi purpose fahri ni. 😂😂😂

Sumber: dayahbakar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN