Dalam diam tanpa kita sedari seluruh negara termasuk negara kita sedang berhadapan dengan gelombang kedua COVID-19 bermula 27 Februari yang lalu. Dalam satu perkongsian menerusi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat ini jumlah kematian di beberapa buah negara sudah semakin meningkat.

Pun begitu,  pihak KKM meminta rakyat Malaysia supaya tidak  memandangkan kesemua kes, puncanya berjaya dikesan dan beberapa kontak rapat pesakit kini dalam pantauan.

Gelombang Kedua COVID-19, Ibu Bapa Mohon Tangguhkan Dulu Bawa Anak Bercuti Musim Cuti Sekolah Ni

“Bagi gelombang kedua, ada satu kluster COVID-19 yang dikenal pasti dan ia membabitkan kes ke-26. Berdasarkan siasatan dan pengesanan kontak yang dijalankan sehingga kini, terdapat 215 kontak rapat yang dikesan…”

IKLAN

Dalam masa yang sama, di Facebook Public Health Malaysia menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak melancong ke tempat-tempat berisiko memandangkan cuti sekolah bakal tiba tak lama lagi.

Gelombang Kedua COVID-19, Ibu Bapa Mohon Tangguhkan Dulu Bawa Anak Bercuti Musim Cuti Sekolah Ni

Cuti sekolah pada 14-22hb ini, sekiranya TIADA KEPERLUAN, mohon tangguhkan perjalanan anda ke negara yang berisiko tinggi 🙏🏼🙏🏼
.
Korea Selatan 5,186 kes l 29 kematian
Itali 2,502 kes l 52 kematian
Jepun 293 kes I 6 kematian

IKLAN

Mengapa perlu ambil risiko kesihatan dan keselamatan diri anda dan keluarga?

Perkongsian tersebut rata-rata disambut baik dan beebrapa individu turut memberi nasihat yang sama.

IKLAN

Syamsul Kamal Cuti sekolah buatlah program keluarga dirumah shj. ‘Rumahku Syurgaku’. Semoga Allah melindungi kita semua.. Aamiin.

Nurulhaida Kipli Perjalanan kmi sekeluarga isnin nie ke japan. Dibatalkan. Wlwpun agk kecewa sebab plan dh lama nak bawak anak2. Mmg bnyk kerugian ditgg. Tiket flight (belom dpt refund), penginapan no refundable. Cuma tiket disneyland and disneysea sahaja refund 100%. InshaaAllah kalau ada rezeki sampailah japan tu. X lari kemana japan.. 😅🇯🇵

Norela Muhamad Jadilh org bertanggungjawab. Jgn disebabkn kedegilan kita terpalit pd org yg tidak berdosa dn menyusahkn org lain. Semoga Allah lindungi org2 yg tersyg..aamiin

Abu Muhammad Azri Sebaiknya arahan dan larangan yg lebih tegas perlu diberi. Org awam biasanya keras kepala dan degil kalau setakat nasihat saja. Apa2 program yg perlu org berkumpul patut dibatalkan. Ramai tak tahu mcmana nak menghadapi wabak ni skrg

Sumber:  Kementerian Kesihatan Malaysia & Public Health Malaysia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI