Andai teringin nak makan Coney Dog mesti ada antara kita akan singgah Restoran A&W. Dari dahulu hingga kini, rasanya tidak pernah mengecewakan. Cukup enak dan menyelerakan!
Apa kata kali ini kita cuba pula sediakannya sediri. Sebenarnya bahan-bahan yang diperlukan bukan susah mana pun untuk dicari. Malah proses menyediakannya juga cukup ringkas.
Jadi bila terasa teringin hendak makan, anda tidak lagi perlu berkira-kira keluar rumah. Bahkan terus sahaja boleh masuk ke dapur untuk menyediaknnya. Jika buat dalam kuantiti yang banyak, elok sangat di jadikan bekal anak-anak ke sokalah dan suami ke pejabat. Bukanke lebih menjimatkan?
Ayuh, ketahui dahulu bahan dan cara penyediaannya sebagaimana yang telah dikongsi oleh puan Rrose Rapii Via MAHN.
Coney dog in the house
Breakfast & Bekal anak-anak pagi nie #By Dapur Mama Rrose
Ads
Resepi gravy (Ikut cara saya sendiri ya)
Bahan-bahan:
Sedikit Buttercup
Daging dan ayam cincang
Ads
Bawang putih di dadu
Bawang Holland di dadu
Sos cili
Sos Black paper
Ads
Sos Honey Bbq
Maggie Cukup Rasa
Gula
Cara-caranya
Cairkan buttercup, tumis bawang putih dan bawang holland separuh masak.
Masukkn daging dan ayam cincang tadi, kacau bagi sebati dan biarkan sehingga air daging & ayam tu kering.
Kacau bagi sebati,masukkan sos cili, sos black paper, sos honey bbq dan kacau rata.
Masukkn maggie cukup rasa dan gula.
Kacau sebati dan tutup api.
Rasakan mengikut citarasa sendiri dan pastikan ada rasa pedas,masin dan manis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak telah kembali ke sekolah setelah bercuti sempena sambutan Hari Raya dan biasanya selepas ini akan ada jamuan Raya di sekolah. Kita sebagai mak-mak ni pula mulalah terfikir-fikir dan tercari-cari menu apa yang ingin disediakan untuk dibawa pada hari jamuan tersebut.
Jika buntu, apa kata sediakan menu ini yang memang digemari oleh kanak-kanak. Lain tidak bukan Macaroni Carbonara. Menyediakan menu ini juga tidaklah sukar dan untuk lebih mudah ikut sahaja seperti resipi yang dikongsikan oleh Ruziawati Yusof sebagai panduan. Selamat mencuba.
2. Toskan Macaroni. Tapi yang biasa Cik Wati buat, sambil rebuskan Macaroni tu, boleh siap potongkan bahan-bahan yang lain juga. So, sedang molek Macaroni tu masak dan lembut teksturnya, dah boleh kita terus gorengkan Meatballs ataupun Sosej tu. Dah sampai waktu nak masukkan Macaroni, kita pakai kaut aje dari periuk sebelah ke kuali yang kita gorengkan Meatballs ataupun Sosej tadi. Lebihan air rebusan tu biasanya Cik Wati buangkan aje. Senang kerja!
3. Panaskan kuali, masukkan 1/4 Butterlite atau Buttercup. Masukkan Meatballs yang dipotong kecil. Cik Wati menggunakan jenama Saudi Gold. Apa-apa jenis Meatballs pun boleh saja. Ikutlah citarasa masing-masing. Goreng Meatballs seketika sehingga menjadi sedikit garing. Tak ada Meatballs, kita guna Sosej pun boleh juga ya? Sama sahaja sedapnya. Don’t worry
4. Masukkan pula bawang besar dan bawang putih yang sudah dikisar untuk menaikkan aroma. Cik Wati kisar 1 biji bawang besar dan 3 biji bawang putih untuk satu packet Macaroni jenama Kimball yang biasa Cik Wati gunakan.
5. Setelah naik bau, masukkan 2 tin dan 3 botol besar Sos Carbonara jenama Prego dan kemudiannya Cik Wati tambahkan 2 tin dan 3 botol air masak ke dalam kuali. Kemudian, masukkan pula 4 kotak Susu Dutch Lady Fresh Milk. Setelah sos menggelegak, Cik Wati masukkan Macaroni yang telah direbuskan tadi dan tambahkan sedikit Garam serta Ajinomoto. Boleh juga jika mahu menambahkan lagi rasa dengan menggunakan 2 kiub Pati Ayam Maggi. (Sukatan air dan susu boleh ikut suka. Kalau rasa kurang, boleh tambah sukatannya sedikit demi sedikit. Ikut kesesuaian bahan yang digunakan. Ikut selera ya? Boleh belaka)
5. Untuk menambahkan pula rasa Macaroni menjadi lebih creamy, kita juga boleh masukkan 3 keping Cheese juga ya. Cik Wati guna jenama Cheesedale. Tak perlu bubuh banyak ya sebab takut nanti jadi muak.
6. Boleh tambahkan Broccoli jika suka. Lagi sedap sebenarnya kalau tambah Broccoli ni. Siap untuk dihidangkan! Sedap dimakan ketika masih panas ataupun ketika sudah sejuk. Kebiasaannya kalau Cik Wati masak Macaroni Carbonara ini di sebelah pagi, sampai ke malam pun dia masih molek lagi. Siap boleh dipanaskan untuk dimakan pada pagi esoknya pula.
7. Boleh tambahkan juga sedikit Black Pepper Aji-Shio untuk rasa yang lebih ummmph!
Kelazimannya kita tidak akan membeli tauhu dalam jumlah yang banyak,cukup sedar untuk sekali masak.
Bukan apa, kita bimbang sebenarnya kalau dibeli terlebih akan cepat basi atau rosak pula. Akhirnya dibuang sahaja!
Tapi sebenarnya, ada cara dan tip yang boleh dipraktiskan untuk pastikan tauhu lebih tahan lama. Ini sebagaimana perkongsian Azura dan boleh dicuba. Jom semak.
Kongsi petua cara simpan tauhu.
Cuci dulu, then rebus tauhu sampai terapung atau timbul biji-biji kecil dah tu tos dan sejukan..
Simpan di Chiller. Tauhu mampu bertahan lebih 2 minggu.. In Shaa ALLAH.. tauhu tak mudah rosak atau masam.
Sapa macam saya..
Dan petua serta persoalan yang dikongsikan oleh Azura Aris di Page Masak Apa Hari Ini (MAHN) mendapat respon daripada warganet.
Rupanya ramai juga yang tidak tahu akan trik ini dan tidak kurang juga ada yang berkongsi cara dan tip sesama mereka untuk pastikan tauhu yang dibeli kekal elok dan tahan lama.
Ini antaranya dan bolehlah dicuba.
Sumber : Azura Aris Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di