Setiap kali cuti sekolah, anak-anak selalu teruja pada mulanya tapi bila selalu buat aktiviti yang sama, mereka pun jadi bosan. Yalah, kalau tak ke pusat membeli-belah, ke taman tema atau menonton wayang saja, mulalah keluar keluhan.
“Tak ada tempat lain ke, asyik pergi sini je.” Memang inilah realitinya bila percutian terasa hambar kerana semuanya sudah terlalu biasa.
Mama Papa Pun Pening Kepala
Sebagai ibu bapa, tentu saja kita mahukan cuti sekolah anak-anak terisi dengan pengalaman yang berharga. Bukan sekadar habiskan masa, tapi biar ada sesuatu yang baru untuk menjadi kenangan terindah buat mereka.
Masalahnya, mencari destinasi yang sesuai, selamat dan seronok untuk seisi keluarga bukan mudah. Semua orang nak enjoy, tapi mama papa tak mahu ia jadi sekadar jalan-jalan kosong tanpa makna.
Home of Kids 2025 – Dunia Magis Menanti
Kini ada berita gembira! Astro membawakan Home of Kids 2025, sebuah acara penuh keajaiban yang akan berlangsung di Pavilion Bukit Jalil pada 12–15 September ini. Bayangkan sebuah dunia kecil khas untuk anak-anak, dihuni lebih 15 watak kegemaran mereka dari dalam dan luar negara.
Ia bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah “wonderland” di mana imaginasi, pembelajaran dan keriangan keluarga berpadu dalam satu pengalaman.
Temui Idola Kegemaran Anak-Anak!
Ads
Anak-anak pasti teruja bila berpeluang berjumpa secara dekat dengan maskot karakter yang selama ini mereka hanya kenali di skrin. Dari Super Wings, Pinkfong, Ultraman Omega, Upin & Ipin hinggalah ke Cocomelon – semuanya hadir untuk sesi meet-and-greet yang pasti membuat mereka tersenyum lebar.
Bukan saja dapat menyanyi dan menari bersama, anak-anak juga berpeluang untuk mengabadikan memori dengan bergambar bersama maskot-maskot kegemaran mereka.
Konsert Mini Didi & Friends
Tidak cukup dengan itu, peminat cilik juga bakal dihiburkan dengan Didi & Friends Mini Concert @ Astro Home of Kids. Persembahan penuh warna dan muzik ceria ini dijamin akan menjadi sorotan utama cuti sekolah mereka.
Cuti sekolah kali ini bukan sekadar berseronok, tapi juga peluang untuk belajar sambil bermain. Di booth jenama popular seperti KFC, Chicken Rice Shop, Petrosains dan banyak lagi, anak-anak boleh mencuba aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik.
Ads
Ditambah dengan zon bertema yang immersive, kreativiti dan imaginasi mereka akan terus terangsang dalam suasana penuh keterujaan.
Bukan itu sahaja, booth NU ideaktiv Sdn Bhd akan turut ada di sana dan menjanjikan pengalaman menarik untuk seisi keluarga. Turut diadakan aktiviti Himpunan Anak Malaysia serta pemeriksaan gigi dan mata secara percuma, anak-anak pasti merasa teruja sepanjang berkunjung ke booth ini. Bukan itu saja, pengunjung juga berpeluang untuk membawa pulang goodies istimewa!
Kenangan Eksklusif Untuk Dibawa Pulang
Setiap memori indah pasti lebih bermakna bila ada sesuatu yang boleh dibawa pulang. Di Home of Kids 2025, jangan lepaskan peluang mendapatkan barangan edisi terhad dan kandungan eksklusif yang hanya tersedia sepanjang acara ini. Inilah oleh-oleh paling manis untuk dikenang selepas cuti sekolah tamat.
Tandakan Tarikh Dalam Kalendar Anda
Jangan lepaskan peluang ini, mama papa. Tandakan tarikh 12–15 September 2025 di Pavilion Bukit Jalil dan jadikan cuti sekolah kali ini berbeza daripada sebelumnya. Home of Kids 2025 menjanjikan sebuah pengalaman yang penuh imaginasi, hiburan berkualiti dan ikatan kekeluargaan yang lebih erat. Untuk maklumat terkini, ikuti saluran media sosial Astro dan bersiaplah untuk cuti sekolah yang benar-benar luar biasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anda peminat dumpling tapi nak beli di luar rasa was-was, di tambah harga yang agak mahal. Rasa tak berbaloi kalau beli kan, nak nak lagi kalau ahli keluarga ramai. mana nak cukup kan.
Ha apa kata ibu-ibu buat je sendiri, bukan je jimat malah terjamin halalnya . Jom cuba resipi dari Wany Lifa ini.
Modal bawah Rm10 boleh makan 40 pcs Dumpling
Kalau makan dekat Chicken Rice Shop mau semangkuk RM8-RM9. Ni sekali buat cukup 1 family dapat makan
Tapi modal utama kena rajin & sabar
Tekak nak makan punya pasal gigih buat sampai siap
Confirm sedap Confirm pengsan . Chingg
Ada yang nak cuba resipi ?
Selamat mencuba!
Inti Dumpling
Isi ayam 300g (fillet dicincang)
Carrot (setengah batang sagat)
Bawang besar (1 biji cincang halus)
Bawang putih (4 ulas cincang halus)
Daun sup & Daun bawang (potong halus)
Serbuk lada sulah (2 sudu)
Minyak bijan (3 sudu)
Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu)
Garam & gula (1 sudu kecil)
Dumpling pastry (Instant) Dumpling pastry. Kuantiti ada 40 pcs gitu. Harga RM1.80
Isi ayam yang da siap boleh campur sikit 3 sudu tepung jagung untuk sebati kan bahan2 yang dicampur.
Cara membuat:
Campur semua bahan2 kecuali dumpling pastry.
Gaul sebati & perap sekejap 10 minit.
Masuk inti dalam pastry then kelim pastry ikut kreativiti. Boleh try google @ tengok youtube cara lipat dumpling.
Takde mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum so susun kita dumpling kat atas pinggan letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat. Da try buat gitu sebab tuh mai habaq awai2 . Jahanam 6 ketui dumpling Rugi rugi Kukus dumpling selama 10 minit.
Dah siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling Dumpling banyak jenis bentuk. Tapi yang ni biasa chinese buat.
Sebab buat sorang so bubuh la inti tuh siap2 & susun atas pinggan.
Letak inti jangan penuh sangat kang tak boleh kelim. Nanti dumpling jadi koyak..
Cara membuat:
Tumis bawang putih & halia sampai naik bau.
Letak 1 mangkuk air dalam periuk.
Masuk bahan2 lain sampai mendidih.
Letak dumpling yang da siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.
Then tabur sikit daun bawang.
Last sekali buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang da cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup.
Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasa nya Jeng jeng jeng.. Hasil kejadian. Confirm sedap confirm pengsan ❤️
Total costing :-
Fillet ayam 500g – RM5.20
Dumpling pastry – RM1.80
Carrot 6 batang – RM1.00
Daun sup & Daun bawang – RM1.00
Bahan yang lain da sedia ada kat rumah
Total = RM9.00
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak hilangkan rasa bosan cucu-cucu di rumah, atuk ini buatkan gelongsor dan buaian sendiri. Memang kreatif betul atuk ini.
Apa tidaknya, dalam perkongsian sebelum ini, Mohd Tarmizi Ahmad Adnan menyiapkan katil kayu yang cukup cantik buat anak bongsunya. Kini giliran cucu-cucu pula bergembira. Memang kreatif, siapa yang nak cuba boleh tengok hasilnya ini.
Assalamualaikum.
Hari ini atok nak kongsi atok buat Gelongsor dan Buaian untuk cucu cucu atok 3 orang… Atok buat gelongsor ini , sambil menyiapkan katil Queen Si Bungsu atok.. ( tunggu papan pjg ) spt yg dah atok masukkan dlm T.A.H.I.
Atok mulakan dgn papan yg sesuai utk di jadikan gelobgsor.. Jenuh dicanaikan.. Takut ada “selimbo” kata org kg atok le.dan last sekali buat buaian.. Alhamdulilah siap dan selamat digunakan oleh cucu..
#Abaikan atok yg nak cuba juga… Tapi tak le baring beraksi seperti kat katil hari tu..😁😁😁😁😁😁
Ini kerja mula mula… Camtumkan papan dgn kayu kecil dlm lubang serta di gamkan.Gam yang atok gunaUdah digam atok jemurIni le hasilnya
Belum siap lagi cuuu ooii…. Cucu nak cuba…
Jangan tiru aksi ini… Santai uuuuNampak tak kegembiraan cucu atok
Kes adik Siti Salmian yang melecur teruk pada bahagian muka gara-gara pressure cooker yang meletup menyedarkan kita bahawa periuk yang nampak mudah dan membantu proses memasak ini juga perlukan sedikit ilmu untuk mengendalikannya.
Bukan sekadar tekan dan makanan yang kita masak terus masak dengan cepat. Sebenarnya ada cara dan ilmu untuk mengendalikan peralatan canggih ini.
Tekanan yang dihasilkan khusus untuk mempercepatkan masakan ini bukanlah tekanan biasa-biasa. Bagi yang tidak mempunyai periuk tekanan ini mungkin tidak tahu. Bagi yang pernah memasak menggunakan periuk tekanan ini pasti mengetahui akan wap tekanan yang cukup kuat ini.
Jika anda sudah pun membeli tetapi masih tidak tahu cara menggunakannya. Ini cara dan panduan terbaik yang diajarkan oleh blog ini, www.wikicara.org. Semoga membantu dan paling penting kita menggunakan teknologi ini dengan baik disamping menjaga keselematan diri.
Masak 30 Minit Je
Kali ini saya nak kongsikan panduan asas cara menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan. Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan ‘letupan’ dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Apa kebaikan periuk tekanan atau pressure cooker?
Kebaikan utama periuk tekanan adalah ianya dapat menjimatkan masa memasak. Sebagai contoh, jika kita merebus daging di periuk biasa, masa yang di ambil untuk daging masak dan empuk boleh mencapai 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja (bergantung kepada kuantiti dan jenis daging).
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Periuk Tekanan Elektrik Dan Dapur Gas
Guna Periuk Tekanan, Wajib Tahu!
Bagi menggunaan periuk tekanan eletrik, anda perlu baca manual penggunaan. Nak tak nak, anda perlu baca cara penggunaan periuk tekanan anda terutamanya yang menggunakan periuk tekanan elektrik kerana kebanyakan model telah datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan. Masa masakan biasanya telah ditetapkan.
Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.
1. Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
2. Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
3. Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan. Jangan buka periuk dahulu!
4. Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika anda terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!
5. Jika daging anda masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Mudah bukan?
Memang mudah, tetapi kita hendaklah sentiasa beritahu kepada anak dan keluarga kita tentang penggunaan periuk tekanan, kerana mungkin anda tahu cara menggunakannya tetapi keluarga anda tidak tahu cara menggunakannya.
Saya sendiri menggunakan periuk tekanan dapur gas di rumah. Dan perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.