Setiap kali videonya si muat naik, ramai yang geram dengan gelagat comelnya. Nur Fatima Aisya, anak kesayangan Fazura dan Fattah Amin kini sudahpun 8 bulan.
Walaupun masih kecil, namun dia sudah meraih populariti sama seperti mommy dan daddynya. Seperti mana kanak-kanak lain seusianya, biasanya usia begini sudah diperkenalkan dengan makanan.
Jika sebelum ini video Fatima ketika sedang seronok menjamu selera ditunjukkan, kali ini gelagat lain pula yang dibuat Fatima.
Meninjau akaun Instagram Fattzuralovelife, satu video dimuatnaik akan gelagat comel Fatima.
Kelihatan Fatima sedang duduk di atas kerusi bayinya sambil tangan diletakkan di mulut, seolah-olah nampak seperti Fatima sedang termenung. Seketika kemudian, terdengar suara mommynya bertanyakan kepada Fatima ‘nenek di mana’ .
Ads
Mendengar akan soalan itu, Fatima secara spontan berpaling dan menyebut ‘tadaa’ sambil sebelah tangannya di tunjukkan ke hadapan.
Cukup comel dan mencuit hati gaya Fatima yang sudah pandai memberi respon.
Andai ternampak kawan sepejabat setiap hari membawa bekal yang dimasak oleh isterinya, tentu kita juga berasa bangga dengan isterinya itu bukan? Maklumlah setiap hari sempat urus masa untuk sediakan bekal untuk suami tercinta. Bukan menu biasa-biasa yang dibawa tetapi hidangan yang menyelerakan. Besar sungguh pengorbanannya!
Begitulah kisahnya tentang seorang suami bernama Syafiq Ridhwan ini. Isterinya begitu rajin menyediakan bekalan untuk suaminya. Dan atas sebab itu juga, dikongsikan cara bagaimana dia pula menghargai isteri yang telah melakukan itu semua untuknya. Jom semak perkongsian menarik ini, moga menjadi tauladan untuk suami dan isteri yang lainnya juga.
Dulu masa baru kahwin, pernah saya cakap dengan bini. “Nanti bolehlah awak tolong buatkan saya bekal makanan setiap hari untuk pergi kerja”. Bini saya kata “boleh saja” sambil tersenyum.
Tahun pertama kahwin. Setiap hari saya bawa bekal ke office. Dan setiap kali tu juga, bila keluar makan dengan kawan-kawan, saya tak kisah menjinjit beg makanan dan makan bersama-sama dengan mereka.
Tahun seterusnya, saya dikurniakan cahaya mata. Rezeki. Pertambahan ahli keluarga membuatkan kehidupan kami menjadi semakin utuh. Tapi sedikit sebanyak ia telah mengambil masa bini untuk melebihkan masa di dapur.
Kalau dulu, bini akan habiskan masa yang agak lama di dapur. Setiap hari dia akan mencuba resepi-resepi baru. Malah ada jua satu ketika, pelbagai lauk dimasak walhal kami berdua je yang makan.
Bila ada anak, masa di dapur menjadi semakin kejap. Kadang-kala, tak sampai beberapa minit ke dapur, dia sudah kembali ke dalam bilik untuk menyusukan anak, lepas tu saya ambil alih, dia bersihkan diri dan terus solat.
Itu belum cerita anak menangis ketika dia baru pegang kuali. Kagum betul saya. Tak pernah dia tinggal tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ajaibnya, masakan dia masih rasa yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sedap!
Tapi ada juga bila hari yang dia cuti, saya kerja. Bila saya balik kerja, dia akan cakap “Hari ni saya tak makan lagi. Anak tak boleh tinggal. Asyik menangis je nak berteman”. Tanpa banyak soal, saya minta dia bersiap, start kereta dan bawa saja ke mana tempat dia mahu makan.
Hargai pengorbanan
Besar tanggungjawab seorang isteri. Pengorbanan melahirkan anak sudah cukup besar, belum lagi dia berusaha yang terbaik memberikan untuk si suami.
Sebagai suami, buatlah yang terbaik untuk isteri. Walaupun dengan sekadar mengurutkan kaki ketika dia mengeluh kepenatan, dan meminjamkan telinga ketika dia cuba meluahkan setiap masalah yang dihadapi di pejabat.
Dan mengucapkan terima kasih untuk setiap hidangan dan mengatakan “sedap awak masak” juga mampu mengurangkan sedikit kepenatan yang dia lalui.
Benar. Kita pada akhirnya, akan bersama kelak dengan orang yang kita sayang. Dan kita masih punya masa lagi untuk belajar lebih menghargai antara satu sama lain.
Jodoh pertemuan, perpisahan adalah ketentuanNya.Kita tidak mampu menghalang andai itu yang ditakdirkan. Susah untuk menerima hakikat seseorang yang kita cintai pergi buat selama-lamanya dalam sekelip mata .
Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya perasaan itu. Terpaksa melepaskan nya pergi tanpa kerelaan hati pada masa itu .Pilu dihati hanya Dia yang tahu, namun bukan semua orang dipilih Allah swt menerima ujian sebegini.
Demikian yang dikongsikan oleh Mohd Syafiq menerusi laman facebooknya selepas dua insan yang amat dikasihi dijemput Ilahi.
Setahun yang lalu dia diuji dengan kehilangan isteri yang dicintai, Siti Aminah Bt Hasan yang dijemput Ilahi selepas bertarung dengan penyakit dihidapinya.
Pemergian isteri membuatkan dirinya bagai hilang separuh nyawa, apatah lagi ketika bayi mereka yang dilahirkan istimewa masih lagi memerlukan perhatian dan kasih-sayang seorang ibu.
Terbaru, anak istimewa yang selama ini menjadi penyeri dalam hidupnya usai kehilangan isteri turut dijemput Ilahi.
Tiada sesiapa pun mahukan perpisahan . tapi siapa lah kita untuk menghalang ketentuan ALLAH s.w.t . Apa yg kita alami tak sama macam mana orang fikirkan . dalam kesedihan aku , aku bersyukur diatas pinjaman sementara ini ya ALLAH sebagai aku menjadi seorang suami dan seorang yang bergelar ayah . saat anak aku melihat dunia , kekuatan ku sebenarnya datang nya daripada isteri ku . akan tetapi ALLAH pinjam kan nikmat itu buat seketika waktu sahaja buat ku .
Selepas ALLAH ambil isteri ku , kekuatan ku untuk meneruskan langkah di hari mendatang , datangnya dari anak syurga ku . Akan tetapi kali ini ALLAH ambil pula anak syurga ku . pada saat ini aku hilang segala kekuatan untuk hari2 mendatang . kali nie aku kalah dengan ujianmu ya ALLAH . aku manusia biasa xlari dari kesilapan . Aku hilang arah , hilang daya kekuatan ku untuk meneruskan perjalanan di dunia ini . kau berikanlah aku kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan aku ini ya ALLAH ???
Susah untuk menerima hakikat seseorang yang kita cintai dan sayangi pergi buat selama-lamanya dalam sekelip mata .
Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya melepaskan insan tersayang pergi tanpa kerelaan hati pada masa itu .
Itu antara bait-bait -bait perkongsian Mohd Syafiq selepas anak syurganya, Nur Aaira Syifaa pergi buat selama-lamanya.
Semoga saudara Mohd Syafiq tabah dan kuat dengan dugaan ini. Al-Fatihah buat arwah isteri dan anak syurganya.
Kasih ibu membawa ke syurga. Pengorbanan saat mengandung sehingga melahirkan tidak terbayar dek wang ringgit. Demi anak-anak semuanya diharungi dengan cekal.
Malah setiap masa dan saat, mereka memikirkan hal anak demi memastikan mereka dalam keadaan sihat sejahtera selain mengharapkan yang terbaik untuk mereka.
Biar perlbagai kesulitan terpaksa dilalui sepanjang membesarkan dan mendidik anak-anak, namun demi meastikan zuriat penyambung warisan mereka ini sentiasa terpeliharna oleh Yang Maha Pencipta, si ibu tidak terhenti dari menitipkan doa.
Perkongsian daripada Pakar Motivasi Tuan Mohamad Bin Mohshin ini mungkin boleh dijadikan panduan oleh semua ibu dalam mendidik anak-anak.
Tadi masa balik dari rumah mak, masa nak salam mak tu, aku sempatlah cakap kat mak..
“Mak, doakanlah alang ni ya.. Sihat.. Kaya..”
Bila aku sebut kaya je.. Mak pandang aku..
“Kenapa mak? Tak boleh ke jadi kaya. Alang nak jadi kaya macam Abu Bakar Assiddiq, macam Uthman Affan..” aku balas terus sebab tengok muka mak pelik je..
“Boleh.. Bacalah doa selalu”
Jadi posting kali ni aku nak share doa yang mak aku ajar.
Mak aku ni memang spesel tau.. Rezekinya memang selalu murah. Kerja cikgu.. Tapi duit simpanan boleh tahan jugak banyaknya. Aku tau sebab selalu tolong dia bank in duit atau keluarkan duit dia.. Walaupun kerja cikgu je.. Pergi haji dah dua kali.
Pernah pergi melancong ke Jordan dan Syria siap support aku sekali sebagai pemandu pelancong, huhuhu.. Rumah ada, tanah pun ada. Loan yang ada hanyalah loan rumah je.. Lain dia banyak beli cash. Duit nya jugaklah selalu guna untuk baiki dan upgrade surau depan rumah..
Anak ada 8 orang. Kata dia semua dengar cakap.. Bangun pagi pun senang.. Dulu-dulu pukul 5 pagi kami adik beradik dah bangun pergi mandi pergi sekolah.. Huhuhu.. Kalau demam pun malam je, pepagi kami semua sihat balik, senang nak pergi kerja.. Rezeki duit pun murah, rezeki anak pun murah..
Okay.. Kembali kepada topik, asalnya aku nak mintak mak doa je, sebab setiap kali aku mintak mak doa, projek Seminar Tapow A kami mesti meletop-letop. Testimoni pun dapat banyak dan gempak.. Paling besar seminar kami hari tu adalah seramai 4200 peserta di Stadium Tertutup Nilai masa bulan Mac.
So, bila aku mintak mak doa, dia suruh aku doa sendiri hari-hari, lepas solat dhuha. Walaupun mak tau doa ibu makbul untuk anaknya, dia tetap nak aku doa sendiri.
Aku yakin ini doa yang dia amalkan. Sebab dia boleh jawab spontan tiga doa ni tanpa lupa. Memang power.
Dia kata amalkan, selalu jadi pada dia rezeki tak putus. Bila rasa duit nak habis je, mesti tetiba ada je rezeki baru masuk.
So, korang kalau rasa bagus, jom lah kita amalkan ya. Share lah bebanyak terutama suri rumah yang mahu keluarganya murah rezeki melimpah ruah. Dalam pada suami pergi kerja, kita banyakkan kirim doa dari rumah.
Ok, inilah 3 doa yang mak aku pesan tadi.
1. Doa Nabi Sulaiman yang memohon rezeki dan kerajaan yang hebat
” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ” Surah Shod, ayat 35.
Doa Nabi Sulaiman, surah Shod ayat 35
2. Doa yang Nabi baca masa minum air zam-zam. Kita amalkan walaupun minum air biasa.
“Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizqi yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit”
Doa minum air Zam zam
3. Doa Nabi Muhammad sewaktu pagi yang ditulis Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar
“Ya Allah, aku bermohon pada Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”
Doa Nabi Muhammad waktu pagi
Semoga bermanfaat buat anda semua. Semoga semua murah rezeki duit, anak pun jadi baik, senang nak urus.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.