Dapur antara ruang utama dan nadi dalam sesebuah rumah. Ruang dapur yang bersih dan kemas tersusun pastinya buat hati kita rasa lega. Apatah lagi bila setiap kali pulang daripada kerja. Hati sejuk bila tengok rumah dan dapur bersih dan tersusun.
Namun ada waktunya kita tak lepas daripada rasa penat dan dapur berselerak jadi lumrah. Sebenarnya untuk menyelenggarakan dapur pun kena ada ilmu, barulah kerja-kerja di dapur lebih tersusun dan sistematik.
Perkongsian dari saudari Widyana Ali yang kongsikan tip untuk susun atur dapur ini sangat bermanfaat untuk kita. Jom kita lihat perkongsiannya.
Tips Susun Atur Barang Dapur Dari Saya Buat Kaum Wanita
1. Buat list setiap minggu untuk barang dapur. Ini memudahkan kita untuk mengetahui stok barang yang sudah hampir habis atau yang perlu dibeli.
2. Sebelum pergi shopping barang dapur, saya akan buka kabinet dan check apa yang dah habis dan apa yang perlu dibeli untuk tambah stok supaya mudah buat “things to buy list”
3. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, jenis-jenis tepung, jenis-jenis gula, pasta dan sebagainya.
4. Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas. Macam botol-botol rempah atau jem tu saya beli satu katon dengan harga tak sampai RM20 pun. Sekarang macam-macam kedai ada seperti daiso/diy untuk cari bekas-bekas yang sesuai. Jika mahu anda juga boleh melabur sedikit untuk membeli barangan plastik tahan lama seperti tupperware dan sebagainya.
5. Kalau memasak pula, biasakan kemas dan lap sebaik selesai masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat.
6. Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya. Anda akan lebih mudah untuk ambil dan guna bila diperlukan.
7. Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput. Macam suami saya selalu usik bila dia buka kabinet dapur masa cari rempah atau sos “Wahhhhh…banyak nya barang kat rumah kitaaaa!! Macam kedai lah. Jadi kena sentiasa periksa, takut habis tarikh luputnya.
Selamat menguruskan rumahtangga dengan cara yang sistematik. Insya Allah..
Mungkin cara kita berbeza, namun bagi yang inginkan panduan, bolehlah ikut cara ini supaya dapur kita lebih tersusun dan bersih. Jangan hanya membeli tetapi tidak pandai menyusunnya.
Sumber:Widyana Ali
Kucing Pun Nak Bergathering, Memang Owesome Majlis Ni!
Sebut sahaja pasal gathering, mesti tergambar dibayangan tentang majlis perjumpaan keluarga besar atau kawan-kawan lama yang disambut meriah dengan pelbagai acara dan aktiviti.
Bagaimana pula dengan gathering haiwan peliharaan? Tentu kita tidak menyangka, dan hakikatnya telah pun diadakan buat sekian kalinya oleh komuniti CGIG.
Dan penganjuran kali ini, Majalah Keluarga dengan membawa kempen #keluargacare telah berjaya membawa misi dalam melakukan aktiviti bermanfaat bersama-sama ahli keluarga dengan menjayakan program sepertinya ini.
Kempen #keluargacare juga berharap dengan adanya aktiviti seperti ini akan mampu mendidik masyarakat untuk lebih cinta, sayang, prihatin pada si bulus dan sekali gus menjadi medium untuk ahli keluarga meluahkan rasa kasih dan sayang pada haiwan peliharaan dengan sebaik mungkin.
Istimewa gathering ini ia berjaya menemukan lebih 50 Keluarga bersama kucing peliharaan mereka di satu majlis yang cukup santai. Kucing pelbagai spesis dilepas bebas, bermesra dengan semua yang ada dan senario ini mencuri tumpuan dan perhatian pengunjung tasik. Sekali gus mendekatkan pencinta kucing dengan masyarakat umum.
Merakam gambar kenangan bersama
AKSI SI BULUS
1..2..3…smile
Manja di bahu
Datang siap pakai baju lagi….cute sangat.
Sakit Kaki Banyak Berjalan Ketika Raya, Redakan Dengan Air Rebusan 3 Bahan, Confirm Lega!
Musim perayaan ini pastinya kita akan banyak berjalan sepanjang hari. Selesai sahaja beraya ada juga yang menyambung pula bercutian kerana masih lagi bercuti. Hal ini membuatkan kita terpaksa banyak berjalan dan masalah sakit kaki atau tumit adalah perkara biasa.
Pun begitu bila malam hari ada baiknya anda melakukan sesuatu untuk meredakan masalah ini. Maklumlah esok harinya pasti akan kembali menyambung ziarah raya.
Oleh itu, segera atasi masalah ini dengan amalkan minuman ini yang dikongsi oleh Asfalela Jazuli di dalam Fbnya.
Sekadar mencuba, mana tahu ia sesuai dengan tubuh anda. Jom cuba.
Bahan-Bahan:
3 batang serai- diketuk
Halia sebesar Ibu jari- dihiris
Suku biji lemon-dihiris
Caranya.
1. Rebus kesemua bahan tersebut di dalam periuk.
2. Biarkan sejuk seketika.
3. Kemudian sedia untuk diminum.
4. Jika ingin rasa lebih enak, tambahkan 1 sudu madu semasa ingin menikmatinya.
2 Cara Lain
Cara lain yang anda boleh lakukan adalah.
Rendam Kaki Dengan Garam
Ambil garam kasar atau garam bukit dan kemudian rendamkan di dalam air suam. Biarkan sedikit panas supaya garam boleh mencair. Rendamkan kaki anda hingga paras buku lali hingga air sejuk. Biarkan tubuh relaks.
Tungku Kaki
Jika ada masa lebih, panaskan tungku elektronik atau tungku asli kemudian kenakan pada tapak kaki dan kawasan sekitarnya. Tubuh lebih rasa relaks malah kaki juga dapat dilonggarkan ketegangannya.
Wajib cuba ya!
Wanita Ni Kongsi Pengalaman Apa Yang Dia Uruskan Selepas Suaminya Meninggal Dunia
Tidak dinafikan kebiasaannya urusan mengurus kewangan keluarga, suamilah yang memainkan peranan penting hingga ada antara isteri merasakan tidak perlu lagi ambil tahu hal-hal berkenaan perbelanjaan isi rumah, bayaran bil dan sebagainya.
Serba serbi terasa cukup dirasakan bila suami persiapkan makan pakai anak-anak dengan sempurna, lantaran itu biasanya isteri selesa untuk fokus dalam hal mengurus rumah tangga berbanding dalam hal pengurusan kewangan.
Pun begitu hidup ini tidak selamanya kekal berdua dengan pasangan, pasti akan tiba masanya salah seorang akan dijemput pulang ke negeri abadi. Siapa yang dahulu, siapa yang kemudian, semua itu rahsia Allah.
Andai suami yang pergi dulu, terpaksalah si isteri menggalas dan menguruskan kesemuanya. Sememangnya itu adalah ujian yang sangat berat dan sukar untuk dilalui oleh sesiapa pun wanita bergelar isteri.
Begitulah juga yang ditempuh oleh seorang wanita bernama Dr Zaiti Arshad, apabila tiba-tiba suami tercinta pergi buat selamanya.
Menerusi perkongsiannya di facebook, beliau menceritakan tentang pengalaman yang dilaluinya selepas ketiadaan suami disisi yang mana sebelum ini semua urusan berkaitan kewangan keluarga diuruskan sepenuhnya oleh arwah suaminya.
Bersama kita ambil panduan dan pengajaran melalui perkongsian daripadanya.
Selepas Suami Meninggal, Ini Isteri Perlu Buat
21/3/21, tarikh mengubah segalanya dalam hidup. Ditinggalkan
My husband was sleeping with me that night.. Bawak ronda-ronda then makan kat kedai pak chot petang tu, sempat call pomen aircond nak repair aircond estima. Maghrib kami solat jemaah untuk kali terakhir, Isyak dia bawak zarief solat di masjid alwi. 6am dia bercakap dengan saya, ‘sayang, abang susah nafas’, 7am his death was pronounced after 30 minutes cpr.
Perasaan? Takut
Saya seorang isteri yang sangat dependant, saya tak pernah tau berapa banyak suami bayar kereta, rumah, all the bills tiap-tiap bulan. Boleh dikira masa dia ada berapa kali saya isi minyak kereta. Berapa banyak duit yang dia allocate untuk simpan..
Macam mana nak bayar bill air pon saya tak reti.. Tak tau, tak reti.. Dari awal kawin kami dah setuju, dan saya redhakan duit gaji kami berdua dia manage untuk selesaikan keperluan rumah tangga kami.
Saya takut, macam mana saya nak teruskan hidup? Dia dah takde.. I cant sleep for the first few night. Otak saya berfikir macam-macam. Yang paling penting saya nak selesaikan hutang dia, so i wanna share my experiences after i lost him.
2 months before he left me
Saya dapat msg unifi ada bill tertunggak, so macam biasa, saya suruh dia bayar. He was doing his work at the computer, dia tegur saya sebab tak pernah ambil tahu pasal benda-benda ni, and my answer to him ‘ala, kan abang ada buat semua tu’. Dia senyum and told me, ni tengok abang dah buat excell dalam pc ni monthly expenses kita.. I didnt even take a glance on it untill 2 days after he passed away.
Step 1:
Senaraikan simpanan, harta, hutang yang Arwah ada
Suami saya ada
1. Simpanan dalam akaun bank M (akaun atas nama suami, tapi ada bukti transaksi dari akaun saya setiap bulan) – ini simpanan bulanan kami sama-sama, asalnya kami kumpul duit nak pegi jalan-jalan ke osaka, tapi sebab pandemik tak jadi. Then i was pregnant with Zaraa.. Setiap kali pregnant, kami akan simpan duit untuk baby yang bakal lahir, untuk urusan akikah and etc, so simpan dalam akaun tu jugak
2. Duit gaji dan elaun dalam Bank I
3. Rumah yang kami duduk sekarang shared loan atas nama saya dan dia – belum habis bayar
4. Kad kredit – BSN & bank islam
5. Kereta myvi – belum habis bayar
6. Motosikal – dah habis bayar
7. Sebidang tanah getah di perak
8. Simpanan tabung haji
9. Simpanan ASB
10. Personal loan – RHB & bank islam
Step 2:
1. Duit simpanan dalam akaun bank M & duit gaji dalam Bank I
Hari ke 2 lepas suami pegi, saya decide untuk bincang. Sebab mak ayah masih ada, jadi mengikut hukum, ada bahagian dia yang perlu saya bahagikan mengikut faraid. My concern was, kalau saya tak keluarkan duit tu, bila akaun dah beku lepas daftar kematian, duit tu kena tunggu bicara baru dapat. Saya bincang dengan keluarga, saya jelaskan bukan semua duit tu duit arwah dan saya nak keluarkan duit tu. Dan saya juga nak guna duit tu untuk bayar mana-mana hutang yang ada. Semua bersetuju untuk serahkan semua duit simpanan ni kepada saya dan anak-anak.
PENTING : perlu tahu nombor pin & password online banking pasangan masing-masing dan wajib bincang dengan waris yang terlibat sebelum buat keputusan sendiri. Especially kalau isteri tak kerja, banyak urusan berikutnya perlu guna duit.
Untuk duit dalam bank gaji dia, juga saya keluarkan. 2 minggu kemudian saya dapat surat dari majikan suami untuk bayar balik gaji yang telah suami terima, gaji March dibayar sehingga 31/3/21,suami meninggal pada 21/3/21, jadi gaji dari tarikh 21/3/21 – 31/3/21 perlu dibayar balik secara tunai. Jadi hal ni selesai.
Untuk urusan selanjutnya, cuma boleh diselesaikan setelah ada surat daftar kematian
Buat banyak-banyak salinan dokumen berikut
– surat daftar mati
– permit menguburkan
– salinan ic arwah
– salinan ic sendiri
– surat nikah
– sijil lahir & mykid anak-anak
– untuk pekerja kerajaan yang masih ada ibu bapa masa meninggal, kena ada salinan surat beranak si mati & ic ibu/ayah (untuk urusan pembayaran ganjaran pencen)
Sediakan 1 fail khas, letak semua sijil asal & salinan dalam 1 fail.
2. Rumah (shared loan)
Rumah kami atas nama saya dan suami, maka 50% bahagian suami mesti difaraidkan. Yang ni saya belum selesaikan sebab ada beberapa prosedur kena buat di Pejabat Pusaka Kecil. Saya akan selesaikan selepas saya bersalin & i will share later.
Mengenai loan rumah (kami ambil bank loan, bukan loan kerajaan)
– insurance akan cover bahagian arwah, tapi bukan 100%. Sementara urusan selesai, masih kena bayar bayaran bulanan macam biasa (yang ni pun masih pending, mak buyung tak larat nak ulang alik pegi bank)
3. Kad kredit
BSN – bawa surat mati, kad kredit dan salinan ic arwah ke kaunter, bgtau nak check balance. Bawak duit siap-siap untuk bayar supaya dapat selesaikan hutang. Bila settle, terus gunting kad tersebut. Settle dalam masa 2 jam lebih kurang.
Bank islam – ada takaful, bawa surat mati, kad kredit & salinan ic arwah ke kaunter, isi borang dan tunggu proses dari bank islam ( ini saya belum dapat feedback dari bank islam). Tapi tak payah bayar.
5. Kereta myvi – ni pun masih pending, sebab kena masuk bicara di pusaka kecil. Road tax boleh renew untuk 6 bulan sahaja. Bayaran bulanan kena sambung bayar macam biasa.
6 & 7 – motosikal & tanah – pending
8. Simpanan tabung haji
Arwah suami memang letak nama saya sebagai penama. Bukan bermakna dapat duit kat saya semua ye, penama memikul tanggungjawab melangsaikan hutang dan membahagikan secara faraid.
Pegi ke tabung haji, bawak fail dokumen tadi. Urusan di kaunter tak ambil masa lama. Termasuk urusan pembatalan permohonan haji untuk arwah. Duit simpanan masuk terus ke akaun TH saya selepas 3 minggu.
Suami saya sentiasa pesan kepada saya, duit simpanan bahagi sama rata untuk anak-anak, tak kira lelaki atau perempuan, tapi anak kami semua lelaki. Saya tolak bahagian untuk buat badal haji dan bahagian faraid untuk diri sendiri, mak dan ayah pun serahkan bahagian faraid mereka untuk anak-anak kami. Boleh transfer direct ke akaun anak-anak.
Kalau tak nak transfer terus, make sure tulis amaun yang kita terima di satu tempat, ini amanah kita sebagai penama, selesaikan hutang arwah dan bahagikan selebihnya kepada yang hak, jangan pandang remeh menguruskan harta anak yatim.
Kalau akaun sendiri kita namakan pasangan yang meninggal sebagai penama, jangan lupa tukar penama kepada orang lain.
Ada 2 pilihan, sama ada nak dihibahkan atau menamakan penama. Saya pilih penama dan letak nama adik saya sebab anak-anak belum capai umur 18 tahun. Penama ni boleh ditukar kemudian. Selesai di TH.
9. Simpanan ASB
Kalau simpanan kurang dari rm10k, waris boleh tuntut di ASB, tapi kalau lebih rm10k,tuntutan kena melalui amanah raya. Simpanan suami tak sampai 10k, jadi urusan di kaunter sahaja. Selesai urusan, dapat cash duit khairat bergantung kepada jumlah simpanan arwah. Khairat tak perlu difaraidkan.
Duit simpanan tersebut masuk ke akaun asb waris yang menuntut selepas lebih kurang 3 minggu. Sekali lagi, simpanan arwah yang diterima mesti difaraidkan setelah tolak hutang yang perlu dijelaskan. Selesai di ASB.
10. Personal loan
Suami saya buat pinjaman ada takaful. Bawa dokumen tadi ke bank. Saya dah dapat surat dari RHB yang semua covered by insurance dan tak perlu bayar apa-apa. Untuk bank islam saya masih menunggu feedback.
Panjang lebar sharing hari ni. This is based on my experiences. Sahabat-sahabat saya Asilah Alqarny dan Wan Zaihana banyak sangat bantu saya. Walaupon sedih lepas dia pergi, saya gagahkan diri untuk selesaikan.
Semoga mengalir pahala untuk suami saya, kerana asbab kematian dia saya melalui semua ni dan jujur saya tak pernah ambil tahu tentang semua ni sebelum ni..
Jika Allah izinkan, ada lagi yg saya nak share later
Till then, mohon doa sahabat semua supaya Allah kuatkan rahim saya untuk membawa anak bongsu Faisal Pessot at least 3 minggu lagi. Anak yang hanya akan kenal daddy dari gambar dan cerita-cerita kami… Anak yang kehadirannya hanya saya ketahui 10 hari selepas suami pergi.. Doakan kami ye..
With ❤️
DrZaitiArshad
Isteri kesayangan
Sumber : Zaiti Arshad
ARTIKEL MENARIK : Beli Emas Dengan Duit RM20. Tu Cara Wanita Ni Reward Diri Guna Tabung Duit Oren!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club