Sering kali kita mendengar kisah mentua dan menantu perempuan tidak sehaluan. Ada sahaja insiden yang membuatkan kedua-duanya berantakan sehingga memeningkan kepalan ahli keluarga lain.
Namun berbeza dengan selebriti yang sorang ini. Jika kebanyakan ibu mertua dan menantu perempuan sering berselisih pendapat, namun hal itu tidak dirasai oleh Maria dan Shahirah.
Hubungan baik yang terjalin antara mereka berdua adakalanya menimbulkan rasa iri dikalangan wanita lain. Bahkan, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera lebih rapat dengan mentuanya.
Tidak hairanlah setiap kali tiba bulan ramadan, air tangan mentuanya menjadi hidangan berbuka untuk mereka seisi keluarga.
“Lauk mak mentua yang masak, aku dah 18 tahun bersama suami, alhamdulillah mak mentua semua sponsor. Mak mentua yang sama.
“Kalau yang lama pun alhamdulillah baik. Dapat mak mentua bagus masyaAllah untungnya,” ujar penyampai radio Suria Fm ni lagi.
Ads
Dalam masa yang sama, Shiera turut menitipkan pesanan kepada semua menantu supaya berbaik-baik dengan mentua dan saling menghormati.
“Jangan kurang ajar dengan mak mentua, jaga hati walaupun dia bukan ibu kamu sendiri. Kalau dapat mentua jenis yang berkira, tak perlu nak melawan atau apa.
“Biar kita beli sendiri, selagi kita mampu, kita larat. Kalau ada tak apa, kalau tak ada tak apa. Mana yang baik tu kita ambil,” jelas Shiera lagi.
Dalam pada itu, Datin Maria Arshad dalam satu kenyataan sebelum ini berkongsi hubungan baik dengan menantunya itu. Maria yang mempunyai tujuh orang anak dan lima cucu menyifatkan Shahirah sebagai individu yang boleh dibuat rakan.
“Sebenarnya saya lebih banyak telefon Shahirah daripada Ijoy. Bila ada kecemasan atau perkara yang saya nak tahu, saya hubungi Shahirah dan dia sangat membantu.
Ads
“Menjaga hubungan mertua dan menantu ini mudah. Saya jarang menyibuk dalam hal rumah tangga anak-anak saya dan seboleh-bolehnya tidak mahu mencelah.
“Saya bagi kebebasan kepada mereka. Tambahan pula hubungan saya dengan ibu bapa Shahirah cukup rapat,” dedah Maria.
Kecantikkan seorang wanita itu bukan sahaja kepada rupa parasnya sahaja tetapi memiliki sepasangan mata yang cantik. Namun tidak semua bertuah memiliki anugerah yang istimewa ini.
Namun bagi pelakon cantik ini, Puteri Sarah Liyana memiliki sepasang mata cantik dan besar sejak kecil menimbulkan persoalan daripada orang ramai. Malah ada yang tidak mempercayainya.
Baru-baru ini menerusi muat naik di Instagram miliknya, beliau berkongsi sekeping gambar waktu kecil. Ramai peminatnya memuji anugerah yang dimilikinya itu.
Ramai tanye Puteri Sarah pakai contact lense untuk besarkan mata ke ? Betullah tu dari i baby i pakai contact lense.
MATA ANAK PUN SAMA
Dalam pada itu, ada yang menyamakan anak perempuannya Summayah memilik mata sepertinya.
WARGANET BERI PUJIAN
Rata-rata warganet memuji kecantikkan asli mata dan ada yang berdoa mohon anak turut memiliki mata seperti pelakon berkulit cerah ini.
Untuk makluman, Puteri Sarah Liyana telah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada tahun 2014. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam,4, dan juga Sumayyah,2.
Melangkah kaki masuk ke dalam rumah, jiwa bertambah serabut melihat keadaan rumah yang semak dan tidak terurus. Ditambah lagi dengan susunan dan atur letak perabot yang tidak tersusun membuatkan kediaman yang kecil nampak lebih semak.
Nak cantikkan kediaman bukan bergantung pada berapa banyak barang yang dibeli atau berapa mahal barangan tersebut. Sebaliknya jika pandai menghias, kediaman yang kecil pun nampak menarik dan kemas.
Nak tahu caranya, jom kita baca perkongsian dari saudara Muhammad Arif Arif ini. Selamat mendekorasi!
“HOME SWEET HOME” Rumah Condo di Sentul,Kuala Lumpur ini dikenakan gaya ringkas dan penggunaan warna ‘earth tone’ + elemen hijau bagi mewujudkan suasana relax dan santai dengan mengunakan tona warna yang tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap. Sedia maklum rumah condo/apartment kebiasaanya akan mengalami masalah ruang terhad. Jadi, kita kena bijak menggunakan ruang seperti rak kasut tertutup untuk simpan kasut dan juga ‘mini store’, pengunaan meja boleh laras kepanjangannya (khusus untuk menerima tetamu) , katil yang boleh ‘transform’ dari katil ‘single’ kepada ‘queen’ dan lain2 lagi. Tips untuk rumah kekal kemas adalah:
1)sentiasa kurangkan barang dari rumah lama untuk dibawa ke rumah baru barang yg xperlu jangan bawa (barang2 xpenting dan xguna boleh beri pada org, jual atau buangkan shj)
Mengikut kajian 60% rakyat malaysia mengalami masalah xcukup tempat simpan barang.. sbb xsuka buang barang😂
2)sediakan ruangan storan tertutup seperti (cabinet berpintu) supaya kita boleh sorok macam2 dalam tu 😬
3)didapur, bahan2 dan alatan masak seperti sudip, botol2 kicap, sos masukkan dalam satu bekas simpan didalam cabinet bila selesai memasak.
4)Bagi yang ada anak kecil, rumah korang XAKAN kemas ketika mereka bermain, biarkan sahaja 🤣, selesai mereka bermain , kemas je..
By Arif Latif AL Decodesign
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang selalu cakap, ramadhan datang setahun sekali, usah dipersiakan. Tambahkan pahala berganda dengan melakukan solat terawih dan sebagainya.
Namun bukan semua yang mampu berbuat demikian… Dek kekangan tugas dan tanggung jawab yang harus menjadi keutamaan. Demikian luahan DR Kamarul Ariffin Nor Sadan cukup menyentuh hati.
Lepas berbuka tempoh hari, klinik aku kena serbu dengan pesakit. Ramai bukan main. Terpaksa lihat pesakit laju sedikit sebab ramai yang masih menunggu.
Aku dah mula serabut, mula kurang sabar, dan mula mengeluh.
“Kenapalah aku kena kerja? Di waktu begini, orang lain semua di masjid, tenang-tenang solat tarawih. Aku pula berhempas pulas di sini.” detik hati aku.
Beberapa tahun kebelakangan ni aku dah mula rasa terlepas nikmat Ramadan. Jarang-jaranglah dapat tunai solat tarawih berjemaah, sebab aku kena berkerja.
Gambar hiasan
“Panggil next patient,” kata aku pada pembantu klinik.
Pembantu klinik pun panggil, dan masuk seorang ibu dengan anaknya yang berusia 7 tahun. Si ibu mengadu anaknya demam, aku periksa.
“Doktor, dulu doktor pernah kerja HSI eh?” soal si ibu semasa aku tengah periksa tekak anak dia.
“A’ah. Dulu saya pernah kerja sana. Mana puan tahu?” balas aku.
Terkebil-kebil si ibu tu memandang aku.
“Kenapa, puan?” tanya aku.
“Doktor tak ingat saya eh?”
Aku pula terkebil-kebil jadinya.
“Doktor, anak saya ni, masa dia lahir, doktor yang azankan. Ingat tak?” katanya sambil mengusap kepala anaknya.
Bila dia cakap begitu, terus rasa macam aku mengembara semula ke tahun 2012. Ramadan tahun tu aku bertugas di Jabatan Obsteterik dan Gineakologi.
“Doktor, patient doktor dah nak terberanak tu!” kata jururawat pada aku yang baru selesai berbuka di pantri.
Melompat aku dari kerusi, cuci tangan dan lari pergi dewan bersalin. Sampai-sampai, tengok bahagian atas kepala bayi dah tertonjol di bukaan pangkal rahim.
Masa aku buat persediaan nak sambut kelahiran tu, hati aku dah tak sedap. Rasa berdebar lain macam. Namun, tak sampai 2 minit lepas tu bayi pun lahir dengan jayanya. Alhamdulillah!
Gambar hiasan
Selepas aku potong tali pusat bayi, aku letak bayi dalam dakapan ibunya. Bukan main senyum lagi si ibu. Memancar kegembiraan di wajah dia, tapi tiba-tiba anak mata si ibu memandang siling.
“Doktor… saya rasa peninglah”
“Dah inject Synto?” tanya aku pada jururawat yang bantu aku.
“Dah, doktor!”
Syntocinon ni ubat kecutkan rahim. Biasanya kami suntik pada ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan untuk elakkan pendarahan yang banyak.
“Doktor, bleeding banyak ni,” kata jururawat.
Tekanan darah masih OK, tapi denyut nadinya dah laju, tanda-tanda kehilangan darah yang signifikan.
Kami terus ambil bayi dari dakapan si ibu, dan terus uruskan pendarahan. Infusi dimulakan.Uri dipisahkan dengan segera. Darah masih tumpah.
Kami teruskan dengan urutan rahim dan mulakan infusi syntocinon. Air dimasukkan dalam vena. Beberapa orang lagi doktor datang bantu.
Memang haru biru dalam bilik dewan bedah tu. Darah di mana-mana: pada sarung tangan, pada apron, atas katil, di lantai, malah juga atas kasut aku.
Ada 3 orang doktor, dan 2 orang jururawat tengah bertungkus-lumus pastikan pendarahan terkawal dan keadaan pesakit stabil.
“Puan, angkat sikit punggung!”
“Puan, suami mana?”
“Puan, nama siapa?”
“Puan, OK tak?”
Dalam keadaan tu, kami perlu berkomunikasi, tapi kerana keadaan genting dan mendebarkan, suara kami agak tinggi. Jadi bila beri arahan atau menyoal pesakit, kadang-kadang kedengaran seperti marah.
Setelah berperang dengan situasi getir tu, akhirnya pendarahan berjaya diberhentikan. Keadaan pesakit pun beransur-ansur stabil. Akhirnya hanya tinggal saya dan seorang jururawat menemani pesakit di bilik dewan bersalin tu.
Gambar hiasan.
“Doktor…” sapa pesakit dengan suara yang lemah. Mukanya kelihatan sangat lesu. Mata dia kuyu.
“Ya, puan.”
“Anak saya OK tak?”
“Alhamdulillah OK. Dia ada di warmer.”
“Boleh tolong saya, tak?” soal wanita yang kini telah rasmi bergelar ibu itu.
“InsyaAllah, boleh.”
“Tolong azankan… anak saya.”
Kali pertama pesakit suruh aku azankan bayi dia yang baru lahir. Biasanya bapa bayi yang azan atau iqamah sendiri.
“Suami saya… on the way. Dari Perak. Polis. Bertugas. Doktor azankan dulu, ya.” katanya dengan ayat yang pendek-pendek. Barangkali terlalu penat.
Tak sempat tanya, pesakit tu dah jawab persoalan aku. Aku hanya senyum dan angguk tanda bersetuju. Sejujurnya, itu kali pertama aku azankan bayi yang baru lahir.
Semenjak hari tu, dah entah berapa ramai bayi yang aku azankan atau iqamahkan. Semua pasangan muslim, bayinya aku akan azankan jika pasangan beri kebenaran.
Memori itu terus melenyapkan keluhan aku yang tadi. Mungkin aku tak dapat tunaikan ibadah khusus Ramadan seperti tarawih, tapi aku diberi peluang tunaikan ibadah yang orang lain tak berpeluang tunaikan.
Jadi, apa yang nak dikeluhkan?
“Terima kasih, doktor,” ujar suami merangkap kepada bapa kepada budak tadi.
“Semoga anak Tuan jadi orang hebat !” balas aku.
“Macam doktor” balas dia.
Entah kenapa saya jadi emosional. Bahang je rasa dada. Bahang yang mententeramkan jiwa. Nasib baik tak nangis. Jika tidak, malu ternampak dek brader polis tu.
Apapun, di bulan Ramadan ni, marilah kita jadi seproduktif, jika tak mampu jadi lebih produktif dari bulan-bulan yang lain.
Kerja itu juga ibadah. Kita tunailah seperti mana kita tunaikan ibadah-ibadah lain. Dengan keikhlasan dan dengan sepenuh hati.