Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sememangnya ikon bapa yang cukup ideal. Apa tidaknya, kejayaan membentuk dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya menjadi sumber inspirasi buat ibu bapa yang lain.
Apa sahaja yang beliau praktikkan untuk anak-anak pasti menjadi. Itu yang membuatkan ramai kagum dengan semangat dan juga kerajinannya terutama dalam melayan anak-anaknya baik ketika mendidik mahupun ketika waktu senggang.
Namun, baru-baru ini menerusi laman instagramnya, doktor pakar bedah Ortopedik itu telah berkongsi gambar dan video menunjukkan beliau cuba mendandan rambut anak sulungnya Bella. Apa yang melucukan, walaupun cukup mahir dalam bab mendidik, namun dalam bab perempuan ini tidak menjadi dan amat sukar sekali buat beliau.
Ads
Video berdurasi lebih kurang 1 minit itu telah mendapat perhatian para pengikutnya di Instagram beliau. Ramai memuji cara layanan dan didikan bapa kepada empat orang anak itu, terutamanya dalam usaha melayan anak-anak perempuannya. Tidak kurang juga komen netizen yang terhibur dengan gelagat dua beranak itu.
Ads
Malah, kedengaran Bella berpesan kepada ayahnya untuk tidak mengikat rambutnya senget. Cuba untuk menafikan perkara itu dengan mengatakan beliau sentiasa mengikatnya secara lurus, tetapi Bella tetap dengan pendirian mengatakan ikatan rambut ayahnya senget. Comel jer dua beranak ni kan.
Rata-rata pengikutnya meninggalkan komen yang memuji dua beranak ini. tak kurang yang berkongsi pengalaman yang sama.
wafaoven Moment ni mmg anak2 akan kenang sampai besar. Masa saya dari sekolah tadika sampai darjah 2 tak salah arwah abah la yang sikatkan rambut. Letakkan minyak Zam zam (yg bau tengik tu) tp rambut sihat. Tgk video ni sya boleh ternampak masa kecil saya dulu
aishazahra16@yatie3207 rindu my dad letak minyak rambut n tolong sikat rambut tepi.. Haha.. My dad layankan je pemintaan anaknya ?
rozitaritadanny Dato sama jek dgn suami saya..boleh ikatkn rambut anak dara??masa dia tadika dulu tp masa saya gi kje jek…ank dara saya selalu ckp..x ketat..senget2..haha..cute..moment ni akn kte kenang masa ari tua nti knn ❤️ as always
iam_ellekhaleesiDoctor,my husband pun struggle tied my girl hair,sampai dia suruh I duduk sebelah tengok and guide him,ponytail je pun punyalah susah sampai stress,until my girlnangis baru dia stop
Tanggungjawab mengurus keluarga dan anak-anak pasti ada cabaran dan perlu diurus dengan sebaik mungkin secara berterusan.
Pastinya antara kita ada cara yang tertentu untuk melaluinya. Dan kali ini, ikuti perkongsian pengalaman dan amalan dari seorang ibu anak 5 ini, semoga bermanfaat.
Yeee…Saya memang sejenis yang “Kuno” dalam banyak perkara, dalam kehidupan, dalam mendidik anak5 dan dalam menguruskan rumahtangga. Itu cara saya dan saya yakin yang Allah adalah Pengurus saya. Biarlah orang nak cakap apa, tapi inilah yang saya pegang dalam hidup saya.
1-Nak keluar rumah, masuk rumah, naik kereta, bila rasa takut, kalau rasa neves dan ragu2 atau masa nak exam mesti baca Ayat Kursi. Kalau kitorang pergi bercuti pun, sebelum masuk bilik hotel memang dari lif pun kami dah baca ayat kursi..Dah terbiasa..Anak 5 pun sama..jadi spontan.
2-Solat Dhuha jangan tinggal. Anak 5 tahu lepas subuh, nak buat apa-apa buat dulu tapi pukul 10 mesti solat Dhuha dan solat hajat.Sekejap je tak lama pun. Petua Murah Rezeki.
3-Saya memang sejenis sujud lama. Sujud terakhir tu. tak kire la kat ofis ke mana ke, memang lama (Tarik nafas tu dalam-dalam sikit bagi ada gerak-gerak takut kang orang ingat dah meninggal) Sebab masa sujud tu la saya mintak segala-gala kat Allah.Nak minta apapun mintaklah. Mintak hari-hari,satu hari mesti Allah kesian, Mesti DIA bagi Doa yang baik-baik, Doakan yang baik-baik untuk orang lain juga..Yakin je Allah makbulkan semua..Best Kalau sedih,nangis lah puas-puas, lepaskan segala-gala Kat sape lagi nak mengadu free kan.
4-Lepas Setiap Solat, mulut automatic akan baca Ayat 1000 Dinar. Dari kecik sampai la ke sekarang.Yakin Allah limpahruahkan rezeki. Pastu baca doa Pembuka Ijabah (boleh tengok gambar2 kt bawah tu nanti). Kita baca doa2 pendek je,senang. Sesambil bukak telekung dan lipat sejadah tu baca je la sulamkan dengan zikir.
5-Lepas subuh, suka bukak semua tingkap dan pintu (tinggal grill je) pastu pasang Diffuser Lemon+Peppermint YL dan buka Bacaan Ayat Quran..Rasa tenang dan happy je. Lagi satu yang paling penting, rumah kene sentiasa bersih.Pintu toilet sentiasa tutup. Suami dan Anak5 memang tau kepantang mama kalau rumah tak bersih. Kalau rumah kotor, rezeki pun menyampah nak masuk..Macam kita jugak kan.
6-Kalau tiba2 rasa mula nak meninggi diri,rasa macam cepat nak marah dan rasa mcm mood tak stabil, saya akan buka Ayat Ruqyah kat fon. Bagi dengar satu rumah. Kita tak tau “apa” yang ikut kita balik dan mungkin ada org yang tak puas hati dengan kita..syaitan ni nak menjahanamkan kita ni banyak naw cara..so ruqyah je dengan ayat-ayat Quran..kt Youtube ada.
7-Saya suka dengar ceramah motivasi hihi..suka amalkan yang baik2. Mudah percaya kalau ustaz@ustazah tu kata “bacalah ayat ni untuk…….,In Sha Allah dimakbulkan dan……” uishh kemain suka..mesti saya buat lepas tu. Rasa meluap-meluap semangat.
8-Masa tengah masak @ buat apa-apalah makanan ke air ke untuk anak5, saya akan baca “Inna maa amruhu izaa aroo da syai ann ayya kuu lala hu…(sebut nama anak5)…kun faya kunn” pastu hembus dengan niat Allah lembutkan hati mereka, mudah dengar kata, mudah dijaga dan diuruskan,In Sha Allah.
9-Ada je peluang, pastikan anak5 solat
berjemaah. Lepas solat wajibkan salam dan cium pipi dan dahi mama papa, adik-beradik..Mula dengan yang paling tua sampai ke paling kecik..haa nampak tak mama punye peraturan.mudah je tapi kene ikut..Kuasa Veto
10-Lepas solat,mesti mengaji..sikit pun jadilah.Nak berjaya, nak tenang, nak terang hati, jangan jauh dr Al-Quran. Bila dah biasa, kalau tak mengaji, diorang sendiri rasa tak best..Alhamdulillah3 kakak2 semua dah khatam sebelum masuk darjah 5.
11-Sebelum tidur, masuk bilik, bukak bacaan ayat quran, pasang diffuser, salam semua orang, minta maaf dengan mama papa, mama papa pun harus minta maaf dengan anak5 (jangan ego,kita tak sedar yang kita pun banyak buat silap pada anak5), cium pipi dahi, maafkan semua orang, pastu baca Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat kursi..Mengucap dan tidur.
11-Saya suka buat Air Yasin. Dari kecik, perangai camtu..alaa bukan susah pon, amik air satu botol, bukak penutupnyer, baca la yasin macam biasa. Siap. Saya yakin bila minum air yasin ni sambil niat dalam hati nak bijak, nak sihat, nak cantik (ini poyo), Allah bagi semua yang kita niat tadi dalam air yasin tu. Tak yah dah makan vitamin2 chantek tu.
Kalau papa ada sini, papa yang akan buat air yasin, anak5 minum la tiap-tiap hari macam minum air masak tu kan..bila dah surut, tambah je air masak lagi. Kalau beli kereta ke motor baru ke,1st skali saya akan siram dengan air yasin sambil selawat dengab niat Allah pelihara dari perkara-perkara yang tak diingini sampai Salesman tu macam pelik apesal la minah ni..ehh sukatilah.
12-Saya yakin dengan Power of Sedekah. Saya yakin dengan buat baik pada orang. Permudahkan urusan orang. Saya yakin dengan berkongsi rezeki dengan orang dan support orang yang rajin usaha cari rezeki. Bukan sebab saya baik tapi saya harapkan yang baik-baik je Allah datangkan dalam hidup saya. Alhamdulillah3 hingga ke harini, Allah permudahkan urusan sy..Allahu.
13-Saya memang suka sebut ayat-ayat yang baik2 yang best2 didengar mcm “anak5 bijak pintar soleh solehah” Suka comment doakan dan bagi semangat kat sahabat2, saya suka sebut sifat2 Allah dalam tulisan2 saya contohnya :”Aamiinn3 Ya Mujib Ya Bariq Ya Muhaimin” & “Sedappnyaa kitorang makan harini Masha Allah”..klau masak tak berape sedap pun jadi sedap tau haa. Pastu, tak yah balas apa yang orang buat tak elok pada kita, abaikan orang nak cakap apa pun, itu bahagian dia, ujian buat dia..Reti lah dia selesaikan. Allah kan Ada..Biar Allah kasi settle.
14-Dan yang last sekali, jangan lupa bersyukur. Bersyukurlah atas semua Nikmat Allah yang kita ada ni.Nanti Allah tambah la lagi dan lagi. Sabar, Redha, Hargai dan Nikmati sisa hidup yang entah sampai bila je Allah pinjamkan untuk kita ni. Jangan persoalkan apa yang Allah belum bagi.Jangan dengki dengan apa yang orang lain ada. Yang negative2 semua tolak tepi, amik aura2 yang positive2 sahaja. Tak yah penat-penat berpura-berpura jasi baik..Jadi je orang yang baik walau kita tak dilayan dengan baik. Lambat laun nanti dia sedar la tu nanti. Kita? Teruskan Bahagia dengan cara sendiri.
Okeyy tu je nak share. Kemain panjang si Ecah tulis pagi ni. Takpelah kan, mana yang baik,kita kongsi sama2. Mana tau terjentik hati ada yang nak follow. Rezeki jugak tu kan. Moga Allah makbulkan semua doa-doa kita yang baik-baik tanpa satu pun yang tertinggal. Aamiinn3 Ya Mujib. WaallahuAlam.
Kasih ibu seluas lautan tanpa bersyarat, begitulah yang sering diperkatakan. Bahkan dengan kasih sayang ibu, semua keinginan dan keperluan seisi rumah diurus sebaik-baiknya.
Pun begitu, dalam meniti usia yang semakin meningkat dari hari ke hari, umumnya hati seorang ibu dikatakan begitu sensitif dan sebagai anak perlulah menyantuni ibu ayah dengan sebaik-baiknya.
Hal ini turut menarik minat Ustaz Khairul Anuar Basri untuk memberikan peringatan buat kita semua melalui perkongsian di fbnya. Semoga bermanfaat.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban. Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita. Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu. Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita. Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita. Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit. Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita. Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan. Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Kaedah menyimpan lebihan makanan dengan cara dibekukan cukup praktikal untuk dilakukan bagi mengelakkan pembaziran andai banyak makanan tidak dapat dihabiskan.
Berbanding menjadi kelaziman kita ibu-ibu ini asal ada lebihan makanan, semuanya terus dimasukkan ke dalam peti ais. Maklumlah sayang hendak dibuang, lagi-lagi jika banyak kuantitinya.
Pun begitu, sebenarnya kaedah itu tidak praktikal untuk ibu-ibu lakukan agar lebihan makanan tersebut dapat kekal elok dan selamat untuk tempoh yang lebih panjang hingga berbulan-bulan lamanya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia untuk panduan bersama.
Tabiat kita bila makanan tak habis, kita selalu simpan dalam peti ais untuk dimakan kemudian hari. Tapi selalunya tidak tahan lama. Esok lusa dah basi.
Tahukah anda, makanan-makanan ini boleh disejukbekukan supaya ianya tahan lebih lama?
Berikut adalah makanan dan jangka hayat jika ianya disejukbekukan.
Share dan simpan infografik ini agar boleh jadi rujukan bila nak simpan makanan nanti.
Apa yang pasti, melalui kaedah menyimpan lebihan makanan dengan cara dimasukkan ke dalam bekas berpenutup dan kemudian dibekukan sebagaimana saranan Publick Health Malaysia ini cukup praktikal untuk dilakukan bagi mengelakkan pembaziran andai banyak makanan tidak dapat dihabiskan.
Contohnya, marjerin/mentega yang sering kita gunakan untuk menyediakan hidangan kek atau biskut. Sekiranya masih berbaki eloklah disimpan di ruangan sejuk beku untuk tujuan simpanan lebih lama.
Jangan tak tahu, lebihan marjerin tersebut bila disimpan dengan cara ini boleh bertahan dan kekal elok selama hingga 9 bulan lamanya.
Manakala dengan menyimpan cara bekukan pizza, ia akan kekal selamat untuk dimakan sehingga 1 bulan lamanya.
Begitu juga dengan beberapa jenis makanan lain yang ada di dalam infografik yang dikongsikan itu. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
p/s:
Pastikan ianya dibalut dengan ketat atau disimpan dalam bekas sebelum disejukbekukan