Tiada apa yang lebih menggembirakan saat ini bila insan yang kita sayangi dikhabarkan  telah bebas daripada bahaya Covid-19. Ini seperti mana perkongsian seorang wanita, Suzy Sharif yang berkongsi kisah neneknya yang dipanggil Uwan.

Sebelum disahkan positif Covid-19, Uwan seorang nenek yang cukup kuat dan nampak aktif  walau telah berusia 95 tahun. Masih direzekikan tubuh badan yang sihat dan mampu berdiri tegap, rukuk dan sujuk bagi  mendirikan solat dengan sempurna.

Pun begitu, baru-baru ini ibu kepada 10 orang anak ini diuji dengan Covid-19 sehingga perlu dibawa ke hospital. Memikirkan keadaan itu, seisi keluarga dalam kerisauan, maklumlah Uwan telah berusia. Bimbang sekiranya akan menyebabkan Uwan terlantar sakit namun sebaliknya yang terjadi.

Usia 95 Tahun, Uwan Positif Covid-19

Semalam saya teringat sangat dekat uwan. Saya hubungi Pak Net yang duduk serumah dengan uwan. Katanya uwan sudah tidur. Badannya lenguh akibat suntikan vaksin.
Awal pagi tadi cepat-cepat saya call uwan. Biasanya uwan selepas Subuh dia tak tidur balik.

“Uwan sihat ke tu?”
“Sakit badan tak kena cucuk?”
“Uwan sihat haa.”
“Tak do domam tak sakit-sakit badan pun.”

Uwan saya sudah berumur 95 tahun. Tempohari kesihatannya diuji. Beliau positif covid.
Beliau sempat dihantar ke Hospital Klang untuk pemantauan.

Bimbangnya kami sekeluarga akan keadaan uwan lantaran usianya sudah renta.
Antibodinya pasti kurang. Bagaimanalah tubuhnya mampu untuk menangkis virus yang membunuh ini?

Sesungguhnya Allahu musta’an.

Sepanjang uwan di hospital, beliau dibekalkan dengan sebuah handphone supaya kami boleh berhubung.

Tapi kau kena sabarlah nak call uwan. Sehari semalam call tidak berjawab.
Kadang-kadang dua hari. Maklumlah insan seusia wan, handphone bukanlah keperluan.

Orang Paling Sihat Antara Pesakit

Syukurlah ada seorang anak muda yang sudi membantu uwan. Beliaulah yang sering mengingatkan uwan untuk menjawab panggilan kami. Jiran sewad katil sebelah.

IKLAN

“Kak jangan bimbang, opah (orang Perok gamoknya En Wan ni) ni yang paling sihat antara kami.”

“Dia tak duduk diam, nanti dia round satu wad cari kawan berbual.”

Mendengar itu sahaja sudah membuatkan hati saya berbunga-bunga. Subhan-Allah.Maha suci Allah Taala.

Syukur Atas Rezeki & RahmatNya

Akhirnya berita gembira memihak kepada kami. Uwan bebas daripada covid sepenuhnya selepas beberapa hari di hospital. Syukur kami ke hadrat Allah Taala bukan kepalang.

Inilah rezeki dan rahmat yang Allah kurnia kepada uwan. Beranak 10 badan maintain kecil comel. Matanya masih elok. Suaranya masih jelas tutur katanya satu persatu.
Solatnya masih sempurna dengan berdiri tegap, rukuk dan sujud. Sakit-sakit lutut setakat ini belum ada lagi dalam sejarah kesihatan uwan.

Jaga Pantang

Bahkan jika dibandingkan uwan dengan anak-anak perempuannya. Uwan lebih kelihatan sihat dan tegap walaupun rambut hitamnya sudah banyak ditutupi uban yang memutih.

IKLAN

“Uwan pakai ilmu apa ni?” Tanya saya mengusik.
“Haishh tak do pakai ilmu-ilmu doh.”
“Jaga badan tu dalam pantang.”

Haaa kalau uwan dah bukak cerita ilmu jurus pantang ni. Nanti saya perlahan-lahan angkat kaki lahhh.Hahaha.Lama tunggu nanti kot terkena batang hidung sendiri. Menyesal badan.

Terbayang stress bertungku siang malam dan berbengkung lilit yang sampai nak bernapas pun tak boleh. Minum air ibu kunyit lah, air akar kayulah. Tapi sungguhlah, jaga badan semasa muda untuk kesejahteraan ketika tua.

Banyak kenangan saya dengan uwan. Jika dunia adakalanya sering mempersoalkan tindakan dan sikap saya. Uwanlah insan yang paling memahami gejolak hati cucu sulungnya ini.

“Uwan jer tau apa yang ada dalam hati kau tu Jee.”

“Dalam Wad Uwan Paling Sihat. Tak Duduk Diam…”-Umur 95 Tahun Diuji Positif Covid-19, Syukur Diberi Kesembuhan!

Uwan oh uwan.
Terus sihat ya wan supaya kita boleh berjumpa nanti. Doakan uwan saya ya kawan-kawan supaya semua urusannya di dunia dan akhirat kelak Allah permudahkan belaka. Rabbuna yusahhil.

P/S Gambar throwback sebelum pandemik melanda.

IKLAN

Sumber : Suzy Sharif

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

“Dalam Wad Uwan Paling Sihat. Tak Duduk Diam…”-Umur 95 Tahun Diuji Positif Covid-19, Syukur Diberi Kesembuhan!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

“Dalam Wad Uwan Paling Sihat. Tak Duduk Diam…”-Umur 95 Tahun Diuji Positif Covid-19, Syukur Diberi Kesembuhan!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

“Dalam Wad Uwan Paling Sihat. Tak Duduk Diam…”-Umur 95 Tahun Diuji Positif Covid-19, Syukur Diberi Kesembuhan!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Dalam Wad Uwan Paling Sihat. Tak Duduk Diam…”-Umur 95 Tahun Diuji Positif Covid-19, Syukur Diberi Kesembuhan!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI