Siapa yang tidak risau dengan tahap kesihatannya bila diri telah disahkan adalah merupakan contact rapat kepada pesakit Covid-19 dan perlu melakukan pemantauan kendiri di rumah.
Tentunya tempuh 14 hari tersebut merupakan saat yang mendebarkan untuk diri sendiri dalam menentukan tahap kesihatan sendiri. Adakah masih normal atau sebaliknya? Bagaimana pula jika kesan kesihatan terasa tidak baik selepas tempuh kuarantin berlaku, apa pula tindakan sewajarnya untuk kita lakukan?
Terpanggil untuk Dr Erna Nadia berkongsi andai situasi begini berlaku.
“Doktor, saya dah habis kuarantin diri sendiri, dah hari ke 17 tapi saya masih rasa sesak dada, semput dan batuk. Tapi dah habis 2 minggu kuarantin dah, periksa pulse oximeter kat rumah pun okkk je, 95,96”
Photo by Önder Örtel on Unsplash
Jawapan saya adalah segeralah pergi ke hospital. Jangan bertangguh, jangan bertanya tanya.
Tempoh inkubasi untuk varian delta lebih lama iaitu 21 hari. Untuk varian aplha dan beta dalam 10-14 hari.
Tempoh inkubasi ini adalah tempoh masa dari saat seseorang sudah dijangkiti virus sehingga dia menunjukkan gejala atau simptom.
Tak semua orang akan menunjukkan gejala pada hari pertama dijangkiti. Lagi lagi orang muda yang tiada penyakit kerana pada awalnya badan masih kuat melawan kuman yang menyerang.
Sebab itu varian delta ini bahaya. Awal awal tak ada sebarang gejala. Sihat, hebat. Selang beberapa hari, pap terus lemah. Dan inilah tindakan yang perlu diambil.
Ads
Rasa ada gejala sahaja atau gejala semakin teruk sahaja, teruslah ke hospital. Jangan berlengah. Because we never know.
Lakukan Pemeriksaan Di Hospital
Don’t trust 100% on your own medical device. Sebab boleh jadi anda salah pasang, mesin anda tak berapa accurate yada yada yada.
Ke hospital bukan untuk apa, untuk periksa dengan betul. Tak kira kuman apa yang menyerang, at least kita tahu.
Boleh jadi covid, boleh jadi radang paru paru biasa, boleh jadi asthma, boleh jadi tibi, boleh jadi bronchitis atau penyakit lain. Nak sebut differential diagnosis ni memang 5000 patah perkataan belum tentu habis.
Jadi, nasihat saya, jika rasa tak sihat, teruslah berjumpa doktor ya
Ads
Tak perlulah lagi makan di kedai, once face mask dah dibuka di public, banyak kuman yang akan datang menyerang. Berhati hati kerana bukan kesihatan kita sahaja yang perlu dijaga.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Anak adalah anugerah Tuhan, bukan tempat melempias marah kita 24 jam. Namun, dalam keadaan marah, kita kadang kala terlepas cakap. Ditambah pula dengan sikap anak-anak yang tidak mahu mendengar kata.
Namun, sebagai ibu bapa, kita patut mengawal emosi . Anak tidak akan menjadi baik kalau asyik dimarahi, sebaliknya itu salah satu faktor yang membuatkan emosi mereka terdera.
Sama-sama muhasabah diri dan ubah tabiat sikit-sikit asyik nak marah, sikit-sikit asyik nak maki anak-anak kita.
Jom baca perkongsian ikhlas dari seorang guru dan juga penulis bernama Muhammad Yusof ini.
Semalam aku rasa marah sangat kat anak aku. Boleh pulak dia tak tutup lampu kereta malam tu. Sampai ke pagi lampu tu menyala.
Pagi ni bila aku nak start kereta aku perasan lampu tu tak tutup. Mujur bateri kereta tak kong. Marah betul aku.
Bila anak masuk kereta senyum-senyum, aku terus buat muka serius. Tarik muka semasam mungkin.
Aku tanya dia ‘Kenapa Syafi tak tutup lampu kereta malam tadi?!.. Bla.. Bateri boleh kong.. Bla.. Bla..’ Panjang aku bebel pagi tu.
Dia terperanjat. Dia menangis.
Marah betul aku pagi tu.
Dalam perjalanan aku senyap je. Dia pun senyap.
Tiba-tiba dia datang kat aku, ‘Papa, Syafi minta maaf, malam tadi Syafi masuk kereta, gelap. Syafi bukak lampu. Syafi nak ambil barang dalam kereta. Papa lupa bawak masuk rumah. Mintak maaf Papa..’ Dia kata kat aku.
Aku terus rasa bersalah. Istighfar panjang aku time tu. Memang semalam aku ada beli barang kat Tesco dan aku terlupa bawak masuk rumah.
Aku terus cium pipi dia.
Benar aku belajar sesuatu hari ini.
Hari tu bila ada seorang bapak pukul dan dera anak dia sampai meninggal, kita bukan main marah lagi. Macam-macam kita kata kat dia, bapa durjanalah, bapak tak bertanggungjawablah.
Tapi, dalam masa yang sama, samada kita sedar ataupun tak, kita pun hari-hari tengah ‘mendera’ mental anak-anak kita.
Kita kena ingat dera ni bukan setakat fizikal je, tapi penderaan mental jauh lebih mendalam dan kesannya sangat panjang. Mungkin sampai akhir hayat anak-anak akan ingat penderaan mental ni.
Mungkin ada yang tak tahu bahawa penderaan kanak-kanak ini, kita boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu: penderaan fizikal kanak-kanak, penderaan mental kanak-kanak dan penderaan seksual kanak-kanak.
Kadang-kadang pagi-pagi buta, bila anak bangun lewat kita marah dia. ‘Itulah papa dah kata tidur awal malam tadi!’. Anak kita bangun dalam keadaan mood yang tak best sebab pagi lagi dia dah kena marah dah.
Lepas tu, bila dia siap lambat, kita marah lagi.
Sekali lagi dia kena marah.
Kat sekolah pulak kita pun tak tahu apa yang berlaku kat sekolah. Mungkin cikgu-cikgu kat sekolah marah dia, bukan kita tahu pun kan? So, 3 kali dah dia kena marah.
Balik sekolah petang-petang, anak kita penat dah, entah macamana boleh pulak dia tertumpah air. Kita terus marah dia. Kenapa tak pegang betul-betullah, mata letak manalah. Terkapai-kapai anak kena marah time tu.
So, 4 kali dah dia kena marah.
Setelah penat satu hari kat sekolah, Maghrib tu boleh pulak anak kita tertidur kejap. Bila kita dapat tahu, apa lagi membebellah kita ‘tak baik tidur lepas Asarlah, kenapa tidur maghrib-maghriblah’. Macam-macam kita bebel.
Bila malam menjelang, anak kita nampak kita free, so dia pun datang nak berbual dengan kita, nak cerita pasal apa yang dia dah buat kat sekolah. Ada kawan barulah, ada cikgu barulah. Punyalah excited dia nak cerita dengan kita.
Yang kita pulak. Bila anak datang nak sembang, kita buat acuh tak acuh je. Henset kat tangan tak lepas. Dari pagi sampailah nak tidur henset jadi ‘teman setia’ kita, sampai anak nak cakap pun kita tak pandang.
Hiduplah kita ‘bertuhankan’ henset 24 jam.
Lepas tu bila anak kita cakap ayat ‘lebih baik aku jadi henset, mak ayah aku lebih menghadap henset berbanding aku anak dia. Tahu pulak kita nak marah kat dia, sedangkan hakikatnya itulah yang sebahagian kita dok buat hari-hari.
Sehari kita ada 24 jam, apa kata kita peruntukkan sedikit masa, contohnya waktu makan atau waktu senggang lepas maghrib atau lepas anak siap buat kerja sekolah, kita buang sekejap henset dan luangkan ‘quality time’ bersama anak dan keluarga. Detik masa bersama mereka adalah lebih penting berbanding berjam-jam masa yang kita bazirkan menghadap henset. Ye tak?
Diakhirnya anak ini penat dan tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya, mak ayah dia ni sayang ke tak dia ni sebenarnya. Setiap hari, ada je yang tak kena kat mata mak ayah dia. Mesti ada saja salah dan silap mereka.
Budak-budak ni sampai keliru pada siapa mereka nak meluahkan perasaan, nak bercerita, nak mengadu. Bila nak bercerita kat mak ayah, mak ayah pulak buat acuh tak acuh.
Kalau nak tahu, ini adalah rutin yang dilalui oleh kebanyakkan kanak-kanak kat Malaysia. Dan kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang perkara ni.
Dalam diam sebenarnya kita tengah dera batin anak-anak kita.
Ingatlah bahawa anak adalah anugerah Tuhan, bukan tempat melempias marah kita 24 jam.
Jom, kita sama-sama muhasabah dan ubah sikit tabiat sikit-sikit asyik nak marah, sikit-sikit asyik nak maki anak-anak kita.
Bukan tak boleh nak marah anak. Sebab marah pun adalah salah satu proses pembelajaran.
Cuma apa kata selepas kita marah kita rasionalkan pada anak kenapa kita marah pada mereka. Ini basic parenting skills yang perlu setiap mak ayah ada. Anak takkan berdendam pada kita kalau kita pandai rasionalkan mereka lepas kita marah mereka. Rasional ni bahasa mudahnya ialah kita pi pujuk anak kita lepas kita marah dia.
Kita tengok contoh mak ayah kita tahun 80an, 90an dulu. Lepas mereka marah atau tibai anak mereka dengan getah paip, malam-malam mereka datang senyap-senyap pi urut atau sapu minyak gamat kat anak dia, ye tak?
Yes, macam yang aku cakap kita kena buat alternatif untuk rasionalkan anak-anak kita. Hukuman atau apa yang kita marah adalah untuk kebaikan masa depan mereka.
Mak bapak kita dulu tak belajar tinggi-tinggi pun boleh faham parenting skills ni berbanding parent zaman sekarang yang belajar sampai PHD tapi tak boleh nak hadam benda asas ni.
Ok, mulai esok apa kata kita cuba ubah tabiat suka nak marah kita. Kalau anak bangun lambat, apa kata kita suruh mereka tidur awal dan buat persiapan awal agar tak kelam kabut esoknya.
Sebagai mak ayah, kita kena ada pelan kontingensi pada anak-anak kita. Kalau anak tak boleh guna plan A, kita guna plan B. Sebagai ibu bapa, kita adalah ‘pencorak’ kepada kain putih, iaitu anak-anak kita.
Berjaya kita mendidik di rumah, InsyaAllah di sekolah, di universiti ataupun dimana sahaja anak itu berada, dia akan menjadi yang terbaik, hasil didikan pertama ibu bapa mereka di rumah.
Mana-mana parent yang suka maki-maki anak, apa kata kita tukar makian itu kepada doa yang baik-baik kepada anak-anak.
Kalau kita suka maki anak b*d*h, ba**ang, apa kata kita tukar makian tadi kepada perkataan yang baik dan positif. ‘Pandai betullah anak papa!’ atau ‘bijak betullah anak ayah ni!’ walaupun time kita tengah marah. Kan doa ibu bapa adalah antara doa yang mustajab. Betul tak?
Jom kita sama-sama berubah. Status ini relevan buat diri saya dan sahabat semua. Sharelah kalau hangpa rasa status ni bermanfaat, ye.
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tinggal di flat kos rendah dengan keluasan 650 sqft tentu ada yang beranggapan agak sukar untuk dihias agar nampak selesa dan cantik. Ini memandangkan ruang rumah sangat terhad.
Namun bagi Nasrul Hisham Mat Anas dan pasangannya merasakan cabaran tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk memiliki kediaman impian dengan melakukan dekorasi hasil daripada kerja tangan sendiri.
Keadaan ruang asal
Setelah Diberi Sentuhan Dekorasi
Ini adalah bahagian ruang tamu bersekali dengan ruang menonton tv untuk keluarga. Nampak begitu tersendiri apabila perabot digayakan dengan penggunakaan kayu pallet yang dihasilkan sendiri.
“Saya kutip saja span tu, dan beli kain balut sendiri. Manakala langsir pula saya beli di kedai DIY sahaja. Dan lampu spotlinght tu beli secara di shopee,” jelasnya.
Melihat pada kemasan dinding pula, pasangan ini bermian dengan warna gelap dan perletakkan lampu spotlight memberi mood istimewa pada ruang kediaman ini.
Pun begitu, kemasan lantai tidak dilakukan sendiri tetapi pasangan ini lebih selesa menyerahkan pada yang mahir dengan menggunakan material spc.
Melihat pada gaya dekorasi ruang dapur pula, Nasrul Hisham dan pasangan turut mengilhankannya sendiri. Apa yang menariknya, walau ruang terhad, pasangan ini masih dapat menyediakan ruang kaunter bar yang sesuai untuk dua orang.
Apa yang pasti, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Sama ada rumah kecil atau sebaliknya, boleh sahaja dihias cantik dan kemas. Jadi bolehlah buat anda yang tinggal di rumah flat, jadikan dekorasi ini sebagai inspirasi buat anda.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Setiap ibu pasti pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka kan. Apa lagi anak tersebut dikandung selama 9 bulan dengan pelbagai kesusahan dan ujian.
Kelahiran anak sulung pastinya momen yang cukup indah dan diingati. Kerana itu anak sulung cukup istimewa. Begitu juga dalam bab memilih nama untuk anak. Setiap nama yang diberi mempunyai maksud tertentu.
Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin baru-baru ini ada memuat naik gambar bersama anak sulungnya. Di dalam perkongsian tersebut, Sarah memberi ucapan selamat hari jadi buat anak sulungnya.
Rupa-rupnya ada sebab kenapa Sarah memilih nama anak sulungnya, Uwais Al Qarni.
“Kisah Uwais Al Qarni yang sangat taat pada ibunya dan segala doanya dimakbulkan Allah, wali Allah yang tidak dikenali di muka bumi tapi sangat terkenal dilangit.
“Ibu sangat mengaguminya sampaikan anak pertama ibu, diberi nama Uwais Al Qarni… Moga Wais terus menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai nyayian yang selalu dinyanyikan yang tak akan lekang dari bibirmu dan dirimu…
“Terus taat pada Allah, Rasul, ibu dan daddy… Menjadi manusia yang memberi manafaat pada orang lain, diberi kebaikan dunia akhirat… Happy birthday anak,” tulis Sarah.
Sarah dan pelawak Shuib Sepahtu mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Selain Uwais, Shuib dan Sarah turut mempunyai dua anak iaitu Dzakira Talita Zahra, 5, dan Ariq Matin, 3.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...