“Dah Dua Tahun Tak Jumpa.” Tonton Majlis Graduasi Anak Di Australia Secara Maya, Rosyam Nor Lahir Rasa Syukur!

Share

Dua tahun tidak bertemu dengan anaknya dan terbaru, dia dan keluarga hanya mengikuti majlis graduasi si anak secara maya di rumah.

Walau bagaimanapun, Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor memanjatkan kesyukuran apabila anak perempuannya Nurlisa Mohamed Nor berjaya menamatkan pengajian di Universiti Curtin, Perth Australia.

“Alhamdulillah, papa mama dan seluruh ahli keluarga mengucapkan tahniah di atas penerimaan ijazah setelah 4 tahun berada di #curtinuniversity Perth Australia.

“Walaupun tak dapat bersama, hanya menonton di alam maya tapi gembira dapat menyaksikan sebentar tadi.

“Dah dua tahun tak jumpa. Miss you and love you @_nurlisa,” tulis usahawan terkenal ini di ruangan kapsyennya.

Dalam majlis graduasi tersebut, Nurlisa yang menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan dan pemasaran tampil cantik mengenakan baju kurung songket berona kelabu cair.

Sumber: iamrosyam _nurlisa

 

 

 

 

 

 

IKLAN