Setiap kata-kata nasihat yang keluar daripada mulut seorang ayah, nyata bukan kata-kata manis sekadar dibibir sahaja malah penuh memberi makna dan mendalam buat pedoman seorang anak untuk meneruskan hidup. Semua itu bagi seorang ayah, tiada apa yang diharapkan selain anak-anak yang ditatang berjaya menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat.
Berkongsi rasa kerinduan terhadap susuk tubuh lelaki bergelar ayah, Ustazah Asma Harun berkongsi kisah di akaun fbnya dan coretan ini benar-benar membuatkan netizen yang membacanya juga terasa terkesan di hati dan bersama kita ambil manfaat daripada perkongsian hebt ini. Jom semak.
RINDU YANG TIDAK KESAMPAIAN
Dalam riuh rendah orang sekeliling, selalu sahaja hati ini tiba-tiba rasa sunyi sepi sayu, halus sahaja rasa tu tapi menghiris². Air mata laju tidak terbendung. Rindu yang sangat dalam.
Saat saya rasa lemah, sedih, sakit, sempit dalam melalui jalan dakwah ini, saya cuba pejamkan mata dan bayangkan wajah lembut dan kata² arwah ayah. Rindu suara ayah. Ayah baru sahaja pergi tahun lepas.
Masih jelas dalam ingatan, satu ketika saya dah nekad nak berhenti daripada teruskan master, rasa dah tak boleh nak siapkan thesis. Waktu itu juga ujian bertalu-talu, dihimpit dengan tekanan di tempat kerja (belajar dan kerja sepenuh masa), mengandung kali ke 7 dan keguguran (dr. kata kandungan terhenti pembesaran mungkin terlalu stress), tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, jadual kuliyah dan ceramah, masalah keewangan dan lain-lain. Ketika itu saya rasai sakitnya kemurungan.
Dalam tempoh dua tahun, selalu mengunci diri masuk bilik bila due date assignment dan exam, walaupun orang kata ustazah buat cincai je asal lulus sudah, tapi sudah terbiasa mesti mujahadah dalam belajar, target mesti A dan 3.8 ke atas, di situ ada nikmatnya.
Paling sedih bila anak kecil duk ketuk-ketuk pintu menangis sebab nak kita, macam-macam alasan mereka bagi, nak bagi beg la, nak tunjuk sesuatu la, selalu juga kalah pujuk rayu anak. Suamilah yang banyak berkorban. Banyak sangat. Moga Allah berkatimu.
Ads
Arwah ayah selalu telefon tanya khabar dan bagi semangat supaya habiskan belajar. Satu ketika saya telefon ayah bagitahu perlu berhenti kerana keadaan saya dah teruk dari sudut emosi, fizikal dan mental. Ayah terdiam seribu bahasa. Saya tahu ayah sangat sedih.
Tak lama lepas tu ayah telefon, Ayah kata..
“Asma’, cuba lihat orang bukan Islam yang bersungguh belajar hingga PhD untuk dapat habuan dunia, kita ni belajar untuk dunia dan akhirat, tak cukupkah SYURGA ALLAH sebagai pengubat segala sakitnya ujian tu, betulkan niat Asma’, buat kerana Allah”.
AllahuAkbar, ketika itu saya terduduk hanya mampu menangis sahaja. Teresak-esak. Saya ditegur lembut oleh ayah, saya nak siapkan master sebab nak kejar pengiktirafan manusia atau kerana mendalami ilmu kerana cari redha Allah, untuk perbaiki diri yang serba lemah.
Ads
Jika kerana manusia, maka kita sentiasa akan diuji dengan manusia. Jika kerana Allah, Dia sentiasa ada dalam hati, dalam langkah dan jatuh bangun kita.
Saat itu ditikar sejadah memohon ampun pada Allah, kerana lemah menjaga niat, meletakkan tujuan dunia itu lebih besar daripada akhirat. Betul-betul merayu minta tolong dengan Allah, tunjukkan jalan, bukakan kekusutan dan leraikan belenggu yang mengikat.
AllahuAkbar, Dia ya Saami’ Maha Mendengar, Dialah ya Qaarib Yang Maha dekat. Tekanan demi tekanan rupanya laluan untuk merasakan nikmatnya kalimah,
لا حولا ولا قوة الا بالله
Ads
AllahuAkbar, Allah buka satu persatu jalan keluar setiap kesulitan, kesempitan dan kesakitan. MasyaAllah Maha Baik Allah ya Barr, rupanya Allah tidak membiarkan saya selesai pengajian sebelum jelas akan niat dan tujuan. Itulah Tarbiyyah Allah kepada hambanya yang lalai. Fahami dan yakinlah Allah ya Rahman ya Rahim sentiasa sayang kita.
Ayah, duhai ayah. Tak mampu nak tuliskan kebaikan ayah. Peringkat awal saya mula langkah untuk berdakwah, ayah lah yang sanggup bersusah payah membaca dan mencatatkan nota, lalu telefon menjadi perantaraan kami hingga berjam-jam.
Ayah akan tanya esok ceramah dimana dan tajuk apa, Ayah akan berikan isi penting dan dalil yang berkaitan. Ayah selalu tegaskan, hafal dalil Quran, Hadis dan Sirah, jangan cakap kosong, semua kena semak dulu, nak sampaikan ilmu buat betul-betul.
Selesai ceramah ayah telefon lagi, bertanya bagaimana ceramah tadi. Seringkali saya cakap nak berhenti, malu sangat sebab penyampaian yang teruk, gugup sampai hilang habis isi, suara pun terketar-ketar. Tiap kali itu Ayahlah yang tidak henti beri semangat. Ayah tak pernah hilang percaya walau anaknya sendiri tak yakin lagi. Ayah duhai ayah. Tak mampu lagi catatan ini diteruskan..
Coretan ini buat semua ayah di dunia, jadilah lelaki yang terbaik buat anak anda. Sekali anda menjadi seorang ayah, iya adalah untuk dunia dan akhirat. Andalah tokoh paling penting dalam hidup anak, jadilah contoh yang terbaik, anda akan sentiasa hidup walau telah pergi.
Rindu bertamu menguatkan lagi rasa ingin bertemu, moga di Syurga Allah tempat kita semua kembali bersatu, insyaAllah.
Rupanya banyak khasiat pokok limau purut ini. Jika kita balik ke kampung pokok ini banyak di tanam di halaman rumah dalam tanam. Namun bagi penduduk bandar tentu agar sukar kerana ruang terhad.
Bagi yang bercadang tanam pokok ini, boleh ikut cara lelaki ini tanam dalam pasu serta dengan cara penjagannya. Jika salah penjagaannya tentu sukar nak dapat buah yang besar dan daun yang lebat.
Jom ikuti perkongsian ini.
Limau Purut atau nama saintifiknya “C. Paeda Miq”. Sedikit perkongsian berkaitan dengan limau purut. Setiap kejadian ada kebaikan alami yang Allah jadikan, patut kita bersyukur dan kagumi.
1. Daun Limau Purut: Boleh merawat badan letih atau lemah, serta badan berbau. Bagi badan yang lemah atau letih, ambil dua genggam daun limau purut dan direbus di dalam tiga liter air. Biarkan mendidih selama sepuluh minit. Selepas itu, ambil dan masukkan ke dalam air mandian untuk digunakan semasa mandi. Bagi badan yang berbau pula, boleh ambil tujuh helai daun dan ditumbuk lumat, gaulkan dengan sedikit madu lebah, jadikan bulat-bulat kecil satu biji waktu pagi, dan satu biji waktu malam sehingga bau badan hilang.
2. Buah Limau Purut: Boleh merawat selsema, amandel, demam campak, ruam, batuk, kelemumur dan rambut berbau. Bagi mengurangkan selsema atau demam, boleh ambil sebiji limau purut lalu dipotong dan diperah airnya, masukkan ke dalam air sederhana panas atau suam dan terus minum. Bagi amandel (tongsil bengkak), boleh ambil buah limau dan diperah airnya dan dicampur dengan air perahan kunyit (kunyit dari rizom). Kunyit kena tumbuk lumat untuk dapatkan airnya. Kemudian, campur air perahan limau, air kunyit dengan sesudu madu. Amalkan sekali sehari. Bagi demam campak, boleh ambil sebiji buah limau dan dipotong dua, dibakar hingga kulitnya berwarna hitam. Setelah buah sejuk, gosok pada bahagian yang sakit dengan buah tadi. Bagi yang kerap batuk, boleh perah air limau purut dan campur dengan sedikit madu dan terus diminum. Dan bagi yang bermasalah rambut berbau, boleh ambil kulit buah limau dan parut, perahkan airnya lalu disapu pada kulit kepala. Biarkan lima belas minit, dan bilas dengan air biasa. Jika kelemumur pula, ambil sedikit air perahan buah nenas, sedikit perahan air buah limau purut dan sedikit santan segar, campurkan. Jadikan sebagai syampu dua hingga tiga kali seminggu.
Kaedah Penanaman:
Bagi saya yang tiada ruang yang besar atau lebih tepatnya rumah taman, saya hanya menggunakan pasu yanh dibeli dari Mr. DIY. Penggunaan tanah hitam sawit dicampur dengan cocopeat serta sekam padi bakar sebagai medium.
Pembajaan saya menggunakan baja TPF. Seminggu sekali akan disembur dengan BIO BOOSTER untuk menggalakkan pertumbuhan pokok. Lihat sahaja pada setiap hujung tangkai pokok saya akan dipenuhi dengan buah limau purut walau ditanam di dalam pasu.
Kawalan serangga pula, saya menggunakan cuka kayu dan strex secara berselang seli dan berkala. Ingat, daun limau purut sangat digemari oleh ulat.
Jom, tanam pokok limau purut di tepi rumah. Walaupun ianya mengambil masa untuk membesar, tapi memudahkan kita bila perlukannnya. “Ada manfaat, ada kebaikan, kita sebarkan”.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Amyra Rosli terpaksa ditahan di hospital akibat demam panas dengan suhu yang mencecah 40 darjah celcius.
Difahamkan ini merupakan kali kedua Amyra ke hospital akibat demam panas dan sekali gus menyebabkan dirinya terpaksa ditahan di wad bagi mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.
Pelakon dan pengacara Nona ini pada mulanya cuba merawat diri di rumah dengan membuat pemeriksaan suhu. Kemudian pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dan setelah itu balik semula ke rumah untuk berehat. Namun terpaksa pergi semula ke hospital apabila demam yang dialami tidak kebah.
“Panadol dah lebih dari 10. Drip pun dah. Pergi hospital pun dah. I pun lost kejap tak tau nak buat ap ani, sebab tanpa painkiller I tak boleh diri dan duduk lama,” katanya.
Berdasarkan perkongsian di Instagram Storiesnya itu, demam panas yang dihadapi berkemungkinan berpunca daripada kesan sampingan daripada suntikan ‘booster’ yang diambil. Bahkan pelakon Nur 2 ini turut meminta petua untuk redakan demamnya kepada pengikutnya.
Selain itu dia juga akui tiada selera makan dan hanya mampu mengalas perut dengan makan buah-buahan sehaja.
Amyra juga sempat memuat naik gambar menunjukkan keadaannya di hospital dan dia juga mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan pengikutnya yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya di ruangan komen.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.