Baru-baru ini tular satu rakaman video seorang lelaki yang mendakwa lagu raya Sesuci Lebaran nyanyian Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai toksik kerana menghina golongan orang miskin ketika bahagian ” Bantulah miskin hina “.
Mungkin, dia salah faham atau tidak tahu makna disebalik lirik tersebut.
Tidak ketinggalan, pengacara dan personaliti terkenal, Ahmad Fedtri tampil memberi penjelasan tentang makna lirik ‘ miskin hina ‘ dalam lirik lagu Sesuci Lebaran.
Ads
Fedtri menjelaskan bahawa maksud miskin hina tidak bermaksud kita menghina orang miskin tetapi katanya ia hanya perkataan menunjukkan miskin itu taraf lebih rendah dari kaya.
Tambahnya lagi, kutuk hina itu bukanlah bermaksud menghina tetapi sebaliknya ia membawa maksud sebagai merendah diri dalam status sosial.
“Dalam doa pun kita digalakan menghina diri kepada Allah, merendah diri untuk sesuatu yang baik. Kita perlu meletakkan diri kita di bawah, di atas hanya Allah yang berkuasa.”
Ads
“Kita perlu banyak membaca bahasa Melayu ini keraa ia banyak maksud dan kiasannya malah banyak falsafah disebalik perkataan itu,” tambahnya lagi dalan rakaman video tersebut.
Untuk pengetahuan anda, lagu Secuci Lebaran ini dicipta oleh Allahyarham Pak Ngah dan liriknya oleh Hairul Anuar Harun. Mula dimainkan pada tahun 2003 dan masih kekal ‘segar hijau’ sehingga Aidilfitri yang menjelang tiba tahun ini.
Rasanya belum terlambat lagi bagi yang berkira-kira untuk memulakan tabungan bagi memastikan di hujun tahun 2018 nanti, anda boleh gunakan untuk melancong bersama keluarga atau untuk pelbagai tujuan.
Ayuh kita fahami salah satu kaedah tabungan yang unik dan tidak membebankan sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Aminahtul Marrdiah di akaun facebook miliknya.
Dah nak masuk 2018 dan saya pasti ramai yang ada azam baru kan?
Kebanyakan azam baru termasuklah kumpul duit banyak. Betul tak?
Dan bila sampai masa nak buat azam tu yang berjaya buat mesti orang yang disiplin dan kental je. Yes?
So, kalau tak boleh nak simpan RM20 macam saya pernah tulis dulu, kita boleh simpan sikit-sikit ikut tarikh dalam kalendar.
Caranya:
1. Pastikan memang ada tabung khas untuk sumbat dan sembunyikan duit setiap bulan. 1 tabung 1 bulan. Ini memang wajib sebab kalau simpan dalm purse atau beg atau bawah bantal memang tak jadi. Asyik lah nak terpakai.
2. Mula disiplinkan diri menyimpan dengan trick berikut;
1hb Januari 2018- RM1
2hb Januari 2018-RM2
3hb Januari 2018-RM3
4hb Januari 2018-RM4
5hb Januari 2018-RM5
6hb Januari 2018-RM6
7hb Januari 2018-RM7
8hb Januari 2018-RM8
9hb Januari 2018-RM9
10hb Januari 2018-RM10
11hb Januari 2018- RM 11
12hb Januari 2018- RM12
13hb Januari 2018-RM13
14hb Januari 2018- RM14
15hb Januari 2018- RM15
Selepas 15 hb, kekentalan hati mesti lebih Jitu. Memanglah orang kata, simpan jelah sebulan RM500 selepuk dekat Tabung Haji ke Bank ke. Hello! Tak semua orang boleh simpan selepuk! Bila amaun banyak dan besar, memang rasa berat. Tapi sikit sikit, tak perasan. Cuma kena disiplin je lah.
16hb Januari 2018-RM16
17hb Januari 2018-RM17
18hb Januari 2018-RM18
19hb Januari 2018-RM19
20hb Januari 2018-RM20
Memang sakit masa ni sebab gaji dah nak habis atau nak habis menjelang hari gaji seterusnya kan?
Kalau masih boleh buat, teruskan. Kalau tak boleh, masukkan berapa yang boleh ok? Yang penting jangan STOP!
21hb Januari 2018-RM21
22hb Januari 2018-RM22
23hb Januari 2018-RM23
24hb Januari 2018-RM24
25hb Januari 2018-RM25
26hb Januari 2018-RM26
27hb Januari 2018- RM27
28hb Januari 2018-RM28
29hb Januari 2018-RM29
30hb Januari 2018-RM30
Dah dapat RM 465!!! Yeayaaah! Untuk 31hb Januari, nak letak RM31 pun boyeh sebab kena ingat, Februari kan tak cukup 30 hari?
Cubalah korang! Disiplin. Ini antara cara terbaik dan mudah! Tak cukup duit gaji untuk simpan cara ni? Cari pendapatan tambahan. Banyak bisnes yang ade bagi peluang tambah duit. Cari yang modal rendah macam RM50 atau RM90 macam yang saya buat tu. Modal rendah, produk terhebat, bonus pun sedap!
Try simpan ok!
PS: Idea ni hasil sembang dengan Orang bank. Kiki. Heheh
Menjadi anak petani bukanlah kehidupan yang mudah. Sementelah ibu pula hanya seorang suri rumah sepenuh masa yang hanya menunggu hasil titik peluh suami di kebun sayur untuk membesarkan anak-anak.
Tidak seperti kanak-kanak seusianya, dia membesar dalam suasana serba kekurangan. Ditambah dengan bilangan adik-beradik yang ramai memerlukannya sentiasa berusaha mendapatkan sendiri apa yang diimpikan
Tekad untuk mengubah nasib keluarga, Mohamad Anas Zahrin Atan, 31, yang dahulunya mengelilingi kampung menjual hasil tanaman sayuran, kini mampu menarik nafas lega apabila berjaya menubuhkan syarikat kosmetik sendiri.
“Darah berniaga memang dah diterap daripada kecil. Bapa sendiri ajar supaya jangan malu untuk berniaga dan cari duit sendiri. Dulu dapat RM2, RM3 sehari pun dah gembira tak terkata. Jadilah, untuk buat duit belanja dan simpan sedikit.
“Namun, terdetik di hati sampai bila keluarga perlu lalui semua ini? Dari situ, saya nekad untuk ubah kehidupan keluarga dengan menimba ilmu sebanyak mungkin. Kerana bagi saya, hanya ilmu dan pengalaman, mampu menjadikan seseorang itu berjaya dan dipandang mulia,” kata anak keenam daripada sembilan adik beradik ini.
Mengimbau detik awal, tamat persekolahan, beliau terus mengorak langkah menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi dengan mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan dan seterusnya Sarjana Muda Pengajian Pemasaran di Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) dan selepas itu, menimba ilmu “Short Course” di London Fashion School selama tiga bulan pada 2013, dengan tajaan sendiri.
Ketika di universiti, Anas yang turut dikenali dengan nama Annas Easkey sentiasa mencari peluang untuk menambah duit poket dengan mengambil upah menangkap gambar rakan-rakan dengan kadar bayaran serendah RM50 untuk satu sesi
“Pada peringkat awal, dengan bermodalkan kamera yang dipinjam daripada rakan, saya galak mencari duit poket sendiri. Sampai satu masa, pendapatan sebulan saya mencecah sehingga RM4,000 ke RM5,000.
“Tamat pengajian saya nekad untuk buka studio sendiri dan berkolaborasi dengan rakan-rakan artis di samping aktif di media sosial,” katanya
Mengakui gemar dengan sesuatu benda yang cantik dan suka bermain dengan warna, beliau akhirnya nekad melancarkan produk kosmetik sendiri, ANAS Cosmetics pada Ogos 2017
Selain mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang baru, Anas mahu jenama kosmetiknya melengkapi warna-warna wanita ASIA, yang susah untuk didapati pada jenama-jenama antarabangsa lain.
“Saya tidak mahu bangunkan produk semborono sahaja tetapi saya akan pastikan ia sesuai dengan wanita kita dan wanita daripada kalangan pendapatan sederhana dan rendah turut mampu menggunakan produk berkualiti yang ANAS tawarkan,” katanya
Hasil keringat hampir setahun membuahkan hasil apabila produknya mendapat pengiktirafan daripada SaSa Malaysia, peruncit kosmetik terkemuka berasal daripada Hong Kong, untuk membeli produknya untuk dijual di rangkaian butiknya
Setiap kejayaan pastinya berdepan badai, begitu juga Anas yang sebelum ini pernah dibebani hutang dengan pembekal hampir RM1 juta.
“Ketika itu, saya hampir putus asa dan mahu tinggalkan apa yang saya usahakan selama ini dan pulang ke kampung menemani ibu. Hampir sebulan saya kumpul kekuatan diri dan ibu adalah sumber kekuatan saya untuk bangkit dan capai apa yang saya ada sekarang ini.
“Semenjak arwah abah dah tak ada. Kami adik beradik bergilir ke sana ke mari bawa mak. Happy kan mak. Pastikan mak tak sunyi. Saya rela penat memandu, penat ke hulu Ke hilir janji dapat tengok mak. Tak kisahlah call sampai 5- 6 kali sehari tanya benda yang sama “mak buat apa tu” pun dah cukup. Mak tu ada jelah cerita dia, pokok orkid lah, ayam lah, kucinglah.
‘Takpelah asal ada teman berborak kan. Sebenarnya duit bukanlah benda utama yang dia nak dari kita tapi perhatian dan juga cukuplah sekadar kita ingat pada mak. Tu sudah memadai serta buat mak gembira. Cinta hati saya, ratu hati saya. Kekasih dunia akhirat saya… Mak,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan pakaian dengan jenama ASHH&ANNAS
Berkongsi kejayaan perniagaannya, Anas berkata, beliau bernasib baik kerana memiliki ramai rakan artis yang tidak kekok untuk mempromosi dan menyokong produk beliau
“Prinsip yang pegang sehingga hari ini, jika buat baik pada orang, perkara itu datang balik kepada kita. Sebab tu saya tidak ramai kawan tetapi kawan yang saya ada sangat menyokong usaha saya dari dahulu hingga kini,” katanya sambil menyebut beberapa nama seperti Ayda Jebat, Izara Aishah, Hanis Zalikha dan Rozita Che Wan serta ramai lagi.
Membina impian bersama pasangan untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa dan menepati citarasa, pastinya ingin segera direalisasikan agar sama-sama dapat rasa kepuasan hati melihat impian menjadi nyata. Detik itu, pasti cukup membahagiakan akan dikenang sampai bila-bila.
Pun begitu buat Puan Shahida Daud, dia punya kisah yang tersendiri berkenaan rumah impian arwah suaminya yang kini berjaya realisasikan. Ini perkongsiannya.
“Sayang. Nanti kan bila kita dah dapat kunci rumah, kita renovate kaw-kaw. Buat rumah cantik-cantik! Lepas tu, Abang dengan Sayang mintak tukar ke Kuantan. Kita tinggal sama-sama kat rumah ni dengan anak-anak…”
Masih terngiang-ngiang kata-kata terakhir arwah suamiku pada penghujung bulan Mac 2019. Beberapa minggu sebelum dia pergi bertemu Illahi. Macam-macam impian yang encik Suami angankan.
Design rumah, konsep dan dekorasi rumah daripada A to Z segalanya tersimpan rapi dalam gallery handphone Suamiku. Dia sukakan konsep yang simple, modern minimalist. Sama citarasa seperti aku.
Sejujurnya, penat otak rasa nak pecah mental buat rumah ikut lukisan peta hati sendiri.
Almaklumlah, ilham datang dari 1 kepala sangatlah menguji tahap penguasaan mental 200% bergelut pula dengan kekangan masa menguruskan perihal anak-anak dan kerjaya.
Aku cuba realisasikan hasrat yang pernah kami rancang bersama. Aku usaha sehabis daya semampu kudrat yang ada.
Ok kawan-kawan, jemputlah cuci mata masuk rumah saya yang sederhana ini.
Segala kisah perit pahit susah duka serabut kepala, halangan demi halangan yang dilalui biarlah saya telan sendiri simpan dalam hati.
Jun 2020. Mula renovasi rumah. Ini rumah kedua saya atas nama sendiri, dapat kunci rumah pada 11.11.2019. Alhamdulillah rezeki dapat beli rumah teres 2 tingkat corner lot (subsale).
Inilah hasilnya setelah 44 hari 44 malam tidur tak lena makan terlebih kenyang bersilat ke sana ke sini terhuyung hayang terbang melayang. Fikirkan warna cat je pun rasa nak termuntah.
Oh ye. Warna merah seciput tu adalah my favourite colour. Ia melambangkan character tuan rumah. Letaklah jugak sikit warna merah tu walaupun secuit secubit secukup rasa.
Pagar mana pagar? Dah siap cuma tukang belum pasang lagi angkara PKP
BAHAGIAN RUANG TAMU
BAHAGIAN TANGGA
Ada satu bilik kat tingkat bawah ni, saya buatkan khas untuk mak abah. Ada bilik air sekali yang menghubungkan bilik air dan dapur.
BAHAGIAN DAPUR KERING
Shahida turut berkongsi kos yang dibelanjakan untuk merialisasikan impiannya, iaitu RM150k (atas kertas)
Menurutnya juga dia berasa lega usahanya selama ini, “Fuhhh rasa puas hati dengan hasil kerja keras kepala otak sendiri! Bezanya cuma tiada lagi insan tercinta menemani di sisi menyaksikan di depan mata lakaran rumah impian kini bertukar menjadi realiti”
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.