Kunci untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat adalah dengan kita perlu mengamalkan cara hidup yang sihat. Umpamanya mengambil makanan yang berkhasiat, bersenam, tidak merokok dan lakukan aktiviti fizikal.
Itu semua yang kita sedia maklum, namun ada juga yang orang beranggapan perlu lakukan proses mencuci usus untuk pastikan ianya bersih dan sihat. Tidak kurang juga mengatakan bila dilakukan proses cuci usus, tubuh akan lebih kurus.
Benarkan begitu? Adakah setiap ahli keluarga perlu lakukannya? Bahaya atau tidak tindakan tersebut?
Mencari kepastiannya, ayuh kita hadam apa yang dijelaskan oleh doktor ini. Semoga selepas ini tidak ada lagi keraguan fakta. Jom semak!
Cuci Usus. Perlu atau tipu?
Assalammualaikum dan salam sejahtera pada sahabat-sahabat semua.
Kebelakangan ini kita semakin asyik dengan iklan produk-produk cuci usus yang tular di media sosial. Dilihat produk-produk ini memberikan keputusan positif yang signifikan dan pantas dan ramai yang bertanya pada saya dan rakan rakan Medtweetmy akan kebenaran testimony WA yang dipaparkan/diiklankan ini. Sejauh mana keberkesanan produk-produk ajaib ini? Selamatkah penggunaannya?
Ads
Bestnye boleh kurus cepat, kurang kembung/buncit dan tambah tenaga dengan mencuci usus.
Cuci usus mempunyai sejarah permulaan pada zaman Greece dan mula popular pada tahun 1900an. Lama-lama kelamaan, aktiviti ini tidak lagi popular kerana dilihat tiada kesan jangka masa panjang dan juga mungkin membawa mudarat.
Cuci usus ini merujuk pada perbuatan untuk membersihkan usus besar dari najis dengan menggunakan produk-produk yang secara kasarnya hanyalah ubat untuk penyakit sembelit. Terdapa juga kaedah cuci usus menggunakan air yang dimasukkan terus ke lubang dubur dan diirigasi untuk mengeluarkan najis. Ini agak ekstrem dan berisiko mencederakan usus dan mungkin menyebabkan ia pecah dan boleh dilanda jangkitan kuman dalam abdomen.
Ads
Kita fokus pada produk-produk ajaib ini. Cuci usus menggunakan produk merujuk pada aktiviti menelan pil ajaib untuk meransang pergerakan usus ataupun meminum cecair berkepakatan tinggi untuk membawa air keluar dari usus sekaligus membilas usus anda dari najis. Inilah mekanisma cucian usus menggunakan produk yang kita lihat diiklankan sebagai ‘quick-fix’ dalam usaha untuk kurus dan bertambah sihat. Produk seperti ‘Cle*n8, Al*e Ve*a G#l dan sebagainya mengiklankan kesan cuci usus sebagai positif dan mampu menjadikan penggunanya kurus dan kurang lemak.
Saya ingin nyatakan di sini bahawa, istilah cuci usus itu wujud dan hanya digunakan sebagai persiapan untuk endoskopi yang mana Pakar Bedah gunakan kamera untuk mengesan KANSER USUS. Tiada kegunaan lain bagi cuci usus. Buang masa!
1. Ada yang kata cuci usus ini boleh kurus.
Penggunaan produk cuci usus ini pada mulanya akan membawa air keluar dari badan kerana kepekatannya tinggi dan mampu menarik air keluar dari sel dan seterusnya di keluarkan dengan najis. Kurus yang dirasai hanyalah sementara dan ia tidak berkekalan. Mungkin dalam 3-6 jam sahaja kesannya dan sejurus apabila badan menyesuaikan kembali keadaan dehidrasi dengan menjadikan anda dahaga, berat akan kembali pada paras sebelum cuci usus ini.
Ads
2. Ada yang kata cuci usus boleh kurangkan lemak.
Lemak yang ada dibahagian perut anda adalah di lapisan luaran dan kuantitinya ditentukan oleh pengambilan kalori anda dan juga jenis makanan yang anda makan. Tiada lemak akan keluar dengan cuci usus dan apa yang anda lihat berminyak etc hanyalah ilusi semata.
3. Produk cuci usus ini MERBAHAYA.
Produk ini bertindak untuk menarik air keluar dari sel badan anda. Apa bila air kurang di dalam sel, buah pinggang akan bertindak menyimpan air dan mengurangkan air kencing. Apabila keseimbangan ini tidak dapat dikawal lagi, maka buah pinggang akan mengalami kerosakan. Garam galian di dalam tubuh akan tidak seimbang dan mungkin menyebabkan kegagalan buah pinggang yang kekal, ritma jantung yang tidak teratur dan otot yang akan lemah. Perkara-perkara ini akan menyebabkan sahabat-sahabat saya Dr Rafidah Abdullah #MedTweetMY , Khairul Hafidz Alkhair Kamarul Ariffin Nor Sadan Muhammad Izzat Suhazeli Abdullah , Dr Beni dan Mahyuddin Mohamed pening kepala. Bukan apa, komplikasi seperti ini boleh dielakkan dan tidak sepatutnya berlaku.
Tuan-tuan dan Puan-puan, tiada jalan pintas untuk sihat, disiplin dari segi pemakanan dan senaman adalah kunci pada kesihatan. Tidak dilupakan kesihatan mental yang bermula dari berfikiran positif dan terbuka.
Saya akui memang sukar untuk berdisiplin dalam mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, tetapi langkah pertama ialah langkah yang paling penting dan kita seharusnya istiqamah dalam perjuangan hidup ini. Jangan terperangkap dengan jalan pintas. Ia tidak berkekalan malah akan memudaratkan.
“Consistency is the key”
“Berak banyak kali tak semestinya akan kurus”
Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis yang dialami wanita ketika hamil. Jom ketahui makanan yang harus dielakkan oleh ibu dengan kencing manis semasa mengandung.
Terpaksa mengawal atau mengelakkan sesetengah makanan sememangnya tidak menyeronokkan. Apatah lagi jika ia makanan kegemaran anda seperti makanan segera.
Walau bagaimanapun, untuk kesihatan anda dan juga bayi, ibu terpaksa berkorban sedikit apabila disahkan menghidap kencing manis semasa mengandung.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dihindari:
Makanan berproses
Minuman beralkohol
Makanan pastri seperti mufin, donut atau kek
Makanan bergoreng
Minuman bergula seperti soda, jus dan minuman manis
Aiskrim
Makanan diproses
Makanan yang sangat berkanji seperti pasta putih, roti putih, nasi dan juga kentang
Bijirin manis, bar granola manis dan oat manis
Kawal jumlah hidangan berkanji
Makanan berkanji yang diambil akan berubah menjadi glukosa. Disebabkan itu penting untuk tidak mengambilnya secara berlebihan atau ia akan meningkatkan jumlah glukosa yang tersimpan.
Bukan tidak boleh memakan makanan berkanji, boleh. Namun, anda harus pastikan ia dalam jumlah yang berpatutan, seperti 1 cawan kanji bagi setiap hidangan atau 2 keping roti putih.
Secawan susu
Susu adalah minuman yang sihat dan sumber kalsium penting untuk badan. Namun, susu adalah jenis karbohidrat dalam bentuk cecair.
Oleh itu, pengambilan berlebihan atau terlalu banyak sekali gus oleh wanita yang menghidap kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah.
Hadkan pengambilan buah-buahan
Buah adalah makanan sihat tetapi ia tinggi kandungan gula semula jadi. Seorang ibu mengandung boleh memakan sehingga 3 hidangan buah setiap hari, tetapi disarankan untuk makan satu persatu dan bukan sekali gus. Elakkan daripada memakan buah yang diproses dalam tin.
Waktu bersarapan
Pada waktu pagi, kadar gula dalam darah sukar untuk dikawal disebabkan tahap naik turun normal kadar hormon.
Pun begitu, pengambilan bijirin halus, buah-buahan bahkan susu mungkin tidak boleh diterima dengan baik semasa sarapan pagi.
Jika kadar gula dalam darah meningkat terlalu banyak selepas bersarapan dengan makanan sebegitu, ia bermakna anda harus mengelakkan daripada mengambilnya pada waktu sarapan. Biasanya, sarapan pagi yang mengandungi kanji serta protein adalah gabungan terbaik.
Elakkan jus buah
Untuk menghasilkan segelas jus memerlukan beberapa biji buah. Umumnya, jus adalah sumber karbohidrat pekat.
Disebabkan ia dalam bentuk cecair, memakannya berisiko untuk menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat, sudah tentu tidak bagus untuk mereka dengan gestasi diabetes.
Jauhi gula tambahan
JANGAN menambah gula, madu atau pemanis ke dalam makanan atau minuman anda. Apabila sesuatu produk menyatakan ia “bebas gula”, sila semak kandungannya. Ini kerana produk sebegini selalu mengandungi sejumlah besar karbohidrat. Contohnya, makanan yang diproses dan makanan segera.
Setiap kali suami atau sesiapa sahaja dalam keluarga kurang sihat, pastinya kita sebagai isteri dan ibu akan berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan hidangan yang terbaik dan berkhasiat kepada mereka agar segera sembuh.
Pun begitu, lazimnya orang yang sakit kurang berselera untuk menjamah hidangan dek kerana mulut mereka juga terasa pahit. Jika tidak makan, bagaimana hendak sihat?
Oleh itu, sebagai usaha untuk memancing selera sang suami yang kurang sihat, ada baiknya disuapkan sup cendawan yang berkrim ini ke mulutnya. Dikatakan cendawan shiitake mampu memberi tenaga dan seterusnya menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan penyakit.
Untuk itu, ayuh ketahui cara penyediaan sup cendawan yang dikongsi oleh Puan Suhanna. Selamat mencuba!
Bahan bahan:
————————–—
(A)
4 cendawan butang (hiris)
4 cendawan shiitake (hiris)10 cawan air rebusan ayam
(Kak Ana takde ayam hari ni so gantikan dengan air putih + 3 kiub ayam maggi)1/2 bawang holland (hiris)
1 ulas bawang merah (hiris)
1 batang celery (hiris)
1 helai daun bay
1/2 cawan susu sejat penuh krim atau krim masakan. (Anggaran 100ml)
Sedikit garam
Sedikit perahan limau nipis
50gm butter untuk menumis
(B)
4 cendawan butang (hiris nipis untuk tambah rasa chunky dalam sup)
Sedikit daun saderi untuk hiasan
Bahan pemekat, untuk pekat kan sup :
————————–————————–——-
50 gm butter
100 tepung gandum
1. Panaskan butter dengan api sederhana, masuk kan tepung.
2. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
Cara membuat sup cendawan berkrim :
————————–————————–———-
1. Panaskan butter kemudian tumis bawang merah, bawang holland, celery dan kacau hingga naik bau.
2. Masukkan kesemua cendawan yang dihiris bahagian (A), daun bay dan masukkan air serta kiub ayam.
3. Biar dia mendidih dan renehkan lebih kurang 15 minit.
4. Masukkan susu sejat atau krim masakan dan bahan pemekat sup.
5. Kacau sebati. Tutup api dan biarkan suam sedikit.
Rutin berkebun sayur di laman rumah bolehlah dikatakan kini menjadi antara aktiviti yang menarik untuk dilakukan bagi mengisi masa yang terluang. Selain itu, bila tiba masa dituai dapatlah juga merasa makan hasil tanaman dari pokok yang ditanam sendiri. Suatu kepuasan yang sukar digambarkan.
Untuk anda yang ada sepokok dua pokok tomato, bolehlah mencuba trik yang dikongsikan oleh Zulfazdlina untuk menjadikan pokok tomato yang ditanam mudah ditanam dan cepat berbuah.
Ini perkongsiannya.
Saya share salah satu cara cepat dan mudah penanaman pokok tomato. Yang dah ada tanam pokok tomato korang tak payah lagi tanam guna biji benih … tanam je guna keratan batang yang tumbuh di celah-celah cabang pokok tomato atau di kenali sebagai tunas air.
Potong dan cucuk je kat tanah. Saya sarankan potong je seberapa banyak tunas air dan cucuk ke tanah… sebab tak semua keratan akan berhasil mengeluarkan akar. Ikut mood keratan tu macam orang gak nak kene ada mood.
Bukti keberhasilannya di gambar, saya cucuk 3 tapi 1 yang mood baik .. kira Alhamdulillah lah kan
Manakala nak bagi tomato berbuah .. kadang kita tanam pokok tomato dah besar tinggi dan berbunga lebat tapi buah tak de, korang boleh cuba tips ni.
Goncang-goncangkan tangkai bunga perlahan lahan .. buat je setiap hari .. kat setiap tangkai bunga yang tengah galak berbunga. In shaAllah akan membuahkan hasil.
Tapi janganlah hari ni buat korang berharap esok lusa muncul buahnya.. sabar itu perlu dan lagi 1 kena rajin buang tunas air yg tumbuh kat celah-celah daun dan buang daun-daun yang dah kering.. semoga sedikit perkongsian dari saya ini memberi manfaat kepada semua.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.