Didik anak cinta solat merupakan satu cabaran besar kepada semua ibu bapa tak terkecuali selebriti Datin Rebecca Nur-Islam atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Becca.

Ibu kepada tujuh orang anak ini mengakui anak-anak akan mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Jadi sebagai ibu bapa, kita kena tunjukkan perbuatan yang baik di depan anak-anak.

Bagaimanapun lumrah anak-anak, masing-masing ada perangai yang berbeza-beza. Sudah tentu ada cabaran tersendiri yang perlu dihadapi dalam membesarkan anak-anak terutama bila melibatkan bab bersolat.

Bagi Mummy Becca sendiri, dia bukan seorang ibu yang garang atau menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anaknya walaupun pada anak-anak yang kadangkala tak nak dengar kata.

“Biasalah dalam ramai-ramai anak akan ada yang kadang tak nak dengar cakap kita terutama bila dia tengah asyik main game kita suruh berhenti dan solat. Biasanya saya akan ambil tindakan membebel je.

Macam anak saya Adam tu, kalau dia tengah main game kita suruh berhenti mandi dan solat tapi dia buat tak tau je, saya akan cakap kalau satu hari Mummy takde tiba-tiba, so macam mana. Dia akan terus bangun dan segera buat apa yang saya suruh,” kongsi Mummy Becca tentang pendekatan yang digunakan untuk menyuruh anak bersolat dalam sesi live Pa&Ma E-Workshop Kem Solat Anak Mudah, Seronok & Berkesan.

Gemar Berbual Dengan Anak

Menurut Rebecca cara tersebut didapati berkesan untuk membuatkan anaknya mudah mendengar kata selepas satu hari mereka sekeluarga membuat sesi berbual tentang kehidupan di meja makan.

Datin Rebecca Nur Islam Guna Ayat Sedih “Kalau Mummy Takde” Untuk Disiplinkan Anak-Anaknya Bersolat
FOTO: Instagram Rebecca Nur-Islam

“Masa kat meja makan tu saya berbual dengan anak-anak tentang pelbagai dugaan yang kita lalui dalam dunia sekarang ni, tentang kedatangan hari kiamat, tentang bagaimana kehidupan bila saya dan daddy mereka tiada nanti. Jika mereka selalu nak buat nakal dan tak nak dengar kata, asyik nak main games je. Tiba-tiba anak-anak saya menangis sebab takut kehilangan kami,” ceritanya.

IKLAN

Selain daripada itu Rebecca mendapati caranya yang sukar mengingatkan anak-anak tentang pentingnya bersolat untuk kekuatan mereka sendiri berkesan untuk membuatkan anak-anaknya mudah bersolat.

“Saya suka bercakap dengan anak-anak dr segi ingatkan dia masa akan datang. Walaupun nakal dan kadang-kadang tak nak dengar cakap mummy tapi kita kena solat sebab solat ni macam dinding kepada rumah.

Saya suka buat mereka berfikir. So kalau rumah tak de dinding apa jadi dengan rumah kita? Nanti mereka akan terfikirlah dan cakap tak cantiklah rumah kalau tak ada dinding.

Jadi macam tu lah dengan solat, kalau tak solat kita jadi lagi nakal dan tak nak dengar cakap mummy.

Selain dari itu saya juga bagitau mereka bila solat mereka boleh mintak doa pada Allah apa sahaja yang diinginkan. InsyaAllah akan dimakbulkan. Syukur kerana anak-anak saya memang anak yang mendengar kata.”

Pengalaman Bawa Anak Umrah

Rebecca yang baru empat hari pulang dari mengerjakan umrah bersama suami dan kesemua anaknya bersyukur kerana mereka semua mendapat peluang bersolat depan kaabah.

Datin Rebecca Nur Islam Guna Ayat Sedih “Kalau Mummy Takde” Untuk Disiplinkan Anak-Anaknya Bersolat
FOTO: Instagram Rebecca Nur Islam

Menurutnya peluang tersebut turut membuka mata anak-anaknya tentang amalan solat yang sentiasa diingatkan.

IKLAN

“Bila dapat peluang solat depan kaabah, mereka tanya kenapa macam-macam jenis manusia pelbagai jenis warna kulit bersolat depan kaabah. Saya beritahu mereka semua yang hadir di sini bersolat kerana Allah, sama macam yang mummy selalu pesan kat anak-anak. Semua mereka ada keinginan yang mereka nak dari Allah. Jadi mereka bersungguh-sungguh bersolat.

Secara tak langsung terutama anak-anak yang lebih kecil lebih memahami maksud solat yang selama ini mummy selalu ingatkan.

Katanya InsyaAllah apa yang kita didik dari kecil itu yang anak-anak akan amalkan sampai besar. Jadi peranan ibu bapa itu sangat penting dalam bab mendisiplinkan anak bersolat.

“Biasanya anak-anak yang masih kecil dalam usia 3 tahun ke bawah akan rapat dengan mummy dan daddy. The fact is anak akan tengok dan contohi apa yang kita selalu buat.

Contohnya kalau kita selalu baca al-Quran dan solat, mereka akan ikut perbuatan kita. Masa anak-anak kecil mereka selalu akan bentang sejadah bila saya nak solat. Lepas tu mereka buat aksi meniru perbuatan solat.

Adakalanya memang gelagat mereka tu lucu dan boleh membatalkan solat kita sebab tak tahan gelak. Tapi kita raikan sahaja gelagat anak-anak kecil sebab saya beranggapan masa kecil mereka hanya sekali, so apa yang mereka buat masa kecil semuanya jadi memori,” ujarnya yang tidak menggunakan pendekatan marah atau pukul anak.

IKLAN

Ambil Ustaz & Ustazah Ajar Anak Bersolat

Selain sentiasa mengingtkan anak-anak tentang solat, Rebecca turut mengambil ustaz dan ustazah untuk mengajar anak-anaknya bersolat di rumah.

“Walaupun kita memang ajar anak-anak solat di rumah tapi adakalanya terlepas benda-benda detail dalam mendidik anak-anak tentang solat. Anak-anak saya dah sedia maklum kelas solat mereka setiap hari apa dalam seminggu. Ustaz akan ajar anak-anak lelaki dan ustazah pula ajar anak-anak perempuan.”

Justeru Rebecca turut menyarankan agar ibu bapa lain yang mungkin tidak sempat untuk konsisten mengajar anak solat, boleh usahakan mencari ustaz atau ustazah yang boleh datang ke rumah mengajar anak-anak solat atau hantar mereka ke kelas-kelas atau kursus-kursus belajar solat sejak usia kecil.

Datin Rebecca Nur Islam Guna Ayat Sedih “Kalau Mummy Takde” Untuk Disiplinkan Anak-Anaknya Bersolat
FOTO: Instagram Rebecca Nur Islam

“Tetapi bagi yang ada masa macam suri rumah, memang beruntunglah boleh ajar anak bersolat. Yang penting kita kena konsisten ajar setiap hari. Ajar dalam 10 minit secara konsisten langkah demi langkah untuk bersolat bermula daripada ambil wuduk dan seterusnya.

Katanya, anak-anak kecil sangat bijak. Kalau kita ajar mereka secara konsisten InsyaAllah mereka akan ingat dengan mudah,” demikian menurut ibu yang memperuntukkan setiap hujung minggu untuk hari bersama anak-anak sambil buat ulang kaji secara santai.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI