Semakin usia meningkat, perubahan kulit wajah makin ketara. Kulit mula terasa kering dan berjelaga, kusam dan tak bermaya. Bintik-bintik hitam juga tanpa kita sedar makin banyak mula bertapak di kulit muka.
Mungkin boleh disorokkan dengan solekan tebal namun apabila tanpa solekan, wajah kembali jelas. Adakalanya buat kita rasa rendah diri di depan suami.
Jeragat dan bintik hitam adalah lumrah biasa. Malah kata pakar kecantikan ia sebenarnya berpunca daripada perubahan hormon. Buntu memilih produk untuk memulihkannya, ada cara tradisional yang boleh dilakukan untuk memudarkan bintik ini.
Halia antara salah satu bahan yang bertindak memulihkan bintik hitam ini. Caranya amat mudah. Hanya tiga bahan yang diperlukan iaitu halia segar, cuka dan madu.
Ads
Hilangkan Bintik Hitam Dengan Masker Halia
Caranya:
Cuci halia sehingga bersih lalu dipotong.
2. Masukkan ke dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut (jangan melebihi paras leher balang)
Ads
3. Simpan balang di dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.
4. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, gaul sebati. Tunggu 30 minit. Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi siap untuk digunakan!
5.Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada bahagian wajah yang yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.
6. Jadikan ia sebagai rutin harian agar dapat melihat kesannya.
Sumber: How
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan produk kecantikan yang ada di pasaran memang banyak dan ditawarkan dengan pelbagai harga. Pun begitu jika anda suka menggunakan bahan-bahan yang lebih alami dan tanpa modal yang tinggi bolehlah amalkan petua yang dikongsikan oleh Noor Lela Abdul Samad ini.
Tulisnya di group Khasiat dan Petua Dulu & Sekarang, “Semua orang nak cantik. Bukan orang perempuan saja kan. Tapi bila perlu berbelanja besar nak beli produk kecantikan, tak semua orang sanggup. Jadi, hari ini Cik No nak kongsi petua-petua lama yang boleh kita amalkan untuk cerah dan cantikkan kulit kita.
“Petua best ni, hanya guna bahan kat dapur jer. Bahan mudah dapat, murah pun ya. Paling penting sekali dah tentulah selamat dan semulajadi.
“Okey, jom tengok bahan apa yang Cik No nak kongsi,” jelasnya.
1. Timun
Caranya :
– ambil 3 inci timun, lenyek hingga hancur.
– Sejukkan di dalam peti ais selama 5 minit
– kemudian tampalkan ke muka.
– Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci hingga bersih.
2. Kunyit, yogurt, & madu
Caranya:
– Sagat 1/2 inci kunyit
– Kemudian campurkan dengan 1 sudu kecil madu dan 1 sudu kecil yogurt
– Kacau sebati dan dijadikan masker.
– Sapukan di muka, dan biarkan selama 30 minit
– Kemudian boleh lah dicuci bersih
3. Tomato
Bila beli tomato untuk masak tu, beli lah lebih sikit. Tomato tu boleh dijadikan masker untuk putihkan kulit muka. Ada 3 cara gunakan tomato ni
i) Belah 2 tomato. Ambil sebelah tu, kemudian sapu ke seluruh kulit muka dan biarkan. Selepas 30 minit barulah dibasuh.
ii) Kisar tomato hingga halus, jadikan masker. Tampalkan dimuka selama 30 minit. Kemudian cuci bersih.
iii) Kisar tomato hingga halus, masukkan ke dalam tray ais dan bekukan menjadi kiub ais. Tiap kali lepas mandi, ambil satu kiub dan sapukan ke seluruh wajah.
Tips ni bukan saja akan putihkan kulit malah boleh jugak bantu tutup kan pori-pori yang terbuka.
4. Susu segar dan susu tepung
Caranya:
– Campurkan 1 sdb susu tepung dengan sedikit susu segar
(bancuh dan dijadikan sebagai masker)
– Gaul sebati, simpan dalam peti sejuk selama 5 minit
– Sapu dimuka dan biarkan selama 30 minit
– kemudian cuci bersih
5. Betik
Buah betik bukan aja sedap dimakan, malah ia juga berkhasiat untuk putihkan kulit muka, terutama bagi mereka yang selalu berjemur bawah cahaya matahari.
Caranya:
– Ambil 3 inci betik dan dilenyek
– Jadikan sebagai masker dan pakai di muka selama 30 minit
– Selepas itu cuci muka hingga bersih
Ekstra info : Semua petua ni kena amalkan secara konsisten. Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Barulah nampak hasilnya.
Haaaa itulah dia, petua cantikkan kulit cara semulajadi. Kalau suka bolehlah kita sama-sama kongsi. Insyallah lagi ramai yang dapat manafaat.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Daun lidah buaya dan asam jawa, dua bahan yang cukup bermanfaat untuk kecantikan. Kedua-dua bahan ini boleh di dapati dengan mudah. Mempunyai perut yang buncit tentunya akan membuatkan penampilan anda kurang menarik.
Daun lidah buaya pun boleh ditanam di rumah. Tumbuhan ini mudah untuk ditanam dan dibiakkan. Perut sangat mudah untuk meregang. Hal ini kerana perut merupakan salah satu bahagian badan yang mempunyai keanjalan yang tinggi dan paling mudah untuk mendapat lemak.
Tahukah anda bahawa masalah perut buncit bukan sahaja dialami oleh mereka yang gemuk atau berat badan berlebihan. Orang yang berat badannya ideal atau kurus juga boleh mengalami masalah perut buncit.
Masalah yang bukan sahaja kaum hawa alami malah kaum adam pun tidak terkecuali mengalaminya. Jom cuba petua seperti yang dikongsikan oleh Norain Naim ini. Paling penting bagi mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlulah mengamalkannya secara konsisten.
Ketahuilah bahawa apa-apa petua yang diamalkan secara berkala, In Shaa Allah akan mendatangkan hasil yang memuaskan hati.
BAHAN-BAHAN:
Daun lidah buaya
Asam jawa
CARA MEMBUAT:
1. Ambil sedikit daun lidah buaya.
2. Masukkan dalam periuk dan tambahkan dengan asam jawa. Tambah sedikit air. Masuk sekali kulit daun lidah buaya.
3. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat.
4. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Tunggu suam sikit, lumurkan ramuan tersebut pada bahagian perut.
5. Biarkan 10 hingga 15 minit kemudian bersihkan atau cuci.
6. Boleh buat setiap hari hingga dapat hasil yang memuaskan.
NOTA: Bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat dan berkesan, kawal kuantiti makanan yang dimakan setiap hari dan lakukan senaman ‘sit-up.’
Tahukah anda, sebenarnya seluruh dunia sejak dahulu lagi telah menggunakan mawar sebagai bahan utama dalam dunia kecantikan.
Mawar dikenali sebagai simbol cinta dan kecantikan zaman berzaman. Itulah sebabnya, mereka selalu guna mawar dalam produk kecantikan mereka.
Melalui perkongsian Puan Sarifa Redzuan II, banyak dikupas perihal petua cantik dan sihat dengan bahan-bahan semulajadi.
Kali ini dikongsikan kebaikan dan manfaat bunga mawar. Jom kita fahami 9 cara mudah untuk cantik dengan menggunakan bunga mawar.
9 CARA MUDAH CANTIK DENGAN MAWAR
1. SEBAGAI PENYEGAR WAJAH
Rebus beberapa kuntum bunga ros kemudian biarkan semalaman. Keesokannya tapis ambil airnya dan masukkan ke dalam botol spray dan simpan peti sejuk. Gunakan setiap hari beberapa kali.
2. MENGECUTKAN DAN MENCEGAH JERAWAT
Ciri-ciri antibakteria bunga ajaib ini menghalang dari pelbagai jangkitan kulit seperti jerawat.
Sekuntum bunga mawar ditumbuk lumat dan di campur dengan bedak sejuk dan tepek di wajah sebelum tidur.
In Sha Allah, hari hari pakai, kecut jerawat tu. Kulit pun jadi cantik.
3. PUDARKAN LINGKARAN HITAM ATAU MATA PANDA
Sifat sejuk mawar mampu membantu memudarkan penampakan mata panda tu.
1/4 timun di kisar dan di tapis airnya.
1 kuntum bunga mawar direbus dengan sedikit air.
Campur jus timun dan air mawar. Simpan dalam peti sejuk. Rendamkan 2 kapas muka dalam campuran jus itu dan letak di mata. Lakukan setiap malam dan akan nampak hasil yang mengagumkan!
4. MELEMBAPKAN KULIT WAJAH
Minyak semula jadi yang ada pada kelopak mawar boleh melembapkan kulit jauh ke dalam. Sangat bagus untuk kulit yang kering.
Tumbuk kelopak mawar hingga lumat. Masak bersama sedikit minyak kelapa dara dengan kaedah seperti double boiler selama 10 minit. Kemudian masukkan dalam botol kaca dan perap selama 2 minggu. Kaedah ini mat Salleh panggil “infuse”. Lagi lama perap lagi bagus.
Lepas tu boleh guna sambil urut wajah tu. Hari hari pakai memang glowing habis.
5. SEBAGAI PELINDUNG MATAHARI
Kajian membuktikan mawar dapat melindungi kulit dari sinaran UV.
1/4 timun di kisar dan di ambil jusnya
Beberapa kuntum mawar di tumbuk lumat 20ml minyak kelapa dara
10ml glyserin
Panaskan cara double boiler selama 10 minit . Kemudian perap dalam botol kaca selama 2 minggu. Kemudian gunalah seperti memakai serum, baru pakai Make Up.
Pakai juga setiap malam sebelum tidur untuk dapatkan kulit yang halus dan licin.
6. MENGANGKAT KULIT MATI DAN KOTORAN DI KULIT SERTA MENCERAHKAN KULIT
Mawar kaya dengan vitamin C, yang mampu memberi kecerahan kepada kulit secara semulajadi.
Sekuntum bunga mawar dan sedikit kunyit hidup di tumbuk lumat. Kacau sebati dengan sedikit susu segar dan tepek di wajah selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air biasa. Amalkan seminggu 3 kali untuk kesan yang terbaik.
7. RAMBUT BERSINAR DAN REDAKAN GATAL KULIT KEPALA
Beberapa kuntum mawar di tumbuk lumat.
1/2 cawan air asam Jawa
1/3 cawan jus lemon atau limau
Gaul sebati dan lumur di kepala. Pakai shower cap biar 30 minit. Kemudian bilas dengan air biasa. Amalkan seminggu 2 kali. Migrain pun boleh lari kalau selalu amal resipi ni.
8. MAWAR TENANGKAN MINDA
Aroma mawar dapat membantu menaikkan Mood seseorang terutamanya wanita. Jadual kerja yang sibuk, memberi keletihan dari segi fizikal dan mental.
Jadi, salah satu kaedah warisan lama yang tidak patut dilupakan adalah dengan terapi mandi bunga.
Beberapa kuntum mawar
Beberapa kuntum melur
9 biji Limau dihiris dan diperah airnya
Beberapa daun sirih dan pandan direbus
Sedikit garam
Masukkan dalam baldi dan bersiram lah sambil niat baik baik.
Terapi mandian ini bukan sahaja memberi kesan menenangkan dan mengurangkan kebimbangan, tetapi juga menyegarkan minda dan badan.
9. KEKAL AWET MUDA
Orang lama suka minum jamu yang ada mawar. Ia bagus untuk kecantikan dalaman serta luaran
3kuntum mawar
1 ruas jari kunyit hidup
3 helai daun sirih
Sedikit daun inai
Rebus dengan 4 cawan air sampai mendidih. Kemudian tapis airnya. Tuang dalam cawan dan tambah sedikit madu dan minumlah sambil niat baik baik untuk keserian.
Boleh amalkan seminggu 2 kali.
Alhamdulillah, selesai 9 cara cantik dengan mawar. Apa apa pun kena la Istiqamah untuk dapatkan hasil . Selamat mencuba semua. Salam cantik dengan mawar.
sumber : Sarifa Redzuan II
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Bubur Asyura versi Utaqa yang manis, lemak dan mudah disediakan. Ikuti bahan, cara memasak serta tip menghasilkan bubur asyura yang pekat, licin dan sedap.