Semenjak dua menjak ini cuaca cukup panas kita rasakan, bukan sahaja terasa bila berada di luar rumah bahkan di dalam rumah juga terasa bahangnya. Anak-anak tidak selesa dan menyebabkan kita seisi keluarga akan lebih kerap menggunakan penghawa dingin. Bahkan tidak dinafikan, bila cuaca panas kita juga menyebabkan kita mahu sentiasa minum air yang sejuk untuk menghilangkan dahaga. Jika ada penapis air tersedia, cukup memudahkan untuk dinikmati kesegarannya.

Pun begitu, tahukah anda dengan perubahan penggunaan alatan elektrik di rumah sepanjang tempuh cuaca panas ini secara tidak langsung akan memberi kesan pada peningkatan bil elektrik. Begitu juga dengan penggunaan mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Bila Cuaca Panas, Bil Elektrik Naik Melambung. Salah Satu Puncanya Dari Penggunaan Penapis Air. Sila Takenote!

Ini dijelaskan lagi oleh Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.

“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.

Bila Cuaca Panas, Bil Elektrik Naik Melambung. Salah Satu Puncanya Dari Penggunaan Penapis Air. Sila Takenote!

IKLAN

“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kompresor Lebih Kerap Berfungsi

Beliau berkata contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.

IKLAN

Ismail Lathifi berkata jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.

Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Langkah Penjimatan

IKLAN

“Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” katanya.

Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

“Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik,” katanya lagi.

Sumber : Bernama

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI