Bagi segelintir wanita, fibroid dalam rahim mungkin menyebabkan pendarahan faraj pada masa yang lain daripada haid.  Sebagai contoh,  aliran haid yang banyak untuk tempoh yang lama dan sakit belakang. Ini  adalah salah satu simptom yang mungkin memberi petanda anda mengalami ketumbuhan fibroid.

Begitu juga dengan simptom seperti sembelit, sakit di pelvis dan bengkak di bahagian abdomen. Ia boleh berlaku terhadap wanita pada semua peringkat usia yang sudah mencapai akil baligh, tetapi paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia 30 hingga 50 tahun.

Saiz fibroid tidak sama antara satu sama lain, ada yang sekecil biji buah betik dan ada juga yang sebesar buah tembikai. Ada yang merasa sakit akibat fibroid dan ada juga yang tidak tahu dirinya mempunyai fibroid kerana tiada simptom mahupun rasa sakit.

IKLAN

Cuba 7 Langkah Ini Jika mahu Elakkan daripada Berlakunya Ketumbuhan Fibroid dan Cyst Dalam Rahim

IKLAN

 

IKLAN

Berikut 7 langkah jika mahu elakkan daripada berlakunya ketumbuhan fibroid:

  1. Kajian mendapati semakin kerap melakukan aktiviti fizikal iaitu tujuh jam dan lebih dalam seminggu, lagi sukar peluang untuk terkena fibroid dalam jangka masa yang panjang.
  2. Kekal berat badan. Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai masalah berat badan seperti overweight dan obesiti berpotensi mendapat fibroid berikutan paras hormon estrogen juga tinggi.
  3. Teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena fibroid kerana ia bersifat antioksidan.
  4. Vitamin D berupaya mengecilkan saiz fibroid dan mengelakkan daripada terkena fibroid.
  5. Banyakkan makan ikan salmon, tuna dan ikan kembung untuk mendapatkan sumber vitamin D yang banyak.
  6. Banyakkan mengambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.
  7. Banyakkan mengambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI