Waktu siang sekarang ni panas bukan main lagi! Kadang-kadang tidur malam pun bila datang bahangnya, boleh berpeluh jadinya. Kipas pula, baru je lepas basuh tapi dh selalu guna, cepat la berhabuk. Nak buka basuh, malas!
Jadinya… Yang mana kipas tebal dengan kotoran tu, boleh la cuba cara mudah ini. Tak payah susah nak buka tau, sembur je, tunggu 5 minit, siap! Haaa nak tahu caranya, semak kat bawah.
CARA NAK BERSIHKAN KIPAS MEJA DENGAN PANTAS, 5 MINIT SIAP!
Nak bersihkan kipas ni salah satu perkara yang malas nak buat tapi time panas nak angin kuat. Macam mana tu ye? Nak bersihkan kipas ni senang je sebenarnya. Jom follow cara ni!
1.Bahan rahsia pertama ialah cuka makan. Bukan guna satu botol ni tau. Hanya setengah gelas sahaja.
2.Kemudian, masukkan bahan rahsia kedua iaitu baking soda. Masukkan 3 sudu baking soda ke dalam gelas. 3 sudu je tau, jangan lebih-lebih pula ye.
3.Bahan yang terakhir sekali ialah pencuci pinggan. Masukkan 2 sudu pencuci pinggan ke dalam gelas berisi soda bikarbonat dan cuka tadi. Kemudian kacau-kacau dengan sudu.
Ads
4.Selepas dah siap korang tuang ke dalam botol spray. Botol spray kecil ni dekat eco pun ada. Jangan rembat yang kakak atau mak korang punya dah la. Nanti tak pasal-pasal tak boleh makan.
5.Spray campuran 3 bahan tadi pada permukaan kipas.
Ads
6.Kemudian balut kepala kipas dengan plastik. Make sure plastik tu lagi besar dari kepala kipas. On kan suis kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dalam masa 5 minit.
7.Tada! Bersihkan. Tak perlu susah-susah nak tanggalkan kepala dan bilah kipas. Lepas ni tiap-tiap minggu cuci kipas.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tatkala masyarakat dalam kebimbangan akan pengumuman Perdana Menteri membenarkan sektor ekonomi kembali beroperasi 4 Mei ini, kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak kes covid-19 hari ini.
Dalam sidang media petang tadi, kes Covid-19 dilaporkan naik mendadak menjadi tiga angka. Datuk Dr Noor Hisham, memaklumkan Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 105 kes, dimana 11 kes adalah daripada kes import.
Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 105 kes. ( 11 kes import). Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes. Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 116 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,326 kes.
Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,747 orang . Seramai 31 orang daripada di rawat di ICU (12 orang memerlukan bantuan alat pernafasan). Namun, berita baiknya adalah hari ini, tiada kematian dicatatkan dengan kekal mencatat 103 kes.
Dalam pada itu, KKM turut menasihati orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan amalan dan langkah pencegahan COVID-19.
Setiap kali kelahiran anak pasti mak ayah buntu mencari nama yang sesuai untuk si kecil mereka. Ada yang mengambil masa yang agak lama untuk mendaftarkan nama anak gara-gara keliru dengan pilihan.
Tak kurang juga ada pasangan yang gagal mencapai kata sepakat dalam satu-satu pilihan nama. Sudahnya nama anak diberi ikut sedap sebut sahaja tanpa memeriksa maksudnya lebih dahulu.
Sekarang bukan sahaja trend nama anak ikut sedap mulut tetapi nama yang panjang berjela seperti, Wan Muhammad Haikal Firdausi, Muhammad Qayyum Nur Qardhawi, Syafika Nur Irdina dan sebagainya. Bukan tak boleh tapi kesian pada anak.
Bagi mak ayah yang bakal menyambut kelahiran anak ataupun masih sedang mencari nama anak, apa kata jadikan panduan yang dikongsikan oleh saudara Nik Nizam Nasir yang merupakan seorang kakitangan Pejabat Agama Islam di Tumpat. Sangat membantu!
Jom ikuti info dan panduan untuk memberi nama anak yang ringkas dan sangat bermakna.
Panduan memberi nama anak dalam Islam. Kebetulan ada seorang pelanggan datang ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak.
Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yang buruk atau erti yang tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dalam soheh Bukhari yang Nabi pernah tukar seorang perempuan nama Asiah (dengan huruf Ain) kepada Jamilah. Tapi kalau dah nama tu ertinya baik, dah tak payah la nak tukar-tukar.
Adalah dinasihatkan sebelum letak nama anak tu fikir-fikirkan lah dulu. Nama ni tak perlu la panjang-panjang. Memadailah satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan.
Yang hebatnya ada orang yang sampai 3,4,5 perkataan tapi bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil Man jee. Naya anak tu nak tulis nama dia. Nak- nak bila isi borang. Tak cukup kotak pulak nak letak huruf.
Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yang nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis lain kata pada hari pertama.
Oleh kerana terdapat 2 hadis yang bertentangan, maka Imam An-Nawawi merumuskan bahawa bagi orang yang tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh, maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapi, kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke-7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut.
Nama ni sebenarnya penting kerana Nabi bersabda, kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama kamu dan bapak kamu. Maka perelokkanlah nama nama kamu.
Sebaik-baik nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.
Ada orang tanya saya, ada ke apa-apa fadhilat letak nama Muhammad di hadapan?
Orang Melayu ni sangat sinonim nak letak nama Muhammad kat depan supaya kononnya dapat syafaat di akhirat kelak. Saya kata tak dak fadhilat apa-apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagala amalan, rajin-rajin la berselawat dan buatla seperti mana yang Nabi ajar. Itu baru betul. Nak dapat syafaat ni memang tak ada kaitan dengan nama pun.
Soalan kedua boleh ka kita letak nama anak dengan nama malaikat?
Kan nak nampak hebat letak ja nama anak Nik Mikhail.Mengikut Ulamak Syafieyah nak letak nama anak dengan nama para malaikat ni hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasuklah Imam Malik sendiri.
Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni : 1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.
2. Letak nama dalam isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya macam Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yang ertinya orang jual kuih.
3. Nama Zaleha, Zaleha ni sebenarnya tak dak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat.
4. Nama yang dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, saya ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabat lain panggil nama dia Abang Zani. Zani tu sendiri membawa erti yang tidak elok .
5. Ada juga nama yang membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti Jamaluddin dan Jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau Jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama.
Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti Kadir dan Qadir. Kalau Kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yang Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.
6. Tak payah la letak nama seperti Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari orang akan letak nama Kelantani.
7. Ada juga nama yang nama di idafatkan seperti Khairul atau Syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat belakang tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL.
8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia Muhammad Alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati-hatilah ye.
Kalau boleh cari la nama yang baik untuk kita letak nama anak anak, kerana itu juga adalah، merupakan doa buat mereka.
Sekian.
Jadi buatlah yang terbaik untuk anak kita dengan memilih nama yang tepat. Tak sedap tak apa asalkan maksudnya sempurna dan baik di sisi Allah.
Sumber: Nik Nizam Nasir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja namanya, pasti ramai yang kenal dan kagum dengan semangat serta keprihatinannya dalam membantu golongan yang memerlukan.
Biarpun sering berjauahan dengan anak-anak dan isteri, namun Ebit Lew tetap cekal dan meneruskan misi dakwah serta membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Terbaru, Ebit Lew bersama kumpulannya berlepas ke Afrika untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat di sana, Biarpun situasi covid-19 masih lagi belum reda, namun mereka kental untuk meneruskan misi tersebut.
Usai tiba di tanah air, Ebit Lew terpaksa kuarantin sebelum dapat kembali ke pangkuan keluarga. Cukup sebak dan menyentuh hati tatkala melihat situasi Ebit Lew berkumpul kembali dengan anak-anak dan isteri.
“Doakan yer. Syukur dah selesai kuarantin. Rindunya ya Allah. Rindu sangat. Ya Allah betapa diriku sangat menyayangi bidadari dan anak-anakku.
“Sayangilah dirinya. Rahmatilah keluargaku. Bersama kami didunia sampai syurga
Situasi yang cukup menyentuh hati itu mendapat reaksi ramai. Rata-rata melahirkan rasa kagum dan terharu dengan pengorbanan ahli keluarganya dalam memberi sokongan untuknya meneruskan usahanya.
Biarpun mereka sedar, susuk tubuh bernama ayah dan suami itu kini terpaksa dikongsi bersama masyarakat di luar sana.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.