Sejak dilahirkan penyeri hidup pasangan selebriti terkenal Fattah Amin dan Fazura, yang diberi nama Nur Fatima Aisya ini sering menjadi tumpuan sejak wajahnya dikongsikan kepada umum.
Terbaru, akaun Instagram Fattzuralovelife, berkongsi gambar Fatima sedang makan di bulan Ramadan.
Biar pun hanya memaparkan wajah comot dengan sisa makan di mulut, warganet tetap terhibur.
“Assalamualaikum semua puasa tak? Fatima puasa hari ni.. “
PEMINAT TERHIBUR WALAUPUN HANYA SEKEPING GAMBAR FATIMA.
Warganet memuji kecomelan Fatima yang kini telah berusia tujuh bulan.
Ads
COMEL MATA HITAM TU
Ads
Apa yang pasti, paparan wajah Fatimah sentiasa di tunggu-tunggu peminat ibu bapanya. Peminat sentiasa tak sabar menantikan setiap perkongsian mengenai kehidupan Fatima.
Sekali lagi, media sosial tular dengan kisah pelajar IPTA yang meninggal dunia yang didakwa tertekan dengan beban tugasan yang banyak hingga meragut nyawa.
Terdahulu, berita utama melaporkan Nur Natasya Ezreen Azemi,22, yang merupakan pelajar UiTM Merbok, Sungai Petani, Kedah meninggal dunia dikatakan ada kaitan dengan perkara yang sama.
Terbaru, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka meninggal dunia akibat pendarahan di dalam kepala di rumahnya di Kampung Kedai Tepoh semalam.
Muhd. Adham Hazim Muhd. Rizaini, 19, yang merupakan pelajar semester kedua jurusan Diploma Kejuruteraan Awam menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 10.52 malam.
Ayahnya, Mohd. Rizaini Ghazali, 51, berkata, anak kedua daripada lima beradik itu merangkak ke biliknya untuk meminta pertolongan pada pukul 5 pagi.
“Dia mengadu sakit kepala yang amat sangat. Saya bergegas membawa anak saya yang tidak sedarkan diri ke Unit Kecemasan HSNZ, Kuala Terengganu.
“Doktor memberitahu keadaan anak saya agak kritikal kerana dua urat kepalanya putus sebelum disahkan meninggal dunia pada malam tadi (semalam).
Tidur lewat siapkan tugasan
Mohd. Rizaini memberitahu, Muhd. Adham Hazim sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi.
Jenazah Muhd. Adham Hazim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Berangan, Tepoh di sini pada pukul 11 pagi tadi.
Anugerah Dekan Semester 1
Dalam pada, ayah saudara kepada Allahyarham meluahkan kehilangan anak buah tersayang.
Mengadu pening lepas test programming
Menerusi perkongsian rakan di Twitter, Allahyarham ada mengadu pening kepala selepas ujian programming.
Sumber: F, Kosmo, Al-Faizal Faiz & Twitter Arisha
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Dalam diam tanpa kita sedari seluruh negara termasuk negara kita sedang berhadapan dengan gelombang kedua COVID-19 bermula 27 Februari yang lalu. Dalam satu perkongsian menerusi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat ini jumlah kematian di beberapa buah negara sudah semakin meningkat.
#COVID19 Statistik WHO sehingga jam 6pm, 4 Mac 2020.
Kematian meningkat di Itali kpd 79 kes, Iran (77) dan Korea Selatan (33).
Kes di Itali dan Iran melebihi 2,000.
Amerika Syarikat bertambah 9 kematian, Perancis (4) dan Sepanyol catat kematian pertama. pic.twitter.com/Q0KiW2rpJo
Pun begitu, pihak KKM meminta rakyat Malaysia supaya tidak memandangkan kesemua kes, puncanya berjaya dikesan dan beberapa kontak rapat pesakit kini dalam pantauan.
“Bagi gelombang kedua, ada satu kluster COVID-19 yang dikenal pasti dan ia membabitkan kes ke-26. Berdasarkan siasatan dan pengesanan kontak yang dijalankan sehingga kini, terdapat 215 kontak rapat yang dikesan…”
Malaysia sedang memasuki gelombang kedua #COVID-19.
Gelombang pertama sebahagian besar kes dari China dan ada kaitan sejarah perjalanan ke China.
Gelombang kedua bermula dengan kes ke-23 apabila kebanyakan kes jangkitan tempatan dalam kalangan rakyat tempatan.
Hi, ada beberapa peringkat strategi ketika berdepan krisis. Ketika ini, Malaysia masih di peringkat early containment. Kita tahu punca jangkitan dari mana dan boleh mengesan kontak rapat. Negara jiran kita di peringkat orange. Punca jangkitan tidak diketahui.
Apabila punca jangkitan tidak diketahui, sukar untuk menjejaki kontak rapat yg berisiko tinggi. Jadi pihak berkuasa tempatan umum nama lokasi
dan minta mrk yg pernah berada di situ atau berhubung dgn kes positif untuk dtg ke fasilisiti kesihatan.
Dalam masa yang sama, di Facebook Public Health Malaysia menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak melancong ke tempat-tempat berisiko memandangkan cuti sekolah bakal tiba tak lama lagi.
Cuti sekolah pada 14-22hb ini, sekiranya TIADA KEPERLUAN, mohon tangguhkan perjalanan anda ke negara yang berisiko tinggi 🙏🏼🙏🏼 . Korea Selatan 5,186 kes l 29 kematian Itali 2,502 kes l 52 kematian Jepun 293 kes I 6 kematian
Mengapa perlu ambil risiko kesihatan dan keselamatan diri anda dan keluarga?
Perkongsian tersebut rata-rata disambut baik dan beebrapa individu turut memberi nasihat yang sama.
Syamsul KamalCuti sekolah buatlah program keluarga dirumah shj. ‘Rumahku Syurgaku’. Semoga Allah melindungi kita semua.. Aamiin.
Nurulhaida KipliPerjalanan kmi sekeluarga isnin nie ke japan. Dibatalkan. Wlwpun agk kecewa sebab plan dh lama nak bawak anak2. Mmg bnyk kerugian ditgg. Tiket flight (belom dpt refund), penginapan no refundable. Cuma tiket disneyland and disneysea sahaja refund 100%. InshaaAllah kalau ada rezeki sampailah japan tu. X lari kemana japan.. 😅🇯🇵
Norela MuhamadJadilh org bertanggungjawab. Jgn disebabkn kedegilan kita terpalit pd org yg tidak berdosa dn menyusahkn org lain. Semoga Allah lindungi org2 yg tersyg..aamiin
Abu Muhammad AzriSebaiknya arahan dan larangan yg lebih tegas perlu diberi. Org awam biasanya keras kepala dan degil kalau setakat nasihat saja. Apa2 program yg perlu org berkumpul patut dibatalkan. Ramai tak tahu mcmana nak menghadapi wabak ni skrg
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...