Apabila cuaca tidak menentu akan menyebabkan kita mula sakit tekak. Tentu akan menyebabkan kita rasa tidak selesa.
Nak tahu cara untuk mengatasi situasi ini, ikuti perkongsian Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Leher, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Dr Ezairy M Sallih menerusi perkongsian di laman Facebooknya.
Berikut rawatan awal yang boleh dilakukan mengikut saranan pakar itu:
1) Kumur dengan air garam.
Caranya, ambil sedikit garam lalu campurkan ia dengan segelas air suam.
“Kajian randomised controlled trial (rct) yang saya jalankan sendiri menggunakan sodium chloride 3.0 peratus (air garam) mampu mengurangkan simptom sakit tekak akibat jangkitan non-bacterial pharyngitis pada tekak,” terangnya.
2) Makan aiskrim.
Sebenarnya, soothing effect dan agen penyejuk pada aiskrim dapat legakan perit pada tekak.
3) Lozenges.
Ads
Dengan memberi ubat itu di farmasi, sakit tekak dapat dikurangkan mengikut kekerapan yang disarankan.
Jadi, hisap atau kulum dalam mulut dan lozenges akan larut secara perlahan-lahan apabila dihisap.
Ada juga lozenges yang boleh dikunyah dan ditelan bergantung kepada jenis lozenges yang digunakan.
4) Berkumur.
Ads
Selain itu, ubat kumur seperti listerine, thymol dan difflam boleh digunakan untuk mengurangkan gejala sakit tekak.
“BIASANYA SAYA AKAN NASIHATKAN PESAKIT UNTUK MENGGUNAKAN SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN.”
5) Ubat.
Ubat antibiotik akan diberi selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat tanda jangkitan bakteria.
“MEMANDANGKAN KEBANYAKAN MASALAH SAKIT TEKAK ADALAH AKIBAT JANGKITAN VIRUS, PENGGUNAAN ANTIBIOTIK SEBENARNYA JARANG DILAKUKAN.”
Oleh itu, buat semua pembaca SinarPlus yang kerap mengalami masalah sakit tekak, cubalah amalkan beberapa kaedah yang disyorkan oleh Dr Ezairy itu.
Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada anda semua.
Ilmu jahitan yang kena tahu, baru tak salah beli baju. Bagi yang gemar membeli pakaian secara online tentu akan menghadapi masalah salah ukur baju.
Yang peliknya ukuran dirasakan sudah tepat, namun apabila baju sampai ada yang salah saiz,.
Sebenarnya ia berlaku disebabkan tali tape yang digunakan. Hakikatnya tidak ramai yang tahu bahawa tali tape pengukur baju mempunyai jenis warna yang berbeza inci.
Untuk elak salah ukur baju, ikuti perkongsian ini.
“Ingat sama..”
Nak share ilmu malam ni pasal ‘tali tape’, ada perbezaan rupanya. Ingat sama.
-Warna hijau dan kuning untuk ukur baju or seluar yang dah siap dijahit.
-Warna putih untuk buat baju or seluar yang hendak dijahit.
-If beli baju online di Malaysia biasa guna inci UK (tape hijau or kuning).
Ukurannya berbeza sangat-sangat. Kalau anda nak tempah baju atau nak ukur baju online tu muat or tidak, mohon pastikan tali inci anda adalah yg hijau atau kuning tu.
Ada yg mengatakan takda kaitan dengan warna, jadinya cara selamat nak tahu mana inci yg betul.
• Semak dgn pembaris sm • Jika tulis cun (市寸) = China • Ada 7 senggat antara inci = UK Jika beli baju online (Malaysia) biasanya guna inci UK
Ilmu jahitan yang kena tahu, baru tak salah beli baju.
Keputusannya untuk bekerja dengan mengambil upah cuci pinggan serta ambil dan menghantar pesanan makanan di Puchong, Selangor mendapat reaksi ramai pihak.
Menjelaskan isu tersebut, akui Penyanyi Ashira, dia bukan terpaksa sebaliknya dia sendiri yang mahu bekerja.
Ashira,37, atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz memuatnaik hal terus menerusi Insta Storiesnya.
Dia turut berterima kasih atas keprihatinan semua, begitupun Ashira memohon Warganet tidak lagi ‘menanda’ beberapa nama di media sosianya memandangkan dia masih boleh berusaha.
“Ok first saya tak terpaksa, tiada yang paksa. Saya yang nak kerja, ok?
“Second…boleh tak tolong jangan ‘tag-tag’ orang itu ini untuk beri bantuan kat saya? Saya tak memerlukan. Sungguh, saya sihat Iagi boleh usaha sendiri. Thank you atas keprihatinan korang. Tapi tolong saya ok?,” tulisnya.
Bahkan dia turut menambah, apa yang dilakukan bukan disebabkan masalah kesihatan yang ditanggung suami, penyanyi Bad Indigo ketika ini.
“Third. Jangan salah sangka atau mudah percaya dengan tajuk. Saya kerja bukan sebab Bad sakit, atau dia suruh, atau saya terpaksa.
“Bad tidak suruh saya kerja, tidak juga menghalang. Semua ni saya yang nak buat. Boring duduk rumah jer kena keluar jugak supaya minda sihat,” ujarnya lagi.
Malah, Ashira turut menjawab pertanyaan segelintir pihak berhubung ke mana duit yang diterima ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV).
“Last… ada pulak yang tanya mana duit GV? Ok nak ingatkan saya nombor tujuh tau. Lepas tu GV dah setahun berlalu.
“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Jangan risau saya ok. Semoga hari ni lebih baik dari semalam untuk anda semua dan semoga Allah permudahkan segala urusan korang, amin,” tulisnya lagi.
Terdahulu media melaporkan, Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes yang dialami.
Ada yang kata jika berhenti kerja tidak lagi berpeluang untuk membuat pinjaman setelah tiada lagi slip gaji.
Hakikatnya tidak. Salah faham ini membuatkan ada yang tidak berani untuk membuat pinjaman. Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk tidak lagi ‘makan gaji’ tetapi mahu fokus kepada perniagaan ada caranya.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian saudara Mohd Zulkifli Shafie mengenai bagaimana membuat pinjaman lulus tanpa slip gaji. Beliau sinonim dengan penulisan berkaitan tentang kewangan dan emas.
Ikuti perkongsian beliau.
Alhamdulillah, saya baru dapat kelulusan bank untuk tambah lagi pemilikan hartanah yang boleh bagi “positive cashflow”. Ini hartanah pertama yang saya beli lepas tiada lagi slip gaji.
Sekarang saya baru dapat ‘baikpulih’ salah satu kesilapan yang saya buat semasa berhenti kerja iaitu tak ‘jaga’ Current Account (Akaun Semasa). Sedangkan Current Account adalah alat untuk buktikan kepada bank yang kita memang berduit.
Saya baru tersedar kesilapan ini lepas sebulan berhenti kerja. Masa itu baru saya terfikir, macam mana nak apply housing loan lagi? Slip gaji dah tak ada. Duit hasil bisnes pulak saya letak sana sini dalam banyak akaun. Susah untuk bank kenalpasti sejauh mana rancaknya bisnes saya.
Jadi lepas baca buku sana sini, dan tanya pengalaman kawan-kawan yang dah lama berniaga full-time, saya buat keputusan, semua urusniaga berkaitan dengan bisnes dan pendapatan utama saya, saya masukkan dalam satu Current Account khas hanya untuk bisnes. Semua duit keluar masuk berkaitan bisnes, bank boleh ‘match’ dengan Current Account tersebut.
Kena ada Current Account
Perkara ni walaupun nampak simple, tapi sepatutnya saya buat masa berniaga part-time lagi. Orang yang tiada slip gaji (berniaga sendiri sepenuh masa) tak mudah dapat loan macam orang makan gaji, apatah lagi jika dibandingkan dengan orang yang kerja kerajaan.
Sebesar manapun pendapatan kita dalam bisnes, bank tak dapat ‘cari bukti’ untuk luluskan pinjaman, melainkan kita buktikan dengan Current Account. Semua urusniaga duit masuk dan duit keluar, pastikan melalui akaun bank.
Tak kisahlah berniaga pisang goreng sekalipun, pastikan duit keluar masuk melalui akaun bank. Itu cara nak yakinkan bank yang kita memang berduit.
Jadi untuk pastikan bank yakin dengan Current Account kita , pastikan:
1. Setiap jualan yang kita buat, duit dibayar ke dalam akaun bisnes. 2. Setiap pembayaran, duit mesti keluar daripada akaun bisnes. 3. Setiap komisyen jualan (kalau jadi ejen mana-mana syarikat), pastikan syarikat bayar ke dalam akaun bisnes. 4. Minimumkan urusniaga yang melibatkan duit tunai. Kalau dapat bayaran dalam bentuk tunai, masukkan duit tu ke dalam akaun bisnes. Sama juga dengan pembayaran. Kalau buat bayaran, transfer duit dari akaun bank terus kepada pembekal. 5. Simpanan penyata Current Account yang at least untuk 6 bulan, paling balik 12 bulan. Kalau guna online banking, save jer statement tu dalam bentuk pdf.
Itulah tips ringkas urus Current Account dengan betul. Pokoknya, duit keluar masuk biar jelas, dan bank suka tengok duit keluar masuk yang aktif. Ia menandakan bisnes kita bergerak aktif.
Penyata cukai pendapatan
Selain daripada Current Account, dokumen yang sangat-sangat bank nak tengok ialah Penyata Cukai Pendapatan. Bahkan ada bank yang cuma perlukan Penyata Cukai Pendapatan untuk luluskan pinjaman. Jadi pastikan hantar borang dan bayar cukai kepada Lembaga Hasil bila cukup ‘nisab’. Bagi orang berniaga, deadline hantar borang dan buat pembayaran adalah pada 30 Jun setiap tahun.
Mesti ada semua ni
Jadi secara ringkas, ini senarai dokumen yang bank perlukan sebagai bukti kita memang berduit, walaupun tanpa slip gaji:
1. Current Account (at least 6 bulan) 2. Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun) 3. Resit Zakat Pendapatan 4. Surat Perlantikan Sebagai Ejen (kalau jadi ejen syarikat) 5. Penyata Komisyen Ejen (12 bulan) 6. Rental Agreement (kalau ada rumah sewa) 7. Buku Akaun Simpanan (Tabung Haji, ASB dsb) 8. Borang Daftar Perniagaan SSM 9. Penyata KWSP (bagi yang pernah makan gaji)
Pastikan semua hasil peniagaan dan pendapatan, bank boleh match dengan Current Account. Kalau kita dibayar komisyen (sebagai ejen), pastikan penyata komisyen yang syarikat bagi tu dapat match dengan duit masuk dalam Current Account.
Kalau Akaun Tabung Haji atau ASB, pastikan dalam buku tu menunjukkan kita menyimpan secara konsisten (at least 6 bulan tanpa pengeluaran) untuk amaun ansuran pinjaman yang bakal kita bayar kepada bank. Ia menunjukkan kepada bank, kalau kita mampu menyimpan secara konsisten, maksudnya kita mampu bayar ansuran bank tanpa sebarang masalah.
Profil Kewangan Peribadi
Masa saya jumpa pegawai bank bulan lepas, saya tak pasti apa yang mereka perlukan. Jadi saya sediakan satu fail yang saya namakan “Profil Kewangan Peribadi”, dan saya bawa sekali masa jumpa dengan mana-mana bank.
Dalam tu semua dokumen berkaitan kedudukan kewangan (yang saya senaraikan tu), dah siap compile sekali. Saya susun elok-elok, dan siap buat summary dan separator lagi.
Jadi bila berbincang dengan pegawai bank, mereka boleh terus buat penilaian samada kita layak atau tak untuk dapatkan pinjaman. Dan lagi senang, pegawai bank boleh terus fotostat mana-mana dokumen yang mereka perlukan.
Syukur Alhamdulillah, 2 bank yang saya mohon, semuanya lulus! Saya pilih yang mana saya rasa terbaik. Memang dokumen-dokumen yang saya senaraikan itu dapat membantu untuk kembangkan lagi kekayaan dengan hutang (tanpa perlu menanggung hutang), InsyaAllah.
Keluarga: Rupanya ini caranya. Selepas ini bolehlah buat failing segala dokumen sepaya mudah nak digunakan bila perlu.
Nelydia Senrose faham perasaan Aprena Manrose apabila kedua-duanya pernah melalui fasa menanti zuriat, sekali gus menyentuh hati ramai tentang erti empati, doa dan harapan.