
Masalah jerawat memanglah isu biasa, andai sebiji dua mungkin tidak menyebabkan tekanan pada diri kita. Namun jika semakin hari semakin banyak pula jerawat yang ditumbul diwajah, memang boleh mengundang rasa tidak selesa dan mungkin kurang rasa keyakinan diri bila berdekan dengan orang.
Hal yang sama juga turut dilalui oleh seorang ibu dan untuk atasi masalah jerawat tersebut, dia telah amalkan petua dan terbukti berkesan.
Jom semak perkongsian daripada Xiera Tasyara ini, mungkin cara ini juga serasi untuk rawat masalah jerawat di wajah anda.
Petua Kecutkan Jerawat
Kulit mama dah semakin ok, ini akibat tak serasi dengan sesuatu produk hari tu sebab gatal tukar produk. Bila sudah freekan muka beberapa hari tak silap, seminggu baru ok.

Tanpa sebarang produk alhamdulillh mengecut,bersih dan mati jerawat yang timbul tu dengan penggunaan limau nipis dan garam sahaja!
Pagi petang malam mama scrub,lepas tu biarkan selama 5 minit sahaja. Jangan lama-lama sebab limau ni tajam.
Bahan-bahan :

Cara-caranya :
- Ratakan wajah dengan air perahan limau dan garam.
- Kemudian biarkan selama 5 minit.
- Bilas dan cuci guna pencuci muka
Tengok hasilnya dan rasalah kulit tu guna jari,anda yang rasa sendiri betapa lembutnya.
Allah sahaja tahu masa scrub tu pedih ya amat. Sekarang mama lebih yakin dan sekarang tengah pakai skincare ikut keserasian kulit mama. Banyak ilmu dapat bila start pergi kursus produk kosmetik ni. Skincare memang kena ada, kalau tidak serasi sila tukar, jangan biarkan sehingga kena jumpa doktor pakar.
Korang kalau muka tengok teruk macam mama ni. Marilah cuba petua ini, insya Allah sementara nak tukar produk lain tu, gunalah tips ini untuk seminggu.

sumber : Xiera Tasyara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jagalah Hati Ibu Kerana Banyak Keajaibannya. Deep Perkongsian Ni!

Ibu adalah insan yang begitu bererti buat kita semua. Sebagai anak, jagalah hatinya. Telah banyak berkorban dilakukan olehnya untuk kita.
Ini sebagaimana perkongsian dan peringatan daripada ustaz Khairul Anuar Basri ini.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.

Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita.
Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Sumber : Khairul Anuar Basri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Hanya Seminit Memisahkan Kita.” Rakan Kongsi Momen Terakhir Bersama Koperal Safwan Yang Meninggal Dirempuh Pemandu Mabuk!

Insiden yang memilukan membabitkan seorang anggota polis yang meninggal dunia ketika bertugas menjaga lalu lintas semasa PKP masih menjadi bualan. Allahyarham dirempuh hingga meninggal dunia oleh pemandu mabuk menjadi berita utama di media sosial.
Koperal Safwan Muhammad Ismail dilaporkan meninggal dunia serta merta apabila dilanggar pemandu Hilux yang mabuk di lebuhraya LEKAS kira-kira jam 3 pagi.

Dalam satu perkongsian di facebook, salah seorang rakan arwah memuat naik momen perbualan terakhir bersama arwah ketika sama-sama sedang bertugas.
Dalam perbualan mereka, allahyarham ada memaklumkan bahawa hari ini (semalam) merupakan hari terakhir mereka mengawal lalu lintas di situ dan keesokkannya akan berpindah ke tempat lain.


TENANGLAH DISANA WAHAI SAHABAT SEPERJUANGAN
“Malam ni last la kita di sjr ni..Lepas ni dah pindah ke tempat lain dah” kata terakhir yang terkeluar dibibir mulut rakan seperjuanganku.
Hanya seminit memisahkan kita..!

Jam 0200hrs @ 03/05/2020
Aku : Wan aku nk p khemah minum ayaq sat
Wan : Ok..Sambil tersenyum
Renungan dan kata kata akhir arwah padaku
Jam 0205hrs @ 03/05/2020
Kau pergi selamanya sahabat


Terima Kasih kawan atas jasa baktimu pada negara dan masyarakat..Pergimu di bulan yang mulia Bulan Ramadhan memberi satu kelebihan padamu kawan..InsyaAllah pergimu syahid di jalan Allah SWT berbakti pada negara..Harta benda boleh dicari tetapi nyawa tiada ganti..
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..Amin..
Al-Fatihah (Dalam bacaan)


Dalam coretan tersebut juga, sumber turut mengucapkan terima kasih diatas jasa dan bakti arwah yang berkorban tenaga dan masa demi negara serta masyarakat. Pemergiannya di bulan mulia ini begitu berbekas dalam hati rakan-rakan seangkatan.


Dalam pada itu, KDYMM Agong, Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia turut merakamkan salam takziah buat ahli keluarga wira negara itu atas pemergiannya demi negara.
View this post on InstagramA post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
View this post on InstagramA post shared by Tan Sri Muhyiddin Yassin (@muhyiddinyassin_official) on
Sumber : Muhammad Lutfe, Istana Negara, Muhyiddin yasin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak Hidup Tenang Tanpa Ada Hutang Kereta Selepas Umur 50 Tahun, Perunding Kewangan Ini Kongsi Tip Mudah.

Lazimnya setelah memasuki usia 50 tahun ramai yang mula mengurangkan kesibukkan dalam urusan hariannya. Ketika ini ada yang mula merancang bersara awal, malah ada juga yang sedang siap sedia menunggu tempoh bersara yang ditetapkan oleh kerajaan.
Apa yang pastinya, pada usia ini sudah tentu cara hidup akan berubah termasuk soal kewangan.
Sudah tentu kita tidak mahu hidup dalam keadaan berhutang dan liabiliti lain. Nak tahu caranya, jom ikuti perkongsian perunding kewangan ini, Mohd Shukur

Panduan untuk mereka yang berumur 50-an dan ke atas
1) BELI KERETA TUNAI SAHAJA JIKA UMUR ANDA 50 & KE ATAS.
Jika anda dah berumur 50-an dan nak beli kereta, ingatlah jika anda tak mampu beli secara tunai ianya bermakna anda tak mampulah memiliki kereta itu.
Carilah kereta yang anda mampu beli secara tunai.
Ada orang kata orang kaya tak beli tunai, mereka pun beli hutang juga. Yea itu betul juga, tapi ingatlah… ansuran kereta itu dibayar hanya dari duit dividen simpanan mereka sahaja. Mereka tak gunakan duit dari pendapatan aktif / gaji atau duit simpanan apatah lagi duit persaraan.
Semua ansuran atau maintenance cost datangnya dari pendapatan dividen sahaja. Ini bermaksud jika dividen 4% dan ansuran kereta 1500 sebulan, hanya golongan yang ada simpanan tunai 500K sahaja boleh beli secara berhutang ( loan ).
2) APA RISIKO BELI KERETA MEWAH JIKA ANDA SUDAH BERUMUR.
Jika anda sudah tiada nanti, anak-anak anda terpaksa menanggung bebanan kos kereta mewah. Jika anda membeli tunai pun, banyak lagi kos kereta mewah yang mereka warisi :
~ Insurans kereta. Lagi mahal kereta lagi tinggi bayaran premium insurans akan ditanggung.
~ RoadTax. Bagi kereta 2500cc ke atas, anak-anak anda akan menanggung bebanan kos roadtax yang mahal.
~ SpareParts, Wear & Tear, Kos pembaikian dan pemeliharaan kereta mewah setelah berusia 5 tahun kereta amatlah mahal untuk ditanggung oleh anak2 atau isteri anda.
~ Jual aje lah kereta. Cakap memanglah mudah. Jika kereta dah melebihi 10 tahun, anak-anak anda kena cari Cash Buyer sebab lebih 10 tahun dah tak boleh finance kan.
Jika kereta yang masih ada hutang bank, nilai jualan mungkin lebih rendah dari outstanding loan. Kena pulak anak-bini anda top-up untuk menghilangkan bebanan.
3) MOTORHOME
Hari itu ada yang tag saya kat satu posting tentang seorang pesara yang gunakan duit persaraannya untuk beli motorhome. Ini adalah pandangan saya, jika tak manfaat abaikan sahaja yea
Carilah dalam buku financial planning mana pun, tidak ada satu buku pun yang menyarankan anda beli motorhome bila sudah berumur apatah lagi bersara. Kecualilah anda sememangnya kaya….
Motorhome ini adalah trend pesara-pesara kaya di negara-negara yang besar dan luas seperti di Eropah, Australia, New Zealand … di mana makan bulan jika nak travel di negeri sendiri.
Di negara tersebut gaji lebih tinggi dan simpanan mereka pun tinggi sementara harga kenderaan lebih murah pula. Tapi ramai juga yang menyewa. Kalau di Australia contohnya, dorang travel dari Sydney ke Melbourne pun saya tengok ambik masa 2-3 hari, itu ikut hiway.
Kalau ikut jalan biasa pergi ke Adelaide dan lalu ladang-ladang tu mahu 4-5 hari baru dorang sampai. Dan ramai darinya menyewa motorhome tu, tak beli pun.
Malaysia ni kalau dari Shah Alam ke Kedah tu pergi lepas sarapan, sebelum zohor dah sampai. Ambik hotel bajet lagi jimat, selesa dan bersih.
Motorhome ni kalau buang air besar dalam tu habis sepanjang perjalanan “berbau” , bising pasangan anda atau anak nanti. Sendiri maybe tak kisahlah, tapi yang lain kisah kat bau tu.
So bagi saya lebih baik sewa jer kalau takat nak pakai dalam Malaysia. Takyah pening-pening nak bincang sana sini, survey sana sini cari spare part dll. Jangan leburkan duit persaraan anda kepada benda-benda yang akan jadi besi buruk nanti.
Akhirnya anak-anak terpaksa mewarisi bebanan kos yang tinggi. Bukan senang dorang nak cari buyer untuk jual nanti.
Ingatlah juga, kehidupan paling menyedihkan dalam hidup seseorang ialah jika dia jatuh miskin atau menjadi sangat miskin dan papa di usia tua. Situasi ini berlaku jika anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan tua yang sudah pasti akan sakit-sakit sana sini.
Sumber: Mohd Shukur
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

