“Comelnya, Mak Ayah Pun Sporting. Bahagia Tengok.” 19 Sekeluarga Bercuti Di Homestay Tepi Sawah Tema Kain Pelikat & Batik!

Share

Simple je video tapi bahagia tengok.. Mak ayah pun sporting layan anak menantu. Demikian antara pujian diberikan kepada keluarga ini yang bercuti di homestay tepi sawah.

Menerusi perkongsian di aplikasi tiktok, rata-rata yang menonton memuji gelagat bersahaja ahli keluarga ini bercuti bersama.Sempoi gaya, sporting semuanya apabila sama-sama mengenakan kain pelikat dan kain batik ketika bercuti di homestay Sungai Besar, Sabak Bernama Selangor baru-baru ini.

Nur Mithali Emelyn ketika berkongsi momen tersebut bersama penulis. menurutnya, seramai 19 orang termasuk kanak-kanak turut serta dalam percutian tersebut.

“Kami pilih tepi sawah ni sebab  tak ramai orang berkunjung ketika itu. Untuk idea tu, abang dan kakak ipar saya yang bagi idea secara spontan je, masa sibuk ambil2 gambar, dorang panggil suruh beratur dan jalan mcm tu(macam dalam video)😆

“Sebenarnya, plan bercuti tu dibuat lepas pengumuman boleh rentas negeri. Apatah lagi, dah lama tak jumpa family selepas PKP. Jadi ini peluang terbaik untuk berkumpul kembali.

“Walaupun ramai, tapi tak ada masalah atau cabaran sepanjang percutian. Kami selalu bercuti bersama, jadi kami dah ada tugas masing-masing. Jadi semuanya jadi mudah alhamdulillah. Untuk akan datang memang dah ada plan nak bercuti lagi, cuma belum tahu tempat dan bila,” ujarnya lagi.

Menurut Emelyn lagi, ahli rombongan paling tua di dalam percutian tersebut adalah bapa mentuanya yang berusia 64 tahun manakala paling muda adalah anak saudaranya berumur setahun.Pemilihan tema kain pelikat untuk lelaki dan kain batik serta baju kedah untuk wanita dipilih memandangkan tempat percutian mereka di kawasan sawah padi. Sesuai untuk membangkitkan aura suasana desa.

“Untuk kaum lelaki, kami memilih baju putih dipadankan dengan kain pelikat manakala wanita kain batik dengan baju kurung kedah. Sementara untuk kanak-kanak pula selesa dengan berseluar kain batik.

“Tema tepi sawah ini memang jadi pilihan memandangkan kami semua tinggal di bandar, ada yang tak pernah turun ke bendang bahkan ada juga yang memang tinggal jauh dari sawah padi.

“Jadi, peluang menginap di homestay yang berhadapan dengan sawah satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.

@mexai__♬ Romantic Sunday – Car the garden

Sumber:  mithalimlyn

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN