Insiden kehilangan bagasi ketika tiba di Madinah, anggota kumpulan Zero, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif bagaimana pun menganggap itu adalah ujian buat dirinya.
Di sebalik kejadian tersebut, isterinya Shafeeqa Johari bersyukur apabila suami kesayangannya itu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan baik apabila berjaya membawa ibunya menunaikan umrah.
Menurut Shafeeqa, sebagai seorang menantu dia berasa gembira melihat suaminya memberanikan diri membawa dan menjaga ibunya dengan baik sepanjang berada di Tanah Suci.
Ads
Shafeeqa berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagramnya.
“Aku hanya menumpang kasih anak mu yang kau lahirkan… memang dia tak lahirkan aku, tapi dia lahirkan suamiku.
“Aku bukan orang Sabah jadi kalau berbual memang ayam dan itik lah. Tapi semua tu bukan halangan untuk aku mengingatkan suami tentang tanggungjawab. “Saya bukan mahu jadi menantu yang diagungkan, menantu kesayangan… Tapi saya pon ada anak. Saya juga akan rasakan apa yang dia rasa.
Ads
“Itulah pesan mak aku dari awal lagi. Pengalaman mengajar ku… Alhamdulillah… dia sahut cabaranku, dia beranikan diri bawa maknya. “Selalu semua aku yang settlekan… 9 days to go. Bersabar lah wahai suami, ada ganjaranmu nanti. Beg baju hilang. Semoga Allah permudahkan urusan mu. “@akueatu biarlah beg hilang… Jangan kau hilang dari hidup ku. Chia chia chia!!! Gambar kucing bila nak dapat?” tulis Shafeeqa lagi.
Boleh dikatakan bab menasihati anak-anak ini, kita sebagai ibu ayah tidak pernah penat untuk bercakap tentang hal ini. Kalau boleh 24 jam sehari ada sahaja nasihat yang ingin kita berikan. Ada sahaja yang ingin kita betulkan setiap tindak tanduk anak-anak kita, semua untuk kebaikan mereka juga.
Pun begitu, sedihnya anak-anak sering pula menganggap apa yang kita ucapkan sebagai satu bebelan semata-mata. Langsung tidak terkesan di hati. Usaha kita ibarat mencurah air di daun keladi.
Jadi bagaimana harus kita lakukan?
Untuk itu ada baiknya kita baca perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, daripada Parent Connect Consultancy untuk info bersama.
“Mama tak marah! Mama cuma nasihat!”
Itulah skrip biasa yang sering kita dengar atau kita sendiri yang sebut dengan suara tinggi ketika mendepani kerenah anak.
Selalunya waktu anak pecahkan pinggan, anak sepahkan mainan, anak bangun lewat, anak melawan cakap, anak khusyuk bermain ‘game’, anak berkelahi, anak berlama-lama dalam bilik air, anak buang masa, anak malas, anak degil, anak protes dan sebagainya, itulah juga waktunya kita hendak memberi ‘tazkirah’ kepada anak.
Niat memberi nasihat itu akhirnya bertukar menjadi bebelan, menjadi ugutan, keluar ungkapan tidak enak, dan lebih parah lagi menjadi episod jawab menjawab dengan anak.
Nasihat akhirnya menjadi ungkapan kosong masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Buang masa dan buang tenaga.
Nasihat harus sampai ke hati terlebih dahulu, barulah otak akan mula berfungsi untuk memikirkan kesan dan akibat sesuatu perbuatan.
Anak tidak akan dapat menerima nasihat pada bila-bila masa. Ada waktunya keadaan fizikal, mental dan emosi anak tidak bersedia untuk menerima nasihat ataupun terlalu terbeban dengan perkara lain walaupun kita bersemangat memberi nasihat.
BILAKAH WAKTU YANG SESUAI MENASIHATI ANAK?
Dr. Muhammad Abdul Hafizh Suwaid dalam buku Prophetic Parenting mencadangkan 3 waktu yang paling efektif dan paling sesuai untuk menasihati anak. Satu lagi adalah cadangan saya sendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
4 waktunya adalah:
1. WAKTU MAKAN
Sekurang-kurangnya sekali sehari duduklah bersama-sama menikmati hidangan sekeluarga di meja makan. Inilah masanya kita mendengar cerita anak-anak tentang hari yang dilalui mereka. Inilah waktunya mereka akan meminta dan memerlukan nasihat secara langsung atau secara tidak langsung. Ketika kita mendengar dan bercerita, selitkanlah nasihat dan panduan sebagai pedoman untuk anak-anak.
Inilah juga masanya kita menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, adab mengambil makanan, adab menyuap makanan, adab berdoa, adab bersyukur dengan rezeki yang berada di depan mata, adab berbicara dan adab mendengar.
Waktu makan adalah waktu santai. Kata orang, kenyang perut senang hati. Apabila hati senang, nasihat dan panduan pun mudah sampai ke dasar hati.
Oleh sebab inilah adalah merugikan sekiranya waktu makan dijadikan waktu untuk anak melayan gajet atau sambil menonton televisyen. Jika kita terlepas peluang untuk memberi nasihat pada waktu ini kerana gajet, mungkin kita juga akan terlepas peluang pada waktu lain. Jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.
2. WAKTU DALAM PERJALANAN
Kehidupan moden adalah kehidupan yang terkejar-kejar. Keluar rumah awal pagi, pulang ke rumah setelah tiada matahari. Beruntunglah mereka yang boleh bekerja masa fleksi.
Sebenarnya waktu yang singkat dan terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak dari sekolah merupakan waktu yang efektif untuk menasihati anak. Nasihat tidak semestinya panjang lebar. Nasihat yang ringkas dan padat lebih mudah dihadam berbanding nasihat yang penuh berfalsafah.
Dalam perjalanan ke sekolah nasihatilah anak tentang adab dan akhlak bersama guru, bersama rakan-rakan dan juga terhadap orang sekeliling. Nasihat anak supaya gigih berusaha. Sesuatu insiden atau kejadian di luar kenderaan juga boleh dijadikan modal untuk menasihati anak, supaya anak peka dan cakna dengan keadaan sekeliling.
Di samping bersantai mendengar lagu-lagu di radio, pilihlah juga saluran radio yang bermanfaat, yang boleh dijadikan modal perbincangan bagi menjana minda anak-anak.
Seperti bait lirik nasyid oleh kumpulan Raihan
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”
Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah pula, dengarlah cerita anak tentang sekolah, tentang guru, tentang rakan-rakan anak dan juga tentang tugasan sekolah agar kita faham dan terlibat dengan persekolahan anak. Apabila kita mendengar dan faham, anak akan lebih terbuka untuk bercerita dan kita juga lebih berpeluang untuk memberi nasihat.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidhi pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Ibnu Abbas yang berusia belasan tahun ketika itu secara santai ketika Ibn Abbas menunggang unta (kenderaan) di belakang Rasulullah SAW. Nasihat Baginda, “Jagalah agama Allah, nescaya Allah menjagamu”
3. WAKTU MAIN BERSAMA
Kita biasa mendengar, bermainlah dengan anak ketika berusia 0-7 tahun dan disiplinkanlah anak ketika berusia 7-14 tahun.
Kedua-dua fasa itu berkaitan. Bermain dengan anak ketika usia awal akan mempermudahkan kita untuk mendisiplinkan anak kemudiannya.
Bermain bersama-sama anak ketika mereka kecil, ketika membesar dan juga ketika remaja bukan hanya memberi manfaat kepada perkembangan fizikal anak, malah ia juga membentuk keperibadian positif anak.
Ibubapa yang terlibat adalah ibubapa yang peduli.
‘Involved parents are caring parents’.
Setiap permainan mempunyai peraturan dan strateginya. Setiap permainan mempunyai pemikiran dan emosinya. Inilah waktu yang terbaik untuk menasihati anak tentang asam garam kehidupan, tentang kawalan emosi, tentang interaksi sosial, dan tentang keperibadian dan tingkah laku.
Bermain ‘game’ bersama-sama dengan anak lebih bermanfaat berbanding membiarkan anak mengadap ‘game’ di skrin berseorangan. Apabila ‘bonding’ diwujudkan antara ibubapa dan anak ketika bermain bersama-sama, anak lebih terbuka untuk menerima sebarang nasihat mahupun teguran. Inilah yang memudahkan kita untuk mendisiplinkan anak.
4. WAKTU ANAK SAKIT
Menurut Dr. Abdul Hafizh Suwaid, sakit dapat melunakkan hati orang dewasa yang keras apatah lagi hati anak-anak yang masih lembut dan lebih mudah menerima. Lumrahnya apabila sakit anak-anak menjadi lebih ‘clingy’ dan lebih inginkan belaian dan perhatian daripada ibubapa. Inilah peluangnya untuk kita berlembut menasihati anak secara ringan tanpa membebankan. Bagi menggembirakan hati anak, kita boleh merancang dengan anak untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila anak sihat kelak dan pada masa yang sama boleh diselitkan kata-kata nasihat buat anak. Pilihlah nasihat yang mudah diterima dan sesuai dengan keadaan anak.
Usahlah diberikan nasihat yang tidak sihat di kala anak sakit seperti
“Itulah tak dengar cakap Mama, kan dah sakit. Kalau dengar cakap taklah jadi macam ni.”
Ataupun
“Inilah balasan sebab berdosa dengan ayah semalam.”
Anak yang sakit bertambah nazak jadinya dengan kata-kata yang menghukum dan tidak berasas sedemikian.
Dalam buku ‘Prophetic Parenting’ ada diceritakan kisah Rasulullah SAW yang berdakwah kepada pembantu Baginda yang berbangsa Yahudi ketika Baginda SAW menziarahinya yang sedang sakit.
Begitulah antara waktu-waktu efektif untuk menasihati seorang anak.
Setiap anak menerima nasihat pada waktu yang berbeza-beza mengikut keperluan, keupayaan dan kematangan masing-masing. Carilah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat agar nasihat itu meresap ke jiwa anak dan tidak menjadi seumpama menyimbah air ke daun keladi.
Perkongsian kali ini daripada Md Helmee Abu ini cukup berguna buat anda yang ‘kaki diy’, Cara Baiki Kipas!
Memang bermanfaat dan bolehlah kita semua tambah ilmu.
Assalamualaikum, sekiranya anda menggunakan kipas silling KDK/Panasonic 5 Blade, dan kipas anda tidak bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Anda boleh cuba cara ini, saya telah cuba dan berkesan ;-
1. Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :- ring dan cover sensor
2. Tanggalkan ring pada kipas tersebut dengan memusing ke arah “open” dan tanggalkan.
3. Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka pakai Phillips screwdriver)
4. Tanggalkan 2 wayar socket.
5. Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.
6. Alat yang diperlukan a) soldering iron b) solder wire c) capasitor.
7. Desolder capasitor lama (bahagian bawah board)
8. Tanggalkan capasitor lama.
9. Masukkan capasitor baru.
10. Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yg berlebihan)
11. Board yg telah siap diganti capasitor.
12. Pasang semula board pada kipas. (sambung semula socket wayar)
13. Switch on kipas dan semoga Berjaya.
Ps : Jangan lupa ikat semula skru cover sensor
Capasitor boleh dibeli di kedai letrik (atau Jalan Pudu pada yg tinggal di KL – RM2.00 sebiji.
sumber :Md Helmee Abu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia, memaklumkan bahawa semua sekolah di kawasan zon merah di Petaling, Selangor, akan ditutup bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020.
Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling. Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Senarai sekolah yang ditutup di zon merah daerah Petaling dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa, penjaga dan warga sekolah. Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.
PENUTUPAN SEKOLAH DI KAWASAN ZON MERAH DI DAERAH PETALING
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.