Dua tahun tidak bertemu dengan anaknya dan terbaru, dia dan keluarga hanya mengikuti majlis graduasi si anak secara maya di rumah.
Walau bagaimanapun, Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor memanjatkan kesyukuran apabila anak perempuannya Nurlisa Mohamed Nor berjaya menamatkan pengajian di Universiti Curtin, Perth Australia.
“Alhamdulillah, papa mama dan seluruh ahli keluarga mengucapkan tahniah di atas penerimaan ijazah setelah 4 tahun berada di #curtinuniversity Perth Australia.
“Walaupun tak dapat bersama, hanya menonton di alam maya tapi gembira dapat menyaksikan sebentar tadi.
“Dah dua tahun tak jumpa. Miss you and love you @_nurlisa,” tulis usahawan terkenal ini di ruangan kapsyennya.
Dalam majlis graduasi tersebut, Nurlisa yang menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan dan pemasaran tampil cantik mengenakan baju kurung songket berona kelabu cair.
Pernah makan buah malberi? Memang rasanya enak dan manis. Biarpun buah ini nampak biasa-biasanya, rupanya khasiatnya memang luar biasa sebagaimana perkongsian ini. Jom kita semak khasiatnya.
KHASIAT POKOK MALBERI
Beberapa hari yang lalu, sahabat saya, Ustaz Dato’ Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.
Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.
Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini Apa tidaknya, dah lama dia mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang, karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.
Kemudian dia buat pemeriksaan darah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab darahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sakit pinggang juga lega, dah tak sakit. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini.
Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.
Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.
Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api
Jangan tak tahu, daun mulberi juga boleh dibuat teh. “Teh daun mulberi”…wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.
Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.
Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi khasiat pokok ini.
Saya turunkan sekali lagi khasiat pokok malberi ini iaitu antara lain dapat membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :
?Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes) ?Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah ?Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi ?Membantu mengelakkan serangan sakit jantung ?Membantu dalam kehilangan berat badan ?Mengurangkan keadaan asma yang teruk ?Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda ?Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi ?Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan ?Mengurangkan kesakitan ketika datang haid ?Membantu perjalanan haid yang tidak teratur ?Menambahkan tenaga ?*Meningkatkan produksi susu badan* ?Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.
Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.
Nak apa2 info tambahan, pls google ya
Sumber: Halmi Yusoff via Nadzir Shafie
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasak nasi nampak mudah, tetapi jika salah masak nasi boleh jadi lembik ataupun mentah. Untuk mendapatkan nasi yang leboj peroi dan ‘cantik’, ada caranya.
Selain jenis beras yang digunakan, cara untuk menyukat air ketika memasak kena betul. Ibu-ibu cuba teknik ringkas ini bagi memastikan nasi yang dimasak ‘menjadi’.
SUKAT GUNA CAWAN
Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan orang menggunakan cawan untuk menyukat beras. Pastikan anda menggunakan cawan yang sama bagi menyukat jumlah beras dan air. Formula terbaik untuk memasak nasi iaitu, 1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air.
MASAK BERAS BASMATHI
Untuk memasak beras basmathi, caranya tidak sama seperti anda memasak nasi biasa. Gunakan sukatan air dan beras yang sama. Katakan anda guna 3 cawan beras, maka airnya juga haruslah 3 cawan air.
MASAK BERAS PERANG
Jika anda mahu memasak beras perang, caranya lain sedikit. Sebaiknya beras ini direndam dua jam sebelum dimasak untuk memudahkannya menjadi lembut. Sama seperti beras basmathi, sukatan air juga harus dikurangkan dari kuantiti beras yang digunakan.
3 KALI BASUH
Untuk menggelakkan nasi menjadi lekas basi adalah dengan membasuh dan bilas beras sebanyak 3 kali. Kurang daripada itu akan menyebabkan kanjinya terlalu banyak dan nasi mudah basi kerana teksturnya cenderung untuk menjadi lembik.
GUNA JARI HANTU
Untuk menyukat jumlah air yang cukup untuk beras yang dimasak adalah dengan menggunakan ruas jari hantu. selepas beras dibilas, ratakan permukaan beras dan celupkan jari hantu ke dalam air. Pastikan jari berada di atas permukaan beras dan sukatan air haruslah berada pada satu ruas jari.
MASAK ATAS DAPUR
Jika anda memasak nasi atas dapur, jangan mudah alpa. Menggunakan periuk elektrik sangat mudah kerana suhunya akan berubah sendiri mengikut tetapan yang telah dipilih. Memasak nasi di atas dapur memerlukan anda untuk menjadi lebih peka supaya nasi tidak hangit. Ketika air mulai kering, anda harus perlahankan sedikit api supaya nasi masak perlahan-lahan tanpa menghangitkannya. Kemudian, gembur nasi dan dibiarkan selama lebih kurang 7-10 minit lagi supaya ia benar-benar kering dan masak dengan sekata.
GEMBUR NASI
Untuk menjadikan nasi yang dimasak jadi lebih elok dan berbutir, anda digalakkan untuk menggembur nasi sebaik sahaja airnya sudah kering. gemburkan dengan lembut supaya nasi tidak hancur dan tutup semula periuk sehingga nasi benar-benar masak.
LEBIHAN NASI
Untuk membuat nasi goreng, anda harus menggunakan nasi yang dimasak dengan tepat. Jika nasi yang digunakan lembik, nasi goreng akan hancur dan tidak sedap. Jika ada lebihan nasi dan anda merancang untuk masak pada hari esoknya, simpanlah di dalam peti ais supaya teksturnya menjadi lebih cantik dan sesuai digoreng.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di negara ini, ramai rakyat negara ini mula berkebun di rumah bagi memenuhi masa mereka. Sejak itu, bermacam-macam jenis tanaman di belakang rumah.
Kebanyakannya adalah sayur-sayuran yang mudah ditanam di dalam pasu atau polibag kerana ruang yang sempit dan tidak mempunyai tanah lapang.
Namun ada cabarannya untuk, menanam cili terutama serangga perosak. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui cara untuk menghalang masalah tanaman ini.
Alhamdulillah.. berbunga hati bila pokok cili dah berbuah n subur. Dh bnyak kali cuba tanam sebelum ni, asyik tak menjadi je. Berbunga, tapi gugur n daun jadi kuning. Selepas sembur dgn Fumakila waterbase waktu petang sekali seminggu, baru la ada buah. Terima kasih yg kongsi petua ni.
Guna penyembur nyamur water base. Saya sembur kat daun n batang pokok yg ada bena. Guna macam sembur nyamuk..
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.