Jika ingin diimbau zaman kanak-kanak, mesti ada yang melaluinya betapa kita menunggu hari-hari istimewa untuk ibu ayah bawa kita seisi keluarga menikmati makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).
Jika bukan untuk ‘makan special’ pada hari ayah mendapat gaji, paling tidak untuk meraikan hari jadi adik beradik. Memang keseronokkannya sukar untuk digambarkan.
Pun begitu, baru-baru ini seorang pemuda berkongsi video di aplikasi Tik Tok yang cukup menyentuh hati netizen hingga meraih 6 juta tontonan.
Anak muda ini dilihat merakam detik bermakna dan manis bersama ibu ayahnya yang sedang menjamu selera di restoran terkenal ayam goreng yang terletak di Stulang Laut, Johor Bahru, Johor.
Difahamkan, semua itu setelah dia menerima duit upah menanam rumput.
Memetik perkongsiannya bersama mStar, Mujibul Talib yang bekerja sebagai kerani perakaunan di sebuah syarikat di Pasir Gudang dan melakukan kerja sambilan mengambil upah menanam rumput karpet itu mengakui terkejut mendapat tahu videonya tular dan meraih perhatian ramai.
Mengambil upah menanam rumput karpet sebagai kerja sampingan
“Masa tu saya baru balik dari tanam rumput karpet. Kebetulan dapat bayaran cash, saya terus bawa mak ayah keluar belanja makan.
“Mula-mula ingat nak belanja makan dekat satu kedai makan ni tapi tutup pula. Lepas tu saya nampak KFC terus bawa mereka makan dekat restoran tu.
“Masa tengah makan terimbas pula masa saya kecil dulu, susah nak dapat makan KFC ni sebab pada zaman tu harganya dianggap mahal.
“Saya pula datang dari keluarga susah. Dulu masa kecil, pernah saya teringin nak makan KFC tapi kena marah dengan mak… lepas tu kami pergi pasar malam je beli makanan,” imbasnya.
Raikan Ibu Ayah
Ads
Mujibul Talib yang mesra disapa Muji berkata, dia percaya walaupun hidangan itu sudah dianggap mampu milik seiring perubahan zaman tapi dia percaya masih ada lagi keluarga yang menganggapnya makanan mewah dan hanya menikmatinya untuk hari istimewa tertentu.
Bercerita lanjut Muji berkata dia sebenarnya tidak perlu menunggu untuk mendapat upah kerja sambilan untuk membelikan KFC untuk ibu bapanya cuma kebetulan ketika video tersebut dimuatnaik, dia baru saja dibayar upah secara tunai dan wang itu digunakan untuk membayar KFC.
Muji (belakang, dua dari kiri)
Menurut anak bongsu daripada tiga adik beradik ini, segala penat lelah bekerja mencari duit terus hilang setiap kali dia membelanjakannya untuk ibu bapa dan keluarga.
“Saya kongsi video di TikTok tu untuk simpan momen manis dengan mak ayah sebagai kenangan. Bila-bila nanti saya boleh tengok balik video tu. Tak sangka pula boleh jadi viral.
“Baca komen-komen netizen, saya pun makin terharu. Saya tengok ramai yang doakan saya, terus rasa hari saya lebih bermakna dan bersemangat nak buat lebih lagi,” ujarnya.
Siapa sangka video berdurasi 15 saat itu mendapat sambutan sehingga ramai yang mendoakan kebaikan kepada pemuda ini.
Muji memberitahu selepas video itu menjadi tular, dia mendapati rupanya ramai yang berkongsi cerita di ruangan komen beranggapan bahawa makan KFC masih lagi dijadikan sebagai makanan yang ada nilai sentimental.
Tambah Muji yang menetap di Kota Masai bersama ibu bapanya ini, jika sudah mendirikan rumahtangga kelak, dia tetap sanggup untuk bekerja lebih keras demi membahagiakan mereka.
“Lepas kahwin nanti pun saya tak akan lupakan ibu bapa. Saya akan tetap bawa ibu bapa pergi makan macam sekarang. Saya pun anak lelaki last dalam keluarga.
Ads
“Bagi saya, mak ayah tak ada minta pun spesifik nak apa-apa tapi kita sendiri kena cari sesuatu yang boleh bahagiakan mereka sebab rezeki kita pun berkat daripada doa mak ayah juga.
“Selagi mampu, saya cuba buat yang terbaik untuk mak ayah. Selain itu, ia juga merupakan tanggungjawab saya. Susah atau senang, saya tetap kena bahagiakan mereka,” ujarnya.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Tragedi torowong menora yang mengorbankan lima nyawa pelajar pusat pengajian tinggi baru-baru ini begitu meruntun jiwa.
Perkongsian lelaki ini mengenai bahaya kawasan ini boleh dijadikan pengajaran. Ikuti lanjut perkongsian ini.
HATI-HATI LALUI KAWASAN INI
Sebabkan aku pengguna tetap Terowong Menora ni.. hampir setiap hari selama 15 tahun aku ulang-alik Ipoh-Taiping tipulah kalau aku cakap aku tak pernah eksiden di laluan ni..
Aku eksiden masa on the way nak ke class Dr. Azizul Azli Ahmad , aku tinggal dulu kereta, pergi class sampai habis.. habis class baru aku pergi report balai..
Macam-macam jenis eksiden aku hadap.. dari yang tunggu berjam-jam lamanya, sampailah yang berlaku depan mata.. darilah kenderaan kecil seperti motor sampailah sebesar kren.. tak kira siang ke malam.. dari kisah seram sampai aku pernah kena sendiri.. orang tanam jenazah pukul 12 tengah malam tepi hiway dekat exit kuala kangsar tengok depan mata dengan Muhammad Fadzli semua aku lalui..
Apa yang aku nak share, korang perlu lebih berhati-hati bila lalu laluan ni apabila hujan lebat, dan keadaan selepas hujan.. kerana air mengalir atas jalanraya tu boleh mengakibatkan tayar kita ikut tergelincir.. lebih-lebih bila guna pacuan 4 roda atau kereta jenis tinggi.
Selain tu, korang perlu alert bila ada propel nak selenggara jalan, sebab semasa mereka mengecilkan laluan dari 2 hala ke 1 hala.. kadang tu jarak mengecil tu terlalu pendek.. ini membuatkan banyak kereta tiba-tiba ubah laluan.. yang jenis bagi signal boleh lagi kita nampak.. yang jenis batang signal patah ni.. memang bahaya tiba-tiba nak elak kon..
Tu belum kira lori rosak tepi jalan.. kadang tu kon pun takde, harapkan segitiga 🔺 yang tak berapa nak pantul cahaya tu.. boleh terkejut tiba-tiba nampak bontot treler..
Korang kena bajet minyak bila nak lalu menora ni.. selama 15 tahun ni, pernah sekali aku kehabisan minyak sebelum sampai RNR.. konon berlagak bajet boleh sampai.. sekali jem.. ambik ko.. tersadai tepi jalan dibuatnya..
Dari zaman pakai ambik tiket bayar tunai, sampailah aku guna RFID.. harap stesyen minyak sepanjang laluan Ipoh- Taiping ni.. upgrade la sistem.. ini nak topup touch n go.. server down sesaje.. ntah yer server down ke.. ntah ntah sistem korang yang takde kredit nak topupkan..
Biasanya sebelum masuk hiway, aku memang akan waze dulu.. kalau jem, aku akan guna laluan dalam Ipoh – Sungai Siput – Kuala Kangsar, biasa laluan ni akan tambah masa perjalanan sekitar 30 minit kalau tak singgah mana-mana lah, tapi aku selalu singgah makan nasi ayam power kat foodcourt taman sentosa.. tu jadi sejam🤣.. korang kena try.. order nasi Boomerang.. special menu tu.. slalu akan habis awal..
So kepada pengguna yang jarang-jarang guna laluan ni, berhati-hatilah memandu, lebih-lebih lagi 3km selepas terowong.. sebab 3km pertama ni laluan dia curam.. dan kiri kanan dia gaung dan longkang besar.. memang takde lorong kecemasan untuk korang berhenti ke, nak elak sesuatu ke.. kat sini lah aku pernah eksiden dulu sebab nak elak kon propel dulu..
Bukan mudah untuk melepaskan insan yang disayangi kepada orang lain. lebih-lebih lagi sejak kecil sehinggalah dewasa, ditatang bagai minyak yang penuh. Namun, apabila tiba masanya semua ibu bapa harus berbuat demikian. Lebih-lebih lagi bila mana sampai jodoh si anak.
Kebiasaannya si ibu yang terlebih risau dan bimbang apabila memikirkan keadaan anaknya setelah berkahwin. Namun kisah ini terbalik apabila pengguna laman sosial ini yang mendedahkan screenshot perbualan bersama ayahnya.
Anak ayah dah kahwin!
Setiap hari ayah whatsApp, tanya masak apa
Menurut Natasshia, sejak 3 minggu berkahwin ayahnya merupakan insan sentiasa menghubunginya bertanyakan khabar menu apa yang ingin dimasak setiap hari.
Muat naik daripada gadis ini telah mendapat perhatian ramai, dan telah dikongsikan lebih 18 ribu ulang kicau (retweet) dan tanda suka (likes).
Kakak, dah start masak untuk suami dah?
Ayah bagi anak ayah lesung batu
Sebelum ini juga, ayah Nastasshia telah memberikannya barang perkakas dapur kepadanya seperti lesung batu, papan pemotong kepadanya.
“Semua anak abah yang kahwin abah bagi lesung batu!”
Selepas memuat naik perkongsian tersebut, rata-rata ramai yang telah memberikan komen memuji sikap ayah gadis ini. Menurut ramai, ayahnya mungkin sangat rindukannya.
Comelnya reaksi ayah dia!
Sebak, teringat kat arwah abah!
Ayah, lelaki pertama dalam hidup kita!
Tak kurang ada yang berkongsi pengalaman yang sama.
Penyusuan susu ibu itu adalah semula jadi dan mudah, tetapi ia satu kemahiran yang perlu dipelajari. Begitu juga bagi ibu angkat yang mahu menyusukan bayi angkatnya.
Perkara yang lebih penting adalah ibu perlu bersedia dari segi psikologi dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah ketika menyusukan bayi
Menurut kaunselor Lektasi Puan Ida Kamilia Mudzakir, “Ada 4 fasa untuk “meniru” hormon iaitu dengan mengambil pil perancang.
Suka Kak Ida maklumkan disini, pengambilan pil perancang MESTILAH mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi dari doktor terlebih dahulu.
Manakala tugas kaunselor laktasi adalah membantu ibu menjalani proses tersebut. Kecuali kaunselor laktasi tersebut adalah doktor ya.”
Fasa pertama
Ibu angkat perlu mengambil pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.
Fasa kedua
Ibu angkat perlu berhenti mengambil pil perancang tetapi meneruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.
Fasa ketiga
Ibu angkat perlu memerah susu untuk meransang dan menggalakkan penghasilan serta pengeluaran susu ibu.
Fasa keempat
Memberi bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.
sumber : Ida Kamilia Mudzakir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di