Usahawan kosmetik terkenal, Madammu telah berkongsi wajah cahaya mata pertamanya yang dilahirkan tiga bulan lalu.
Menerusi perkongsian Instagram (IG), Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu memuat naik sekeping foto anak lelaki sulungnya, Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri.
“Hari ini genap umur saya 3 Bulan, berat badan saya hari ini 6.2 kg saya sangat aktif dan suka ketawa!
“Gambar ini khas untuk Aunties (pengikut) yang mengikuti perjalanan In Vitro Fertilization (IVF) Mummy saya dari awal sehingga berjaya.” tulisnya.
Ads
Dalam kesempatan itu, Madammu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada doktor, Dr Haris dan Dr Datuk Aziz yang banyak membantunya sepanjang proses IVF.
“Doakan Ahmad Kayden membesar dengan baik dan menjadi anak yang taat serta berjaya.” tambahnya.
Sekadar info, Madammu telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Azri pada 2015 yang memiliki tiga cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi hasil perkahwinan suaminya yang lalu.
Ads
Pada 9 Jun lalu, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur secara pembedahan.
Sumber: Instagram2
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
ELAKKAN PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT KE ATAS
Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak.
ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK
Jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil. Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
AJAR ANAK SOLAT
Dalam mendidik anak mengikut cara Islam, solat adalah kunci utama.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )
“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.
NAMA PANGGILAN YANG BAIK
Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.
PELUK ANAK SETIAP HARI
Dalam mendidik anak cara Islam, kasih sayang dari ibu bapa yang ditunjukkan kepada anak sangat bermakna buatnya. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
PANDANGAN KASIH SAYANG
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
BERIKAN PUJIAN PADA ANAK
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
AKUI KESILAPAN ANAK
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
UTAMAKAN KELUARGA BERBANDING PERKARA LAIN
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Jadi, hargailah masa bersama semasa proses anak-anak membesar.
ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK. UCAPKANLAH ‘ASTAGHFIRULLLAH’
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Dalam mendidik anak cara islam, kesabaran yang tinggi amat penting. Elakkan mengeluh. Ucapkan Astagfirullah.
DENGAR BILA ANAK BERCAKAP
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, jadilah pendengar yang baik.
TENANGKAN ANAK
Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI
Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
BUAT AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANAK.
Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Buat aktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.
TERIMA ANAK SEADANYA
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.
Mendiami rumah sewa tidak bermakna kita tidak boleh mengubah suai rumah menjadi rumah idaman.
Juga tidak perlu wang berpuluh ribu untuk mendapatkan perkakasan untuk mencantikkan rumah.
Membeli barang-barang murah tetap kita boleh mengubah suai rumah menjadi cantik dan selesa. Apa yang pasti, sederhana adalah cara kita, jangan ikut orang.
Menarik dengan perkongsian seorang penyewa Aizura Abdullah. Beliau sudah lama tinggal di rumah sewa tersebut. Beliau juga berkongsi hasil ubahsuai rumah sewa 8 tahun mendiami guna barang Shopee yang cukup menarik.
“Ingin berkongsi hasil deco rumah sewa kami. Dah 8 tahun kami duk rumah ni. Alhamdulillah sekarang sudah cukup selesa untuk kami sekeluarga tinggal.”
SEBELUM UBAH SUAI
Beliau lakukan deco bajet sahaja sebab pintu itu beliau tak tukar pun, cuma tampal wallpaper. Sofa pun beli dekat Shopee sahaja dengan harga RM299.
Ini adalah keadaan selepas diubahsuai. Semasa mula-mula cat dengan warna kelabu, Mula risau sebab rumah nampak gelap tapi bila masuk colour kuning dia nampak cerah balik.
Bunga orkid itu, beliau gubah sendiri dan pasu dibeli dari Mr.DIY RM19.00 sahaja.
Empat tahun lalu, rakyat Malaysia digegarkan dengan berita kehilangan seorang pemuda yang hilang tanpa jejak setelah menyertai sebuah acara larian di Gopeng, Perak pada April 2019.
Keberadaan Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap terus menjadi tanda tanya kerana sehingga kini petanda sama ada dirinya masih hidup ataupun tidak telah menemui jalan buntu.
Pelbagai spekulasi yangtersebar antaranya Acap telah ditangkap jin, bernikah dengan bunian serta mahu terus duduk dalam gua tidak mahu balik adalah antara dakwaan yang sempat berlegar.
Walaupun banyak tanggapan yang timbul, namun keluarga Acap tidak pernah berputus asa mencari dan masih mengharap kepulangannya satu hari nanti.
Pelbagai ikhtiar dilakukanselain berdoa dan mengikuti misi SAR ke kawasan hutan, mereka juga pernah menawarkan wang bernilai RM12,000 kepada sesiapa yang berjaya membawa Acap pulang ke pangkuan.
Baru-baru ini, abang kepada Acap, Denny Lang turut mengenang kembali tanggal kehilangan adiknya yang kini sudah memasuki tahun keempat.
Hantaran di Facebook pada tarikh 12 Mac lepas menyaksikan mereka bersama bantuan seorang perawat Islam masuk lagi ke lokasi sama (Gua Tempurung) dan tanpa disangka menemui kesan unggun api.
Namun siapa yang menghidupkannya dalam gua di tengah hutan, ia masih belum dipastikan lagi.
Sepanjang berita mengenai Acap tersebar di berita, video yang menunjukkan saat ibunya, Siti Maznah Khamis memanggil-manggil nama dalam hutan adalah detik tersedih yang berlaku semasa operasi pencarian berlaku.
Dari suara yang kedengaran sayu jelas menunjukkan betapa seorang ibu meletakkan harapan tinggi anaknya akan balik satu hari nanti.
Semoga di bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan ini, menjadi sinar penemuan Acap agar kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.