Siapa menyangka rupanya jodoh yang diaturkan Allah rupanya sudah ada di depan mata. Itulah yang boleh diungkapkan mengenai kisah cinta pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin.
Baru sahaja menyambut hari lahirnya ke-40 tahun pada 27 September lalu, rupanya hasrat untuk memiliki bunga cinta bernama Fazura ini telah dipendamkan lama oleh Fattah Amin.
Kongsi Fattah, dia mula bertentang mata dengan isterinya itu ketika menjalani penggambaran sebuh filem. Disitulah dia sememangnya mengakui sudah lama menyimpan perasaan minat terhadap isterinya sejak awal menceburi bidang lakonan.
“Jujur saya peminat Fazura juga dulu. Yelah kita tak pernah terbayang kita akan jadi pelakon kan.
“Pertama kali saya jumpa Fazura waktu sama-sama berlakon dalam satu filem.
Ads
“Saya pelakon tambahan dan waktu itu saya baru sangat berlakon. Jadi waktu itu orang cakap, jodoh sebenarnya Allah dah aturkan. Dah ada depan mata pun tapi belum ditemukan lagi. Belum sampai lagi,” luahnya berkongsi detik manis itu.
Malah kongsi Fattah lagi, dia teramat bersyukur atas takdir jodoh antaranya dan Fazura sehingga membawa ke alam rumah tangga serta kini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya sebagai pelengkap bahagia mereka.
“Tapi waktu itu ada rasa, “macam eh minatnya dengan Fazura ni kan”. Kemudian lepas itu dah ditakdirkan jodoh Allah sampai, berkahwin dan akhirnya sekarang dah ada Fatima. Syukur,” katanya lagi.
Ads
Fattah yang meraikan sambutan hari lahir Fazura yang ke 40 tahun pada 27 September lalu dilihat cukup romantis bila mana meraikan majlis itu berdua, secara eksklusif.
Kedua-duanya tampil cantik dan manis dengan busana berona biru dan ungu. Terserlah kecantikan isteri kesayangan Fattah Amin.
Ads
Terdahulu, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Melihat karekter Ustaz Don di dalam kaca TV yang begitu sempoi, nyata demikian juga ketika bersama keluarga. Lebih-lebih lagi aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan Don Mustofa dan Don Ibrahim.Kedua-dua hero pasangan ini cukup manja dengan Ustaz Don yang dipanggil Abati manakala Husna dipanggil Ibu.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid adalah pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak 2010-201. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pengajian Sepanjang Hayat sebagai pengurus Besar di KuisCell. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Mohabbaten Travel & Tour Sdn Bhd di bawah anak syarikat Andalusia.
Hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat
Melihatkan kesibukan urusan kerja, jujur mengakui masa yang ada cukup terhad. Urusan menguruskan anak-anak di ambil alih seketika oleh ibu bapanya yang tinggal bersama. Namun tidak bermakna kedua-duanya lepas tangan.
“Saya bukanlah orang yang hebat, pasti akan berlaku ralat. Jadi, dalam pembahagian masa dengan keluarga dan pengurusan kerja, kami cukup beruntung kerana ada ibu bapa yang tinggal bersama. Jadi mereka bantu melihat anak-anak sementara kami keluar bekerja. Namun sebelum itu, saya pernah minta pandangan orang yang lebih arif iaitu Dato’ Dr Fadhilah Kamsah tentang ibu bapa yang duduk bersama kami.
“Waktu itu kami dalam satu penerbangan ke Terengganu ketika itu. Saya tanya adakah boleh ibu bapa boleh duduk dengan anak-anak macam mana kita mahu letak kayu aras tentang hal ini. Jadi Dr Fadhilah tanya siapa yang minta untuk duduk bersama , ibu bapa atau anak yang minta. Menurut Dr, kalau boleh anak-anak jangan minta untuk ibu bapa datang tinggal bersama kerana mereka sendiri mempunyai ‘life’ mereka. Apabila diberitahu yang ibu bapa yang nak jadi Dr cakap boleh kerana mereka sendiri yang duduk bersama. Jadi mereka tahu kapasiti diri mereka.
“Tempoh sampai bila mereka nak duduk bersama terpulang kepada ibu bapa sendiri kerana ia tidak akan menjadi masalah pada masa hadapan. Saya dan isteri sangat bersyukur kerana selain ibu bapa ada juga adik-beradik kami juga tinggal berdekatan. Jika ada sebarang masalah, mereka sangat membantu.
“Itulah yang saya sebut ralat tadi. Disebabkan kami di ‘cover’ oleh orang sekeliling di samping pihak KuisCell yang sangat fleksibel dalam membantu menyusun jadual saya. Kerana itu, hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat. Kita takkan boleh hidup sendirian.
“Teringat saya pada kata-kata Ustaz Guru Hadi Awang hidup ini ibarat seikat penyapu lidi, ada yang panjang ada yang pendek. Walaupun nampak lidi-lidi yang pendek tidak kena ketika menyapu tetapi apabila dibuang maka longgarlah ikatan penyapu tadi. Begitulah ibaratnya kita dengan orang sekeliling,”ujar Ustaz Don sambil mengakui lima hari adalah masa untuk bekerja manakala dua hari bersama keluarga.
Gajet pilihan terakhir
Tambah ustaz Don lagi, sebagai ibu bapa yang berkerjaya dia dan isteri cukup sibuk dengan urusan kerja. Justeru tambahnya, sebagai orang yang berkerjaya, pertama sekali kena mengaku yang diri sibuk.
“Jangan menafikan kerana kita tidak akan jumpa jalan penyelesaian. Kita kena terima situasi tersebut dan cari alternatif terbaik. Jadi salah satunya adalah penggunaan gajet pada anak-anak. Saya dan isteri memang sudah mendedahkan pada anak-anak kami.
“Zaman sekarang anak-anak kena terlibat dengan gajet supaya tidak ketinggalan. Cuma sejauh mana kita kawal supaya tidak keterlaluan sehinggakan makan minum tidur dengan benda tersebut. Bahkan, penggunaan gajet pada anak-anak adalah pilihan terakhir,”ulas Ustaz Don yang mempraktikkan mereka sekeluarga mengaji bersama sebelum tidur.
Luangkan masa dengan masyarakat
Dek kesibukan urusan kerja membatasi Ustaz Don untuk menerima tawaran untuk berceramah seperti sebelum ini. Sementelah dia mahu memberi fokus penuh pada kerja dan keluarga.
“Dalam kesempatan ini untuk memohon maaf pada masyarakat yang mungkin mengharapkan saya mempunyai ruang masa seperti sebelum ini. Mujurlah pihak Kuiscell bijak menyusun jadual dan kesempatan turun padang untuk urusan kerja, jadi dapat diselitkan untuk tawaran mengadakan ceramah jika berkesempatan. Misalnya seminggu 3 hari untuk 3-4 program dan berpeluang meluangkan masa yang lama dengan masyarakat.
Mahu 7 anak
“Kami berdua lahir dalam keluarga yang ramai jadi kalau diikutkan kami memang mahu anak ramai dalam 7 orang. Cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja dan dua hero kami masih kecil. Walaupun ada keluarga yang sangat ‘supportive’ dan membantu menjaga anak kami tetapi tanggungjawab sebagai ibu tidak diabaikan.
“Sesibuk mana pun di hospital tetapi saya pastikan ada di rumah. Kerana itu saya berulang alik dari rumah di Bangi ke Seremban walaupun ada rumah yang disediakan di sana tetapi saya lebih rela berada di samping anak-anak.
Sumber: Majalah Keluarga Sep-Okt 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap hari kita berdoa kepada Allah supaya permintaan kita dimakbulkan. Selain kita doa selepas sembahyang dalam bahasa arab tentunya kadang kala kita akan tambah doa dalam bahasa melayu. Tetapi rupanya untuk berdoa dalam bahasa melayu ada caranya dengan sebutan perkataan tertentu.
Menerusi perkongsian seorang wanita, Nur Aliah Mohd Nor cara berdoa dengan perkataan yang tepat. Moga bulan ramadan ini, doa kita dimakbulkan.
IKUTI PERKONGSIANYA.
Amalkan 10 Teknik ‘Powerful Words’ Ni Di Dalam DOA Anda Untuk Rasakan Sendiri Perubahan Yang Sangat Dasyat!
Syukur Alhamdulillah, tak sangka hari ini dah masuk puasa yang ke 5 kan. Jadi, di bulan Ramadhan yang mulia ni, Lia ikhlas ingin kongsikan 10 teknik Powerful Words agar kita semua boleh manfaatkan bersama-sama.
#TEKNIK1 ===== . Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan”. . Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita. . Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.” . #TEKNIK2 ===== . Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku..” . Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah KURNIAKANLAH aku..” . Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah. . #TEKNIK3 ===== . Sebelum ni kita selalu berdoa, “semoga DIMURAHKAN rezeki.” . Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah, “semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.” . Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja. . #TEKNIK4 ===== . 1 lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita. . “Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.” . #TEKNIK5 ===== . Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa begini, “Amin Ya Rabbal Al-Amin.” . Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah, “Amin Ya Allah Ya Mujib”. . Sebab maksud Mujib ni ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib.
#TEKNIK6 =====
Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allah untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah yang kita hadapi. . Jadinya doa yang terbaik kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah dengan cara ini, . “Allah.. Allahu Robbunaa.. Laa Nusyriku Bihii Syai’a”, . (Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan siapa pun) . Baca 100x, doa ketika beramai-ramai. . “Allah.. Allahu Rabbi.. Laa Usriku Bihi Syai’a”, . (Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan siapa pun) . Baca 100x, doa apabila seorang diri. . Kenapa kita baca doa atau zikir ini adalah sebab doa ini penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhawatiran dan keresahan. . Sekaligus doa ini boleh menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta sangat baik sekali buat bantu sahabat-sahabat kita dalam mencapai hajat-hajat mereka.
#TEKNIK7 ===== . Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu. . Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah, . “Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernahku duga.” . #TEKNIK8 ===== . Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pon kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tak ada masa nak ‘spend time’ bersama dengan keluarga tersayang. . Faktor jadi macam ini mungkin antara sebabnya doa kita tak ‘specific’ minta kepada Allah. Jadi, InshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu anda yang berniaga. . “Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan <nama perniagaan> ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam. Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.” . #TEKNIK9 ===== . Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”. . Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang boleh kita amalkan bersama adalah, . “Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, maka makbulkanlah Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.” . #TEKNIK10 ===== . Paling penting sekali adalah tips yang terakhir ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu. . Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya begini, . “Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.. aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..” . Nampakkan 10 teknik di atas ini, hanya dengan tukar sikit je ayat doa dan cara kita berdoa, kesannya sangat dasyat. . Lia yakin dan percaya dengan izin Allah, selepas ini anda akan menjadi orang yang lebih tenang dan bahagia apabila anda sedang berdoa. Dan semoga kita menjadi seorang yang menjemput rezeki Allah.
Tiada kata-kata mampu diluahkan apabila menerima khabar duka anak sulung meninggal dunia.
Rolex, 53, adalah bapa kepada Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini tengah malam tadi.
Rolex menerima panggilan daripada bomba kira-kira jam 12.30 malam tadi.
“Kali terakhir saya bertemu arwah adalah kira-kira jam 9.30 malam sewaktu dia di rumah.
“Arwah baru pulang dari tempat kerja ketika itu dan kami sempat borak seketika sebelum dia keluar, katanya mahu berjumpa dengan kawan.
“Kebiasaannya, dia pulang jam 12 malam tetapi tidak pada malam tadi. Jadi, saya cuba menghubunginya namun tidak sedap hati apabila anggota bomba yang mengangkat panggilan sebelum beritahu anak saya kemungkinan sudah meninggal dunia.
“Pemergian arwah kehilangan besar buat kami kerana dia banyak membantu keluarga dan tidak pernah berkira soal duit.”katanya ketika ditemui dekat ruang menunggu di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, di sini.
Selain Muhamad Rahimi , seorang ibu serta lapan anaknya yang menaiki Proton Wira turut maut dalam insiden berkenaan dipercayai selepas terperosok di bawah sebuah treler.
Manakala, empat mangsa cedera dan tiga lagi tidak mengalami kecederaan.
Lebih menyedihkan Rolex adalah apabila Muhamad Rahimi meninggal dunia menjelang sambutan ulang tahun kelahirannya, Rabu depan.
“Ikutkan, saya memang ada perancangan untuk bawa dia pergi makan sempena hari jadinya.
“Ia sudah jadi kelaziman saya setiap kali menyambut ulang tahun kelahirannya dan anak yang lain namun hasrat itu tidak kesampaian kali ini,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.