Dilahirkan tidak cukup bulan dengan hanya seberat 2.4 kilogram, namun kini anak pelakon Dayana Roza, si comel Astrid Raheeya membesar dengan sihat.
Setiap kali gambar si kecil ini dikongsikan di media sosial, ramai yang mengakui geram melihat lengannya yang berketul- ketul ditambah dengan wajah comelnya membuatkan ramai yang geram.
Terbaru, pelakon Zulin Aziz berkongsi satu video ketika bertemu anak Dayana baru-baru ini. Menerusi video tersebut, Zulin sedang meribakan Astrid. Perkongsian video oleh Zulin itu telah mencuri perhatian ramai.
Selain itu, Dayana turut membuat akaun Instagram khas untuk anaknya Itu. Di dalamnya dikongsikan gambar serta video gelagat si kecil ini.
Antara yang mengundang perhatian adalah video gelagat si kecil ini yang berada dalam car seat sedang ketawa apabila diusik. Bukan sahaja comel, rupanya Astrid mudah terhibur dan sangat periang. Comel, gebu dan tembam. Terasa macam nak gigit kan.
Dayana Dalam perkongsian bersama Media Hiburan sebelum ini mengakui ada mengamalkan pengambilan minuman susu kambing selain makanan tambahan lain demi kebaikan ibu dan anak.
“Malah hingga sekarang saya terus amalkan rutin minum susu kambing dan makanan tambahan lain.
Lagipun saya menyusu badan dan perlu banyak tenaga serta khasiat untuk diri sendiri serta anak,” katanya yang turut berkongsi perihal makna di balik nama ‘baby girl’.
“Astrid itu kalau dicari maksudnya di internet membawa maksud keindahan dan kekuatan. Raheeya pula diambil daripada nama arwah ibu suami saya.
Ads
“Cuma ejaan asal arwah ibu mentua dieja Rahiya. Tapi saya ubah ejaannya jadi Raheeya dan membawa maksud seperti setia serta penyayang,” katanya.
Untuk rekod, Dayana mendirikan rumah tangga dengan usahawan, A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan selamat melahirkan bayi pra matang yang diberi nama Astrid Raheeya pada 20 Julai tahun lalu.
Penularan wabak ini membuatkan setiap hari kita bimbang, tertekan dan takut jangkitan virus covid-19.
Lantaran itu, kerajaan Malaysia bermula 18 Mac lalu telah melaksanakan PKP di Malaysia bagi menyekat dan menghentikan rantaian covid 19. Sehingga artikel ini ditulis semua rakyat Malaysia melalui fasa kedua PKP pula yang bermula 1 April sehingga 14 April.
Malah pihak polis melihat sejak tahap pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakaan telah menampakkan peningkatan kes kurang ingkar. Ini adalah salah satu cara untuk memutuskan rantaian covid-19 ini.
Dalam pada itu, menerusi FB seorang doktor, Hana Hadzrami beliau berkongsi bahawa dikalangan pesakitnya bukan balik luar negara, sertai ijtima tabligh atau pergi ke perhimpunan. Sebaliknya segelintir pesakitnya dijangkiti antaranya berpunca hadir kenduri kahwin, membeli barang di kedai dan follow up kesihatan di hospital.
Ikuti peringatan beliau yang bermanfaat ini.
Sekarang pesakit Covid kami kebanyakannya ialah generasi ke 4 dan ke 5 dari cluster terdahulu.
Mereka serta ahli keluarga bukan baru balik luar negara, tak sertai ijtima tabligh atau pergi ke mana-mana perhimpunan.
Ada yang cuma pernah sekali pergi kenduri kahwin. Ada yang hanya pergi ke kedai. Ada yang sepanjang masa duduk rumah cuma pergi follow-up KK ambil ubat.
Sekali keluar je dah cukup untuk berkenalan dengan Coronavirus. Kesian kan?
Jadi bagaimana nak pastikan tak terkena Covid? 1. Jangan keluar rumah langsung
2. Usah terima tetamu walaupun anak cucu sendiri. Videocall kan ada.
3. Beli barang secara pesanan. Tinggalkan depan rumah dan bayar secara cashless. 4. Jika ada yang tinggal serumah dengan staf kesihatan, dinasihatkan sama-sama amalkan kebersihan dan jaga jarakan sosial walaupun dalam rumah.
Selebihnya bertawakkal lah dan sentiasa amalkan hidup sihat. Usah tinggalkan makanan seimbang dan jangan lupa senaman.
Dah lama tak peluk ahli keluarga sendiri walau serumah.
Petua penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan menggunakan bahan-bahan masakan mungkin ada yang telah lama amalkan. Namun ada juga yang belum pun pernah mencuba dan merasai keberkesanan mengamal petua lama.
Umpamanya dengan mengamalkan petua minum air rebusan ketumbar yang dikatakan banyak khasiatnya dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaniza Isenen dan bolehlah anda mencubanya.
PETUA MUDAH KURUS DENGAN AIR REBUSAN BIJI KETUMBAR
Ramai tak tahu, yang biji ketumbar ni selain jadi rempah masakan tapi boleh jugak turunkan berat badan tau! So, Jangan pandang sebelah mata.
Kecil-kecil biji ketumbar ni tapi jumlah mineral dia lebih tinggi seperti serat makanan, zat besi, kalsium, dan mineral.
Penyebab kita bertambah berat badan adalah adalah makan makanan yang mengandung banyak kalori tapi kurang air dan serat. Betul tak?
Meh kita try amalkan dengan 2 bahan mudah yang selalu ada kat dapur tu.. kita manfaatkan.
Bahan-bahan
Biji ketumbar
Lemon
Cara-caranya
Itu sahaja! Dah siap untuk diminum.
Selamat mencuba!
Nota: boleh juga tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.
Manakala meninjau di page Hallo Doktor, turut dikongsikan artikel berkaitan 9 manfaat ketumbar untuk tubuh dan bolehlah dimanfaatkan.
#1. Mengurangkan keradangan kulit
Cineole, yang merupakan salah satu daripada 11 komponen minyak pati dan asid linoleat, terdapat dalam rempah ini.
Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri antirheumatik dan antiarthritik, yang membantu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kedua-dua keadaan ini.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the German Society of Dermatology, para penyelidik juga telah mencatatkan sifat antiradang daripada rempah ini.
Untuk keadaan seperti pembengkakan yang disebabkan oleh kerosakan buah pinggang atau anemia, rempah ini berkesan dalam mendorong pengencingan untuk melepaskan air berlebihan daripada badan.
Pengurangan keradangan kulit ini membawa kepada pengurangan ketidakselesaan selain penambahbaikan pada kulit.
#2. Melegakan gangguan pada kulit
Ciri-ciri disinfektan, detoksifikasi, antiseptik, antikulat dan antioksidan yang dimiliki oleh rempah ini adalah sesuai untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, kekeringan, dan jangkitan kulat.
Minyak ketumbar juga telah dipatenkan untuk sifat antiradang dan antimikroba oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti di Freiburg, Jerman.
#3. Menurunkan tahap kolesterol
Menurut jurnal Environmental Biology, asid yang terdapat dalam rempah ini, seperti asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik dan asid askorbat (vitamin C) sangat berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
Asid-asid ini juga mengurangkan tahap kolesterol LDL yang buruk di sepanjang dinding dalaman arteri dan urat, yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular yang serius seperti serangan jantung, aterosklerosis, dan strok.
Lebih penting lagi, rempah atau herba ini membantu meningkatkan kadar kolesterol “baik” atau HDL, yang berfungsi sebagai garis pertahanan pencegahan terhadap beberapa keadaan kesihatan yang berbahaya.
#4. Ketumbar bagus untuk cirit-birit
Komponen minyak pati yang terdapat dalam ketumbar mengandungi komponen, seperti borneol dan linalool, yang membantu pencernaan selain memastikan fungsi hati yang baik.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Leaflets Ethnobotanical mengatakan ia juga membantu dalam melegakan cirit-birit yang disebabkan oleh tindakan mikrob dan kulat kerana komponen seperti cineole, borneol, limonene, alpha-pinene, dan beta-phellandrene, kesemuanya mempunyai kesan antibakteria.
Rempah ini juga semakin popular sebagai rawatan di rumah untuk mencegah mual, muntah, dan gangguan perut.
#5. Mengawal tekanan darah
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology menunjukkan bahawa rempah ini membantu menurunkan tekanan darah dalam kalangan mereka yang menderita hipertensi secara positif.
Dengan meningkatkan interaksi ion kalsium dan asetilkolin, neurotransmitter dalam sistem saraf periferal dan pusat, ia melegakan ketegangan saluran darah, sekali gus mengurangkan kemungkinan beberapa keadaan kardiovaskular, termasuklah serangan jantung dan strok.
#6. Ketumbar boleh melawan Salmonella
Salmonella adalah salah satu penyebab penyakit yang paling berbahaya di dunia, oleh itu sebarang kaedah atau cara semula jadi untuk melindungi diri anda daripada bahaya Salmonella adalah sangat penting.
Ketumbar mempunyai tahap dodecenal yang luar biasa tinggi. Ia merupakan sebatian semula jadi yang dua kali lebih tinggi sepertimana antibiotik sebagai rawatan utama untuk penyakit berasaskan salmonella.
Ini disahkan oleh satu kajian dari University of California at Berkeley.
#7. Membantu sistem pencernaan
Disebabkan oleh faktor aroma daripada minyak patinya, ketumbar membantu dalam rembesan enzim yang betul dan jus pencernaan dalam perut.
Ia merangsang pencernaan dan gerakan peristaltik. Ia juga membantu dalam mengurangkan gejala anoreksia.
Di samping aroma rempah ini yang menyenangkan, ia turut mempunyai kualiti perangsang yang tertentu, yang diperoleh daripada mineralnya.
Tambahan pula, neurotransmitter akan dirangsang apabila rempah ini dicerna. Kajian telah menunjukkan bahawa dispepsia (senak) akan berkurangan jika rempah ini sentiasa diambil dalam pelan pemakanan.
Bagi kanak-kanak kecil yang mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kolik perut berbanding daripada orang dewasa, sedikit penambahan ketumbar dalam diet mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat.
#8. Ketumbar boleh membantu merawat cacar
Minyak pati dalam rempah ini kaya dengan antimikrobial, antioksidan, antijangkitan, komponen detoksifikasi dan asid-asid lain.
Kehadiran vitamin C dan zat besi juga menguatkan sistem imun.
Di kawasan di mana wabak cacar berlaku, kajian menunjukkan bahawa jumlah vitamin C yang besar mempunyai kesan pengubatan yang jelas terhadap cacar. Ia boleh membantu menyumbang kepada megadose vitamin C yang diperlukan.
#9. Penting sebagai ramuan rawatan konjunktivitis
Ketumbar adalah pembasmi kuman yang sangat baik dan mempunyai sifat antimikroba yang mungkin melindungi daripada penyakit berjangkit seperti konjunktivitis.
Minyak ketumbar digunakan secara meluas dalam penyediaan dan penghasilan beberapa produk penjagaan mata.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan selain rasa syukur dan berterima kasih buat Yang Maha Esa atas kurniaannya. 24 tahun bukanlah satu tempoh masa yang singkat, bukan calang-calang orang yang mampu bersabar, namun kesabaran wanita ini akhirnya ternoktah dengan lahirnya zuriat yang dinantikan selama ini,
Ikuti perkongsian dari puan Fazilah Fazilah selepas lahirnya bayi perempuan yang dinantikan selama 24 tahun.
Penantian 24 tahun
Anugerah Terindah Penantian 24 Tahun …Syukur Pada Mu Yaa…Allah Melahirkan adalah pengalaman yg sangat luar biasa ….saat melahirkan menunjukkan kekuatan tekad untuk membawa kehidupan baru kedunia…
Yaa…Allah berikan syurgamu utknya kerana dia adalah syurga dlm hidupku..24 tahun tempoh yg lama pelbagai ujian di tempuhi.
Doa penuh pengharapan
Usaha ikhtiar dan doa dengan penuh pengharapan ..tiada satupun pasangan suami isteri yg telah Allah satukan dlm pernikahan yg sah tidak mahukan zuriat…tetapi rezeki manusia itu berbeza-beza …sebagaimana kisah Nabi Ibrahim A.S …telah berkahwin lama dan tidak dianugerahkan anak ujian yg dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S amat besar disebabkan Nabi Ibrahim merupakan insan yg Allah sayang…tetapi Nabi Ibrahim A.S tidak pernah berputus asa.
Semua atas kehendakNya
“Sebagaimana doa Nabi Ibrahim A.S kpd Allah “Kurnialanlah kepadaku seorang anak dikalangan anak-anak yang soleh …sebagaimana isteri Nabi Ibrahim Siti Sarah memberi keizinan kpd Nabi Ibrahim A.S mengahwini Siti Hajar….dengan harapan agar Nabi Ibrahim A.S mempunyi zuriat…akhirnya Allah memberi zuriat kpd Nabi Ibrahim A.S..
Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah ….bg pasangan yg menanti cahaya mata insyaallah satu hari nanti Allah akan rezekikan utk kita jua …kerana semua atas kehendaknya .
Syukur Alhamdulillah pada hari Jumaat 05.06.2020 saya selamat melahirkan anak perempuan Nur Fasihah Qhadeejah Binti Mohamad…jam 9.58 pagi di Hospital Besar Ipoh. …. anugerah terindah buat saya dan suami walaupun diusia yg sudah lewat….kegembiraan dalam tangisan penantian yg ditunggu-tunggu akhirnya Allah maqbulkan …
“Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kpd Doktor K.Anussia Klinik Kesihatan Lawin …semua jururawat ..terutamanya kak zaharaton yg memberi perkhidmatan yg terbaik hanya Allah yg dpt membalas segala kebaikan ….kepada yg bertanyakan khabar…mendoakan yg baik2 utk sy…semoga Allah membalas sagala kebaikan .. #di sebalik ujian ada rahmat #sabar itu indah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...