Tiada kata-kata mampu diluahkan apabila menerima khabar duka anak sulung meninggal dunia.
Rolex, 53, adalah bapa kepada Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini tengah malam tadi.
Rolex menerima panggilan daripada bomba kira-kira jam 12.30 malam tadi.
“Kali terakhir saya bertemu arwah adalah kira-kira jam 9.30 malam sewaktu dia di rumah.
“Arwah baru pulang dari tempat kerja ketika itu dan kami sempat borak seketika sebelum dia keluar, katanya mahu berjumpa dengan kawan.
Ads
“Kebiasaannya, dia pulang jam 12 malam tetapi tidak pada malam tadi. Jadi, saya cuba menghubunginya namun tidak sedap hati apabila anggota bomba yang mengangkat panggilan sebelum beritahu anak saya kemungkinan sudah meninggal dunia.
“Pemergian arwah kehilangan besar buat kami kerana dia banyak membantu keluarga dan tidak pernah berkira soal duit.”katanya ketika ditemui dekat ruang menunggu di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, di sini.
Ads
Selain Muhamad Rahimi , seorang ibu serta lapan anaknya yang menaiki Proton Wira turut maut dalam insiden berkenaan dipercayai selepas terperosok di bawah sebuah treler.
Manakala, empat mangsa cedera dan tiga lagi tidak mengalami kecederaan.
Ads
Lebih menyedihkan Rolex adalah apabila Muhamad Rahimi meninggal dunia menjelang sambutan ulang tahun kelahirannya, Rabu depan.
“Ikutkan, saya memang ada perancangan untuk bawa dia pergi makan sempena hari jadinya.
“Ia sudah jadi kelaziman saya setiap kali menyambut ulang tahun kelahirannya dan anak yang lain namun hasrat itu tidak kesampaian kali ini,” katanya.
Umum mengetahui bahawa pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya dan suami Awal Ashaari telah dikurniakan seorang lagi anak perempuan, pertengahan bulan Febrruari lalu.
Kehadiran orang baru dalam keluarga ini juga disambut gembira oleh anak sulungnya, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Terbaharu, menerusi muat naik instagram milik Scha berkongsi throwback perpisahan dengan Lara sebelum ke pusat perubatan untuk mengadakan persiapan untuk bersalin.
Video yang memaparkan riak wajah sedih Lara telah mengundang sebak dikalangan warganet termasuk rakan artis.
Lara yang terkenal dengan wajah ceria, lincah dan petah berkata, kali ini tampil dengan wajah yang sedih. Malah rakaman gambar jelas melihatkan tiada senyuman diwajahnya.
Nyata, jelas Lara meluahkan rasa kerisauan kepada ibunya, Scha yang meninggalkannya untuk melahirkan bayi. Begitulah kasih seorang anak buat ibu yang disayanginya.
Rata-rata warganet juga sebak melihat wajah sedih Lara apabila perpisahan sementara itu. Ada juga memberikan kata-kata semangat. Namun diakhir video, Lara kelihatan tabah bagaikan seorang kakak. Antara komen warganet
“So touching la syg..Don’t cry anymore ye LaraAlana..Love u & your family so much.
“Lara.. such a strong girl. Eventho she’s sad but she’s trying to be positive.
“Alaaaaa lara how sweet are u…dont cry aunty will cry also…u big girl now..
Mendidik anak di zaman ini sememangnya cukup mencabar. Mana lebih tepat, mahu berlembut dengan anak atau tegas tetapi anak memberontak. Payah bukan?
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, elakkan sama sekali Permissive Parenting kerana ia memburukkan keadaan anak. Jom ikuti perkongsian beliau.
Tolong jangan samakan ‘berlembut’ tu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan / peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
5 kesalahan dalam mendidik anak
Sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
1. Memberi apa saja yang anak inginkan
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata. Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
2. Tak ada kawalan/ sempadan/ peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya. Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
3. Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective. Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
4. Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
5. Puji berlebihan untuk usaha anak yang sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ni sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut. Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan makanan tetapi sesuai juga untuk digunakan sebagai bahan pembersihan.
Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:
1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan
2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung dan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4. Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7. Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.