Mengingatkan masa-masa indah dapat makan di luar bersama seisi keluarga, memang waktu itu cukup menyeronokkan.
Umpamanya walau sekadar menjamah kerang bakar bersama-sama sambil ditemani angin pantai di waktu malam, itu sudah cukup bermakna dirasakan.
Tambahan pula, istimewanya hidangan kerang ini selain enak dimakan, kerang juga merupakan makanan yang bagus diambil untuk menambah darah merah dalam tubuh badan kita.
Pun begitu perlu diingat, dalam bagusnya makan kerang ada juga bahayanya yang perlu kita ambil tahu sebagaimana yang dikongsikan infonya oleh Arbi Mohd Arbi ini.
Assalamualaikum warahmatullahibawarakatuh Dan selamat Malam…lama betul tak berkongsi food safety serve safe management kat sini…
Kerang….umum tahu yang ianya bagus untuk menambahkan darah merah…tapi dalam bagus dia….ada keburukannya jika kita tak berhati hati…
Golongan yang berisiko…warga emas…ibu mengandung Dan kanak kanak…selain dari golongan ini…bukan tak berisiko…tapi kurang sikit…
Side effect nya ialah food borne illness ….
Anda akan mengalami cirit birit…Dan juga muntah2….
Ads
Dan jika tidak diatangani lebih awal…certain cases…boleh membawa maut…disebabkan badan dehydrate…
Paling utama…Harus diingat…tiada istilah separuh masak untuk kerang…Haruslah well done…tak kira apa juga resipi anda…
Yang Kedua
Parasit yang terdapat dalam kerang…separuh orang panggil ciker…separuh orang panggil baby crab…
Ads
kalau tanya saya…ianya adalah kutu laut yang suka menyelit disebalik hidupan cengkerang laut…
Yang Ketiga
Rajin2 kan buang Lumpur yang terdapat didalam kerang…sikit?mungkin effect nya tak seberapa….tapi kalau banyak?
ingat…kerang adalah spesis makanan bercengkerang yang menghuni di dalam lumpur… bermacam macam toksik dan kuman ada dalam lumpur….
Akhir sekali…ketahui undang undang jika anda ingin Makan makanan yang berisiko…Jangan salahkan si penjual…
Dugaan yang cukup berat terpaksa dilalui oleh anak kecil ini. Dalam usianya belum memasuki 2 tahun, dia diuji dengan penyakit yang cukup menggerunkan.
Dalam satu perkongsian menerusi Sinarplus, Adik Nur Aqilah Adawiyah dikesan menghidapi ketumbuhan pada mata kiri sehingga terpaksa dibuang berikutan risiko merebak kepada organ lain.
Kisah adik comel ini pernah viral sebelum ini apabila keluarganya mengharapkan bantuan orang ramai bagi meringankan beban kos rawatan pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
apanya, Muhammad Shazuli Zaini, 31, ketika dihubungi SinarPlus menarik nafas lega apabila anak keduanya itu selamat menjalani pembedahan pada Jumaat lalu.
“Sekarang ini matanya masih dijahit. Mungkin dalam tempoh dua minggu lagi doktor akan letak ‘mata batu’ buat sementara waktu.
“Saya mohon doa orang ramai supaya dapat mendoakan Adawiyah cepat sembuh dan kembali aktif,” ujarnya yang bekerja sebagai penyelia pembersihan di Shah Alam, Selangor.
Berkongsi mengenai kutipan dana sebelum ini, bapa kepada dua cahaya mata itu terpaksa meminjam duit dengan adik-beradik bagi menampung kos pembedahan yang perlu disegerakan sebelum permohonan bantuan kewangan dengan agensi berkaitan.
“Sebenarnya, kami tidak tahu sinar pada mata hitamnya itu adalah kanser. Adawiyah pun tidak tunjuk sebarang kelainan. Bila periksa mata dengan doktor pakar, barulah kami tahu. “Bila doktor cakap agak terlewat kerana mata kirinya sudah terjejas dan terpaksa dibuang, kami reda dengan ketentuan takdir,” katanya penuh sebak.
Bapa mana yang sanggup melihat anak kecil terpaksa menanggung penderitaan sedemikian rupa. Juh di sudut hati Muhammad Shazuli mendoakan anaknya terus sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain meskipun hanya bergantung kepada satu mata sahaja.
“Bapa manalah nak yang buruk-buruk untuk anak sendiri, kan? Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan Adawiyah bahagia dan sayangi dirinya.
“Kekurangan yang ada bukan halangan untuknya berjaya dan doa kami akan mengiringinya sehingga berjaya nanti…insya-ALLAH,” tuturnya penuh harapan.
Sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan keluarga ini dan diberikan kekuatan buat adik Adawiyah dalam mengharungi ujian yang cukup berat ini.
Jangan kata isteri murung, suami atau lelaki juga terdedah kepada perkara sebegini. Tekanan kerja melampau buat suami tertekan dan penat ditambah pula dengan konflik rumah tangga.
Jadi isteri jangan beri tekanan kepada suami kerana mereka juga punya hati. Lelaki memang nampak cool kerana mereka ‘malas’ memikirkan hal-hal remeh. Namun adakalanya mereka juga gagal mengendalikan soal-soal emosi. Sudahnya mereka kemurungan.
Hasilnya mereka mendapati kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah berkaitan keluarga atau peribadi, meninggalkan kesan paling tinggi dalam hidup manusia. Dan bagi lelaki khususnya, masalah ini tambah berat dengan adanya bebanan kerja secara berterusan.
Dr Hans Selye, pakar endokrin dari Kanada membuktikan secara epidomologi adanya kaitan antara tekanan dan barah usus (peptic ulcer). Dan golongan paling berpotensi untuk menghadapi masalah ini adalah para doktor, eksekutif perniagaan dan juga guru.
Kurangkan tekanan dengan senaman
Bagi lelaki salah satu aktiviti terbaik paling mujarab mencegah berlakunya masalah tekanan ini adalah dengan cara melakukan senaman dan aktiviti fizikal seumpamanya. Senaman antara aktiviti paling mudah dan berkesan mengubati masalah tekanan lelaki. Ia membentuk sistem imun dan memainkan peranan penting dalam mengelakkan penyakit. Senaman antaranya lainnya dapat mengurangkan paras gula dan lemak dalam badan. Tidak disitu sahaja, paling penting senaman dan juga aktiviti fizikal seumpamanya dapat memperbaiki dan memperlancarkan pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh dengan baik. Keadaan inilah yang menyebabkan tekanan dan kemurungan dalam tubuh akibat saluran darah yang tersumbat yang datangnya dari tekanan berpanjangan dapat diatasi secara perlahan-lahan.
Senaman juga membuatkan tubuh lebih cergas dan bertenaga. Ini membuatkan tubuh yang dalam keadaan tegang dapat dilonggarkan, sekaligus meredakan tekanan dalam diri. Namun, senaman harus dilakukan dengan tepat dan berterusan. Secara puratanya, senaman biasanya harus dilakukan 3 hingga 4 kali seminggu dalam anggaran sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendapatkan senaman yang berkesan.
Tidak disitu sahaja, senaman juga dapat memberi kelebihan lain kepada lelaki. Otot-otot yang terbentuk cantik memberikan daya fizikal yang baik dan menarik kepada lelaki selain membekalkan tenaga, menjaga berat badan dan jantung serta membangkitkan perasaan selesa selepas bersenam yang membuatkan tekanan berkurangan. Malah, senaman juga dapat meningkatkan kemahiran atau keupayaan badan, terutama daripada segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan (termasuk kadar tindak balas), koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik. Waktu terbaik untuk memulakan senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testosteron.
Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda. Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;
Fasa Pertama
Senaman selama 5 – 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi dan berat.
Fasa Kedua
Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berenang, berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya.
Fasa Ketiga
Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit. Ia wajib dilakukan untuk meregangkan semula otot-otot yang tegang ketika aktiviti senaman dilakukan.
Tips Senaman:
* Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan pandangan dan nasihat doktor bimbang anda mempunyai masalah kesihatan yang menghalang anda dari melakukan senaman ini.
* Mulakan dengan senaman ringan, mengikut kemampuan anda. Berusahalah tingkatkan senaman dan beban anda dari masa ke semasa.
* Pakailah pakaian dan kasut sukan yang bersesuaian dan selesa.
* Pastikan kekuatan senaman anda harus mencapai tahap kadar nadi 120 – 150 kali seminit.
* Elakkan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.
* Elakkan dari terus duduk sejurus selepas bersenam.
* Elakkan melakukan senaman jika paras glukosa dalam darah anda terlalu tinggi atau boleh dianggarkan kira-kira 2 jam selepas makan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daging ialah makanan padat nutrisi. Ia tak rosakkan buah pinggang bagi orang yang sihat walaupun makan tiap-tiap hari..Makan ikut keperluan dan jangan berlebihan. Tiada dalil naqli mahupun saintifik menafikan kesempurnan ciptaan Tuhan ini. Malah kerisauan makan daging sebab kolesterol juga tidak saintifik kerana kolesterol dalam makanan tiada bukti merosakkan kesihatan mengikut garis panduan pemakanan USDA 2015.
Ada beberapa golongan perlu berwaspada pada daging:
1) Mereka yang alah: Perlu makan tapi daging segar dalam kuantiti sikit. 2) Mereka yang ada gout: Boleh makan bila badan dah sihat. 3) Masalah buah pinggang: Makan ikut syor doktor/pakar diet. 4) Leaky gut: Ini mungkin sebabnya pesakit autoimun keradangan jika byk ambil daging, sup tulang ataupun kolagen. Pulihkan dulu usus. Tips di bawah amat berguna untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan insha Allah.
PENYEDIAAN DAGING
1) Daging terbaik sudah semestinya organik dan jenis bebas (free range). Lemaknya boleh dimakan tanpa was-was. Jika tiada kemewahan sedemikian, kurangkan makan bahagian lemak tempat biasa terkumpulnya bahan kimia dan bahan pengganggu hormon (xenoestrogen).
2) Pilih daging segar seperti daging korban
Masak dengan sempurna. Daging segar dan masak sempurna amat penting bagi yang sensitif atau alah daging.
3) Masak menggunakan minyak yang lebih sihat seperti minyak kelapa atau sawit. Elakkan masak menggunakan minyak tak tepu yang senang rosak dan membebaskan toksik aldehyde apabila dipanaskan seperti minyak matahari dan minyak jagung.
4) Sesetengah kuali non stick jika dipanaskan lama terutamanya membebaskan bahan toksik PFOAs DAN PFAs yang berkumpul dalam badan. Pilih kuali lebih selamat seperti seramik atau kuali stainless steel.
5) Elakkan masak pada suhu terlalu tinggi. Membakar terlalu lama menghasilkan PAH dan HCA yang dikaitkan dengan beberapa jenis kanser. Tapi jangan risau..kuantitinya tidak lah begitu banyak..sekali sekala xpe cuma jgn amalkan selalu.
WAKTU MAKAN
1) Ambil buah dahulu sebelum makan untuk meningkatkan asid perut dan enzim yang membantu pencernaan daging. Makan dengan air asam, belacan juga membantu.
Kecuali jika anda ada alahan, migrain, gastritis atau refluks, skip cara langkah ini.
2) Kunyah banyak kali sebelum telan dengan perlahan-lahan menjadikan makanan lebih mudah dihadam dan enzim pencernaan lebih bersedia.. Langkah kritikal ini sering dipandang remeh namun kesannya besar kepada kesihatan.
3) Jangan ambil daging dengan susu. Susu mempunyai protein casein yang sukar dicerna. Beban bertingkat-tingkat tu. Perut/usus senang rosak dan penyerapan zat akan berkurang.
4) Bagi yang nak tambah darah merah (haemoglobin), makan lah dengan vitamin C atau buah sitrus meningkatkan penyerapan zat besi yang tinggi dalam daging ini.
Oh terlupa pula, bagi yang zat besi terlebih seperti hemosiderosis atau thalassemia beta selalu buat transfusi darah, perlu waspada juga pengambilan daging kerana risau overload zat besi.
5) Elakkan minum air lepas makan daging kecuali tercekik lah . Cair asid perut dan enzim pencernaan nanti.
6) Elakkan bersenam berat atau tidur sejurus selepas makan daging. Beri masa sejam hingga 3jam untuk pencernaan protein. Qailulah takpelah kejap je tidur.
.
Baik, begitulah sedikit sebanyak tips makan daging semoga bermanfaat. Perkongsian ini hanyalah sebagai pengetahuan am dan bukan nasihat perubatan ya. Bertanyalah doktor dan pakar diet anda untuk maklumat lanjut 🙂
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.