Tidak dinafikan susu pekat manis antara yang akan dibeli setiap kali ingin melengkapkan senarai keperluan dapur bila ke pasar raya. Macam-macam kegunaan susu pekat manis ni, bukan sahaja untuk buat air bersusu malah dijadikan ramuan di dalam penyediaan kek, manisan dan sebagainya. Kalau hendak dihitung harga untuk 1 tin susu pekat manis di pasaran, bolehlah kita katakan boleh tahan juga harganya, lain jenama lain harganya.

Meskipun begitu, tahukah anda sebenarnya susu pekat manis ini kita boleh buat sendiri dengan kos yang jauh lebih murah. Bahkan membuatnya juga cukup mudah.

Ini sebagaimana menurut perkongsian resipi daripada  Puan Syazwani Bakhari dengan kepsyen, “Jimat oi tak payah beli dah hat dalam tin lepas ni. Jimat, selamat dan dijamin bersih. Sekali buat dapat banyak pula tu”

RESEPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE
1 cawan air panas
⅓ cawan marjerin
2½ cawan gula halus
1 paket susu tepung 300g

Cara Buat :

1.Masukkan air panas, gula, marjerin kemudian susu tepung, blend je semua sampai halus.

Dari Susu Tepung Wanita Ni Kongsi Cara Nak Buat Susu Pekat Manis Homemade. Mudah & Menjimatkan!

2. Siap

Dari Susu Tepung Wanita Ni Kongsi Cara Nak Buat Susu Pekat Manis Homemade. Mudah & Menjimatkan!Ekstra info:

Kalau kurang manis campur gula lagi kalau cair letak lagi susu tepung. Adjust ikut nak takat mana, cair atau pekat.

Penggunaan marjerin bertujuan untuk jadikan adunan likat dan berkilat macam susu tin yang dibeli. Tak mahu pakai pun boleh.

IKLAN

Pemilihan susu tepung apa-apa brand boleh. Saya pakai dutchlady.

Manakala meninjau pengalaman dan perkongsian daripada Najihah Zahid untuk menyediakan susu pekat manis homemade ini, ujarnya pada mulanya suaminya mencari info susu pekat manis dan terjumpa resepi buat susu pekat manis homemade.

Daripada itu, puan Najihah dan suami mencubanya sendiri dan ternyata selelah dibuat memang menjadi. Menurutnya, resipi yang mereka buat hanya menggunakan  3 bahan sahaja.

RESEPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE
3 Cawan susu tepung ( saya guna susu tepung nespray )
Gula 1 1/2 cawan
Air suam agak-agak je (tak cair tak pekat)

Dari Susu Tepung Wanita Ni Kongsi Cara Nak Buat Susu Pekat Manis Homemade. Mudah & Menjimatkan!

Cara Buat : Kisar semua bahan selama 3 minit. Lepastu simpan dalam peti. Nak bagi susu tu pekat.

IKLAN

Sumber :  Syazwani Bakhari  dan Najihah Zahid

ARTIKEL MENARIK: Susu Bila Dah Buka Akan Tahan 3 Hari Je. Lebih Daripada Tu Kena Buang!

LAGI ARTIKEL MENARIK : “Dari Sekecil-kecil Skru Sampai Melamine Board, Main Order Je…” Lelaki Ni Tunjuk DIY Kabinet Bermodal RM900!

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

IKLAN

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Dari Susu Tepung Wanita Ni Kongsi Cara Nak Buat Susu Pekat Manis Homemade. Mudah & Menjimatkan!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Dari Susu Tepung Wanita Ni Kongsi Cara Nak Buat Susu Pekat Manis Homemade. Mudah & Menjimatkan!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Dari Susu Tepung Wanita Ni Kongsi Cara Nak Buat Susu Pekat Manis Homemade. Mudah & Menjimatkan!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Dari Susu Tepung Wanita Ni Kongsi Cara Nak Buat Susu Pekat Manis Homemade. Mudah & Menjimatkan!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI