Kreatf… Demikian boleh diungkapkan pada kreativiti lelaki ini yang menukar tandas lama yang sudah tidak digunakan lagi kepada bilik yang menempatkan rumah untuk kucingnya. Cukup simple cara dekornya tetapi menarik dan kemas.
Sebenarnya mengemop lantai pun ada caranya dan bukan hanya bergantung kepada pencuci yang mahal semata-mata. Guna apa yang ada di rumah tetapi berkesan, barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat. Ini yang disarankan untuk pastikan lantai lebih bersih.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi ibu bapa dan mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangka. Sementelah,membesarkan dan mendidik anak-anak pada zaman ini penuh dengan 1001 cabaran yang tersendiri. Ia memerlukan perhatian sepenuhnya serta menuntut kemahiran keibubapaan yang tinggi.
Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa haruslah berusaha menjadi ibu bapa yang lebih bijak sebagai persediaan bagi menangani setiap persoalan, permasalahan mahupun mendepani kerenah anak-anak.
Berikut merupakan 8 ciri perbezaan antara menjadi ibu biasa atau ibu bapa yang bijak.
1.Bagi kebanyakan ibu bapa anak-anak dididik untuk mencontohi orang lain. Tetapi, sebagai ibu bapa yang bijak, anak-anak dididik dan diberi galakan untuk menjadi diri mereka sendiri.
2.Ramai ibu bapa yang sering meluangkan waktu mereka bersama anak-anak sehingga mereka tiada masa untuk diri mereka sendiri. Tetapi, bagi ibu bapa yang bijak, ianya haruslah seimbang. Selain waktu bersama anak, perlu mengambil berat dan memperuntukan waktu juga untuk diri sendiri.
3.Setiap pertanyaan anak-anak akan terus diberikan dan disediakan jawapan daripada ibu bapa yang biasa. Sebaliknya bagi ibu bapa yang bijak, anak-anak akan diajar mencari jawapan bagi setiap persoalan yang diajukan.
4.Ibu bapa biasa sering melihat kesan akibat daripada sesuatu masalah yang berlaku, manakala ibu bapa yang bijak akan mengenalpasti punca sesuatu masalah itu berlaku.
5.Ibu bapa biasa akan sentiasa berhati-hati dan melarang anak-anak daripada melakukan kesilapan, kerana menganggap kesilapan adalah suatu kesalahan dan kegagalan. Tetapi bagi ibu bapa yang bijak, sesekali akan membiarkan anak melakukan kesilapan dan positif menerima kegagalan supaya anak-anak boleh belajar daripada kesilapan tersebut.
6.Ramai ibu bapa yang hanya tahu melarang dan memarahi anak-anak tanpa menjelaskan penerangan kesan dan akibatnya.Sebaliknya, bagi ibu bapa yang bijak, cara melarang sesuatu perkara adalah dengan menggalakkan anak-anak berfikir dan menerangkan akibatnya jika mereka melakukan perkara tersebut.
Sebagai contoh:
Jika anak anda ingin melompat dari tempat tinggi,larang anak anda dengan baik, kemudian, terangkan akibatnya. Atau, anda juga boleh bertanya kepada anak, apa yang akan berlaku jika dia melakukan sedemikian?
“Jangan melompat-lompat. Bagaimana agaknya jika jatuh dari atas sofa? kepala adik boleh terhantuk pada meja dan luka berdarah.”
7.Ramai ibu bapa yang cuba ‘berusaha’ menjadi yang terbaik agar dilihat ‘sempurna’ di hadapan anak-anak untuk dijadikan contoh buat mereka. Tetapi,bagi ibu bapa bijak, tidak perlu ‘berlakon’ dan menjadi sempurna, cuba bersikap lebih natural dan terbuka, kerana secara tidak langsung anak-anak akan lebih mudah mendekati ibu bapa.
8.Kebiasaannya, anak-anak sering diajar untuk mengikut telunjuk ibu bapa tanpa diberikan pilihan, kerana hanya ibu bapa sahaja yang tahu, apa keperluan yang terbaik buat anak-anak. Ianya tepat. Namun sebaiknya, bagi ibu bapa bijak anak-anak dididik dengan diberikan pilihan dan menunjukkan sebab mengapa mereka perlu melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Namun tiada salahnya menjadi ibu bapa yang biasa kerana dari situ, kita akan belajar untuk menjadi ibu bapa yang bijak.
Sumber: Brightside
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasanya yang masam manis apabila dimasukkan ke dalam air minuman atau makanan lain menambahkan rasa enak.
Namun, pesanan penting buat penggemar minuman atau makanan yang menggunakan limau kasturi seperti air limau, sirap limau, teh-O limau, mee rebus dan sebagainya, pastikan buah tersebut dicuci dahulu.
Ini kerana lazimnya buah limau kasturi itu akan diletakkan ke dalam minuman atau makanan, dengan kulit-kulitnya sekali. Ini yang dikongsikan oleh doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi laman facebooknya.
Kulit limau kasturi tu mungkin ada debu, bakteria, kulat, dan mungkin juga ada racun serangga. Bahan-bahan ini jika mencemari minuman atau makanan maka ia boleh menjejaskan kesihatan.
Konsepnya sama macam kita mahu telur dicuci sebelum digunakan untuk roti canai telur atau martabak. Kita tak mahu kekotoran pada kulit telur mencemari makanan.
Jika sediakan minuman dan hidangan di rumah, jangan pula kalian sendiri lupa bersihkan limau kasturi tu sebelum diletak dalam makanan atau minuman. Lebih elok jika selepas beli, cuci dulu siap-siap dan keringkan sebelum simpan dalam peti sejuk. Barulah limau kasturi tak cepat rosak atau berkulat.
Selain menyedapkan rasa dalam minuman dan makanan, limau juga memiliki khasiat yang baik:
1. BAIK UNTUK PERUT
Limau membantu meringankan masalah pencernaan apabila dicampurkan dengan air panas. Antaranya mual, memulas dan parasit. Dengan meminum jus limau secara teratur perut anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisien. Limau bertindak sebagai pencuci darah dan agen pembersih. Mengambil jus limau boleh menyembuhkan SEMBELIT. Bukan itu saja, jus limau juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu anda mencerna makanan dengan membantu hati menghasilkan lebih hempedu.
2. PERAWATAN KULIT
Limau dapat menjadi ubat antiseptik semulajadi, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan kulit. Pengambilan air limau setiap hari dapat memberikan perubahan besar pada kulit kerana ia berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan kedutan. Parut luka terbakar akan pudar dengan pantas jika ditempelkan limau padanya.
3. RAWATAN GIGI
Tahukah anda air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus dalam perawatan gigi membantu menyingkirkan rasa sakit, cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah lain yang berkaitan dengan gusi.
4. SEMBUHKAN JANGKITAN PADA TEKAK
Limau juga ialah buah yang sangat baik untuk membantu dalam memerangi masalah berkaitan dengan infeksi tekak, sakit tekak dan tonsilitis akibat bakteria. Untuk mengatasinya anda boleh berkumur-kumur dengan menggunakan setengah gelas jus limau.
5. MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Air limau bekerja baik, ramuan ajaib khususnya bagi individu yang memiliki masalah jantung, kerana kandungan kalium yang tinggi di dalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercayai dapat membamtu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, merehatkan fikiran, mengurangkan stress metal secara depresi.
6. MENURUNKAN BERAT BADAN
Rutin meminum air limau membuka jalan untuk menurunkan berat badan lebih cepat. Kesan yang sama boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air suam bersama madu.
7. MEMBANTU MENYEMBUHKAN GANGGUAN NAFAS
Jus limau membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutamanya pada individu yang menderita asma.
8. MENGUBATI REUMATIK
Limau memiliki sidat deuratik sehingga dapat membantu mengubati reumatik serta radang sendi dengan cara mengeluarkan racun, bakteria dalam tubuh.
9. MERENDAHKAN SUHU BADAN DAN SELSEMA
Jus limau dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam dengan meningkatkan daya perpeluhan.
10. PEMBERSIH DARAH
Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria, dapat diubati dengan air limau keranan ia mempunyai sifat pembersih darah.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.