
Tidak dapat dibayangkan apakah perasaannya bila bukan sahaja kini sedang menjadi tetamu Allah di bumi bertuah, dan dalam masa yang sama dikhabarkan pula dengan keputusan peperiksaan yang begitu cemerlang.
Sesungguhnya begitu besar nikmat Allah dan kegembiraan berganda yang dirasai oleh Nur Safiyyah Nasuha, 18 tahun sekaligus mencuri tumpuan warganet.
Kisahnya dapat menunaikan haji bersama empat beradik ke tanah suci sebelum ini viral dan tidak sampai beberapa hari, sekali lagi mencipta detik indah buatnya.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Raub, Pahang ini berjaya mendapat 8A untuk subjek bahasa Melayu, Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Seni Visual, Prinsip Perakaunan dan C bagi Matematik Tambahan.
Berkongsi kegembiraanya itu, sebagaimana memetik berita di Bernama, Nur Safiyyah Nasuha berkata ibu ayahnya yang berada di Malaysia mengambil slip keputusan berkenaan dan menghubunginya secara panggilan video.
“Saya agak terkejut kerana tak sangka rupanya saya pelajar cemerlang di sekolah,” katanya lagi.
Berkongsi rahsia kejayaannya, Nur Safiyyah Nasuha berkata dia fokus ketika berada di dalam kelas selain menjadikan aktiviti membaca al-Quran sebagai amalan harian.
Menurutnya, dia ingin melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan selain berminat ke universiti di Kanada
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Emosi Saya Macam-Macam Ada…Syukur,Gembira,Nerves & Hiba.” Anak Gadis Berjaya Tamatkan Hafazan, Norman Hakim Luah Rasa Syukur.

Perpisahan ibu bapa bukan penghalang untuk anak-anak berjaya seperti orang lain. Malah, hubungan baik biarpun masing-masing sudah memiliki keluarga sendiri membuatkan mereka dikagumi. Mungkin itulah yang menyebabkan anak-anak mereka terdidik dengan sempurna dan akhirnya berjaya seorang demi seorang.
Jika sebelum ini si abang mengharumkan nama keluarga apabila berjaya bergelar Al-Hafiz dan menamatkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta, Turki, kini giliran si adik pula berjaya menamatkan pengajian Hafazan dan diraikan dalam satu Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa Ke-6.
Lebih manis lagi, majilis tamat hafazan itu berlangsung sempena dengan bulan kelahiran Maulidur Rasul. Norman Hakim berkongsi cerita mengenai majlis tersebut di laman instagramnya.
Ayah mana yang tak bangga kan dengan pencapaian tersebut, suami kepada Memey Suhaiza itu sangat bersyukur dan gembira atas pencapaian anak gadisnya itu.
Alhamdulillah syukur Ustazah bagitau Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat hafal 160 bait itu dalam masa 4 hari.Allahu alhamdulillah syukur terima kasih sekali lagi Ya Allah Maha Pengasih & Pemberi segala nikmat & rahmat
Terima kasih Ya Allah kerana memilih & memberi peluang kepada anak2 kami dalam memperjuangkan kitab2 suciMu,”luahan hati Norman di kapsyennya semalam.
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Turut hadir memberi sokongan adalah Abby Abadi dan juga suaminya. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan sangat kagum dengan cara Norman dan Abby membesarkan anak-anak mereka walaupun bukan lagi bergelar suami isteri.
noli.azib Tahniah buat Marrisa dan anak2 Assofa yg menerima anugerah pada hari ini semoga menjadi anak2 yg soleh dan solehah didunia akhirat dan berbakti kepada kedua orang tua …semoga Al Quran sentiasa di dalam hati mereka…
Aamin ya rabb…
mashitah80 Alhamdulillah.. Tahniah buat @marissadania_, @normanhakim_786 dan @abby_abadi112 .. Anda semua hebat… Menjadi contoh buat yang lain2
bayu_angin_pagi Bangga nya ibu dan bapa..inilah anak yg akan dibanggakan dunia dan akhirat. Smoga anak sya pun bgini..
junskitchen73 Alhamdulillah…tahniah ayahbonda nya dan marissa yang cantik…lagi bijaksana.
pierahimcantik Alhamdulillah..bertuah Norman hakim Dan Abby ada anak Hafiz Dan hafizah.doakan anakanda saya Abdul Hakim juga berjaya Hafiz Alquran
iamqieynah_azmi SubhanaAllah…kerdilnya rasa diri bla tgk ank² abg @normanhakim_786…Tahniah bt abg @normanhakim_786 sekeluarga…smg keluarga abg @normanhakim_786menjadi aspirasi kpd ibu bapa diluar sana utk jadikan Al-Quran medium utama dalam sesebuah keluarga…InshaaAllah…Aamiin…
Sumber: IG normanhakim_786
‘Sebiji Macam Kartun Sebenar!’ Kanak-kanak Ini Dipuji Kerana Lukisan Persis Watak Asal

Setiap orang dikurniakan kelebihan dan juga kekurangan yang tersendiri. Namun jika kita pandai menggunakan kelebihan dengan cara yang betul, pasti akan menutupi kelemahan yang ada.
Seorang guru bernama Haiqal Iskandar telah berkongsi kelebihan yang ada pada seorang anak muridnya. Kanak-kanak ini telah menarik perhatian ramai dengan hasil lukisannya yang benar-benar kelihatan asli seperti karya asal pelukis sebenar.
“Salah seorang pelajar darjah 6 saya. Dari segi akademik dia mungkin biasa-biasa sahaja, dia dalam kelas terakhir tetapi lihatlah bakatnya.
“Dia sangat berbakat dan kreatif dari segi seni.. Dia boleh melukis kartun kegemarannya dan ia kelihatan sama persis dengan watak asal.
“Saya kagum dengan bakatnya,” kata Haiqal, dalam satu posting.
Di ruangan komen, ramai yang memuji budak lelaki itu kerana lukisannya yang cemerlang.
“Dia sangat berbakat, bukan semua orang boleh melukis,” kata Mimi Ajeerah di Facebook.
Shira Abdul Majid berkata, dia berharap anak lelaki itu akan digilap kemahirannya sehingga dia bersinar.
“Budak lelaki itu berbakat. Semoga berjaya kerana kemahiran anda digilap sehingga anda bersinar,” katanya.
Syafila Rosli pula menyuarakan harapan agar budak lelaki itu menjadi kartunis terkenal suatu hari nanti.
“Semoga suatu hari nanti anda menjadi kartunis terkenal,” tulisnya.
Ada juga yang mengatakan ingin menjadikan hasil lukisan kanak-kanak ini sebagai koleksi kerana terdapat banyak watak kartun yang menarik.
Lukisannya juga cantik namun jika menggunakan peralatan seperti artline drawing dan skecth book, pasti hasilnya lebih menyerlah.
Makin Disiram Makin Tak Subur Pokok. Fahami Waktu Ideal Menyiram!

Ternyata, menyiram tanaman juga tidak boleh diambil ringan. Ada waktu-waktu yang tertentu yang harus diikuti supaya tanaman boleh hidup subur.
Namun menyiram secara berlebihan atau menyiram pokok ketika panas terik supaya tanaman terus terlihat segar dan tidak layu, itu pula tidak bagus untuk tumbuhan.
Memahami lebih lagi berkenaan siraman pokok, ayuh kita baca perkongsian daripada Tok Serama. Semoga bermanfaat.
Cara Siram Pokok Di Waktu Pagi, Petang, Malam, Waktu Yang Mana Lebih Ideal?
Musim cuaca tak menentu ni, ramai kengkawan mengalami masalah tiba-tiba tanaman layu walupun telah disiram. Bila terlebih siram kononya nak bekalkan air yang mencukupi untuk tanaman ketika panas memuncak, ada pula masalah lain yang datang iaitu serangan kulat sebab medium terlalu basah. Pening kepala dibuatnya. Sebenarnya, nak menyiram pun ada tekniknya. Bukan boleh sebarang siram je.. kalau tak tanaman tak cukup air ada yang mati sebab terlebih air.
Jadi, yang memainkan peranan adalah pilihan waktu yang tepat untuk menyiram.
Kebiasaanya, waktu ideal untuk menyiram tanaman adalah di awal pagi sebelum pukul 10am. Jadi, air yang dibekalkan dapat diserap sepenuhnya oleh tanaman sebelum menjelang tengah hari. Jadi, air dalam badan tanaman telah cukup sepenuhnya sebelum terima kepanasan yang memuncak. Selain itu, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat dalam menyiram pokok. Antaranya:
Memilih waktu yang tepat
Seperti yang dinyatakan di atas, siraman paling ideal dilakukan sebelum pukul 10 pagi.
Sirkulasi atau kitaran hidup tanaman paling aktif pada awal pagi. Jadi, air yang dibekalkan dan di gunakan sepenuhnya untuk kitaran fotosintesis menghasilkan makanan mengikut keperluan tanaman.
Jika tanaman disiram ketika wakti matahari telah terik memuncak. Ia dikhuatiri dapat membakar tanaman. Ia akan menyebabkan kerosakkan pada tisu dan sel tanaman.
Tidak sempat siram di pagi hari
Jika anda tidak berkesempatan melakukan siraman di pagi hari di sebabkan hal yang lain perlu di selesaikan terlebih dahulu atau bekerja, lakukan siraman lewat petang.
Lewat pun takda lah lewat sangat, siraman petang perlu dilakukan selepas pukul 4 sebelum tibanya 6 petang.
Jika siraman dilakukan selepas 6, khuatir air yang disiram akan bertakung di dalam medium dan celah tanaman. Hal ini lebih bahaya kerana bahagian yang menakung air akan menjadi habitat serangga atau bakteria perosak tanaman. Namun, penyiraman di waktu petang tidak digalakkan untuk dilakukan setiap hari.
Jangan siram di malam hari
Proses tanaman akn terhenti di malam hari. Ini bermakna sebarnag air yang disiram tidak dapat diserap dan diproses oleh tanaman. Lebih mudah difahami, pokok tidur di malam hari. Ini akan menyebabkan tanaman tidak dapat nutrisi yang diperlukan sepenuhnya untuk tumbesaran. Disamping itu juga, air yang disiram tidak kering dan terperangkap pada bahagian tanaman tertentu akan mengundang potensi ancaman perosak dan penyakit.
Menyiram di malam hari hanya boleh dilakukan jika keadaan amat terdesak dan penyiraman dilakukan pada kadar kuantiti air yang sangat minima. Cukup sekadar membasahi medium tanaman dan siraman terus dilakukan pada permukaan medium
Sumber : Tok Serama