Datuk Hussamuddin Undur Diri Selepas 40 Tahun, Beri Ruang Generasi Muda Teraju Kumpulan Media Karangkraf

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Kumpulan Media Karangkraf, menjadi antara syarikat media terbesar di Malaysia. Bermula pada tahun 1978 sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu syarikat penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.

Datuk Hussamuddin Undur Diri Selepas 40 Tahun, Beri Ruang Generasi Muda Teraju Kumpulan Media Karangkraf
Kiri : Datuk Hussamuddin Yaacub. Kanan : Datuk Muhammad Nasir Bin Haji Hamzah

Kelmarin dalam satu pengumuman korporat yang disampaikan kepada pihak media, teraju pimpinan Kumpulan Media Karangkraf kini beralih kepada generasi baharu. Dato’ Hussamuddin Bin Haji Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November 2022.

Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama, ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Bin Haji Hamzah.

Susulan daripada perletakan jawatan tersebut, kedua-dua mereka, Dato’ Hussamuddin dan Datuk Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.

Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu.

IKLAN

Mereka adalah Pn Firdaus Binti Hussamuddin, En Akmal Eirfan Bin Mohamed Fauzi, Pn Farah Binti Hussamuddin, En Azizi Bin Fikry dan En Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato’ Hussamuddin akan diisi oleh Puan Firdaus Binti Hussamuddin yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu. Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.

Datuk Hussamuddin Undur Diri Selepas 40 Tahun, Beri Ruang Generasi Muda Teraju Kumpulan Media Karangkraf
Puan Firdaus Binti Hussamuddin

“Sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh. Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak,” kata Dato’ Hussamuddin.

“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” tambahnya.

Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Media Karangkraf juga ingin mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.

IKLAN

Di peringkat Kumpulan, Encik Akmal Eirfan Mohamed Fauzi akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko). Beliau sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd.

Bagi tiga bahagian perniagaan utama Kumpulan, perubahan adalah seperti berikut:

Puan Farah Binti Hussamuddin akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/CEO Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily. dan semua aset media milik Karangkraf,  Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

IKLAN
Datuk Hussamuddin Undur Diri Selepas 40 Tahun, Beri Ruang Generasi Muda Teraju Kumpulan Media Karangkraf
Puan Farah Binti Hussamuddin

 

En Azizi Bin Fikry akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd.

Puan Firdaus Hussamuddin juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran, yang merangkumi Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya. Beliau akan dibantu oleh En Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi bahagian.

Sebagai makluman Keluarga juga merupakan salah satu jenama yang  bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf menerusi anak syarikatnya, Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI