Sekarang ni dah jadi trend sana sini jual buko pandan. Malah ada yang sampai pelbagaikan jenis buko pun ada! Buko pandan ni merupakan manisan dari Filipina. Rasa lemak manis memang sedap dinikmati ketika panas untuk melegakan tekak dan dipadankan pula dengan isi-isi yang di dalamnya seperti kelapa, sumi dan agar-agar.
Ramai ingat nak buatnya susah tapi senang je sebenarnya! Tak percaya? Jom tengok resipi dan step by step yang dikongsikan oleh Mr Ali di bawah ini!
Resepi Buko Pandan by Mr.Ali
Sangat mudah & rasa sangat creamy. Buko pandan ni asalnya dari Filipina. Pencuci mulut mereka. Buko maksud dia kelapa ya sebab tu kalau buko pandan memang akan ada kelapa.
Buko ni sifat dia sangat mudah basi dan tak tahan lama sebab faktor air kelapa dan kelapa yang digunakan ditambah lagi dengan penggunan bahan tenusu dalam hidangan ni. Jadi resepi kali ni saya olah lain sikit ya. Ketahanan buko cuma 2-3 hari sahaja di dalam chiller.
Bahan-bahan:
– Agar agar (ini untuk diletakkan dalam buko nanti)
– 10 g agar-agar serbuk yang warna hijau.
– 1 liter air
– 200 gram gula
– 2 tin susu cair bersamaan: 780 gram
– 1 tin susu pekat bersamaan: 480 gram (boleh kurangkan)
– 1 setengah cawan Dairy Whipping Cream (375 gram)
– secubit garam
– isi 1 biji kelapa
– sumi atau puding kecil-kecil yang dah siap pack.
Cara-cara penyediaan:
Agar-Agar
Ads
– Masukkan 10 gram serbuk agar-agar warna hijau+ 1 liter + 200 gram gula. Simpulkan daun pandan.
– Kacau sebati sampai mendidih. Dah mendidih masukkan dalam loyang bersaiz 7 atau 8 inci.
– Biarkan agar-agar mengeras pada suhu bilik. Maksudnya biarkan agar-agar mengeras di luar sahaja. Renjiskan sedikit air pada loyang supaya senang nak keluarkan agar-agar.
Buko Pandan
– Panaskan menggunakan api yang perlahan 2 tin susu cair, 1 tin susu pekat dan secubit garam.
Ads
– Kacau sebati dan teruskan kacau dalam 5-6 minit. Then off api. Biar susu tadi sejuk dulu dalam 10 minit.
– Dalam bekas yang lain, beat 1 setengah cawan Dairy Whipping Cream dalam 3-4 minit, kelajuan paling tinggi. Beat bukan sampai kental ya. Beat sampai keluar buih-buih sahaja.
– Masukkan whipping cream yang sudah diputar tadi kedalam susu yang dah dipanaskan tadi
– Kacau sebati dan baru masukkan bahan bahan lain: isi kelapa, agar-agar hijau tadi (bila agar-agar dah keras, potong petak-petak dalam loyang siap-siap ya) + sumi atau puding yang dah siap.
Ads
– Masukkan setitik dua pewarna hijau dan kacau sebati.
– Siap dan dah boleh makan. Sejukkan dulu dalam peti tau dalam sejam dua baru lagi sedap.
Selamat mencuba! Memang sedap dan puas hati.
Sumber: Facebook Mr Ali
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika anda penggemar buah tembikai pastinya menu kali ini akan menarik perhatian anda. Tembikai bukan setakat buah biasa malah boleh dijadikan sayur juga.
Kali ini, resipi yang dikongsikan oleh Emma Mikhail ini sangat unik tetapi dijamin sedap. Kulit tembikai tumis ini juga dapat dijadikan menu hidangan bersama keluarga. Selamat mencuba.
“Lagi sedap dari labu kundur rasa dia. Manis-manis gitu,” kongsinya.
Sayur Kulit Tembikai Tumis Udang
Bahan-Bahan:
Bawang putih
Bawang merah
Cili api
Ikan bilis
Cara-Cara:
– Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili api dan ikan bilis sampai agak hancur tapi tak lumat sangat.
– Panaskan minyak, kemudian tumis macam biasa.
– Dah nampak garing tumisan/naik bau, masukkan kulit tembikai dan masuk air stengah cawan.
– Bila dah mendidih, masukkan udang pulak dan .asak sampai kulit tembikai rasa lembut dan kenyal baru letak garam/aji. Kemudian boleh tutup api dan siap.
Dah buntu nak masak apa? Yang pasti nak masak untuk tarik minat anak makan lagi lah susah!
Apa kata cuba resipi ayam goreng salut tepung yang sedap dan berkerak cantik ni! Sebijik rasanya macam ayam goreng kat kedai. Bezanya, nak makan tak payah pergi beratur nak beli, buat zupp zapp dah siap boleh makan! Dijamin puas hati jika dibuat ikut resipi di bawah ini.
Lagipun cara membuatnya sangat senang hanya menggunakan lima bahan termasuk ayam tanpa perlukan telur. Jom cuba!
Bahan-bahan:-
Ayam
Tepung Bestari (pedas)
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk cili
Cara-caranya :-
1) Ayam dicuci sehingga bersih dan di sejat atau tos kan dahulu
2) Campurkan tepung bestari, tepung beras, serbuk cili dan air (jangan pekat sangat/cair) – Bancuhan basah
3) Perapkan ayam bersama dengan bersama bancuhan tepung selama sejam dalam peti ais
4) Campurkan dengan sekata tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili tanpa air.- Bancuhan kering
5) Gaulkan ayam yang diperap tadi bersama bancuhan tepung yang kering.
6) Minyak harus banyak dan dipanaskan terdahulu sebelum mengoreng. Goreng sehingga kelihatan kekuningan dan siap untuk dihidangkan.
Bendi antara sayuran hijau yang enak dimakan baik dibuat ulam mahupun digoreng atau dimasukkan di dalam kari.
Setiap kali apabila kita mahu beli bendi, mesti ada antara kira yang akan patahkan hujungnya untuk cari bendi yang muda dan segar.
Cara ini akan membuatkan penjual kerugian jika bendi tidak jadi dipilih pembeli. Jom admin kongsikan sedikit tips dari saudara Azuan Abdullah cara pilih bendi yang segar tanpa perlu merosakkannya.
Tips Beli Bendi Tanpa Patahkan Hujung Buah
==================================
Pagi semalam masa jalan-jalan dekat kebun, kawan ada tanya macam mana nak kenal buah bendi yang muda dan sesuai untuk dimakan tanpa patahkan hujung buah.
Nak patahkan hujung buah, kena marah ke tokey kedai. Jika tak patahkan dan beli bendi tua, kena bebel dua tiga bakul pulak dengan isteri. Serba salah aku ni. Rintih kawan saya sambil buat muka seposen.
Senang jer cara nak kenal buah bendi ni balas saya spontan.
Okey, dah senang sangat. Tolong cerita sikit macam mana caranya aku nak kenal buah bendi ni sambung kawan saya lagi dengan muka tak puas hati.
Saya pun ambil pisau dan ajak beliau pergi dekat pokok bendi. Terus saya potong 4 biji buah bendi dan bagi beliau pegang. Kami pun jalan sama-sama ke tempat teduh.
Bendi ni kita boleh kelaskan kepada 5 tahap.
1. Sangat muda
2. Muda
3. Tua
4. Sangat Tua
5. Tua Bangka
Macam mana nak kenal 5 tahap ni? Aku dah tak sabar nak tahu ni celah kawan saya lagi.
Sangat Muda : Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada. Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan.
Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.
.
Muda : Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 2. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Perghh memang terangkat weh.
.
Tua : Buah tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 3. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.
.
Sangat Tua : Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.
.
Tua Bangka : Buah tua bangka ni 100% buah dah bertukar warna jadi coklat dan kering. Maaf tiada dalam gambar sebab buah diladang kami belum sampai tahap ni lagi. Buah tahap ni la kita simpan untuk buat benih.
.
Patutlah mu kata mudah , memang senang sangat nak tahu bendi ni muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua. Betul kan? Tanya kawan saya nak kan kepastian.
Ya, dah betul tu.
Lepas ni confirm orang rumah aku tak ”ngepek” dah bila aku beli bendi nanti. Silap-silap dia pulak tanya aku macam mana cara nak pilih bendi muda tanpa perlu patahkan hujung buah kan. Haha
Semoga bermanfaat.
Ajarkan juga ilmu ni pada keluarga kita ye SEBAB mungkin masih ramai yang belum tahu.