Umum mengetahui bahawa pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya dan suami Awal Ashaari telah dikurniakan seorang lagi anak perempuan, pertengahan bulan Febrruari lalu.
Kehadiran orang baru dalam keluarga ini juga disambut gembira oleh anak sulungnya, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Terbaharu, menerusi muat naik instagram milik Scha berkongsi throwback perpisahan dengan Lara sebelum ke pusat perubatan untuk mengadakan persiapan untuk bersalin.
Video yang memaparkan riak wajah sedih Lara telah mengundang sebak dikalangan warganet termasuk rakan artis.
Lara yang terkenal dengan wajah ceria, lincah dan petah berkata, kali ini tampil dengan wajah yang sedih. Malah rakaman gambar jelas melihatkan tiada senyuman diwajahnya.
Nyata, jelas Lara meluahkan rasa kerisauan kepada ibunya, Scha yang meninggalkannya untuk melahirkan bayi. Begitulah kasih seorang anak buat ibu yang disayanginya.
Rata-rata warganet juga sebak melihat wajah sedih Lara apabila perpisahan sementara itu. Ada juga memberikan kata-kata semangat. Namun diakhir video, Lara kelihatan tabah bagaikan seorang kakak. Antara komen warganet
“So touching la syg..Don’t cry anymore ye LaraAlana..Love u & your family so much.
“Lara.. such a strong girl. Eventho she’s sad but she’s trying to be positive.
Ads
“Alaaaaa lara how sweet are u…dont cry aunty will cry also…u big girl now..
Kisah bapa ini tular setelah perkongsiannya mengenai pesanan seorang guru berbangsa India yang menegurnya cara mendidik anak agar fokus kepada akademik. Lebih menarik, walaupun peringatan itu hanya beberapa minit sahaja, ia begitu terkesan di hati bapa ini.
Tidak mahu membiarkan pesanan guru yang sungguh inspirasi itu habis di situ, bapa kepada empat orang anak ini telah berkongsi di laman facebooknya.
Siapa sangka perkongsian itu telah tular sehingga 12K share. Baca dan hadam perkongsian ini, agar kita bertegas dalam mendidik anak-banak.
Ikuti perkongsian oleh, Izman Pauzi ini.
Report card day.
Kelmarin saya bercuti separuh hari untuk menghadiri 4 sesi report card day bagi 4 anakanda saya. 2 orang di sekolah rendah yang sama, manakala 2 lagi di sekolah menengah berbeza.
Saya pilih ke sekolah rendah dahulu. Memandangkan kedua mereka di kelas pertama, tak banyak komen guru perihal akademik mereka. Meningkat dan merosot tu biasalahkan!
Saya tertarik dengan sesi kedua di sekolah rendah melibatkan anak saya Mira bersama guru kelasnya, Teacher Sri Devi.
Faham sahajalah masa menunggu lama lantaran murid yang ramai dan ada segelintir ibu bapa yang terlalu cakna anak sehingga bersembang melebihi 30 minit untuk satu anak.
Jadi apabila si bongsu Fahmi meminta telefon bimbit, saya berikan sahaja tanpa banyak soal. Tak salah bagi saya kerana sesi Fahmi sudah selesai dan dia telahpun diberi pelepasan untuk pulang. Fahmi cuma masih terpaksa menunggu saya menghabiskan sesi untuk si kakak. Ala.. semua ibu bapa memang bagi handphone pada anak.
Apabila tiba giliran kami, saya dan Mira maju dan mengambil tempat di hadapan meja guru, manakala Fahmi yang ralit bermain selfon hanya mengikuti dan berdiri di belakang saya.
“Stop the phone!” laung guru india itu.
Fahmi terkejut dan kaku. Saya juga. Saya meminta telefon daripada Fahmi dan menjelaskan kepada guru india itu bahawa sesi Fahmi sudah selesai dan dia cuma menemani saya.
Guru itu menerangkan dia faham, namun baginya tiada murid harus dibenarkan memegang selfon sepanjang waktu persekolahan termasuk di waktu malam. Jika nak beri, hanya hari cuti sahaja, namun ibu bapa harus menerapkan masa dan mengawal penggunaannya. Saya cuma angguk, menunjukkan saya faham.
Cikgu Sri Devi menyuakan keputusan peperiksaan Mira dan saya segera melihat gred bagi setiap mata pelajaran.
Guru itu menutup keputusan itu dengan tangannya dan berkata “Encik tak perlu lihat markah dan gred anak encik, turun naik tu biasa sebab anak encik masih dalam belajar.”
Saya patuh dan mula memberi perhatian terhadap guru itu.
“Encik, Amirah is a good girl. She’s clever, hardworking, homework sentiasa buat, tiada masalah dalam kelas. So, as long as Amirah ada sikap yang baik, dia akan dapat belajar dengan baik. Amirah budak baik.”
“Encik, jika encik hendak anak lebih berjaya, stop the tv and phone during weekdays.”
Saya angguk namun turut mencelah “saya faham cikgu, cuma kadang-kadang anak minta phone sebab nak call kawan ada kerja sekolah tak sempat salin atau nak tanya kerja sekolah yang cikgu beri.”
“Don’t give! Anak saya few years back saya dah start buat, tak bagi langsung phone even anak saya cakap ada kerja sekolah nak tanya kawan. I don’t care if cikgu dia nak lempang bila tak siap kerja sekolah. They should learn a lesson.”
“Jangan manjakan anak dengan phone. Stop the phone dan anak terpaksa tumpu lebih dalam kelas. They don’t have any choice.”
Angguk.
“Mathematics, Science, English.. itu masalah majority students. Encik sebenarnya tak perlu hantar tuition. Encik dan wife boleh ajar sendiri di rumah.”
“Encik cuma perlu luangkan masa duduk bersama anak-anak dan ajar mereka. Ibu bapa should also stop playing phone depan anak. Duduk bersama anak at least 1 hour a day, teach them.”
“I know budak Melayu balik penat sekolah agama. Encik boleh bagi mereka main sekejab tapi don’t give them tv and phone. Don’t!”
Angguk.
BUAT LATIHAN DI RUMAH
“Encik kena pastikan anak ada jadual belajar di rumah dan pastikan mereka ikut. Everyday, kena buat 5 soalan mathematics. Encik kena ajar dan minta mereka buat. Hari ini buat 5 soalan operasi tambah, esok buat 5 soalan operasi bahagi. Bila anak sudah pandai, tambah jadi 10 soalan sehingga mereka mahir.”
“Jika encik buat, saya gerenti dalam 1 bulan encik boleh tengok hasil pencapaian anak encik.”
Angguk. Impressed!
“For English and BM, paksa anak baca satu petikan karangan setiap hari dan fahamkan. Kena baca untuk pemahaman dan tambah kosa kata. They don’t have any choice.”
“Weekends, encik boleh bagi mereka tengok tv dan phone, tapi mereka juga kena belajar juga. Control their time.”
Di akhir sesi, saya mengucapkan terima kasih kepada Teacher Sri Devi atas didikan kepada anak saya dan nasihat yang diberikan.
Sambil berjalan ke kereta, dalam hati berkata, Guru India ni tak ramai, boleh dikira dengan jari. Namun bagi yang menjadi, impaknya sampai terus ke hati. huh! Saya kena buat dan lead the example, tak boleh pegang handphone masa anak belajar.
Saya rasa ini patut cikgu-cikgu buat masa report card day, shot the parents straight to their heart. Cerita itu bagus, ini lemah, kadangkala ibarat mencurah air ke daun keladi. Silap-silap balik nanti ada anak kena pelempang.
Sebagai Orang HR, saya biasa tarbiah pekerja. Buku tulisan saya JANGAN SENTAP, OKEY! (Alaf 21, Karangkraf) dan CERITA ORANG HR (Komrad Buku) ada menceritakannya. Apabila diri sendiri kena tarbiah dengan cikgu, terasa sentap dan panas juga telinga. Huhu.
From bottom of my heart, Terima kasih Teacher Sri Devi. Terima kasih juga semua Cikgu yang memandaikan bangsa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengorbanan suami yang jaga isteri semasa pantang memang hebat! Semasa isteri dalam pantang, memang tidak boleh buat kerja berat. Pada masa yang sama, kena jaga emosi isteri dalam pantang, barulah dapat elak meroyan.
Bagus juga perkongsian Dr Taufiq Razif, Pendidik Ilmu Parenting ini. Lepas pantang, suami boleh teruskan cara ini. Tentu isteri lebih teruja suaminya dah pandai masak. Bagi yang bukan pengalaman pertama, boleh je dapatkan gajet yang dicadangkan ini. Moga berjaya wahai en suami, cewah!
Tadi saya sempat ajar seorang kawan saya yang baru pertama kali jaga isterinya berpantang.
Ni 5 Gajet Yang Suami Kena Ada Kalau Taknak Penat Sangat Bila Jaga Isteri Berpantang :
1. Iron philips – serius mudah kerja ada iron ni. Sekali gosok, bahagian belakang pun ikut licin sekali. Kedut degil bahagian kolar pun cepat je hilang.
2. Air Fryer – yang ni subhanallah penyelamat paling hebat bila suami tak ada skill memasak. Tinggal letak dan tekan je. Buka buka je dah masak. Sihat pulak tu sebab tak guna minyak sangat kan.
3. Dryer – Mana mana jenama pun tak apa. Ikut bajet je. Memang letrik naik sikit la tapi Return of Investment ( ROI ) kalau guna dryer ni memang berbaloi. Masa yang suami guna untuk sidai baju tu boleh kita gunakan untuk buat benda lain. Mandikan anak ke, urut isteri ke.
4. Dryer + Washing Machine – Ni paling berbaloi la sebenarnya. Sekali cuci, angkat tu dah kering dah. Cuma hati hati la cuci najis baby tu. Hilangkan dulu najis fizikal yang melekat baru boleh campak masuk.
5. Periuk Noxxa – Ni masyaAllah sangat best. Tekan tekan beberapa minit je dah siap masak. Daging seliat apa pun bila dah kena Noxxa ni memang cepat empuk! Boleh la nak masukkan dalam diet isteri berpantang tu nanti.
p/s : InsyaAllah suami yang ada 5 gajet ni takkan mudah mengalah untuk jaga isteri berpantang. Jangan pelik, suami pun pandai meroyan kalau letih tau. Tahu pun letih kan jaga baby + urus rumah
p/s : Semua suami memang kena rasa sekali jaga isteri berpantang walau sekali baru la akan timbul rasa empati pada pengorbanan seorang isteri.
Tidak dinafikan pengaruh ibu ayah adalah antara faktor utama dalam mempengaruhi kecenderungan seseorang anak untuk terlibat dalam bidang kerjaya pilihannya. Hal ini kerana ibu ayah adalah orang yang paling dekat dengan seseorang sejak dari kecil hingga dewasa.
Umpamanya kejayaan yang dikecapi oleh Datuk Yusof Haslam ini diikuti oleh anak sulungnya Syamsul Yusof, yang bergelar pelakon, pengarah serta penerbit yang popular selepas banyak naskha arahannya mendapat hit di pawagam terutama filem Mat Kilau.
Pun begitu tak dilupakan juga dengan anak bongsu pasangan Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatima Ismail iaitu Syafiq Yusof. Walaupun namanya kurang dikenali sebagai pelakon, namun Syafiq amat berjaya sebagai seorang pengarah.
Banyak juga filem arahan Syafiq yang menjadi hit di panggung wayang dan antaranya filem Abang Long Fadil 3 dengan mencapai kutipan RM25juta, Abang Long Fadil 2 pula RM18 juta. Manakala KL Special Force berjaya meraih RM12 juta dan Misteri Dilaila dengan RM9juta.
Bukan itu saja, kerana kehebatannya juga menjadikan Syafiq Yusof telah dipilih menjadi pengarah untuk filem Polis Evo 3 yang amat berjaya di Malaysia.
Keluarga Bahagia Syafiq Yusof
Jika ada yang tercari-cari tentang kisah peribadi Syafiq Yusof, seakan kisahnya begitu sedikit dikongsikan di media sosial. Ini mungkin disebabkan dia melalui kehidupan yang sederhana tanpa terpalit sebarang kontroversi sepanjang berada di dunia seni.
Keperibadian Syafiq yang amat low profile dan rendah diri ini amat dipuji orang ramai.
Dia sebenarnya telah pun berkahwin pada tahun 2014 dengan wanita pilihan hati bernama Aesah Zainal. Syafiq menjalani hidup dengan tenang dan bahagia bersama dua orang anaknya dan kini difahamkan isterinya sedang hamil anak ketiga.
Ramai yang mendoakan semoga kehidupan bahagia Syafiq Yusof dan isteri, Aesah Zainal, serta anak-anak akan terus kekal.