Bukan mudah menerima hakikat orang kita sayang pergi buat selama-lamanya. Nak nak lagi bila pemergian tersebut berlaku secara mendadak.
Sukar diungkapkan perasaan. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Apa lagi jika melihat wajah-wajah si kecil yang ditinggalkan. Perit rasanya namun hidup perlu diterukan.
Benarlah kata orang, Isteri kematian suami, biasanya boleh besarkan anak-anak. Suami kematian isteri, jika mampu besarkan anak kecilnya sendirian, itu istimewa. Sangat istimewa. Terutama jika lebih satu anak.
Budak ni datang ke klinik dengan abahnya, mengadu sakit perut dan cirit birit. Budak ni salahkan masakan abah dia. Aku pun periksalah budak tu, sambil-sambil berborak dengan budak tu.
“Siapa yang pandai masak?” soal aku.
“Mama. Mama pandai masak. Mama masak, kita tak sakit perut pun. Hari-hari kita makan sedap,” jawab budak tu. Petah bukan main. Umurnya sekitar 5-6 tahun.
Masa aku periksa perut dia, aku perasan di pinggang hingga ke perut ada jangkitan kulat, ada bekas garu, luka-luka. Setelah itu aku lihat kukunya sedikit panjang dan hitam dibawahnya. Aku pun tanya abahnya.
“Abah, dah lama ke dia gatal-gatal ni?”
Abah dia kelihatan blur.
“Abah tak perasan eh? Ni, tengok ni. Ada panau ni. Banyak juga ni,” beritahu aku.
Abah budak tu pun, bangun dari kerusi dan mencangkung di sebelah anaknya yang sedang duduk di kerusi. Dia lihat perut anaknya.
Ads
“Kuku dia pun panjang. Kotor dah tu. Mungkin sebab tu dia sakit perut,” sambung aku lagi, dan ketika itu aku perasan kuku budak tu ada bekas digigit.
Si Abah ambil tangan anaknya dan lihat dan kemudian dia angguk-angguk.
“Jangan gigit kuku tau. Tak elok,” nasihat aku pada budak tu.
“Dulu Mama yang selalu potongkan. Mama— ”
“Along! Please. Dah dah lah tu!” tegas si abah menyeka kata-kata anaknya tu lalu berdiri.
Aku yang sedang duduk di kerusi aku pun menengadah muka dan lihat pada si Abah. Tengah elok dia lihat anaknya, kenapa tiba-tiba dia kata begitu? Aku lihat dia lihat pada anaknya. Di wajahnya terpamer wajah seorang ayah yang hampa.
“Mama dah tak ada… dan abah tahu… abah tak pandai masak. Abah kena belajar,” dia berhenti seketika, aku kira menyeka air mata, kemudian dia sambung “tapi along pun kena belajar. Belajar hidup tanpa Mama.”
“I’m sorry… “ gumam budak tu.
Budak tu bangun dari kerusi, lalu abahnya tunduk dan peluk budak tu sebelum didukungnya rapat ke di dada. Aku dengar budak tu mula menangis tersedu.
Ads
“I love you too.” Aku dengar suara si abah kata begitu, mungkin membalas apa yang dibisik oleh anaknya ke telinga.
Sebak pula. Aku baru je periksa isteri dia dua minggu lepas. Datang sebab pening kepala. Masa tu dia tanya pasal ubat kurus. Aku cakap tak payahlah ambil.
“Sorry doktor…” kata si Abah tadi lalu bercerita berkenaan isterinya.
Rupanya masa datang jumpa aku tu isterinya dah ambil pun ubat kurus. Lepas aku tegah tu, isterinya masih ambil lagi. Tiba-tiba satu hari tu rebah masa memasak. Bawa hospital, tapi tak dapat diselamatkan. Doktor kata serangan jantung.
Ada sesetengah pil kurus ada bahan terlarang, dan bahan tersebut boleh akibatkan serangan jantung, sudden cardiac arrest. Namun, aku tak tahulah dalam kes ni berkaitan atau tak.
Apapun, baik elakkan.
Sebenarnya masa lelaki itu bercerita, aku cuba meletakkan diri aku pada situasi dia. Aku dapat bayangkan aku pun akan terkapai-kapai. Hilang arah.
Ads
Entah bila kali terakhir aku periksa kuku anak aku. Potong kuku anak mungkin tak pernah. Bila kali terakhir aku mandikan anak aku? Aku tak ingat.
Kalau isteri aku suruh aku pakaikan baju untuk anak aku yang umur 5 tahun tu, mesti aku ambil baju dan hulur pada anak dan suruh dia pakai sendiri.
Kalau tanya aku, kulit anak aku ada jangkitan kulat ke, ruam ke, parut ke, pasti aku pun tak tahu/perasan. Entah bersih tak jika aku yang jaga kebersihan anak aku.
Suruh masak sedap setiap hari? Entahlah…
Tak usah nafi. Lelaki ni tak pandai urus benda rumit sebegini. Perempuan sahaja punya ketelitian dan kesabaran untuk lakukan tugas begitu. Sebab itu lelaki perlukan perempuan dalam hidupnya.
Isteri kematian suami, biasanya boleh besarkan anak-anak. Suami kematian isteri, jika mampu besarkan anak kecilnya sendirian, itu istimewa. Sangat istimewa. Terutama jika lebih satu anak.
Oleh itu, para isteri kena jaga kesihatan baik-baik. Tak perlu buat sesuatu yang mudaratkan kesihatan. Lagipun, kesihatan keluarga biasanya isteri yang uruskan. Suami tak pernah tahu pun dos ubat deman untuk anak.
Para suami, jika isteri minta tolong cuci pinggan, letak baju kotor dalam bakul, buang sampah di luar, siram mangkuk tandas, maka buatlah dengan hati tenang. Sebab, suatu hari nanti bila kalian terpaksa buat benda tu tanpa disuruh, tak mungkin kau boleh buat dengan hati tenang.
Kita pun akan jadi macam abah tadi jika tak sedia. Maka, bersedialah. Aku, kau, kita, semua lelaki kena bersedia.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Lelaki/Suami/Ayah.
Nota: setiap pesakit bawa pengajaran hidup buat aku, dan aku akan sentiasa kongsi dengan kalian yang follow. Sama-sama memperingati.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu jua. Begitulah juga dengan jodoh, biar jauh mana sekalpun jarak, namun andai itu takdirnya dia jodoh anda maka jadilah.
Demikian juga dengan pasangan merpati sejoli Syu Azis dan suaminya yang yang bertemu jodoh ketika wanita ini melancong ke India.
Biarpun berbeza budaya dan agama, namun jodoh antara mereka cukup kuat. Akhirnya mereka sah bergelar suami isteri. Menurut perkongsian Syu di Facebook, kini sudah setahun mereka berkahwin. Syu juga kini menetap di Manali bersama suaminya yang telah memeluk Islam.
Ikuti catatan wanita ini:
Terima kasih bagi yang baca sampai habis dan berminat dengan kisah saya. Okay, saya nak share trip bulan 10 tahun lepas ke rumah mentua saya di Lahaul, Himachal Pradesh, India.
Terletak di daerah Gondhla & ini kali pertama saya kesana walaupun dah hampir setahun berkahwin. Bagi yang tahu Lahaul Spiti mesti dapat agak tempat dia macam mana. Saya share sedikit gambar-gambar yang bagi saya in real tersangatlah indah. Sedikit cerita seperti berikut ya, maaflah kalau panjang sangat :
Bahasa Lahauli : ?Ding antanchi, di jaga nishi tochi (i dekat hujung tu tak bunyi) ?Jemput datang, tempat ini sangat cantik
?Sedikit coretan macam mana saya kenal husband. Saya jumpa dia pada tahun 2015, trip kedua saya ke India, half solo half with geng, Iena & Raha. Saya jumpa dia sebab charger saya hilang. Dan kedai dia dekat main road, dia ada kedai phone & accessories di Manali Mall Road. Saya mulanya tak suka dia sebab dia cas saya mahal, yela saya kan tourist. Masa tu dia tak pandang saya, busy kemas kedai tertonggeng tonggeng, pagi sangat time tu. Cousin dia yang handle saya. Lepas dia pandang, adoi saya pulak yang terkesima jadi tak tentu arah.
Sampailah phone saya pulak buat hal, tinggal kedai dia. And lepas handphone elok saya dapat Whatssap dari dia say hi.. Rupanya dia ambik nombor saya masa phone rosak. Saya tak layan tapi lepas tu jadi kawan baik. Sampailah dia propose kahwin. Walaupun ramai girl termasuk foreigner taruh hati pada dia, tapi dia pilih saya dan walaupun saya gemuk masa tu sekarang kecik sikitlah, dia sayang terlampau sayang. Bangga kejap ?
?Rumah mentua berhadapan dengan beberapa ketul gunung ganang yang cantik gila. Bukak pintu rumah or dari dalam bilik kami nampak gah sangat. Seriously terpegun & takjub dengan kuasa Allah SWT. Rumah mentua juga sangat bersih dan terjaga, tersusun. Sejenis saya yang suka benda kemas ni memang happy lah. Hari hari depa sapu, mop lantai especially dapur.
?Sudah masuk winter jadinya tanah, gunung botak tapi sangat cantik dengan autumn yang hampir ke penghujung nampak lawa semuanya. In summer memang hijau, tersangat cantik dan kurang sejuk.
?Walaupun saya dan suami menetap di Manali, gunung jugak tapi tak sama dengan Lahaul. Tiada pencemaran langsung, bersih, jalan raya berturap cantik, penduduk tak ramai, sunyi, selamat sampaikan masa reach Lahaul ni terpesona sekejap, semacam datang je dunia lain aje, rare.
?Low crime rate disini atau boleh katakan tiada langsung.
?Tiada line telefon kalau ada pun Telco BSNL yang ada 2G je. Maybe next year akan ada 3G, 4G dan lain lain telco like Airtel, Jio dan Idea pulak. Takde line pun saya rasa okay sebab sini tenang, damai walaupun kekadang tu pishang ?.
?Air percuma, klinik kerajaan pun percuma kos rawatan & ubat ubatan.
?Air minum fresh, sumber dari glasier atas gunung sedap sangat sangat dan minum terus aje, tak perlu masak.
?Dari atas bukit rumah mentua boleh nampak sungai jernih warna biru hijau bak mata Missworld 1994 Aishwarya Rai ?yang mengalir dari sungai Chandra dari asalnya Chandratal Lake mengalir ke utara.
?Tak banyak kenderaan atas jalan raya, bunyi horn juga hampir tiada. Privacy at its best.
?Emak, ayah mentua & adik ipar perempuan petani jadi keliling rumah penuhlah dengan pokok sayur macam salad hijau, salad kuning & purple, kobis hijau & purple, carrot, brokoli, kentang merah, tomato, cauliflower, bawang besar, epal, pokok bunga lily, gardenia, rose etc. Agak agak nak makan, pergi cabut salad & carrot makan gitu je sedap sungguh sebab tak gunakan racun perosak. Bawang besar semua size gedabak. Katanya bawang jenis hybrid, patut ler besar pun. Masa nak balik Manali, berguni guni kami dapat bekalan stok sayur, bawang, kentang, butter, ghee, gandum.
?Susu nak minum perah sendiri. Minum susu fresh setiap hari. Butter dan ghee pun mentua buat sendiri. Thanks to lembu comel 4 ekor kesemuanya?
?Mentua sekeluarga cakap bahasa dialek Lahauli jadinya memang saya blur kejap bila depa sembang. Tapi depa tahu hindi so dekat situ bolehlah sembang jugak sebab saya boleh lah jugak cakap hindi. Blur kalau hari hari dengar zong seng toch noch macam bahasa Korea pun ada, cina pun ada, Russia pun ada ?.
?Kehidupan mereka sederhana & sihat walafiat. Nenek mentua saya panggil Dadi masih sihat, tiada penyakit, tak bertongkat, tak pakai spek mata mcm saya walaupun umur nak cecah 90 tahun. Sekali Dadi cengkam tangan saya adoi kuat betul dia ni, agaknya sekali dia lesing berpusing kau ?. Dadi sangat manja dan selalu usik saya. Dia perfectionist and tak boleh tengok pinggan mangkuk lama dok atas meja, sure dia ambik & basuh. Tu belum tengok dia siapkan tempat tido (winter depa tido dapur sebab ada tandoor heater tu).
?Walaupun berbeza agama, adat tradisi, fahaman dan sebagainya saya sangat hormati & sayangkan mereka. Bab makan juga Alhamdulillah kena dengan selera saya walaupun makan sayur saja. Sedap, simple dan tak terlalu berempah macam tempat lain di India. Mereka banyak makan sup, dhaal, momo (sejenis macam dimsum inti sayur atau ayam/mutton), sayuran hasil tanaman sendiri & roti yang dibuat sendiri. Makan kentang rebus pun dah sedap bagi tekak saya.
?Air teh tempatan depa panggil ‘Namkeen Tea’ yang diperbuat dari kayu apa saya tak sure, rebus campur dengan susu, butter & garam. Walaupun dengarnya pelik kan tapi rasa dia sedap. Mentua kalau bagi minum sampai 4-5 gelas sampai kembung perut ni
?Sini memang kampung habis dan orang perempuannya memang duduk rumah saja dan tak kemana mana melainkan kawasan rumah, tanah sendiri or jalan utama saja. Saya ni excited so jalan-jalan lah kerumah jiran nak explore siap sembang bagai nak rak. Dah adik ipar kejar suruh balik dan dia kata jangan suka suka pergi rumah orang. Nanti jadi gossip sebab sini kampung☺️
?Kaum perempuannya dididik dengan sangat baik. Hormat orang tua, rajin yang amat rajin, sopan santun, pandai masak, pandai mengait, pandai bertani, kemas rumah dan sentiasa memuliakan tetamu. Mereka jugak tak boleh tergedik gedik depan orang yang tak dikenali apatah lagi orang lelaki asing. Ni baru contoh hantaran tinggi melangit kan ooppsss
?Dekat sini angin tiup macam duduk tepi laut tapi tahulah kan sejuknya macam mana. Suhu winter boleh cecah ke -17. Access road ditutup dari November to April coz snow tebal boleh cecah 6 ft. Kalau bukan winter saya dah stay sebulan dua dekat sini, tapi InsyaAllah next year in summer saya nak duduk sini. Boleh tolong mentua bercucuk tanam, masak & perah susu lembu ke. Summer adalah busy time bagi depa. Time tu lah upah pekerja untuk bercucuk tanam sayur, so pagi lagi dah kena masak capati tu beratus keping nak bagi makan pekerja.
?Mentua sangat sangat rajin, buat kerja dari pagi sampai malam, sebab tu fit dan kuat. Walaupun mereka tua rasa malu sebab tenaga mereka hebat. Ayah mentua pemalu, emak pula tak tahu nak sembang apa tapi dia cukup suka kalau tengok saya berhias. Lepas mandi tengok saya sikat rambut nanti dia puji lawa, kemas. Tak kemas nanti dia tegurlah. Saudara mara datang pun kena tengok saya dah lawa ke belum, then baru lepaskan saya jumpa ?.
?First time jumpa saya, emak & adik ipar terkejut sebab saya gemuk. Belum pernah dalam sejarah keturunan depa ada yang gemuk. Tersentap sekejap! ? Atas nasihat diorang yang cakap dengan penuh berhemah, kita pun ambil inisiatif untuk turunkan berat badan. Padahal time tu dah lost 12kg kot. Skang total weight lost dah 28kg. Berhasil kau??. Nasihat yang berguna saya ambil. Lagipun sekarang banyak faedahnya saya dapat bila makin mengecil.
?Amalan bersila pulak amalan kaum diorang so aku duduk bersimpuh aje lah dah bersila tak boleh hahaha lantakkan ?. Yelah peha besar dulu mana boleh nak bersila bagai, bersimpuh pun sopan apa? ? Sekarang alhamdulillah boleh bersila dengan sempurna.
?Tahun ini or 2020 tunnel akan dibuka dari Solang Valley terus ke Lahaul. Memudahkan kami lawat family mentua dan memandangkan tunnel hampir siap, ramai penduduk tempatan yang balik semula ke Lahaul kerana daerah ini akan membangun dan jadi golden area untuk tourist. Mereka akan start buat guesthouse dan husband mungkin akan komersialkan tempat ni dengan buat homestay rumahnya sendiri InsyaAllah. Husband jugak dalam plan nak tambah beli tanah di daerah ini. Menariknya, orang luar yang bukan penduduk asal Lahaul tidak boleh beli tanah di sini.
?Budaya di sini berbeza, disebabkan depa dari suku kaum yang lain. Pakaian pun berbeza. Dengar kata saya kena pakai baju tradisional depa kalau majlis resepsi belah husband jadi buat, buat saya senyum aje. Tapi atas dasar hormat, pakailah juga kot nanti. Sopan je pun. Orang perempuan ada pakai tudung jugak tau jenis ikat macam orang zaman dulu, boleh tengok gambar.
?Dari sampai rumah mertua, saya dihidangkan dengan makanan tradisi diorang yang macam rasa kuih tiram kita, cuma tak ada gula. Sedap sangat sampai habis kena buat lagi. Bertuah punya menantu. Nama kuih tu marchu. Saya pun belajar buat, bawak balik Manali.
?Sebelum sarapan wajib minum 3 gelas chai (teh susu), lepas tu 3 gelas susu segar, petang pulak namkeen chai 4-5 cawan cina kecil. Memang ulang alik ke toilet selalu ?
?Masakan, okay seingat saya lah kan, depa masak guna bawang putih, bawang merah, kunyit dan garam sahaja untuk dhaal, sayur. Tapi sedap, simple. Stor simpanan makanan berpeti peti, size gedabak pulak tu macam untuk setahun. Rupanya untuk 6 bulan winter saja, perghhh.
?Masa waktu makan, emak mertua & adik ipar akan hidangkan kami makan macam tuan, puan besar. Berhidang setiap seorang, selagi kami makan tak kenyang selagi tu depa tak makan. Makan pulak dalam pinggan macam emas, harganya mahal! Sebiji pinggan cecah RM50.00. Tapi hanya akan hidang makan dalam pinggan tu sahaja. Berat pulak tu.
?Husband tak pernah cerita lebih lebih pasal tempat dia dibesarkan ni, in fact dia tanya suka tak? Dia takut bini dia tak suka. Apa hilang akal ke punya lah cantik tempat ni sampai aku berlari lari dengan bawak backpacknya, berat pun beratlah masa tu dah sampai rumah mentua. Sebab teruja. ?
?Lupa saya nak tambah. Mentua saya dan adik ipar saya tidak pernah keluar dari Himachal Pradesh dan tidak pernah ke Delhi. In fact, diorang pun tak suka tempat yang sesak, kotor dan udara tidak sihat. Banyak jugalah diorang tanya saya Delhi tu macam mana? Hehe siapa yang asal India sebenarnya ni? ?
?Lupa lagi, waktu nak balik Manali, mama mertua datang sesenyap dalam bilik hulur duit. Mama kata ni dari papa, ni dari Robina ni dari mama. Tak banyak kami bagi kata dia. Banyak juga tau. Sungguh masa tu terharu sangat. Tak cukup tu, mama hulur pulak shawl kait tangan Lahauli bewarna putih. “Pakai ya, Manali sejuk”. Tak cukup tu, pinggan keemasan yang berat tu bagi 2 biji. Lepas tu Dadi (nenek) datang hulur duit bagi pihak dia. Sambil peluk dia menangis, time tu cuba untuk cool kan diri jadi tak jadi keluar airmata tu, kalau keluar banjir ?. Cakap kat husband, susah aje bagi duit. Dia loyar buruk cakap tak cukup ke? Okay nanti balik semula mintak lebih, eh dia ni.
?Akhir kata, dari nak stay 3 hari aje dekat sini, terlajak ke 16 hari. Sampaikan mama dekat Malaysia jatuh sakit menangis setiap hari dok kenang manalah anaknya ni? Risau dia. Yelah line takde nak call lagu mana habaq mai? Mama mertua pulak kalau dapat delay sehari ke sehari bukan main happy dia. Adoilah dedua mama aku ni ?.
Terima kasih baca sampai habis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...