Cuti penggal 1 sesi 2025/2026 bertembung dengan Aidiladha, puas hati rehat lama. Selepas menempuh jadual pembelajaran yang padat dan aktiviti sekolah yang tidak putus-putus, guru dan pelajar akhirnya boleh menarik nafas lega.
Cuti Penggal 1 Sesi 2025/2026 Bertembung Dengan Aidiladha, Puas Hati Rehat Lama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh Cuti Penggal 1 bagi sesi akademik 2025/2026, memberikan ruang istirahat yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah.
Rehat 12 Hari Bermula 29 Mei 2025
Berdasarkan Kalendar Akademik rasmi KPM, Cuti Penggal 1 akan bermula pada 29 Mei (Khamis) dan berakhir pada 9 Jun 2025 (Isnin), menjadikan jumlah hari rehat selama 12 hari. Tempoh ini dilihat sebagai waktu yang ideal untuk pelajar dan guru menyegarkan kembali fizikal dan mental selepas beberapa bulan bersekolah.
Bertembung Dengan Aidiladha – Bonus Berganda
Apa yang lebih menggembirakan, tempoh cuti ini turut bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang dijangka jatuh pada 7 Jun 2025 (Sabtu). Ini sekali gus memberikan peluang kepada keluarga untuk merancang sambutan dan aktiviti bersama dengan lebih tenang, tanpa gangguan sesi persekolahan.
Ads
Kumpulan A dan B – Siapa Cuti Bila?
Sebagaimana kelaziman, KPM turut membahagikan kalendar cuti kepada dua kumpulan negeri.
Kumpulan A: Melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Kumpulan B: Merangkumi negeri dan wilayah lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta tiga Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Ads
Kombinasi cuti pertengahan penggal dan sambutan Aidiladha ini pastinya memberikan kelegaan buat ramai. Ia bukan sahaja membuka ruang untuk berehat, malah membolehkan warga sekolah merancang masa berkualiti bersama keluarga.
Semoga rehat yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya sebelum kembali meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan.
Kejayaan anak itu adalah asbab doa dan kesungguhan ibu ayah mendidik anaknya. Biar sukar hidup, mereka tetap menyediakan keperluan buat anak.
Biar tak mewah tapi cukup seadanya untuk menjadikan anak itu seorang yang hebat dan berjaya dalam hidupnya.
Begitulah yang dipaparkan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad betapa jaga besar jaga orang tua.
Biarlah ibu ayah marah ia sebenarnya untuk mendidik anak-anaknya.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Saya ada prinsip yang super kuat tentang emak ayah. Jenis anak yang tak boleh ada dengar sesiapa burukkan mereka. Cepat melenting juga saya cepat naik angin.
Tak kiralah dia adik beradik atau sesiapa sahaja, ia memang tak boleh berlaku di hadapan saya. Saya akan sangat laju mengamuk.
Boleh tanya sesiapa sahaja. Saya tak boleh dengar langsung.
Malah jika kalian cuba burukkan emak ayah kalian dengan saya, itu adalah sebuah kesilapan yang amat besar. Saya akan pandang kalian sebagai anak tak sedar diri, tak malu, dan perbuatan itu satu dosa besar menggunung yang saya tak mahu sertai.
Kadang-kadang, benar, emak ayah kita buat silap. Namun saya tetap dengan prinsip saya iaitu “kita takkan lebih besar dari emak ayah.”
Terima sahaja kesilapan mereka, selagi tak berkaitan dengan jenayah atau kesalahan agama, tak perlu nak ambil hati.
Pelajaran saya, ya saya lebih tinggi.
Kemajuan bisnes saya, ya saya lebih perform.
Cara saya berfikir, kaedah selesaikan masalah, ya emak abah suka rujuk, namun saya takkan lebih besar dari emak abah saya.
KENA TEGUR, TANDA SAYANG
Sekiranya saya kena tegur, saya bersyukur. Nak merajuk, takkan lama. Pergilah tanya emak abah saya, mereka akan cerita, tanya orang rumah saya, beliau akan cakap.
Emak saya memang garang ya amat. Beliau nak marah, marah ja. Saya selalu kena. Hahaha. Namun dalam kurang 10 minit saya dah boleh duduk dengan emak semula seperti biasa. Marahlah macam mana pun, saya akan tetap begitu. Saya ok tak pernah simpan apa-apa dalam hati.
Itulah emak abah yang saya ada.
Lebih saya bersyukur apabila saya kena marah. Itu tanda emak abah sangat sayangkan saya. Saya pegang yang itu.
Kita ini sebagai anak, kena belajar-belajar hargai setiap apa yang keluar dari mulut ibu bapa. Kena letak dalam kepala setiap teguran itu adalah untuk kebaikan.
Kita pandai, hebat dan bijak sekarang adalah dari didikan emak abah kita.
Apabila kita rasa kita besar, maka berlakulah kebodohan dalam hubungan. Emak cakap, kita bangkang. Emak tegur, kita tak nak terima. Emak panggil, kita tak peduli.
Kawan-kawan, itu bukan anak yang baik. Kalau nanti kalian dah ada anak, percayalah apa yang kalian buat kepada emak ayah kalian hari ini, anak akan buat balik kepada kalian 10 kali lebih teruk dari itu.
Nak murah rezeki, nak tenang, nak bahagia,
Kalau kena marah, lekas minta maaf.
Kalau kena tegur, lekas minta maaf.
Kalau emak ayah kita lebih pentingkan adik beradik lain, doakan emak ayah kita dapat teruskan hal itu. Mereka lebih tahu anak mana yang utama nak dibantu. Itu kebahagiaan mereka, jangan cuba-cuba sentap benda itu dari mereka.
Itu semua emak ayah kita punya kepandaian. Mereka lebih besar dari kita.
Saya pernah dapat PM itu hari, seorang anak mengadu dia berniaga masakan dari rumah. Ibunya tinggal dengannya.
Setiap hari, ibunya akan cuba tukar resipi. Kata kena tambah itu, kena tambah ini. Nak beri lagi sedap dan sebagainya.
Si anak ini berasa hati dan apabila dah tak tahan, dia akhirnya tegur emak dia supaya jangan cuba-cuba tambah apa-apa yang dia masak untuk berniaga. Dia lagi pandai dan emaknya tak tahu apa-apa.
Akhirnya emaknya keluar pulang ke kampung. Berasa hati. Nak jadi cerita, bisnesnya semakin tak menjadi selepas itu.
Kemudian barulah dia perasan, dia tahu yang dia buat silap. Sepatutnya dia bersyukur dia pandai berniaga, dan dia ada emak yang pandai memasak. Dia takkan lebih besar dari emaknya dalam berbuat apa-apa. Sentuhan emaknya itu adalah syurga buatnya.
Kawan-kawan,
Berhenti rasa diri kita itu lebih besar dari emak ayah. Sekiranya rezeki kalian dapat ibu yang memang hari-hari suka tegur, hadap sahaja. Sayangi sahaja. Bergurau sahaja.
Sekiranya dapat emak yang tak berhenti tegur cara kita masak, hadap sahaja. Enjoy dan jangan berasa hati. Terus jadikan ia sebagai benda bahagia untuk bergurau senda.
Sekiranya dapat ayah yang garang ya amat, nak bersembang pun takut, banyak-banyak kasi hadiah, dia akan rindu suara anak dia selalu.
Kawan-kawan,
Dah ada anak nanti, kalian tahu perasaan ini. Kita memang sentiasa ada rasa nak tegur, nak nasihat, nak beritahu itu ini kepada mereka.
Boleh jadi mereka tak suka, namun itulah kita sebagai emak ayah.
Waktu itu, seandainya anak kita buat perangai dia cuba-cuba jadi lebih besar dari kita, boleh jadi Allah campakkan ingatan kepada kita apa yang kita pernah buat kepada emak ayah kita dulu.
Waktu itu, menyesal pun dah tak berguna. Hadap sahaja. Mana yang masih ada ibu bapa, hargai sahaja keberadaan mereka.
Sayangi dan bahagiakan mereka.
Mereka berdua tetap lebih besar dari kita.
Begitulah.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, apa yang boleh dijimatkan, kita jimatkan. Begitu dengan wanita ini. Beliau membeli almari lama pada harga yang murah. Seterusnya membuat pengubahsuaian dengan melakukan sendiri proses cat perabot. Hasilnya memang superb. Nampak baru. Apa yang menarik, hanya bajet RM38 aje kos untuk membeli perkakasan cat untuk makeover almari lama berkenaan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
MAKEOVER ALMARI KABINET dengan CUMA RM38jee.
Sebenarnya minggu ni kite dok perhati je ahli dalam group Kelab Deko Sebelum & Selepas ni dok cat lemari lama semula.. Punyela suke ,hari2 dok cerita sambil tunjuk post2 dalam ni kat suami.mcm biasa lelaki kan… Dia cuma kate ok… ok jeeeee.. Eee stress.. Sebabkan rumah takde cabinet lagi..memang nak belilah almari baru macamni…kedai perabot pun dah buka…senangla..dok scrol fb Terjumpe pula page Perabot Terpakai Senawang jual lemari ni… Ya ampunnnn harga pun murah,kalu beli baru nk 2-3x ganda harga… Kite bukan kedekut ehhh tapi minat dan nilai hasil kerja kite sendiri.Kalau beli baru confirm² dak suami tak bagi cat² mcmni…mesti sayang..tau dah. Masa ditunggu dah tibe .. Suami pula takde 2-3harini..ape lg terus onnnn….ahh jumlaaa kite cite kat gambarrr..step².
Upsss… tq kat akak² & abang² yang share makeover cabinet ni. 100% kite follow tunjuk ajar. Alhamdullilah jadi
Maaf saya edit skit part berus cat.. Pertama sekali minta maaf 1st time buat kerja mengecat ni memang sy tak alert bab sumber bulu tu.. Sy pun tak sure sumber dari Pe..berus pun dah ke tong dah.. Terima.kasih pada yang menegur insyallah lepas ni.lebih alert. Tp kalau kita dah guna kira camnee ehhhtlg jwb mana yg arif..
Lagi satu…sy takde thiner nak ilangkan cat kat tangan ni haaa.lupe beli. Ape lagi ambi minyak masak goreng ikan yang dah naik itam tuuuu…sapu,dan lumur kat tangan…hilang
Inilah prihal rahsia Allah berkenaan rezeki, jodoh dan maut, semua itu sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Bila tiba masa dan ketikanya, kita terima sebagai qada dan qadar dengan hati yang reda.
Begitulah kisah yang dilaporkan di Harian Metro, siapa sangka dalam sehari Siti Azimah Tajudin, yang juga merupakan isteri dan ibu perlu reda menerima khabar duka suami meninggal dunia selang beberapa jam sebelum melahirkan anaknya yang ke tujuh.
Dilaporkan, Siti Azimah Tajudin, 31, reda ketentuan Ilahi apabila suaminya, Shahrol Amri Sanusi, 31, meninggal dunia jam 8 pagi, 18 Jun lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Namun terselit sedikit pengubat dukanya apabila anak ketujuh Siti Nur Aisyatull Humaira lahir beberapa jam selepas suami disahkan meninggal di rumah mereka di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Lebih pilu, nama anak perempuannya itu adalah pilihan arwah dan ‘hadiah’ terakhir untuk Siti Azimah.
“Saya sebenarnya masih terkejut dengan pemergian suami secara tiba-tiba.
“Sebelum ini suami tidak pernah mengadu sakit dan sekali-sekala memberitahu hanya penat, malah ketika kejadian arwah sempat menunaikan solat Subuh seperti kebiasaan.
“Pada jam 8 pagi, arwah bangun daripada tidur dan seperti sesak nafas sebelum saya segera menghubungi ambulans,” kata ibu kepada tujuh anak ini.
Dia yang berasal dari Kelantan berkata, setibanya ambulans di rumah mereka, pegawai perubatan mengesahkan suami sudah tidak bernyawa jam 8.30 pagi.
“Saya terkejut dan terpinga-pinga dengan kematian suami secara tiba-tiba.
“Selepas menghantar jenazah suami ke Hospital Kajang untuk bedah siasat pada jam 6 petang saya sudah rasa sakit untuk bersalin.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 28 Jun ini, tapi takdir Allah saya melahirkan anak beberapa jam selepas kematian suami iaitu 12.09 tengah malam di Hospital Serdang,” katanya.
Siti Azimah mengakui suami tidak menunjukkan sebarang petanda untuk meninggalkannya.
“Saya tak perasan sangat, cuma arwah suami ada kata dua tiga hari sebelum ini saya ada sakit-sakit (nak bersalin).
“Arwah cakaplah mungkin baby kami nak keluar hari Jumaat, tetapi saya tak sangka hari sama dia (suami) yang pergi,” katanya yang juga seorang suri rumah.
Akuinya, pemergian suami dan kelahiran anaknya ibarat Allah menarik satu nyawa dan menggantikan anaknya dengan nyawa baru.
“Mungkin boleh mengubat kelukaan saya, tetapi saya tetap merindui suami yang baik untuk saya dan anak-anak,” katanya.
Katanya, arwah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah mahkamah syariah.
“Jenazah suami dikebumikan pada jam 2 petang, 19 Jun lalu di tanah perkuburan Kampung Sungai Ramal Dalam.
“Saya tidak sempat melihat jenazah suami dan menguruskan pengebumian kerana baru melahirkan anak,” katanya.
Siti Azimah berkata, tujuh anaknya berusia 12, 10, 8, 5, 2, setahun dan enam hari akan dijaga sebaiknya.
“Ada pihak menghubungi saya untuk mengambil anak namun tidak sesekali saya menyerahkan mereka.
“Saya nekad jaga mereka walaupun tiada punca pendapatan, saya akan cuba berniaga secara atas talian demi kelangsungan hidup,” katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Siti Azimah boleh menyalurkan ke akaun CIMB 7065548933 (Siti Azimah Tajudin).
Tabung Haji menjadi kunci impian 10 beradik dari Perak menunaikan haji bersama keluarga selepas ibu bapa mereka konsisten menyimpan sejak kecil bermula RM10 sebulan.