Takdir Tuhan tak siapa yang mampu menduga. Disebalik dugaan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sebagai hambanya, kita perlu sabar dan menerima segala ujian dengan hati yang reda.
Kehilangan anak tersayang ibarat separuh jiwa pergi, namun demi insan lain di sisi, ibu ini tetap tabah dan kental. Demikian juga dengan ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair. Pulangnya si anak ke negeri abadi buat selama-lamanya tidak mampu diterima namun hatinya kini reda. Dalam satu perkongsian di media sosial baru-baru ini, Khadijah A Rahman , ibu kepada arwah Ashraf terbang ke Jakarta untuk bersama menantunya Bunga Citra Lestari serta cucu tersayang, Noah Sinclair.
Namun dalam perkongsian terbarunya, Puan Khadijah selamat tiba di Malaysia selepas tiga bulan di Jakarta.
Alhamdulillah. Umi is back home in Malaysia now. In quarantine next 14 days before going home. Thank you for taking care of Umi, Bunga, for almost 3 months in your home. Syukur Alhamdulillah, Im grateful to spend so much time close to you and Noah and with your family too. To spend whole month of Ramadan, read Yasin together for Alm Ashraf, prayed together, sahur together and spent a most beautiful Eidil Fitri together. There was so much love for Alm Ashraf even he was not there but his presence was felt. Its time for Umi to spend time with Daddy, Aishah, Adam, Soraya, Aina, Yuna and Shahnaz for they have missed Umi very much too! But Umi is not saying ‘good-bye’… InsyaAllah I will see you and Noah, soon. Take care. We love you forever. Khadijah kini dikuarantin selama 14 hari sebelum kembali bertemu dengan suami serta anak cucunya yang lain. Sewaktu menyambut Aidilfitri disana, ibu tabah ini dilihat cukup rapat dengan menantu dan cucunya. Malah, mereka juga beribadah bersama-sama bagi terus meredhai pemergian Ashraf.
Rata-rata warganet memuji akan keprihatinan serta kagum dengan ketabahan ibu arwah Ashraf yang walaupun dalam berduka masih mampu tersenyum bahagia demi menantu dan cucu tersayang.Masing-masing meluahkan rasa sebak dan terharu dengan keperibadian ibu mertua seperti Khadijah.
aufaikaMertua yg baik ank yg baik 4 menantu yg baik…insyaallah…😘😊
ria_mamarayya Masya Allah… pnya ibu mertua yg baik hati bgini… pasti menantunya juga sangat baik…. 😘😇
hirna_mtz ❤️ i adore you Umi 💋 May Allah SWT grants you every happiness in the world. InshaAllah.
yunih_354 mertua jg ibu yg luar biasa buat anak anak nya umi😍🙌
iandian207 Masyaallah..bahagianya kak @bcl mendapatkan umi yang bener2 sayang dan perhatian..sama seperti alm bang @ashrafsinclair …inspired umi…stay health
Memenuhkan stok seminggu atau sebulan dengan barangan basah memang buat kita rasa puas hati. Selain jimat masa, ini juga memudahkan kita untuk membuat bajet waktu gawat begini kan.
Lagi satu bab yang perlu dititikberatkan adalah bagaimana nak menyimpan barang basah ini supaya dapat bertahan lama di dalam peti ais.
Ibu-ibu mungkin boleh menjadikan wanita bernama Naeamah Balqis ini sebagai inspirasi dalam cara menyimpan stok. Cara yang dikongsikan olehnya memang tip top. Nak susun kemas dan bezakan setiap satu, yang mana tahan lama, kekal segar dan sebagainya juga kena ada ilmunya.
Jom ikut cara yang dikongsikannya.
Alhamdulillah…ni stok lauk keluarga untuk bulan Februari lak. Bajet untuk 3 minggu, agak-agak sehingga gaji la, tapi gaji bulan 3 dah dapat awal minggu ni. Lauk untuk bulan 3 kita shooping ujung bulan nanti, buat macam biasa lah.
Masak setiap hari …bawak bekal ke pejabat dan masak untuk anak sekali. Balik kerja masak lagi untuk makan malam, buat macam ni mudahkan kerja kita, macam biasa kalau malas boleh ambil kuali ketuk atas kepala.
Okeyy…nak masak amik je yang mana berkenan di hati.
Stok bahan masak
Lauk beli kat pasaraya cs…Letakkan dlm bekas untuk sekali masak.
Ikan tongkol…
Basuh bersih-bersih. Masukkan air dalam bekas, ikan tongkol tak letak sebab dalam dilema lagi masa ni, nak simpan atau nak rebus.
Masukkan air..aras lauk.
Masukkan air..tutup …simpan terus kat tempat beku.
Lauk beli kat pasar malam, ayam dan daging. Ayam asingkan untuk sekali makan, letak air. Daging jangan letak air, simpan gitu jer, jangan basuh.
Udang dan ikan letak air, tulang jangan letak air. Ikan dah siang cuci bersih dah tu.
Sayur-sayuran
Simpan dalam bekas dan letak tisu kat bawah. Lengkuas, halia, serai…letak air biar tenggelam.
Bukan mudah untuk membuang tabiat yang telah sebati dan menjadi darah daging sejak berpuluh tahun lamanya. Namun tiada apa yang mustahil jika diiringi tekad yang teguh dan kesediaan untuk berubah.
Inilah yang ingin dikongsikan oleh saudara Khairul Abdullah, bagaimana dia berjaya berhenti merokok setelah bertahun berbuat demikian.
Berikut 6 Perkara Yang dilakukannya. Semoga perkongsiannya mendapat manfaat dan menjadi panduan buat perokok tegar di luar sana yang ingin berhenti merokok.
Aku Buat Sehingga Berjaya Berhenti Merokok.
Aku berhenti merokok sejak anak sulung aku lahir. Dah nak masuk 6 tahun lah jugak aku tak sentuh langsung rokok. Hisap apatah lagi.
Kenapa aku berhenti?
Sebab aku insaf selepas dapat anak. Tak mahu keluarga aku sakit sebab asap rokok aku. Jadi aku nekad untuk berhenti. Jadi, esoknya tu terus aku berhenti sampailah ke hari ini.
Takde slow down dulu, takde tukar ke vape dulu, takde guna benda alah apa pun. Berhenti serta merta begitu jer. Alhamdulillah berjaya walaupun pada bulan pertama tu siksa ya robbi menahan ketagihan. Maklumlah dekat 25 tahun jugak kot aku merokok.
Jadi nah aku kongsikan 6 perkara yang aku buat.
1. Niat
Aku perasan, yang nak berhenti rokok ni, paling penting adalah niat. Niat pulak kena disertakan rasa keinsafan dan keazaman atau kehendak yang tinggi. Kalau ada tiga benda tu maka ianya jadi lebih senang.
Kalau aku tak berniat dan takde sebab untuk berhenti rokok maka aku takkan ada motivation. Mudah gagal.
2. Berhenti serta-merta
Nak berhenti benda alah ni aku kena jadi orang yang nekad. Tak boleh teragak-agak.
“Errr awal bulan depan lah aku stop.” “Ehh, bulan depan lah aku start.”
Kononnya, namun aku tak boleh gitu. Akan sering gagal.
Jadi, bila dah berniat dan berazam sahaja nak berhenti aku terus ambik keluar semua rokok yang ada dan hancurkan dan buang dalam jamban dan aku pam.
Aku tak simpan langsung sebatang dua atau sekotak dua buat backup kot-kot boleh membantu bila aku sangap teruk nanti.
Tidak. Tak perlu dikenang lagi.
3. Cari aktiviti pengganti
Aku mula tak keruan bila selesai makan dan bila aku masuk toilet nak melepas atau bila aku stay up kerja lewat atau bila aku pergi mamak atau makan dengan kawan. Jadi, lepas makan aku tak keluar pergi bawah pokok atau tempat yang kau selalu hisap rokok.
Kalau kat rumah, aku pergi dapur dan basuh pinggan, kalau kat restoran baik aku kutip nasi yang tumpah tu dan kira berapa butir. Aku perlu “kill the time”.
Kalau dalam toilet tu aku tak berlama macam selalu. Aku buat sepantas mungkin dan terus keluar.
4. Jangan berjumpa dan lepak dengan kaki rokok.
Dalam tempoh 40 hari pertama, aku sebolehnya elakkan terus lepak dengan kawan-kawan yang merokok. Tak payah keluar lepak mamak dalam tempoh tersebut.
Aku kena jauhkan diri dari rokok. Penampakan asap dan bau rokok tu bakal menambah ketagihan. Walaupun kau rasa macam namatey, aku gagahkan juga bertahan.
5. Dapatkan sokongan.
Benda baik gini kena dapat sokongan isteri, anak-anak dan juga ibu bapa. Aku telefon mak di kampung, bagitau dia yang aku nak berhenti rokok ni, minta dia doakan.
Aku bagitau isteri dan anak yang aku nak berhenti, walaupun anak aku tak faham sepatah haram pun waktu tu. Minta diorang sokong dan bagi semangat.
Minta diorang sibukkan aku dan penuhi masa terluang aku supaya aku tak teringat kat rokok tu.
6. Sokonglah diri sendiri.
Aku tahu aku nak buat benda baik ni. Jadi aku kena sentiasa positif. Aku selalu yakinkan aku yang aku boleh, aku boleh. Rasa nak merokok jer aku carilah benda lain, main game atau paling best bukak peti cari makan.
Jika waktu kerja aku lewat malam perlu ada rokok, maka aku carilah benda lain untuk dihisap seperti gula-gula atau chewing gum. Kalau takde gula-gula, bijik durian pun feel jugak.
Bila berjumpa kawan yang merokok, bila dioffer sepam dua, aku takkan sesekali mencuba. Kawan akan kata “Alah, sepam jer pun, takde hal lah.” No no no, aku takkan sentuh pun.
Aku kena percaya dengan diri aku. Yakinlah yang kita nak buat benda baik dan Allah akan permudahkan. Selain itu kena selalu berdoa.
Begitulah.
*** 6 benda tu sahaja yang aku buat.
Dalam masa sebulan lebih tu memang sangap gila lah. Lepas 40 hari tu rasa dah macam ok jer. Lepas 3 bulan tu dah rasa tak kisah atau macam dah lupa. Cuma bila lepak dengan kawan maka godaan dia tinggi, jadi sebolehnya aku elakkan.
Alhamdulillah, aku berjaya.
Hari ni kau layan lah rokok cap apa pun depan aku, aku kool jer.
Peluang untuk mengerjakan umrah dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci bukan datang selalu. Jadi peluang inilah digunakan sebaiknya untuk beribadah.
Keadaan diri yang batuk-batuk tanpa henti membuatkan ibadah kita terganggu. Apa nak buat?
Menurut perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, mengunyah sejenis herba sepanjang masa ketika umrah dapat membantu masalah batuk berpanjangan lega. Jom cuba!
Ni saya kongsi tips nak elak atau hilangkan batuk masa tunaikan haji atau umrah. Terutama batuk yang kering tu. Yang tak ada kahak.
Batuk jenis ni yang selalu ganggu jemaah. Masa solat batuk, masa berjalan batuk, masa tidur pun batuk.
Kalau dah kena batuk jenis ni, guna lozenges pun tak jadi apa. Ambil ubat batuk sama. Dok batuk macam tu jugalah.
Masa saya pergi haji tahun 2019, majoriti jemaah batuk. Saling sambung menyambung batuk tu. Ada pergi klinik minta antibiotik. Sampai doktor kata tak boleh dah.
Tips dia mudah saja. Ambil bunga cengkih dan gigit. Ala ala macam ada chewing gum dalam mulut.
Biar jus bunga cengkih masuk ke kerongkong. Kalau tak sanggup bolehlah masukkan dalam air panas. Tapi kena tumbuk tumbuk sikit. Biar bunga cengkih pecah.
Kalau tak sanggup juga, masukkan madu. Kot boleh telan sikit. Kalau rasa susah juga boleh guna spray pati bunga cengkih.
Cara pun mudah saja. Spray masuk dalam kerongkong. Dua kali sehari.
Kalau cuba tips ni Insyaa Allah kita selamat dari batuk. Tapi kalau lepas solat pergi bantai aiskrim tok Arab tu, selamat berdamping dengan batuk dan sakit lain.
Boleh cuba. Yang belum terbang ke Makkah sempat lagi bekal cengkih untuk standby di sana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.