Sebagai seorang suami, pasti akan berada dalam keadaan serba salah antara kerjaya dan juga tanggungjawab dalam keluarga.
Kadang kala terpaksa melepaskan sesuatu demi kepentingan yang lain yang turut sama pentingnya untuk keluarga.
Seperti yang berlaku pada seorang pemuda di Sabah, Exly Jailon, selepas pulang dari tempat kerja, dia telah menemui isterinya terbaring kaku tidak bernyawa dalam bilik, bersebelahan dengan bayi mereka yang baru lahir kerana menangis kelaparan.
“Saya tidak tahu dari jam berapa isteri sudah kehilangan nyawa. Anak kami meraung menangis kelaparan. Sakit bila kehilangan orang tersayang. Kejadian ini tidak akan berlaku jika permohonan cuti saya diluluskan,” katanya.
Difahamkan, Exly yang bekerja sebagai pemandu penghantaran bekalan barang syarikatnya ada membuat permohonan cuti lama untuk menjaga dan membantu isteri menjaga anak pertama mereka. Malangnya, permohonannya itu ditolak dan hanya dibenarkan cuti selama dua hari sahaja.
Exly tiada pilihan dan terpaksa akur dengan keputusan itu walaupun tidak begitu reda. Sehinggalah pada hari kejadian, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati isterinya sudah meninggal dunia, tanpa menjelaskan punca kematiannya.
“Bayangkanlah, balik-balik dari kerja, isteri sudah tidak bernyawa. Anak yang baru berusia empat hari menangis kelaparan di sisi ibunya yang sudah kaku tidak bernyawa.
“Saya bermati-matian bekerja dengan syarikat ini tetapi kerana itu jugalah bila saya balik dan buka pintu, nampak isteri sudah keras tidak bernyawa.
“Semasa isteri saya bersalin, mereka juga suruh datang bekerja. Bila isteri dah meninggal, senang pula mereka kata turut bersedih di atas pemergian isteri saya,” katanya.
Selepas kematian isterinya, Exly dan keluarganya berkabung. Dalam masa yang sama, pihak syarikat pula bertindak memotong gaji Exly selama 13 hari. Sedangkan pada ketika itu, dia sangat memerlukan wang untuk menguruskan anaknya yang masih kecil.
Tindakan majikan Exly telah mengundang kemarahan warganet dan meminta Exly untuk mengambil tindakan sepatutnya di Pejabat Buruh.
Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami situasi anak kecil menangis dengan kuat. Bukan itu sahaja, kelakuannya berubah, matanya terbeliak/meliar ke atas pada tempat yang sama terutamanya waktu maghrib?Pasti membuatkan anda cemas dan bingung apakah yang berlaku bukan?
Ini berlaku disebabkan oleh rumah anda mungkin dimasuki jin. Menurut Ustaz Azhar Idrus, 10 minit sebelum maghrib pastikan pintu rumah dan tingkap telah ditutup untuk elak rumah dimasuki oleh Jin bernama Ummu Sibyan. Ummu Sibyan ini hanya akan masuk ke dalam rumah yang mana pintu dan tingkap terbuka luas.
Mengulas mengenai isu tersebut, Dr Taufiq Razif berkongsi mengenai anak perempuannya yang mengalami situasi yang sama.
Mungkin panduan yang diberikan oleh doktor ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mungkin mengalami situasi yang sama.
Maryam Soolihah pernah menangis dengan memandang siling rumah. Tangisan dia masa tu memang dasyat!
Dengan mata bulat memandang ke atas memang buat saya rasa tak sedap hati. Saya tahu tangisan bayi ni kebanyakannya normal kecuali tangisan yang disertai :
– demam tinggi
– jadi taknak menyusu langsung
– muntah-muntah
– penafasan laju
– sawan
– perut kembung
– tak berak dan tak kencing
– cirit birit yang cair ataupun beserta darah
Kalau yang ni memang sebaiknya kena bawa bayi jumpa doktor tapi si Maryam ni normal je cuma tangisan dia tu melampau-lampau dan mata dia selalu pandang ke atas.
Saya jenis tak percaya bab syaitan, jin dan alam ghaib ni kecuali yang ada dalam Al Quran dan Hadis. Rupanya memang ada sejenis jin pengganggu anak kecil yang disebut dalam Hadis. Namanya Ummu Sibyan.
Hadis Ummu Sibyan tu Hadis daif tapi larangan untuk tak bagi anak-anak keluar waktu senja, tutup pintu waktu senja dan tak digalakkan buka pintu pada waktu senja ni memang ada dalam Hadis Sahih.
Nak tahu anak kita kena gangguan ‘luar’ waktu senja ni senang je. Kalau ada tanda ni mungkin dia tengah diganggu :
1. Menangis pada waktu senja
2. Ada pintu yang terlupa nak ditutup
3. Anak normal dan takde sakit apa-apa
4. Cuba gerakkan badan dan kepala anak kita masa dia menangis. Kalau dia tetap pandang pada satu tempat, ada kemungkinan kena gangguan la tu.
Kalau dah jadi camtu cepat-cepat cari pintu atau tingkap yang tak tertutup tu dan tutup segera dengan baca Bismillah. Amik air, baca Ayat Kursi 3x dan hembus pada air. Sapu air tu sambil usap pada wajah anak kita. Kalau tak reda jugak cuba azan dalam rumah ye.
p/s : Jangan pulak ingat semua tangisan bayi ni sebab gangguan. Kebanyakannya normal je insyaAllah. Biasa la budak-budak nak membesar tapi ilmu tentang tangisan bayi ni semua mak ayah wajib tahu. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu sebab sangat ramai mak ayah yang tahu tentang info ni.
Apabila rumah kemas, sudah tentu hati kita pun rasa tenang. Jika rumah bersepah, akibatnya kita pun jadi mood ‘ke laut’. Itu yang buat rasa rumah tu bukan ‘rumahku syurga ku’.
Jika hari-hari isteri buat perkara yang sama iaitu kemas rumah kemudian selerak balik. Pasti hilang arah dibuatnya. Tambahan pula, anak-anak yang pelbagai karenah.
Pernah tak alami, bila dah penat sangat, kita akan biarkan rumah itu berselerak berhari-hari hingga kita ada mood nak kemas.
Begitu yang dikongsi oleh lelaki ini. Beliau sendiri alami perkara yang sama. Malah beliau bayangkan jika ada isteri yang alam perkara yang sama bila alami perasaan ‘burn out’ iaitu keletihan yang melampau. Boleh buat stress.
Moga jadi iktibar. Jangan pula suami lepas tangan bila tengok rumah macam ni. Kenalah bantu isteri.
Ikuti perkongsian ini.
Aku ni dah 2 minggu tak kemas rumah. Jadi pengurus rumahtangga ni adalah sejenis kerja berat yang drained your energy, physically dan mentally. Rumah aku dah berselerak yakmat. Lantai melekit, sofa berconteng dan segala jenis sisa dok ada, baju penuh berlonggok dalam bakul, bilik tidur bersepah kemain, bilik air pun aku cuci sinki dan toilet jer. Penat. Penat sampai aku tutup aku punya deria dan sensori untuk rasa tak selesa, kotor dan macam-macam. Asalkan lipas dan tikus besar tak datang, aku ok jer. Burnt out weh. Burnt out.
Apa benda burnt out tu?
Ia adalah sejenis keletihan melampau akibat tugas yang banyak dan kerja yang berlebihan. Siapa kata kerja duduk rumah, memvakum, mengemop, sapu sawang, menyiang ikan, memotong bawang, memasak, mengemas katil, mengemas lego, mendobi, melipat kain baju, menggosok baju, menyiram pokok, menukar lampin, memandikan anak, hantar anak sekolah, ambik anak sekolah, buat susu, cuci botol, suap makan, mengajar, menempik, melaung, menjerit, menangis itu semua adalah kerja mudah dan tidak penat? Korang cuba rasa sendiri maka tahulah yang it was never easy. Mujurlah aku ni seorang diri. Takde isteri nak komplen. Kalau pengurus rumahtangga yang lain? Mesti suami bising kan? Apalah lantai melekit ni, kenapalah ada biskut kat sofa ni. Kenapa penuh serbuk dan sisa kat karpet ni. Kenapa sakit sangat terijak lego ni, dan macam-macam lagi.
Rumah selerak sebab isteri tengah burn out
Gais, kalau balik rumah dan perasan rumah berselerak maka ketahuilah olehmu yang isterimu itu tu tengah burnt out. Jadi, bantulah. Kalau tak just diam sahaja, jangan komplen. Paling bagus, kutiplah toys tu, angkatlah kain di jemuran tu, cucilah toilet dan bilik air tu. Anak-anak tu kejar semua ke bilik air dan mandikan dan siapkan. Dan ajaklah isteri keluar makan di luar. Atau, memandangkan Covid yang masih berleluasa ni maka order jelah online. Namun kalau sedang berjimat cermat maka suruhlah isteri masak kalau diri sendiri tak pandai.
Suami kena bantu isteri
Tapi syaratnya yang lain kena bantulah. Janganlah tengok dia yang nak senyum tu pun tak berapa terdaya dan kita pergi tambah lagi beban dia. Dah suruh dia masak sedap-sedap, jangan lupa taruh belacan lah itulah inilah. Lepas tu di layan kita macam raja, siapkan air basuh tangan, siap sendukkan nasi tambah, siap tuangkan air minuman dan tunggu kita makan sampai kenyang sambil dia uruskan dan suapkan makan anak-anak. Kita pulak lepas makan sedap-sedap tinggal jer pinggan tu atas meja. Hmmm. Hati perut simpan kat mana entah? Kalaupun selama ini memang kita jenis dapat layanan begitu, dah memang gitu cara kita suami isteri melayan dan dilayan, tapi bila nampak isteri tengah burnt out, maka kita take over lah pulak.
Sukarnya bergelar surirumah
Seksa weh, jadi surirumah dengan anak-anak kecik ni. Aku dah 2 tahun buat semua ni sorang diri. Aku tahu lah betapa sukarnya. Sampai pandai bersilatlah semua mak-mak ni, semua jurus dia tahu. Selalunya isteri ni memang redha bila jadi suri rumah dan buat segala macam kerja sebab ada yang rasa itu memang tugas dia. Sebab dia tak bekerja di luar, jadi kerjanya di rumah. Itulah perkahwinan, bantu membantu. Suami di kerja cari duit, dia di rumah uruskan semuanya. Namun jangan ambil kesempatan. Jangan sesekali kita perlekehkan isteri bila dia mengadu penat. Jangan sesekali kita keluarkan ayat: “Eleh, kerja duduk rumah pun penat sangat ke?” Kalau kita keluar ayat begitu maka kita telah hina isteri dan pekerjaan dia. Aku yakin hampir semua isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa ni sanggup jer bertukar kerja dengan suami dia. Biar dia keluar pagi balik malam kerja di pejabat, dan kita terhegeh-hegeh nak tukar lampin anak yang beraknya dah busuk sampai bau ke rumah jiran sebelah. Waktu tu baru kita tahu langit tinggi rendah. Kalau kita nak jadi raja, maka layanlah isteri macam permaisuri. Haaa gituuuu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di