“Dari Usik- Usik Jadi Kenyataan.” 8 Tahun Jadi PA, Kini Nazmir Suami Jasmin Hamid. Tahniah!

Share

Tiada angin tiba-tiba pelakon Jasmin Hamid selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya.

Aktres yang sebelum bergelar ibu tunggal hampir 10 tahun  memilih pengurusnya sendiri, Nazmir Abd Rahim, 35, sebagai suami.

Pelakon drama yang terkenal dengan watak Mak Ngah Gayah berkata pada ketika dia bergelut dengan banyak hal, Nazmir setia di sisi.

“Dia yang banyak jaga dan ambil berat fasal saya. Termasuklah ketika saya banyak mengingati soal mati dan banyak fikir itu ini.

“Saya anggap semua ini suratan yang membuka banyak hikmah tersendiri,” katanya.

Pernikahan tersebut dikongsikan sendiri Jasmin Hamid menerusi laman Instagramnya. Dalam perkongsian Itu, jelas dia sememangnya berasa amat bersyukur dengan segala perancangan yang telah disusun oleh Allah SWT buat dirinya selama ini.

“Salam Jumaat. Syukur alhamdulillah. Bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain. Sebagai seorang hambaNya yang beriman, wajib percaya bahawa JODOH, MAUT dan REZEKI adalah RAHSIA ALLAH.

“Semoga dengan pernikahan ini adalah salah satu jalan untuk kami lebih dekatkan diri pada ALLAH SWT. Ia juga adalah BERKAT DOA ibu bapa,sanak saudara, sahabat handai yang penyokong saya,” ujar Jasmin menerusi kapsyennya.

Pelakon Cukup Derita Itu juga  berharap agar perkahwinannya itu dapat menjadi asbab buat dirinya untuk sentiasa dekat bersama Sang Pencipta.

Ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berharap agar tiada pihak yang akan berkecil hati memandangkan dia hanya mengadakan majlis secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

“Di mana kalian sentiasa doakan yang baik-baik buat saya. Saya hanya buat yang AFDHAL sahaja. Janganlah ada yang berkecil hati. Tiada majlis pun, hanya ahli keluarga sahaja.Terima Kasih you all. Hebat Bukan?,” akhirinya.

Sementara itu,pelakon Zarina Zainuddin turut berkongsi berita tersebut, sekali gus membongkar siapakah lelaki bertuah menjadi suami Jasmin. Rupa-rupanya Amir merupakan pengurus peribadi Jasmin selama ini.

“Allahuakhbar.. indah takdir ini dari usik usik kami di set shooting menjadi kenyataan .. inilah jodoh Allah yang atur segalanya.. 8 tahun amir jadi p a min .. dia lah yang lalui segala suka duka teman bercerita yang lebih memahami .. yang banyak membantu segala urusan min.

“Berbahagialah dikau wahai sahabatku syg ♥️🥰 doaku semuga Amir dapat bersamamu hingga ke Jannah .. ni nak panggil kak ke yang 😀😀😀 .. adoiii .. apa pun boleh lama2 okay ler tue 😀😀😀🥰♥️
Love u dunia akhirat babe @jasminhamidjh ♥️.” tulis Zarina lagi.

 

 

 

 

 

IKLAN