Keibubapaan

Dahlia Rizal Dilabel Over Kongsi Perkembangan Anak, “Saja Share Pun Nak Jadi Joykiller Ke?”

Share

Dahlia Rizal tampil memberi respon selepas seorang warganet melabel dirinya berlebihan kerana berkongsi perkembangan anak di media sosial. Sebagai seorang ibu, perkongsian mengenai tumbesaran anak pastinya menjadi antara momen yang cukup bermakna, apatah lagi apabila anak menunjukkan perubahan positif selepas diajar secara perlahan-lahan.

Menerusi perkongsian di Threads, Dahlia atau nama lengkapnya Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, memuat naik semula hantaran mengenai anaknya yang dikongsikan di laman Instagram.

Menurut Dahlia, anak sulungnya, Yusra menunjukkan beberapa perkembangan yang baik dan dia meluahkan rasa syukur atas perubahan positif tersebut.

“Masya-Allah, Yusra dah pandai pass barang bila saya minta. Ambil masa yang lama juga nak ajar dia.

“Sekarang pun dia dah pandai cium kalau saya minta, itu pun ambil masa juga.

“Tapi Alhamdulillah, anak saya yang 11 bulan ni dah pandai catch up,” kongsinya.

Dahlia Rizal Kongsi Perkembangan Anak

Perkongsian itu pada awalnya hanya dibuat sebagai tanda syukur atas perkembangan Yusra yang semakin menunjukkan tindak balas baik. Namun, tidak semua orang menerima perkongsian tersebut dengan pandangan positif.

Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada seorang pengikut media sosial yang meninggalkan komen di ruangan mesej.

“Overnya. Anak saya yang umur lapan bulan pun memang akan faham cakap ibunya,” tulis individu berkenaan.

Komen itu mengundang perhatian kerana dianggap kurang sensitif terhadap kegembiraan seorang ibu yang sekadar mahu berkongsi perkembangan anaknya sendiri.

Tidak Mahu Kegembiraan Anak Diperkecilkan

Tidak berdiam diri, isteri kepada pempengaruh Imran Aqil itu kemudian tampil mempertahankan diri serta anaknya.

“Saja share pun nak jadi joykiller ke?” balas Dahlia.

Respon Dahlia Rizal itu mendapat sokongan ramai warganet yang memahami perasaan seorang ibu apabila perkembangan anak diperkecilkan oleh orang lain.

Bagi kebanyakan ibu bapa, setiap perkembangan kecil anak membawa makna besar. Walaupun ia mungkin kelihatan biasa pada pandangan orang lain, proses tersebut tetap menjadi satu pencapaian yang menggembirakan keluarga.

Netizen Sokong Perkongsian Seorang Ibu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengecam komen individu terbabit yang dianggap kurang senang melihat kegembiraan seorang ibu.

Ramai yang berpandangan, perkongsian mengenai perkembangan anak adalah perkara biasa buat seorang ibu, apatah lagi apabila ia melibatkan proses pembelajaran yang mengambil masa.

Ada juga yang berpendapat setiap anak mempunyai fasa perkembangan berbeza. Tidak wajar untuk membandingkan anak seseorang dengan anak sendiri kerana setiap bayi membesar mengikut rentak masing-masing.

Dalam situasi ini, apa yang dikongsikan Dahlia bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya sekadar meraikan satu perkembangan yang bermakna dalam kehidupan anaknya.

Rumah Tangga Dahlia Dan Imran

Untuk rekod, Dahlia dan Imran mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yusra pada 7 Mei tahun lalu.

BACA LAGI : Dahlia Rizal & Imran Aqil Bakal Timang Anak Pertama, “Syukur Tak Ada Alahan”

Sumber : Threads